Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

09 May 2018

Jangan Sia-Siakan Harapan Rakyat

Bhai/DeeDee sekalian...

Selamat menjalankan kewajipan anda sebagai warganegara.. Buatlah pilihan yang tepat demi memastikan bahawa kedaulatan negara ini kekal milik kita dan kita boleh berbangga dengannya.

Janganlah kerana nilai wang ringgit yang sekupang dua kita sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara kita kepada negara asing. Kita patut menjadikan negara kita paling dihormati diseluruh dunia dan bukannya menjadi bahan lelucon dan penghinaan. Dahulu England dan Australia pun tidak berani menempelak kita kerana kita hebat sampaikan kita boleh boikot ekonomi dua negara tersebut.

Tolak pemimpin yang rasuah, yang salahguna kuasa, yang mengarut pentadbirannya. Negara ini adalah hak semua warganegara. Keluarlah mengundi untuk perubahan. Perubahan untuk kita, anak cucu kita dan warisan kita semua.

Kita tolak TOL bukan untuk lima (5) hari tetapi selamanya. Kita mahukan harga bahan bakar yang bersubsidi pada harga terendah bukan setakat untuk enam (6) minggu tapi selamanya sebab kita adalah negara pengeluar minyak dan gas. Kita terima cukai itu perlu tapi tidaklah sampai orang miskin dan papa pun dikenakan cukai melalui GST.

Jadi janganlah kerana sekupang dua yang dijanjikan oleh kepimpinan lama kita mahu gadaikan perubahan yang sepatutnya kita terima.

Kita tidak mahu terbeban dengan hutang negara yang kronik hasil dari salah tadbir dan rasuah yang berleluasa. Cukup-cukuplah kita tamatkan penguasaan Barisan Nasional dan kita gantikan dengan kumpulan yang baharu. Kita berikan peluang kepada Barisan Nasional untuk menjadi pembangkang yang baik diperingkat Persekutuan dan Negeri.

Kita mahu negara Malaysia ini kembali kaya seperti masa dahulu dimana RM1 hampir sama dengan USD1 pada masa kita mendapat kemerdekaan. Kita mahu Malaysia yang hebat sehinggakan Singapura pun tidak akan memperhambakan pekerja-pekerja Malaysia yang terpaksa mencari sesuap nasi disana. Kita mahu pekerja Singapura pula yang terpaksa berkerja di Malaysia kerana mawatang dan ekonomi kita lebih kukuh.

Harapan seluruh rakyat Malaysia terletak atas bahu kita dimana undi kita walaupun satu undi adalah amat penting bagi masa depan negara tercinta ini. Satu undi yang boleh mengelakkan negara Malaysia ini dijajah oleh China Merah.

Keluarlah mengundi seperti mana anda tidak pernah keluar mengundi sebelum ini. Pastikan peratusan keluar mengundi kali ini adalah yang akan menjadi sejarah Malaysia dengan peratusan yang maksimum.

Pastikan selepas ini kita mampu untuk menangkap, menyoalsiasat, mendakwa dan menjatuhkan hukuman terhadap semua skandal dan salah laku serta rasuah yang menyebabkan negara kita Malaysia dibelenggu masalah ekonomi dan pentadbiran.

Kita mampu untuk melakar satu sejarah baru untuk Malaysia.

Undi Untuk Perubahan
Vote For Change
Undi Untuk Keadilan
Vote For Justice

Ayohlah... Jom Ubah....

TAMBAHAN : Jika anda melihat ada kesalahan dibawah Akta SPR berlaku pada masa mengundi (seperti rasuah pembelian undi), sila buat laporan Polis dengan segera serta bukti bergambar.

30 comments:

  1. moga ada perubahan... Amiiin

    ReplyDelete
  2. Bro the last kajian vsr agency please..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya btl bro..last kajian agensi..pleaseee..
      Kalau kenal hang secara face to face.aku tak kisah blanja hang dinner kt restoran ali sara.
      - naimutalib -

      Delete
  3. Risau aku ayat2 kat post ni. Katakan tidak pada bn

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah. Thank you CTT

    ReplyDelete
  5. In sya Allah... Demi masa depan Malaysia ..

    ReplyDelete
  6. TAKBIR! ALLAHU AKBAR! JOM KITA RAMAI-RAMAI PANGKAH PH.

    SATU LAMBANG.
    SATU PILIHAN.

    [|| (( )) ||]

    HARI RAKYAT AKAN BUANG UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai celah mana takbir ni?? PH mana perjuangkan Islam.. Semua agama perlu diiktiraf..

      RABU..

      Rakyat Akan Bersama UMNO.. tu pun boleh jugak kan..🤗

      LABU

      Delete
    2. Mung ingat Takbir untuk parti ke? Bodo mung.

      Belajar agama Tok Guru sesat. Semua umat Islam takbir membesarkan Allah.

      Bukan besarkan parti sesat. Macam Pas dan BN. Sesat pedo'oh. Takbir ikut parti. Bodo berat nanang.

      Delete
    3. kalau dah tak kisah agama Islam disama tarafkan buat apa lagi nak takbir2.. dekat depan cina DAP x berani pulak takbir.. laungkan benda lain.. parok2.. macam2.. macam sesumpah..

      Labu..

      Delete
    4. Ini kali pertama baca komen buat apa lagi nak takbir2. Mung faham maksud ALLAH MAHA BESAR dol? Allah SWT hok cipta makhluk yang mung hina LGBT, hina kapir, hina binatang semua. Adakah Tuhan minta mung mendikriminasi mereka semata-mata sebab mung sokong Islam? Mung dakwah gaya apa dol? Semua yang mung tak suka mung halau tak bagi ikut mung? Ini gaya agama Yahudi.

      Mung nak rendahkan makhluk ikut suka mung dol. Jangan sesekali merendahkan kalimah sebab gila parti. Kalau dah gila isim apa nak buat labu. KAHKAHKAH.

      Delete
    5. sebab sifat munafik tu tinggi.. depan cina tak berani sebut bab Islam.. tak kisah Islam disama tarafkan.. depan orang Islam takbir konon pejuang Islam..

      Labu

      Delete
  7. In sya Allah.... Kiter doakan yyang terbaik.. Demi masa depan negara kita tercinta

    ReplyDelete
  8. In sya Allah.. Kiter doakan Allah permudahkan segala urusan kita hari ini. Aamin

    ReplyDelete
  9. Pangkah Pakatan Harapan. . untuk perubahan masa depan generasi kita

    ReplyDelete
  10. Ramai yang melalak mahukan perubahan,bila ditanya mengundi mana,saya tak berdaftar,1 undi tak jejas undi lain.'kecewa' golongan orang muda sekarang.

    ReplyDelete
  11. Semuga Allah selamatkan Malaysia dan bebas rakyat dari kesengsaraan dan bebanan yang menyusahkan hidup rakyat marhaen

    ReplyDelete
  12. Asalamualaikum tuan,sy mohon kalo tuan bole update vsr yg baru arini, vsr yg tuan update mlm tdi sy tlh sharekn dgn kwn2 sy, mohon tuan juga utk update peratus keberangklian parti mna yg menguasai negri perak dan kelantan sb sy ni org perak dan orgumah org klntan tapi thun ni kami mengundi di kl, klo bole la tuan, trima kasih sy ucapkn

    ReplyDelete
  13. Thank you, bro.

    ReplyDelete
  14. Pertama kali Tuan crystal clear hala tuju kpd perubahan dan keadilan tetapi agak terlambat.

    Saya duk lama nak faham istiqamah perjuangan blog ni kerana tiap posting mesti tergantung mesej tapi yang ni teramat jelas.

    Apa2 pun kita sama2 berdoa PH diberi keberkatan menang dan peluang memacu negara supaya raykyat dapat nikmat keluar dari perit, susah, beban dan sengsara dibawah kerajaan klepto.

    ReplyDelete
  15. Procedure baru SPR menyusahkan....ambil masa....beratur panjang....tunggu giliran mengundi ambil masa yg lama

    ReplyDelete
  16. baru dapat tau, cerita dlm PAS, pecah undi di Kota Damansara sebab PKR yg ingkar janji letak calon bukan dari PAS....

    haisshhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Move on la bro..citer pru 13 tu..yg nyata PAS dh khianat masa tuu

      Delete
    2. ya betul, saya tau yg khianat adalah PAS
      tapi masih ramai yg taksub PAS percaya bulat2 cerita mereka yg tertipu, padahal mereka yg bermimpi pemimpin PAS masih suci dlm pasu bunga

      kecewa.... kecewa...

      haisshhh....

      Delete
  17. Salam CAHAYA Cinta-NYA,

    Imagine/bayangkan CAHAYA ddlm minda sanubari kita sedang kita kongsikan melalui "NIAT" kpd seluruh rkyat Malaysia agar mrk bnar2 dpt memilih CAHAYA yg TERANG n lebih terang ddlm pru14 ini..

    Kita hanya mengambil bbrp SAAT/detik shj utk melakukan imaginasi/bayangan CAHAYA-NYA yg sedemikian itu ddlm NIAT melalui HATI kita..dan kita yakin n pasti bhw CAHAYA Cinta-NYA itu mnjd kenyataan..

    Lets dLIGHT ofLUV in urHEART shine strongly NOW n we share IT with evryones in this beloved country NOW rightNOW myLV my dearestONE hu hu..

    I LUV U LUV U LUV U LUV U x7..

    ReplyDelete
  18. Ada 7 - 8 lagi kes Hadi Awang keluar watikah haram PRU13. Semua kes bertindih sebab khianat dan ingkar janji dol. KAHKAHKAH!

    ReplyDelete
  19. Tuan Tuan jangan lupo. Memperjuangkan demi utk kebaikan semua adalah jua dari Islam.

    ReplyDelete
  20. Insya Allah BN akan kalah kali ni.Ramai gang BN akan undi PH sebab dia org tak suka najib dan maukan perubahan

    ReplyDelete
  21. Thorbaik bro. Moga2 harapan kit siang.guan eng.madeyy terkaboll. Haha rakyat mcm biasa la. Ada rusuhan ka? Bhahaha . Org2 atas semua teruskan n tunjukkn belang msg2. Kui kui kui.

    ReplyDelete
  22. Blog sampah pengomen lagi sampah. Taksub dan perasan baguih pastu perlekeh orang lain. Kalau Allah restu dah lama ph naik. Adalah hikmah nya Allah tak bagi. Sembang kencang bab agama tapi ayat2 disini ya ampooon.
    Tuduhan liar dan melulu. Muhasabah lah. KBAI.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1