Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

05 June 2013

Selepas 100 Tahun

Bhai ..... Perkhidmatan Polis dah lebih 100 tahun...  tapi selepas 100 tahun beroperasi... baru la nih aaaa... nak sediakan khidmat perlindungan Insuran terhadap anggota... Aper daaaa... patut benda macam nih dah lama dah ader.... punya la lama....

Aper pon terima kasih la sebab aderkan khidmat perlindungan insuran.... terima kasih lar...


5 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Hampir 80,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdaftar dengan Koperasi Polis bakal menikmati skim insurans dengan caruman serendah RM9 sebulan.

Pengerusi Koperasi PDRM Datuk Amir Sulaiman berkata melalui bayaran itu pencarum bakal menikmati manfaat kematian akibat kemalangan sebanyak RM30,000 termasuk khairat kematian.

"Manfaat juga meliputi keilatan kekal, kehilangan keupayaan akibat kemalangan, hilang upaya separa kekal, cuti sakit akibat kemalangan dan penghospitalan," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Koperasi Polis dengan HSBC Amanah Takaful, Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia di sini hari ini.

Antara skim yang ditawarkan ialah Skim Takaful Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dengan HSBC Amanah, Skim Ikhlas Saving Badal Hajj Plus dengan Nisk Agensi (Takaful Ikhlas) serta skim sedia ada iaitu Skim Takaful Kemasukan Hospital dan Pembedahan Berkelompok.

"Bagi Skim Takaful keluarga berkelompok, keahliannya mencecah seramai 74,249 orang dengan bilangan unit sebanyak 114,537 unit, manakala bagi Skim Takaful Perubatan Berkelompok pula dianggotai seramai 10,567 orang tidak termasuk anggota keluarga," katanya. - Bernama

2 comments:

  1. bagi tapi murah je Bhai.. 30k aje?
    comon up ler.. lagi.. perlindungan bekelompok kan? takan takat 30k aje..

    ReplyDelete
  2. hehehe... kesian kt polis. tapi penjawat awam lain mesti jeles.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja