Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 June 2013

Komen Anonymous

Bhai.... Hahaha... lepas nih rasanyer gua terpaksa ikut arahan Kerajaan Malaysia la.... dimana diorang tak kasi sesapa yang guna ID Anonymous tulis komen, sebar fitnah dan gugat keharmonian.... Hahaha... Gua terpaksa ikut arahan bhai.... hahahaha... so jangan la lu orang marah kalu gua tak kasi ANONYMOUS komen kat blog nih lagie.... Hahahaha .....

Aper daa...

Kesian aaa... ramai yang komen kat blog gua... sama ader suka atau benci.... pakai ID Anonymous.... semuanyer gua lepaskan komen diorang tue... sebab pada gua... tak jadi kudis pon komen kalu bab yang membenci tue... Hahaha....

Contoh aaa... kalu gua berlakon sebagai hero.... ramai orang puji dan suka... makanyer lakonan gua tue menjadi dan berkesan lar.... tapi kalu gua berlakon sebagai gangster.. sebagai penjahat.... ramai orang benci dan sanggup nak ludahkan gua.... itu maknanyer gua punya lakonan menjadi.... dan berkesan lar.... Hahaha...

So... kepada yang guna ID Anonymous.... lu orang jangan marah kat gua kalu lepas nih gua terpaksa block ID Anonymous... PM Malaysia tak kasik.... Hahaha... baik lu orang guna ID sendiri lepas nih.... hahaha


Penulis 'anonymous' sebar fitnah gugat keharmonian

KUALA LUMPUR - Kewujudan penulis 'anonymous' (tanpa nama) di media sosial yang mengambil peluang menyebar maklumat berunsur fitnah boleh merosakkan keharmonian negara, berbeza dengan media arus perdana yang berpegang kepada etika kewartawanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam memastikan perjalanan media sosial tidak terus disalahguna, rakyat harus berpegang kepada prinsip dan nilai tanggungjawab terhadap apa jua maklumat yang disiarkan.

"Untuk itu saya ingin lontarkan kepada rakyat dan kalangan pengguna media sosial mencadangkan bentuk kawalan positif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan nilai kebertanggungjawaban itu dan maklumat yang disampaikan tidak melangggar undang-undang.

"Cadangan yang dikemukakan itu biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet," ketika berucap pada Malam Kewartawanan Malaysia 2013, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kebebasan bersuara harus sesuai dan sepadan dengan identiti jati diri Malaysia yang sinonim dengan sifat budi bahasa dan nilai-nilai murni.

Beliau berkata, kebebasan menyuarakan pelbagai pendapat berbeza dapat dilakukan secara bijaksana serta dapat menghakis rasa tidak percaya dan perasaan syak wasangka yang melampau.

"Untuk demokrasi benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada di antara kita yang menyimpang mahupun menyalahgunakan kuasa," katanya.

Tambah Najib, tuntutan kebebasan bersuara di negara ini bukan sahaja berpunca daripada kesan globalisasi, tetapi dirangsang oleh akses kepada kemudahan infrastruktur internet, peningkatan taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan.

Tegas Perdana Menteri, rakyat harus mahu dan mampu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.

"Kebebasan bersuara yang berpaksikan jati diri Malaysia akan menghadirkan semula perkongsian dialog-dialog penting di antara pelbagai kumpulan yang ada walaupun berbeza pendapat," katanya.

Najib dalam pada itu berkata, landskap media dan organisasi berita di negara ini telah mengalami perubahan yang amat pesat dengan kehadiran media dalam talian melengkapi media cetak dan media elektronik sedia ada.

Sementara itu, Perdana Menteri melahirkan penghargaan dan pujian kepada para wartawan yang telah melakukan tugas mereka secara beretika dan bertanggungjawab semasa PRU13 lalu.

Katanya, demokrasi media dan kebebasan bersuara benar-benar menjadi kenyataan dan penggunaan sepenuhnya kesemua jenis media itu dapat disaksikan semasa musim pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya, penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial semasa musim pilihan raya tidak harus dibiarkan berleluasa kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada masa depan negara.

Najib turut menyeru para wartawan untuk bijak mengetengahkan isu-isu seperti perpaduan dan usaha Malaysia untuk membangun sebagai sebuah negara yang berjaya, dalam usaha membetulkan semula perspektif dan persepsi orang ramai.

"Sebagai wartawan, saudara dan saudari turut mempunyai peranan iaitu dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

"Marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi supaya keamanan dan kemakmuran yang dikecapi dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 termasuk pemenang Hadiah Kajai, Sophia Ahmad dari Berita Harian. - Bernama

10 comments:

  1. terima kasih -
    cegah mungkar dengan tangan lidah dan akhir dengan hati
    tidak pernah setuju dengan kedzoliman

    ReplyDelete
  2. bro, gua nk tahu apa itu sosialis? kalau PAS boleh bekerjasma dg parti demokratik kenapa tak boleh dgn sosialis? mohon pencahayaan. hahaha

    http://www.malaysiakini.com/news/232788

    ReplyDelete
  3. hahahahaha...dah berkurun ckp tak bagi anon...aritu google. tapi relax je lepas.

    ReplyDelete
  4. najib bini rosmahJune 13, 2013 at 12:06 PM

    kan senang tukar dari demokrat palsu kepada diktator kuku besi?
    Kalau rakyat cakap pon nak block...
    Utusan cakap nak pakai...Kahkahkah!!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.

    Terima kasih BNNNNNNNNNNNNN!!!!

    ReplyDelete
  6. Budi bahasa da bernilai murni....ade ke?.
    Yg dia sebut HARAM JADAH tu...budi bahasa kot?

    ReplyDelete
  7. habis... kira last nielah aku dapat mengomen kat blog hang Bhai... walaupun komen aku banyaknya komen mengampu hang...

    COBOL

    ps... aku harap brother Manjung Mari, Penarik Beca and Ronasina tak sekejam hang...

    Aduka Taruna dulu lagi dah kejam... Najib belum sound lagi, dia dah awai-awai lagi block spesis macam aku nie...

    ReplyDelete
  8. Bhai/DeeDee sekalian...

    Hahaha.... blog nih guna Blogger.Com... server kat USA.. jadi gua hanya terima pakai First dan Forth Amendment lar... US Constitution .... lain la kalu server nih kat Malaysia.... Hahaha...

    Jadi blog ini tak terikat dengan mana-mana undang-undang Malaysia... Free Speech lar...

    Cuma ... artikel nyer sajer yang terikat dengan undang-undang Malaysia... hahaha... itupon setakat artikel jer... Diorang tabley nak sekat penggunaan blogger.com ...

    Aper pon... gua memang dengki sama anonymous.... hahaha.... jangan mare....

    Hahahaha.. takder la... gua bukannyer bodoh nak ikut sangat aper yang Najib Razak cakap.... hahahaha

    ReplyDelete
  9. Forth = Fourth ... silap tulis tadi

    ReplyDelete
  10. Anonymous yang bernick pun ada Bhai macam papagomo.. takda sape nak ngaku dia papagomo.. lol..

    Yang tu macamana dia pun kategori anonymous juga tu..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja