Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

26 June 2013

Kenapa Rakyat Marahkan Sekeping Gambar

Bhai.... Okeh... aper yang gua nak citerkan nih... mungkin akan menyebabkan pengkagum Anwar Ibrahim akan marah dan seterusnya memboikot blog ini... samer macam dulu masa gua tibai Hadi Awang... ramai pengkagum Hadi Awang terus marah dan blah dari blog gua.... Hahaha

Gua takder hal... gua cuma nak menyampaikan aper yang terbuku dalam hati nurani warga marhaen... rakyat marhaen ... dan rakyat mustad'afin...


Okeh... citernyer camnie.... kenapa rakyat marahkan sekeping gambar... Yer... sebab gambar itu boleh memberikan seribu satu makna.... Gambar Anwar Ibrahim gembira dan bersuka-suka didalam Parlimen tapi pada masa yang sama.... rakyat dibelasah di perkarangan luar Parlimen...

Kalu betullah Anwar Ibrahim dan segala mak nenek Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 atas dapat penipuan dan penyelewengan SPR ketika itu.... patutnya mereka bertindak memboikot ..... Kalu pon Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berani (TIDAK ADER TELOR) nak memboikot urusan mengangkat sumpat menjadi wakil rakyar (Ahli Parlimen).... at least lar.... lepas selesai urusan angkat sumpah tue.... berambus la keluar beramai-ramai dari Parlimen.... sebagai solidariti memboikot keputusan PRU13...

Tapi tak.... bukan setakat takder nak boikot... nak amik keputusan keluar beramai-ramai dari Parlimen pon takder berani.... Kalu geng-geng PAS gua tau la ramai yang tengah syok dapat jadi Ahli Parlimen.... Samer gak ngan geng-geng PKR.... tapi yang DAP pon .... takkan la tak berani nak memboikot urusan lain (urusan makan-makan) di Parlimen....

Aper salahnyer semua setelah selesai angkat sumpah... terus keluar dari Parlimen... sebagai membantah keputusan PRU13.... tapi yer la.... ini semua pemimpin POKKE..... depan rakyat marhaen... gempak... tapi in realiti... poodah jer la.... hahahaha ...

Lagi satu.... dari aper yang gua dengar dari bebudak SAMM..... takder sekor pon Ahli Parlimen PR yang ader nak menunjuk muka semasa kempen solidariti terhadap penahanan aktivis Boikot 505 di Balai Polis Jinjang...... sampai kesudah... sampai diorang dah dibebaskan pon... takder sekor Ahli Parlimen PR yang datang..... itu maklumat yang gua dapat..... kenapa tak datang... takkan la sidang Parlimen sampai pukul 1 pagi kot.....  takkan la kan...

That's why la....  pada PRU14 nanti.... bukan sajer mangkuk-mangkuk Ahli Parlimen PR nih akan ditolak... dengan PR-PR sekali semua kena tolak dek golongan rakyat marhaen dan mustad'afin..... Kitorang skrang nih tengah memerhati tingkah laku sekor-sekor Ahli Parlimen PR..... jenis yang suka tido dalam Parlimen tue (macam makcik sorang tue)... gua nasihatkan jangan la bagi ceramah ker kat mana-mana... nanti tak pasai-pasai kena booo atau kena baling telur busuk...

Hahaha..... ader paham ka???


11 comments:

  1. Bhai...

    Tang Mak Cik tu bhai... aku rasa dia boikot ngan style tersendiri dia Bhai... yalah, nak keluar tak leh, takut Boss dia marah... so, apa lagi, membutalah... lagipun, bukan ada perbahasan pun masa tu, angkat sumpah sorang-sorang, boring tu... bolehlah bermimpi naik kete baru, yalah, penggal baru, AP baru...

    tapi kalau AP hanya sekali sepangjang jadi MP, tak kisah berapa penggal, mimpi si Mak Cik mungkin lainlah, jadi CEO ke... (yang nie betui-betui mimpi selagi Khalid jadi MB)

    janganlah pulak hang chop aku sebagai pengkagum Mak Cik tu pulak... agak-agaklah Bhai...

    COBOL

    ReplyDelete
  2. Hehe... memang besar punya munafik. Bila dengar ceramah poyo dia orang bila mengata najib tu seolah2 kalau jumpa najib dan2 tu rasa nak tenyeh2 muka najib.

    Nak tanya satu soalan je kalau ada pembesar baca blog ni.

    Masa anwar kena belasah sampai mata lebam dan masuk penjara adakah rakyat pembenci tegar umno sedang bergembira gelak ketawa bersama2 pembesar umno?

    Seingat gua waktu tu gua dan kawan2 sedang dihambat oleh anjing2 umno yang berkepala merah. Orang lain gua tak tau.

    ReplyDelete
  3. hahaha...masak la lu kena maki dek pemuja2 Anwar. PRU14, ajar sket dorang nih. Start dri sekarang, pakat2 perati sket tingkahlaku MP2 dri PR. Mane2 yg x buat keje atau byk songei..demo dpan opis dorang. Yg tido dlm dewan, pakat tidokan terus...hahaha...Yg MP PR...mane yg gila nak tukar kete baru, kita tukarkan terus dorang...

    ReplyDelete
  4. gelak pun lain macam je...pastu bukan sekepin..banyak keping punya gelak..kihkihkih..

    hakikatnya..begitula adanya..ada benar jugak(sedikit je kut)kengkawan hamba allah tu..sifatkan peribadinya ketika mereka bersama2 dulu..apapun..setuju ngan CTT..apa yg ditulis..

    mailgolok

    ReplyDelete
  5. betul tu bro... at least pergi jenguk tgk keadaan pun takpe. ni buat derkkkk.. mcm pundek...


    p/s : bro, mohon update bloglist. tukar pada http://bankami.net

    ReplyDelete
  6. lakonan saja tu tak kan nak jadikan isu besau pula dalam hati masing masing menggerutu dan tak menentu

    ReplyDelete
  7. kerana pulut santan binasa
    Kena kat dubur badan binasa
    Kerana gambar marhaen terasa
    Kena sondol lepas ni kita ketawa

    Tiada lagi tipu helah
    Tiada lagi duka nestapa
    Linagan airmata cuma lakonan
    Laungan gempita cuma lagaknya

    PRU 13 sudahlah tamat
    Hasil penipuan sudah muktamad
    Marilah marhaen kita bertobat
    Pemimpin penipu mestilah dilianglahad.

    Ayuh marhaen kita berjuang
    Tanpa pemimpin kita bersatu
    Sedarkan rakyat tentang penipuan
    Supaya anakcucu kita menjadi maju.

    ReplyDelete
  8. Ahli politik ialah pelakon hidup Bhai..

    Cuma adakah ko berlakon depan musuh ko atau kau belakon depan penyokong kau :) atau kedua-duanya sekali hohoho...

    ReplyDelete
  9. bergambar, bersuka ria dan minumminumbersama tak salah tapi be sensitive laaaaa.
    cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  10. Cipan, Tapir & Tenuk....

    Adat berpolitik ada macam-macam kerenah. Ada kalanya yang dirancang tidak menepati citarasa. Lain yang dirancang lain pula yang dilaksanakan.

    Kita ada bermacam idea untuk disuarakan tapi belum tentu idea yang kita sangka baik itu akan memberi kebaikan pada semua orang.

    Najib yang dikatakan menipu dan melarikan duit komisyen kapal selam, terbabit dalam skandal altantuya masih kekal disokong oleh rakyat Malaysia. Anwar yang dikatakan suka main bontot juga ramai penyokongnya.

    Cerita pendeknya ialah anda boleh sokong siapa yang anda nak sokong..... demokrasi.

    Mereka sudah menghantar Khalid Samad sebagai wakil sepatutnya nya anak muda faham situasi ketika itu. Nak kututk pemain politik seperti Anwar Ibrahim hanya kerana mereka tidak keluar untuk menghargai perjuangan anak muda di luar parlimen akan membuatkan anda menjatuhkan martabat diri sebagai pencacai jalanan saja.

    Apatah lagi bila anda percaya kegembiraan dan kemesraan yang ditunjuk dimeja makan dalam parlimen itu sebagai benar juga akan membuatkan ada seperti ahli UMNO Baru yang mudah diperbodohkan oleh puak opportunities.

    ReplyDelete
  11. BERKAWAN DENGAN MUSUH BUKAN BERMAKNA KITA SETUJU DENGAN TINDAKANNYA SEBALIKNYA MEMPERLIHATKAN SEGALA FITNAH YG MENGAIBKAN DSAI ITU SEMUA FITNAH BELAKA...SEMACAM SI NAJIBI PUN BERADA DI PIHAK DSAI...

    BIAR YG BODDO ITU DI PIHAK NAJIBI BILA TAKDE SIKAP PROFESIONAL DALAM DIRI HINGGAKAN TERBAWA-BAWA SEHINGGA KE PARLIMEN DENGAN KEBODOHANNYA ITU....



    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja