Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 May 2018

BN 2.0

Bhai/DeeDee semua...

PH sepatutnya menjadi lebih baik dari BN sama ada diperingkat Persekutuan mahupun Negeri. PH tak boleh bersikap sama macam BN dalam mentadbir.

Kalu PH berperangai serupa macam BN, apa sebenarnya slogan "Jom Ubah" tu? Patutnya PH bergerak atas dasar mengutamakan rakyat bukannya mengutamakan parti dan orang-orang parti.

Yang memberikan kemenangan kepada PH adalah rakyat. Kalu nak harap orang-orang parti sahaja yang nak mengundi PH, jangan mimpi lah PH akan dapat kuasa sebegini.

Sebagai contoh dahulu kalu nak mintak bantuan Tekun Nasional atau Amanah Ikhtiar, pemohon perlu ader keahlian berdaftar dalam UMNO barulah layak untuk memohon. Ini cara BN mentadbir.

Sepatutnya waktu PH mentadbir, dasar,-dasar seperti ini sewajarnya tiada. Semua orang akan dinilai ikut merit, bukannya kabel atau sokongan atau parti.

Kita tidak mahu ujudnya BN 2.0 ... Itu ja... setakat nih gua nampak di Johor .... kepimpinan PH disana (Menteri Besar dan kabinetnya) nampak dah macam sebijik BN 2.0 ..... Itu baru satu negeri... kita tunggu negeri lain pulak...

Adoyailah...

13 comments:

  1. PH nampak dua bijik mcm umno

    ReplyDelete
  2. Dah MB dilantik bekas UMNO/BN dan ramai kat Johor ni tau perangai dia camner... Harap dia boleh ubah diri dia dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat kata putus lantikan MB ialah Sultan. Dlm pada nama2 yg dikemukakan Sultan berkenan itu. Sapa leh lawan Sultan, suka tak suka kenalah ikut...

      Delete
  3. Betul, CTT. Tak nak bg peruntukan pulak dah. Tak bincang, main bedal. Susah mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Aku sokong. Ubah style purbakala Umno bawa. Bawa style politik baru. Utamakan marhaen. Nak kawal buat survey di tempat lawan peruntukan bocor di mana. Bukan bawa politik bodoh sombong yang nak kena maki. Kalau dah kena maki hati tisu, merajuk dan lari. Mature sikit daripada politik zaman Pak Kadok. Kita dah ada internet dol. Bukan zaman nak sorok-sorok macam kena curfew!

    ReplyDelete
  5. dna umno susah nk ubah lagi...tu yg payah bila jenis lompat2 parti ni....klu x bagi peruntukan adun pembangkang apa mkna rakyat kawasan tu.pilih dia...ni jenis kene selam muka dlm selut pastu bagi tgk cermin muka tu

    ReplyDelete
  6. kat johor bagilah pruntukan tunjuk teladan yang baik
    bukan ikut perangai burok amnoo jaman matde d badawi n razak
    bukan semua ceredik
    tekejut tak sangka dapat kuasa
    awas matde dikelilingi ornag amnooo
    pakatan jangna ikut jejak langkah setan
    jangan leka hak islam dalam tm ni
    tak guna perinath 100 thaun pung kalau hukum Allah buat tak endah
    daim mula dekat rapat dikatakan musoh utama anwar
    macam mana nak jadi penawar
    1998 - 2018 lawan tak jemu jemu
    akhirnya matde pm7
    wamakaru wamakarullah wallahu khoirul makirin

    ReplyDelete
  7. Di harap pihak Pakatan Harapan dan TDM dpt membongkar kisah kehilangan MH370 yang masih belum selesai sampai.

    ReplyDelete
  8. nasib koa lah labu

    ReplyDelete
  9. bagi tempoh 100hari kita kejalan semula dan ubah semua

    ReplyDelete
  10. Takpa. Nanti ada check and balance. Mungkin skarang ni dia tgh panas ati lagi dgn BN. Bagi masa. Kita tgk mcmana.

    ReplyDelete
  11. sepatutnya pada masa ini tak boleh lantik Bersatu jadi mb dan jawatan penting kecuali PM.kebanyakan masih ada perangai umno.
    PRU yg akan dtg boleh lantik mereka.
    sebab sdah lebih 5 tahun dgn PH.

    ReplyDelete
  12. Sultan dah pilih mcam mana...!!!!???
    Selaku anak jati johor yg menetap di Selangor mengharapkan tenaga muda Ph yang bukan dari genetik UMNO/BN yang terpilih.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja