Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label TPPA. Show all posts
Showing posts with label TPPA. Show all posts

04 February 2016

Depa Kata ...

Bhai/DeeDee semua...

Depa kata lepas tandatangan setuju join TPPA ekonomi kita akan okeh... matawang kita akan lebih kukuh... dan ramai orang akan dapat manfaat darinya... Hahaha... gua gelak jer.... Hahaha... Cuba tengok gambar yang gua snapshotkan ni... patut lepas tandatangan TPPA ..... patutnya matawang kita lagi kukuh... tapi nampaknya matawang US Dollar pulak yang kukuh....

Hahaha,..,

Padan muka la semua kena kelentong dek Mustapha Mohamed tu.... Hahaha...




06 October 2015

Mustapha Mohamed, Sila Jangan Menjadi Pengkhianat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Jika anda berurusan jual tanah (sebagai contoh) dimana ianya melibatkan tanah yang dikongsi bersama adik beradik anda, adakah anda akan menandatangani perjanjian penjualan dengan pembeli tanpa berbincang dahulu dengan adik beradik anda? Adakah anda akan hanya berbincang setelah perjanjian ditandatangani? Apa perasaan adik beradik anda jika penjualan tanah tersebut sebenarnya tidak menguntungkan mereke? Tidakkah mereka akan mempertikaikan penjualan tersebut? Adakah perjanjian yang telah ditandatangani itu boleh dibatalkan tanpa anda pelu memberikan pampasan kepada pembeli?

Jika anda rasa tindakan anda menandatangani perjanjian penjualan itu terlebih dahulu sebelum berunding dengan adik beradik anda adalah satu tindakan yang betul, maka nampaknya anda seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak paham proses undang-undang. Kalau mengikut undang-undang rimba, anda sudah pastinya dibunuh atau disumpit.

Seterusnya : http://forthforce.blogspot.com/2015/10/tppa-jangan-jadi-pengkhianat.html

#ViralBroadcast

Betapa Celakanya Mustapha Mohamed

Bhai/DeeDee semua..

Najib Razak dah memang satu celaka... Nih Mustapha Mohamed pulak jadi celaka.... Tengok muka dier tersenyum tersengih dalam gambar dibawah nih pun dah rasa nak maki hamun.... Mudah betul dijualnyer negara nih... Dah rakyat semua tak setuju... buat aper sign... buat aper tandatangan...  Celaka la....

Berita berkaitan : TPPA Agreement Deal Signed.  Malaysia Sudah Tandatangani TPPA








17 February 2015

TPPA : Satu Penipuan Dalam Terang

Kah Kah Kah.

Kelakar sungguh alasan yang diberikan oleh Mustapha Mohamed. Kononnya tiada firma dalam Malaysia yang mampu membuat kajian menyeluruh berkenaan dokumen perjanjian TPPA. Bukankah dalam negara ini ada banyak agensi dan kumpulan pemikir (think-tank) yang dikatakan hebat. Malah kita juga ada Majlis Professor Negara. Adakah mereka semua ini tidak mempu untuk melakukan kajian menyeluruh berkenaan TPPA.

Kah Kah Kah.

Kenapa perlu dilantik firma luar negara. Adakah firma tersebut fasih dan faham isu-isu dalam negara. Sudah pastinya Kerajaan Malaysia terpaksa mendedahkan beberapa dokumen sulit negara dan aset strategik kepada firma ini semata-mata untuk memudahkan firma tersebut melengkapkan kajian menyeluruh. Ini adalah satu tindakan yang merbahaya. Boleh mengundang masalah dari segi keselamatan negara.

Kah Kah Kah.

Berapa pula kos yang akan diperuntukkan kepada firma inu. Pada pandangan peribadi saya, kos yang dijangkakan mungkin boleh mencecah USD100 juta kerana perjanjian TPPA ini adalah satu perjanjian ekonomi yang besar. Jadi kemungkinan fi yang dikenakan adalah sekitar 1% hingga 2% dari jumlah keseluruhan perjanjian komersial ini. Ini adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Kah Kah Kah.

Kenapakah Kerajaan Malaysia tidak menggunakan khidmat "Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa" yang lebih dikenali sebagai ISIS yang selama ini menjadi satu kumpulan pemikir utama Malaysia.  Bukankah ini lebih memudahkan dan kos efektif.

Kah Kah Kah.

Saya amat sangsi dengan tindakan MITI dan Kerajaan Malaysia yang tampak berselindung dalam urusan TPPA. Penipuan oleh Mustapha Mohamed nampak jelas. Adakah ini yang dibincangkan dipadang golf oleh Barrack Obama dan Najib Razak di Hawaii pada penghujung 2014 dikala Malaysia dilanda banjir yang terburuk.



Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

01 August 2013

Apa Gunanya Parlimen Dan Dewan Rakyat

Bhai/DeeDee sekalian...

Apa gunanya kita ada Parlimen dan Dewan Rakyat jika ...
  1. Perjanjian TPP tidak langsung dibahaskan didalam Parlimen dan Dewan Rakyat
  2. Jika kerahsiaan yang ada pada perjanjian TPP tidak langsung boleh didedahkan didalam Parlimen (Dewan Rakyat)
  3. Jika ader urusan yang langsung tidak boleh dicapai dan digapai maklumatnya oleh Parlimen dan Dewan Rakyat
  4. Jika MITI tidak boleh disoalsiasat oleh PAC (Parliamentary Audit Committee) atas urusan perjanjian TPP ini
Baik tutup jer la Parlimen dan Dewan Rakyat tue.... buang masa dan buang duit.... mengarut..... sebab Parlimen dan Dewan Rakyat tidak mampu dan tidak ader kuasa keatas MITI....  Bodoh aaa biler ader satu agensi yang lagi besar kuasanya daripada Parlimen dan Dewan Rakyat....

Aper besar sangat ker jawatan dan kuasa yang ader pada Mustapha Mohamed tue.. sampaikan Parlimen dan Dewan Rakyat tabley nak campur tangan dan amik tahu pasai perjanjian TPP nih yang bersangkutan dengan keseluruhan rakyat Malaysia...

Whoa.... Punya la teruk Parlimen dan Dewan Rakyat di Malaysia nih sampaikan takder kuasa untuk mengarahkan agensi dalam negara ini untuk pendengaran awam dan debat (public hearing and debate)..... Punya la cap ayam Parlimen dan Dewan Rakyat Malaysia...

Buat malu betul lar.... Patut la Parlimen Malaysia nih dilabelkan sebagai Parlimen Kanggaru pasai bukan sajer MITI.... malah PETRONAS pon Parlimen Malaysia takder kuasa..... hahaha.... even SPR pon Parlimen Malaysia takder kuasa...... cap ayam betul lar.... hahahaha.... Memalukan sungguh la...

Gua rasa.... terbaek kalu kiter semua rakyat Malaysia pakat ramai-ramai mendesak bahawa Parlimen dan Dewan Rakyat ditutup ajer... pasai buat apa menyimpan gajah putih yang takder makna... buat apa simpan harimau yang takder taring.... 



13 July 2013

Sebelum TPPA Kos Ubat Adalah RM1.9 Bilion

Bhai/DeeDee .... Sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... Sesudah TPPA kos ubat pulak akan jadi berapa??? Takkan jadi RM19 bilion kot..... Giler aaa kalu camnie... Pasainyer.... biler dah Kerajaan Malaysia setuju dengan TPPA.... makanyer takder lagi la ubat generic yang akan dikeluarkan dan dipasarkan...

Selama ini pesakit di Malaysia banyak dibekalkan dengan ubat generic ..... contohnyer paracetamol dan sirap ubat batuk.... lepas nih susah la kepada rakyat marhaen... Takkan nak beli ubat berjemana kot.... giler ker aper...

Sebelum tahun 2000 .... semua pembekalan ubat di Hospital Kerajaan dikendalikan sendiri oleh Kementerian Kesihatan dengan proses perkilangan dan pembuatan ubat secara sendiri (in-house)... Masa nih semua ubat yang ada di Hospital kerajaan aderlah ubat generic (ubat berlabel KK @ Kementerian Kesihatan)..... Tapi selepas projek penswastaan perkhidmatan pembekalan ubat.... maka ujudnya PharmaNiaga.... yang mendapat konsesi penuh pembekalan ubat kepada Hospital...

Kini.... sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... nanti lepas TPPA.... mau la agaknyer kos meningkat berkali ganda.... Hahaha... boleh cecah RM19 bilion kot.... Kaya la mangkuk-mangkuk kroni dalam PharmaNiaga.... Hahaha... Kaya lagi aaa Syed Mokhtar BauKaki.... Hahaha .... Ayoyo amma appa....



PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berdepan dengan krisis bekalan ubat di klinik dan hospital kerajaan walaupun adakalanya kehabisan ubat tertentu berlaku.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah A. Rahman menjelaskan bahawa faktor komunikasi antara pegawai farmasi dan doktor mungkin antara punca kehabisan ubat tertentu itu berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang media mengenai Mitos and Realiti Industri Farmaseutikal anjuran Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) di sini, Eisah memberi jaminan bekalan ubat di negara ini mencukupi.

"Saya tidak nafikan mungkin satu-satu masa itu fasiliti ubat memang mungkin tidak ada, kadang-kadang komunikasinya, mungkin tidak dimaklumkan kepada doktor yang menulis preskripsi ubat tertentu supaya doktor boleh buat keputusan untuk menawarkan ubat lain sebagai alternatif," katanya.

Beliau berkata pelbagai pendekatan lain boleh diambil oleh pihak hospital atau klinik contohnya meminjam stok ubat tertentu di klinik berlainan dan menghantar ubat secara pos agar tidak menyusahkan pesakit.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai dan Pengarah Eksekutif PhaMa Ewe Kheng Huat.

Eisah berkata tahun lepas sejumlah RM1.9 bilion dibelanjakan untuk bekalan ubat-ubatan dan menjangkakan pertambahan sebanyak 10 peratus bagi perbelanjaan sama tahun ini.

"Kita tidak ada masalah dari segi peruntukan, bagaimanapun kami sedang memohon peruntukan tambahan bagi menampung keperluan pesakit khususnya untuk hospital dan klinik kerajaan di negeri-negeri," katanya.

Menepis tanggapan bahawa ubat-ubatan yang dibekal pusat perubatan swasta lebih baik berbanding yang dibekalkan oleh klinik dan hospital kerajaan, Eisah berkata semua ubat-ubatan perlu melalui proses pendaftaran yang sama, termasuk dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai penjualan ubat-ubatan secara dalam talian, Eisah menasihatkan orang ramai supaya lebih rasional dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk yang dihebahkan, yang mungkin berisiko jika diambil tanpa mendapatkan preskripsi doktor.- Bernama

12 July 2013

Menteri Akan Disumpit

Bhai/DeeDee .... Aper yang gua nak tuliskan nih bukan hasutan... bukan ugutan... bukan ancaman... dan bukan termaktub dibawah kanun jenayah sivil.... Tapi ianya sekadar peringatan..... peringatan buat manusia yang lalai... manusia yang pikir tembolok diri dier jer... pikir pasai keuntungan laba yang akan diorang dapat jer...


Ini berkaitan dengan TPPA.... satu perjanjian perdagangan yang ultra-rahsia antara Kerajaan Malaysia dan 11 lagi Anggota lainnya.... Dalam sejarah Malaysia moden pasca 2000 .... inilah satu-satunya perjanjian rahsia yang melibatkan kepentingan negara yang rakyat Malaysia dinafikan hak untuk mengetahuinya... Aderkah ianyer baik untuk rakyat dan negara tidak diketahui... Hanya sebilangan kecil orang sahaja yang tahu... tapi yang lawak bodohnyer... senarai orang-orang ini pon tidak dibenarkan diwarwarkan kepada semua...

Sejak bilan TPPA nih diklasifikasikan sebagai OSA.... gua tak pernah dengar pon TPPA nih diletakkan dibawah OSA.... lu orang ader dengar ker???...

Kalu setelah ditandatangani nanti oleh si bangsat Menteri yang berkaitan....pada penghujung tahun nih.... dan selepas tue baru diketahui bahawa TPPA ini mencelakakan rakyat dan negara.... gua rasa aaa... lebih baik ini Menteri kena sumpit....

Sebab aper patut kena sumpit.... sebab Menteri ini khianat kepada rakyat.... so selayaknyer dier nih kena sumpit kat cuping telinga ker.... hahahaha....  Susah skit nak kenalpasti origin sumpit nih.... kalu semua kesan cap jari dan DNA takder..... hahaha.... nak buat ujian balistik pon tabley.... hahahaha ...

Gua rasa aaa..... ader Menteri akan kena sumpit nanti.... hahahaha... nasib la wei.... hahaha.... Setakat sumpit jer tak mati oooo... lain la kalu kena vital organ.... atau ader tambah racun cyanide ker... racun pokok ipoh ker.... hahha.... atau paling cikai sumpit tue taruh racun Roundup ...... hahahaha

Payah sangat... sumpit jer kat kemaluan.... kasi hilang sense of "kemaluan" tue..... hahaha

20 June 2013

Samsul Adabi Mamat Memang Lawak

Bhai.... Kesian sungguh la Malaysia nih... ramai sangat la pendidik yang bukan setakat bangang sendiri-sendiri... tapi cuba membangangkan orang lain samer....  Yang lagi lawak tue... pusat pengajian tinggi di Malaysia nih banyak dikuasai oleh ahli akademik bertaraf kangkung..... nak buat camana..... hahaha... Kalu dah level pensyarah kanan pon kangkung... macam mana la jadinyer para pelajar..... kalu dah level kangkung yang mengajar..... hahaha....

Ala Canggung Si Ala Kangkung ....

Hahahaha.... gua nak tanya Pensyarah Kanan UKM nih .... Samsul Adabi Mamat .. yang katanyer mengajar bidang Sains Politik..... errr... gua nak tanya nih..... "Sejak bila cukai impot yang dikenakan terhadap barangan dari luar ditentukan oleh syarikat pembekal" ..... hahahaha.... Bukankah selama ini cukai impot ini ditentukan oleh kerajaan sesebuat negara itu sendiri... dan takder kena mengena dengan pengeluar dan pembekal....

Hahahaa.... macam gua beli barangan untuk filateli..... kotak bekas setem .... dari German..... caj cukai impot dan duti eksais dikenakan oleh Kastam dan Eksais Diraja Malaysia...... dan bukannya oleh pengeluar dan pembekal;.....  Gua oder barang semua clear takder cukai mender.... tetiba ditahan di pejabat Kastam KLIA .... sebab kena clearkan cukai impot dan duti eksais....... dan semua bayaran nih takder kena mengena dengan syarikat pembekal dan pengeluar....

So..... aper ker jadahnyer dengan adernya TPP nih.... cukai impot takder dikenakan.... sedangkan cukai impot tue aderlah hasil negara....  dikutip dan ditentukan oleh negara dimana barangan itu dibawa masuk...... Hahahaha.....  Kalu dah Samsul Adabi Mamat nih bodoh dan bangang... tolong aaaa... tolong la jangan bodohkan dan bangangkan orang lain,..... hahahaha ... tolong aaaa.... Kalu tak reti pasai dunia percukaian... sila la belajar dengan yang tahu..... sila aaaa jangan malu-malu ooooi... mangkuk Samsul Adabi Mamat ooi... dan tolong aaa... tolong jangan buat lawak bangang camnie...

Macam mana la anak murid lu.... kesian pasai dapat pensyarah kanan yang bangang...... hahahaha

P/S : Mana ader syarikat Malaysia yang berani menekan Kerajaan Malaysia dalam menentukan cukai impot.... kalu ader... sila bagitau gua nama syarikat tue.... hahahahaha


TPP beri kebaikan, cabaran - SUMBER

BANGI - Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) memberikan impak positif kepada negara apabila ia dilaksanakan kelak.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, kebaikan kepada negara apabila cukai import dapat dikurangkan.

"Jika kita tidak tandatangani perjanjian ini, kita akan ditekan dengan cukai yang tinggi untuk mengimport barangan luar, jadi sebagai balasan kepada peraturan itu kita dapat membawa masuk barangan dengan cukai yang rendah.

"Selain itu, kebaikan yang diperoleh kerajaan ialah perkembangan perniagaan dalaman dan pertumbuhan kilang-kilang akan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan meningkatkan pendapatan mereka," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebaikan dan cabaran mengenai TPP yang bakal dilaksanakan.

Bagaimanapun Samsul berkata, pelaksanaan TPP turut mempunyai cabaran yang terpaksa dihadapi negara berikutan saingan dengan syarikat-syarikat ternama yang mempunyai rekod kejayaan masuk ke negara ini.

"Ada kebaikan dan cabaran bakal dihadapi negara, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kita menghadapi cabaran perdagangan global dan pendominasian global terhadap perniagaan tempatan yang akan menggugat atau menyekat perdagangan dalam negara.

"Syarikat-syarikat kecil sukar bersaing di peringkat lebih global," katanya.

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dilapor meminta kerajaan mengkaji semula penglibatan Malaysia dalam perbincangan pembentukan perjanjian TPP.

Selain itu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) juga mendesak kerajaan menarik diri daripada TPP kerana perjanjian itu didakwa bakal memudaratkan ekonomi negara.

Perbincangan bagi membentuk perjanjian TPP yang melibatkan 12 negara itu kini telah memasuki pusingan yang ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013.

Negara terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.

Mengulas lanjut, Samsul berkata, bagi menghadapi cabaran itu, kerajaan disarankan memperkasakan produk tempatan supaya mampu bersaing di pasaran global.

"Kita perlu fokus kepada barang tempatan untuk dapatkan keuntungan kepada negara kerana cukai import diturunkan," katanya.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1