Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

14 June 2013

Proton Umumkan Model Baru

Bhai.... Hahahaha.... Sabtu nih Proton umumkan model baru di pusat pamerannya di Mutiara Damansara ..... Proton akan mengumumkan penjualan produk varian Proton pada harga lebih rendah... bukan lebih murah.... tapi lebih rendah.... hahahaha..... Jadi... lu agak-agaknyer la... model aper yang Proton akan jual aaaa.... Cuba lu teka... Hahaha

Nak kata Proton ader model baru dalam production... tak dengar plak citer... Hahaha... tapi yang gua tau.. stock Proton Juara ader banyak lagie... hahaha.. maybe la diorang nak jual Proton Juara Special Edition kot.....

Dijual pada harga baru... tapi di rendahkan tinggi keseluruhan badan Proton Juara tue.... hahaha.... kan ker Proton nak jual lebih rendah... bukan lebih murah.... Hahaha.... Amacam... ader stuju tak.... Hahahaha.... lawak aaaa...... model townbox tue saper nak beli aaa... macam takder citarasa jer kali nak beli.... hahaha



Proton tawar harga mampu milik Sabtu ini

JAKARTA - Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia pada Sabtu ini, satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu, yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.

"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.

Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.

Mohd Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannyanya pada Sabtu ini.

Pengerusi Eksekutif Proton itu berkata langkah menawarkan harga rendah untuk kereta Proton adalah selaras dengan langkah kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Mengenai penjualan Proton Preve di Indonesia, Mohd Khamil berkata syarikat itu yakin dapat menjual kereta itu dengan sasaran 200 ke 220 unit setahun, untuk eksekutif muda yang berhasrat menukar kereta baharu untuk gaya hidup baru.

Keyakinan itu disandarkan kepada strategi pemasaran tempatan termasuk jaminan pembelian balik selama tiga tahun kepada para pembeli dari Indonesia.

"Preve diciptakan dengan aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, rangka berkualiti, teknologi, reka bentuk keseluruhan dan kemudahan. Ia menetapkan standard untuk generasi baru kereta Proton," katanya.

Proton menyasar menjual 2,500 unit kereta untuk semua model keluarannya untuk pasaran Indonesia pada tahun ini.

Proton Preve sebelum ini telah dipasarkan di Australia, Thailand and Brunei dan langkah proton untuk memasarkan model-model kereta keluarannya di luar negara merupakan sebahagian daripada langkah membina jenamanya yang kukuh kepada para pembeli kereta.

Mohd Khamil berkata, di Indonesia Proton Preve akan dijual dengan harga Rp285 juta seunit (kira-kira RM89,000).

Harga yang ditawarkan itu adalah 16 peratus lebih rendah daripada kereta kelas yang sama dari jenama lain, namun kualiti dan teknologi Preve adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan mereka, katanya. - Bernama

6 comments:

  1. Cipplak idea jepun buat macam tu sekali taste orang Malaysia berbeza da.. rekabentuk Juara tak menghairahkan rakyat malaysia hahaha.. Ada dengar dari kawan salesman.. siapa dapat jual Juara dapat komisen besar huhu..

    Tapi pelik kan Bhai toyota jual bentuk townbox macam helfire laku pulak mahal pulak tuh..

    ReplyDelete
  2. Mungkin Proton dah combine arena + juara :D dan dijual dengan harga rendah

    ReplyDelete
  3. Quality bang, Helfire jangan di bandingkan dgn local product. QUALITY, in and out.

    ReplyDelete
  4. kalau dah barang baek dan quality, made in japan or USA, jual seluar jeans riban2 pun org berebut nak beli bang. pernah dengar jeans jenama 'Momotaro' spesial edition yang rege 7k selai? tu pun berderet org odar. setahun dia leh supply <20 pair je. kalu seluar jenama 'LIVES' made in siam tu jual 7k, sapa nak beli??


    eh, ke laut dah gua ni. org cerita kereta, gua cerita denim...hahaha pokok pangkalnya, K.U.A.L.I.T.I.

    ReplyDelete
  5. Model proton juara yg diubah rupanya sikit. Pasti tidak laku.

    ReplyDelete
  6. sembang pasal KUALITI ni berkait rapat dgn DUIT/KOS.

    Bahasa mudah "Mana ada brg baik murah?"

    Nak kualiti baik, harga pun baik bro...


    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja