Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

06 May 2018

GE14 / PRU14 Voter Sentiment Ratio (VSR) - Daily - 6 May 2018

Bhai/DeeDee semua...

VSR (Voter Sentiment Ratio) nampak makin menunjukkan bahawa Pakatan Harapan sedang lead kerusi Parlimen di Malaysia....  Kiraan VSR untuk PH nih adalah termasuk sekali dengan kerusi yang dijangkakan dimenangi oleh Parti Warisan di Sabah... Apa pun masih sempat lagi untuk giatkan usaha kempen bagi semua parti yang terlibat... Ader banyak masa lagi... propaganda dan serangan mengejut masih boleh dilakukan....

Namun seperti yang biasa dalam kajian Agensi... VSR nih akan berubah biler mana ader calon yang berpaling arah... dibeli dan dipengaruhi... dan ianya juga tidak terkecuali bilamana ader pengundi yang termakan dengan dedak, imbuhan dan ugutan.. Bagi pengundian awal semalam..... jangkaan 98% undi telah pergi kepada Barisan Nasional dan lagi 2% undi tue sama ader pergi ke PH dan GS atau sekadar jadi undi rosak ja... Sebenarnya VSR nih dikeluarkan oleh Agensi setiap jam dan gua hanya gabungkan maklumat untuk satu hari dalam mode data ringkas dan mudah mudah dibaca dan difahami oleh semua....

Kalu peratusan keluar mengundi pada 9 Mei 2018 hanya sekitar 85%, maka kemungkinan besar BN akan terus berkuasa dan memenangi majoriti kerusi parlimen.... Agensi menjangkakan peratusan keluar mengundi di zon bandar adalah disekitar 87% hingga 90%, tetapi undi di zon sub bandar dan luar bandar pula hanya mencecah sekitr 73% sahaja keseluruhannya... Bagi kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang dibawah 10 ribu pengundi, dijangkakan BN akan menang kerusi tersebut jika peratusan keluar mengundi adalah rendah...

Bagi kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, adalah dijangkakan BN akan memenangi lebih dari 70% kerusi yang diperuntukkan di sana... Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan juga dijangkakan akan memberikan kerusi yang banyak kepada BN.... Tinggal lagi 2 hari lagi VSR akan dikeluarkan untuk tatapan anda semua.... VSR pada 8 Mei 2018 gua akan keluarkan dua kali..... InsyaAllah.... sekali pada pukul 6 petang macam biasa.... dan satu lagi VSR akan dikeluarkan pada pukul 11.50 malam

Voter Sentiment Ratio (VSR) pada 9 Mei 2018 tidak akan dikeluarkan.... walaupun memang ader VSR pada hari tersebut yang diterbitkan untuk pihak Agensi... harap maklum....


5 comments:

  1. kita semua berkempen pakatan harapan kepada keluarga ...Saudara kita ... Adik beradik kita .. . Sahabat dan jiran2 kita .... Ayuh berkempen dengan lemah lembut dan berhemah. ... Diiringi doa .....seterusnya tawakkal. ... Nota Sentiasa mengingati. ...

    ReplyDelete
  2. I don't commonly comment but I gotta state thanks for the post on this great one :D.

    ReplyDelete
  3. Hello boh, boleh x bg pencerahan sikit kempen kempen harian untuk semua parti dan jangkaan pengundi terhadap parti tersebut,

    ReplyDelete
  4. Zahid dok ulang warning last-minit bom dari pembangkang. Rupanya bom yang dimaksudkan yalah sekatan MCMC kpd blog2 yang pro Pakatan Harapan.

    Tiada blog proUmno/BN disekat, mereka bebas menyiarkan fitnah dan fakenews menyerang TDM, PH terutama DAP. Malah blog2 menyokong PAS pun selamat kerana sama2 buat kerja kotor Umno.

    Dah lah tak benarkan gambar2 TDM sbg Calon PM dalam Manifesto PH.. kelakarlah kerana fear factor jugak kalau ikon2 TDM spt KLCC, KLIA, Putrajaya/Cyberjaya pun nak dikacau jugak. Contoh dalam gambar cover manifesto BN, KLCC "hilang" walaupun muncul sbg bayang dlm tasik.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja