Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Trans Pacific Partnership Agreement. Show all posts
Showing posts with label Trans Pacific Partnership Agreement. Show all posts

06 October 2015

Mustapha Mohamed, Sila Jangan Menjadi Pengkhianat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Jika anda berurusan jual tanah (sebagai contoh) dimana ianya melibatkan tanah yang dikongsi bersama adik beradik anda, adakah anda akan menandatangani perjanjian penjualan dengan pembeli tanpa berbincang dahulu dengan adik beradik anda? Adakah anda akan hanya berbincang setelah perjanjian ditandatangani? Apa perasaan adik beradik anda jika penjualan tanah tersebut sebenarnya tidak menguntungkan mereke? Tidakkah mereka akan mempertikaikan penjualan tersebut? Adakah perjanjian yang telah ditandatangani itu boleh dibatalkan tanpa anda pelu memberikan pampasan kepada pembeli?

Jika anda rasa tindakan anda menandatangani perjanjian penjualan itu terlebih dahulu sebelum berunding dengan adik beradik anda adalah satu tindakan yang betul, maka nampaknya anda seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak paham proses undang-undang. Kalau mengikut undang-undang rimba, anda sudah pastinya dibunuh atau disumpit.

Seterusnya : http://forthforce.blogspot.com/2015/10/tppa-jangan-jadi-pengkhianat.html

#ViralBroadcast

Betapa Celakanya Mustapha Mohamed

Bhai/DeeDee semua..

Najib Razak dah memang satu celaka... Nih Mustapha Mohamed pulak jadi celaka.... Tengok muka dier tersenyum tersengih dalam gambar dibawah nih pun dah rasa nak maki hamun.... Mudah betul dijualnyer negara nih... Dah rakyat semua tak setuju... buat aper sign... buat aper tandatangan...  Celaka la....

Berita berkaitan : TPPA Agreement Deal Signed.  Malaysia Sudah Tandatangani TPPA








01 August 2013

Apa Gunanya Parlimen Dan Dewan Rakyat

Bhai/DeeDee sekalian...

Apa gunanya kita ada Parlimen dan Dewan Rakyat jika ...
  1. Perjanjian TPP tidak langsung dibahaskan didalam Parlimen dan Dewan Rakyat
  2. Jika kerahsiaan yang ada pada perjanjian TPP tidak langsung boleh didedahkan didalam Parlimen (Dewan Rakyat)
  3. Jika ader urusan yang langsung tidak boleh dicapai dan digapai maklumatnya oleh Parlimen dan Dewan Rakyat
  4. Jika MITI tidak boleh disoalsiasat oleh PAC (Parliamentary Audit Committee) atas urusan perjanjian TPP ini
Baik tutup jer la Parlimen dan Dewan Rakyat tue.... buang masa dan buang duit.... mengarut..... sebab Parlimen dan Dewan Rakyat tidak mampu dan tidak ader kuasa keatas MITI....  Bodoh aaa biler ader satu agensi yang lagi besar kuasanya daripada Parlimen dan Dewan Rakyat....

Aper besar sangat ker jawatan dan kuasa yang ader pada Mustapha Mohamed tue.. sampaikan Parlimen dan Dewan Rakyat tabley nak campur tangan dan amik tahu pasai perjanjian TPP nih yang bersangkutan dengan keseluruhan rakyat Malaysia...

Whoa.... Punya la teruk Parlimen dan Dewan Rakyat di Malaysia nih sampaikan takder kuasa untuk mengarahkan agensi dalam negara ini untuk pendengaran awam dan debat (public hearing and debate)..... Punya la cap ayam Parlimen dan Dewan Rakyat Malaysia...

Buat malu betul lar.... Patut la Parlimen Malaysia nih dilabelkan sebagai Parlimen Kanggaru pasai bukan sajer MITI.... malah PETRONAS pon Parlimen Malaysia takder kuasa..... hahaha.... even SPR pon Parlimen Malaysia takder kuasa...... cap ayam betul lar.... hahahaha.... Memalukan sungguh la...

Gua rasa.... terbaek kalu kiter semua rakyat Malaysia pakat ramai-ramai mendesak bahawa Parlimen dan Dewan Rakyat ditutup ajer... pasai buat apa menyimpan gajah putih yang takder makna... buat apa simpan harimau yang takder taring.... 



13 July 2013

Sebelum TPPA Kos Ubat Adalah RM1.9 Bilion

Bhai/DeeDee .... Sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... Sesudah TPPA kos ubat pulak akan jadi berapa??? Takkan jadi RM19 bilion kot..... Giler aaa kalu camnie... Pasainyer.... biler dah Kerajaan Malaysia setuju dengan TPPA.... makanyer takder lagi la ubat generic yang akan dikeluarkan dan dipasarkan...

Selama ini pesakit di Malaysia banyak dibekalkan dengan ubat generic ..... contohnyer paracetamol dan sirap ubat batuk.... lepas nih susah la kepada rakyat marhaen... Takkan nak beli ubat berjemana kot.... giler ker aper...

Sebelum tahun 2000 .... semua pembekalan ubat di Hospital Kerajaan dikendalikan sendiri oleh Kementerian Kesihatan dengan proses perkilangan dan pembuatan ubat secara sendiri (in-house)... Masa nih semua ubat yang ada di Hospital kerajaan aderlah ubat generic (ubat berlabel KK @ Kementerian Kesihatan)..... Tapi selepas projek penswastaan perkhidmatan pembekalan ubat.... maka ujudnya PharmaNiaga.... yang mendapat konsesi penuh pembekalan ubat kepada Hospital...

Kini.... sebelum TPPA kos ubat adalah RM1.9 bilion.... nanti lepas TPPA.... mau la agaknyer kos meningkat berkali ganda.... Hahaha... boleh cecah RM19 bilion kot.... Kaya la mangkuk-mangkuk kroni dalam PharmaNiaga.... Hahaha... Kaya lagi aaa Syed Mokhtar BauKaki.... Hahaha .... Ayoyo amma appa....



PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berdepan dengan krisis bekalan ubat di klinik dan hospital kerajaan walaupun adakalanya kehabisan ubat tertentu berlaku.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah A. Rahman menjelaskan bahawa faktor komunikasi antara pegawai farmasi dan doktor mungkin antara punca kehabisan ubat tertentu itu berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang media mengenai Mitos and Realiti Industri Farmaseutikal anjuran Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) di sini, Eisah memberi jaminan bekalan ubat di negara ini mencukupi.

"Saya tidak nafikan mungkin satu-satu masa itu fasiliti ubat memang mungkin tidak ada, kadang-kadang komunikasinya, mungkin tidak dimaklumkan kepada doktor yang menulis preskripsi ubat tertentu supaya doktor boleh buat keputusan untuk menawarkan ubat lain sebagai alternatif," katanya.

Beliau berkata pelbagai pendekatan lain boleh diambil oleh pihak hospital atau klinik contohnya meminjam stok ubat tertentu di klinik berlainan dan menghantar ubat secara pos agar tidak menyusahkan pesakit.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai dan Pengarah Eksekutif PhaMa Ewe Kheng Huat.

Eisah berkata tahun lepas sejumlah RM1.9 bilion dibelanjakan untuk bekalan ubat-ubatan dan menjangkakan pertambahan sebanyak 10 peratus bagi perbelanjaan sama tahun ini.

"Kita tidak ada masalah dari segi peruntukan, bagaimanapun kami sedang memohon peruntukan tambahan bagi menampung keperluan pesakit khususnya untuk hospital dan klinik kerajaan di negeri-negeri," katanya.

Menepis tanggapan bahawa ubat-ubatan yang dibekal pusat perubatan swasta lebih baik berbanding yang dibekalkan oleh klinik dan hospital kerajaan, Eisah berkata semua ubat-ubatan perlu melalui proses pendaftaran yang sama, termasuk dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai penjualan ubat-ubatan secara dalam talian, Eisah menasihatkan orang ramai supaya lebih rasional dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk yang dihebahkan, yang mungkin berisiko jika diambil tanpa mendapatkan preskripsi doktor.- Bernama

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1