Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

10 May 2018

Terima Kasih BN

Bhai/DeeDee semua ...

Kita wajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Barisan Nasional kerana....

- Telah berjaya membakar sentimen rakyat untuk membuat perubahahan. Selama lebih 60 tahun rakyat memendam rasa dicabar intelektual mereka setiap masa.

- Telah berjaya memperlihatkan kepada rakyat bahawa agensi kerajaan boleh diperkudakan untuk kepentingan parti. Ini menyebabkan rakyat bersatu hati menolak agensi-agensi ini.

- Telah menjual kedaulatan dan tanah air ini secara terbuka  kepada negara asing seperti China Komunis dan Arab Saudi. Dengan ini maka dapatlah rakyat melihat niat sebenar Barisan Nasional.

- Telah berjaya menambahkan hutang negara kepada tahap yang mencuakkan yang akhirnya dapat memberikan rakyat cukup bahan untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Akhir kata, sikap Barisan Nasional yang sombong, bongkak dan besar kepala telah menyebabkan rakyat memberontak secara senyap (fire down below).

Syabas kepada semua rakyat Malaysia yang berjaya menghilangkan kepercayaan kurafat dan sesat.

Aamin Ya Rabb...

**** Ingat dan insaflah.... bahawa jika marhaen mustad'afin ditekan secara semberono oleh Dewa dan Dewata Raya, maka akan sampai juga masa para Dewa dan Dewata Raya dicampakkan oleh marhaen mustad'afin kedalam muzium. Oleh itu janganlah sesekali rasa sombong dengan pangkat dan darjat. Satu peringatan daripada marhaen mustad'afin buat semua.

TAMBAHAN : Kalahnya 8 Menteri dan 19 Timbalan Menteri pada PRU14 sepatutnya menyedarkan diri mereka yang terlibat agar jangan menunjukkan sikap bongkak dan sombong kepada rakyat. Insafilah kekalahan tersebut.

14 comments:

  1. Terima kasih, CTT. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kerajaan baru akan dibentuk utk letakkan negara ini kelandasan yg betul. Pemimpin yg tabur pasir kedlm periuk rakyat, kelak rakyat akan buang pemimpin yg mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Selamat makang duyang...hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. musang king ker duyang kampung jer bestnyer

      Delete
  4. Saya sangat bersetuju dengan ulasan tuan. Hidup Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah...bro Mahligai Seni...jumpa Kita di sini...

      Delete
  5. Makin parah jika keadilan dan perundangan ditegakkan dengan telus, Umno yalah Parti yang tidak dah bertanding diPRU14. Null and void?

    Lagi kompleks scenario ni? Mungkin Haniff tengah berkerja keras kearah formula karma politik ini disamping pengampunan segera DSAI.

    ReplyDelete
  6. something wrong somewhere. takkan menang dengan mudah. i smell udang

    ReplyDelete
  7. Bila undang2 di tegakkan Akan ada banyak pilihanraya Kecil antaranya parliament pandan Dan lain 2 , bersedialah untuk menjadi sebuah negara yang adil INSYAALLAH

    ReplyDelete
  8. Cer cite apa yg berlaku kat Isatana Negara ni.... cite pasal2 juta2 tu mungkin terjadi ke?

    ReplyDelete
  9. Kerajaan baru wajar memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan yang telah berkorban jawatan semasa era reformasi dalam mempertahan anuar dan idea reformasi

    ReplyDelete
  10. kesah BN & UMNO belum selesai lagi..
    parlimen Sabah masih tergantung

    haisshhh ...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja