Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label SAMM. Show all posts
Showing posts with label SAMM. Show all posts

26 June 2013

Kenapa Rakyat Marahkan Sekeping Gambar

Bhai.... Okeh... aper yang gua nak citerkan nih... mungkin akan menyebabkan pengkagum Anwar Ibrahim akan marah dan seterusnya memboikot blog ini... samer macam dulu masa gua tibai Hadi Awang... ramai pengkagum Hadi Awang terus marah dan blah dari blog gua.... Hahaha

Gua takder hal... gua cuma nak menyampaikan aper yang terbuku dalam hati nurani warga marhaen... rakyat marhaen ... dan rakyat mustad'afin...


Okeh... citernyer camnie.... kenapa rakyat marahkan sekeping gambar... Yer... sebab gambar itu boleh memberikan seribu satu makna.... Gambar Anwar Ibrahim gembira dan bersuka-suka didalam Parlimen tapi pada masa yang sama.... rakyat dibelasah di perkarangan luar Parlimen...

Kalu betullah Anwar Ibrahim dan segala mak nenek Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 atas dapat penipuan dan penyelewengan SPR ketika itu.... patutnya mereka bertindak memboikot ..... Kalu pon Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berani (TIDAK ADER TELOR) nak memboikot urusan mengangkat sumpat menjadi wakil rakyar (Ahli Parlimen).... at least lar.... lepas selesai urusan angkat sumpah tue.... berambus la keluar beramai-ramai dari Parlimen.... sebagai solidariti memboikot keputusan PRU13...

Tapi tak.... bukan setakat takder nak boikot... nak amik keputusan keluar beramai-ramai dari Parlimen pon takder berani.... Kalu geng-geng PAS gua tau la ramai yang tengah syok dapat jadi Ahli Parlimen.... Samer gak ngan geng-geng PKR.... tapi yang DAP pon .... takkan la tak berani nak memboikot urusan lain (urusan makan-makan) di Parlimen....

Aper salahnyer semua setelah selesai angkat sumpah... terus keluar dari Parlimen... sebagai membantah keputusan PRU13.... tapi yer la.... ini semua pemimpin POKKE..... depan rakyat marhaen... gempak... tapi in realiti... poodah jer la.... hahahaha ...

Lagi satu.... dari aper yang gua dengar dari bebudak SAMM..... takder sekor pon Ahli Parlimen PR yang ader nak menunjuk muka semasa kempen solidariti terhadap penahanan aktivis Boikot 505 di Balai Polis Jinjang...... sampai kesudah... sampai diorang dah dibebaskan pon... takder sekor Ahli Parlimen PR yang datang..... itu maklumat yang gua dapat..... kenapa tak datang... takkan la sidang Parlimen sampai pukul 1 pagi kot.....  takkan la kan...

That's why la....  pada PRU14 nanti.... bukan sajer mangkuk-mangkuk Ahli Parlimen PR nih akan ditolak... dengan PR-PR sekali semua kena tolak dek golongan rakyat marhaen dan mustad'afin..... Kitorang skrang nih tengah memerhati tingkah laku sekor-sekor Ahli Parlimen PR..... jenis yang suka tido dalam Parlimen tue (macam makcik sorang tue)... gua nasihatkan jangan la bagi ceramah ker kat mana-mana... nanti tak pasai-pasai kena booo atau kena baling telur busuk...

Hahaha..... ader paham ka???


20 June 2013

Persiapan Untuk Blackout 505

Bhai... Petang tadi gua dah mempersiapkan segala keperluan untuk hadir Blackout 505 Padang Merbuk... Petang esok gua akan gerak ke KL ... Penginapan dah ditetapkan kat Bukit Jalil... Transportation pon dah disediakan...

Cumanyer.... Cumanyer kali nih gua bukan bergerak dan hadir sebagai pendemo atau media... Kali nih gua bergerak dan hadir sebagai memenuhi tugasan yang telah diarahkan.... Gua akan bergerak dan hadir sebagai pemerhati dari Agensi...

Kalo ader sesapa yang kenal gua ... Harap genyit-genyit mata sajer udah la... Lu orang jangan plak dok kecoh nak pi bergambar plak ngan gua... Hahaha..

Sebab kali nih gua akan lepak skali dengan team sebelah sana... Team LSF dan FRU... Gua akan lebih kepada memerhati jer... Sori aaaa... Maaf sesangat... Walaupun hati ini nak sangat la join berdemo atau sekurang-kurangnya menjadi media... Mmmm..

Sori aaa buat kengkawan kat PR dan BN.... Sori ... Kali nih gua bertugas... Hahaha... Tak dapat la nak lepak dan berborak macam biasa.... Tak dapat la nak makan asap tear gas ... 

Gua harap jangan la lepas nih takder yang nak kawan lagi ngan gua... Walaupun gua bertugas.. Tapi tak semestinya gua bersetuju dengan tindak tanduk Kerajaan Malaysia yang anti-rakyat... Gua still macam biasa...  

Lagi satu... Ader agensi yang sudah memasang alat memantau panggilan telefon dan sms di Padang Merbok ... Jadi kemungkinan besar lu akan ditrace tue aderlah besar... Jangan update blog dari Padang Merbok.... Diorang sudah pasang "packet sniffer" la... bahaya oooo....

17 February 2013

Pembodek Najib Razak

Bhai... Ini Khaled Nordin aaa... kalu dier tak menyalak untuk membodek Najib Razak.... masak dier kali nih.... pasai gua dengar citer nama dier mungkin tak tersenarai untuk jadi calon PRU13... Hahahaha.... sebab tue la dier terpaksa menjadi pembodek Najib Razak... Tambah lagi Najib Razak aderlah ahli politik yang cuma berani berhadapan dengan penyokong sendiri jer...  Sebab tue la... GM13 kena kacau di Pekan.... hahaha

Nak buat camana.... sudah kecut teloq kalu..... Gua cadangkan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR supaya jangan gatai-gatai letak calon di Pekan untuk melawan Najib Razak... kiter biarkan kumpulan Mahasiswa GM13 yang bertanding satu lawan satu dengan Najib Razak kat Parlimen Pekan... Pakatan Rakyat patut bantu dan bagi peluang GM13 kalahkan Najib Razak....

PAS dan PKR jangan menyebok Parlimen Pekan... kiter tengok... betapa berani kah Najib Razak bertanding lawan GM13 secara jantan.... jangan ader main celaka... main kotor.... hahaha... Kiter tengok... Ini kali lah....


PASIR GUDANG - Kerajaan tidak akan menghalang hasrat mana-mana mahasiswa yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti yang dihebohkan Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penyertaan aktif golongan itu dalam politik negara secara langsung membuktikan mereka mengiktiraf amalan demokrasi yang dilakukan kerajaan di negara ini.

"Ini membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi, menteri atau kerajaan tidak halang mereka berpolitik, tidak sekat mereka untuk bertanding.

"Malah ia juga membuktikan mereka juga yakin dengan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini kerana itu mereka yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya nanti.

"Sebab tidak ada calon yang bertanding kalau mereka tidak yakin mereka kalah, buat apa bertanding kalau hanya akan merugikan wang," katanya selepas merasmikan Karnival Mesra Komuniti 1Malaysia dan pelancaran usaha sama strategik Kolej Komuniti bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan industri peruncitan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan GM13 menyenaraikan enam nama untuk bertanding dalam PRU13 kelak termasuk meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jika mereka merasakan sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih, golongan itu sepatutnya tidak perlu bertanding dan kesanggupan untuk berbuat demikian telah mencerminkan sebaliknya," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menyifatkan tindakan meletakkan calon di kawasan Parlimen Pekan itu hanya semata-mata untuk meraih publisiti memandangkan kawasan itu disandang Perdana Menteri.

"Tindakan mereka memilih kawasan itu tidak lebih daripada untuk mendapat nama semata-mata dan ingin dapat perhatian besar serta meluas kerana ia merupakan kawasan Perdana Menteri kita," katanya. - Bernama


14 February 2013

Apa Kaitan GM13 Dengan PAS

Bhai.... Sori gua tak dapat cari kaitan GM13 dengan PAS sampaikan kononnya GM13 memberikan wang RM9 dalam sampul duit berlogo PAS pada sesi kempen GM13 di Parlimen Pekan, Pahang... Sungguh.. gua tak paham dan tak tahu dimana kaitannya GM13 dengan PAS...

Pelik bila membaca artikel kat Sinar Harian yang menceritakan komen pihak-pihak yang terlibat di Parlimen Pekan... Ader seorang pemimpin setempat disana yang khabarnya mendakwa dia menerima satu sampul duit berlogo PAS yang mengandungi wang sebanyak RM9 .... yang lagi pelik tue... semua itu duit baru... dan GM13 bukannyer kaya mender... dari mana datangnya sampul duit yang tertera logo PAS itu...

Aderkah ianya sengaja ditampilkan semata-mata untuk mengubah persepsi... aderkah ianya disediakan oleh pihak-pihak tertentu yang sebenarnya sengaja nak menjahanamkan kempen GM13... Tah paham sungguh gua... Aper yang gua nampak.... ader pihak sengaja memainkan isu kat sini...

Disatu segi.. elok jugak kecok isu penduduk kampung mengamuk kepada GM13... ianya secara otomatik adalah sebahagian dari promosi percuma... Tak perlu dibayar... tak prlu keluar dana... siap keluar masuk akhbar dan media... hahahaha.... satu kempen yang bijak sebenarnya... Memang strategi yang akan memeningkan kapla Najib Razak... hahahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1