Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rahsia. Show all posts
Showing posts with label Rahsia. Show all posts

31 January 2025

Hayat Edisi Siasat Pastinya Tidak Lama, SKMM Digesa Bertindak Segera

Bhai/DeeDee semua...

Punya lah koyak... sampaikan Telegram Edisi Siasat pun nak diblok. Hahaha

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) menggesa kerajaan menyiasat kewujudan Edisi Siasat ES yang berjumlah lebih dari 1.2 juta pada waktu ini.

En Shahbudin Embun Naib Pengerusi Sekpur menjelaskan pelbagai tohmahan wujud di Telegram ES yang boleh menggugat kestabilan kerajaan . Beliau memberikan contoh beberapa kesan negatif yang berpunca daripada siaran di ruangan telegram ES seperti kes kontrak oleh DBKL baru-baru ini sehingga mengakibatkan beberapa pihak yang terlibat terkesan.

En Shahbudin juga sempat membacakan beberapa lagi sebaran baru oleh ES yang melibatkan tokoh dan agensi kerajaan yang turut dipaparkan gambar serta data peribadi mereka.

 

23 May 2021

Tak Logik Lar

Bhai/DeeDee semua...

Tak logik la kerja-kerja clandestine ada dipamerkan maklumatnya dalam carta aliran organisasi atau pun di laman web organisasi... itu kerja gila dan bodoh la namanya.... Hahaha

“Kami tahu ada segmen khas dalam SKMM yang dikhususkan untuk politik, gangguan politik (political intrusion), kempen sabotaj dan lain-lain - yang ditutup serta-merta oleh PH di bawah menteri Gobind Singh Deo (menteri KKMM pada zaman PH).

“Soalannya, selepas pertukaran kerajaan (kepada PN), adakah mereka mengaktifkan semula unit bermatlamat politik ini? Itu kebimbangan saya.

“Saya percaya kepada Polis Diraja Malaysia dalam hal ini, tapi mereka kata arahan datang daripada SKMM pada saat-saat akhir. Itu benar-benar mewujudkan kesangsian,” katanya lagi.

SKMM hari ini juga menafikan adanya "unit khas" dalam suruhanjaya itu untuk tujuan politik, gangguan politik, kempen sabotaj dan lain-lain.

"SKMM berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta susunan organisasi SKMM dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh SKMM.

"Dalam hal ini, pihak SKMM ingin menjemput YB Syed Saddiq untuk hadir ke SKMM yang mana Suruhanjaya bersedia untuk memberikan penerangan penuh mengenai peranan dan carta organisasinya yang juga boleh didapati di laman sesawang rasmi SKMM,"




11 February 2021

UMNO Ada Akaun Bank Rahsia?

Bhai/DeeDee semua...

Gua personally tak terkejut bila dapat tahu perkara ini.... UMNO ada akaun bank rahsia.... Hahaha... Ini tips of an iceberg ja bhai.... Akaun rahsia ni pun bukanlah terlalu rahsia... Ianya open secret ... yang masukkan dana pon tahu... yang dalam parti pon tahu..... malah yang menjaga akaun bank itu pon tahu.... dan bank-bank yang digunakan akaun tue pon tahu.....

Mustahil sangat la bank-bank yang digunakan akaunnya itu tidak tahu menahu langsung tentang kegunaan dan semua transaksi yang keluar masuk.... Hahaha.... kalu takder kesepakatan... rasanya sudah lama cerita ini terbocor kepada umum...

Itu baru UMNO..... hahaha... antara parti yang tertua dalam Malaysia..... Lu jangan terkezut kalu gua kata... MCA dan MIC pon memang ader akaun bank rahsia yang tak diaudit.... Hahaha..... MCA memang diketahui ader berpuluh akaun bank rahsia yang digunakan untuk mendanai urusan parti.... hahahaha

Gua tak kata BERSATU,PKR, DAP dan AMANAH takder akaun bank rahsia yang digunakan mendanai urusan parti.... Kebanyakan akaun bank rahsia nih adalah para proksi... yang pensimpati parti dan syarikat-syarikat khas yang dikuasai parti...

Tapi....

Tidak terkecuali jugak Parti PAS..... hahaha... kalu lu orang ingat PAS takdak akaun bank rahsia.... hahaha... lu memang lah lawak.... naif sungguh la...

Sebenarnya takder satu parti dalam Malaysia yang tak ada akaun bank rahsia yang digunakan untuk sifon dana.... semuanya ader... cuma beza sama ader ianya digunakan secara telus atau ader banyak hanky panky padanya... dan jugak aderkah ianya digunakan untuk parti atau untuk kepentingan pimpinan parti... itu ja persoalannya...

Aper pon..... parti kalu takder duit camana nak jalan operasi.... kutip duit guna tin milo tue hanya lah cover-up ja.... hahahaha... kena la tunjuk zuhud..... hahaha.... kalu tidak ader duit dari akaun bank rahsia nih... macam mana nak memodalkan pencalonan kerusi Parlimen sebanyak 166 kerusi pada PRU14 .... satu kerusi dah berapa.... aper ko ingat calon PAS untuk kerusi Parlimen tue sendiri ka yang keluar modal untuk bertanding??? Hahaha.... mimpi la wei.... Sama gak ngan beratus lagi kerus Dewan Undangan Negeri (DUN) ... semua tu bertanding pakai duit sapa...

Ko ingat bodoh ka bertanding pakai duut sendiri kalu tahu akan kalah dan hilang deposit bagi yang berparti nih... Calon bebas pon bukan semuanya pakai duit sendiri... itu pon ader orang payung.... Hahahaha

Ader paham ka???



01 August 2013

Apa Gunanya Parlimen Dan Dewan Rakyat

Bhai/DeeDee sekalian...

Apa gunanya kita ada Parlimen dan Dewan Rakyat jika ...
  1. Perjanjian TPP tidak langsung dibahaskan didalam Parlimen dan Dewan Rakyat
  2. Jika kerahsiaan yang ada pada perjanjian TPP tidak langsung boleh didedahkan didalam Parlimen (Dewan Rakyat)
  3. Jika ader urusan yang langsung tidak boleh dicapai dan digapai maklumatnya oleh Parlimen dan Dewan Rakyat
  4. Jika MITI tidak boleh disoalsiasat oleh PAC (Parliamentary Audit Committee) atas urusan perjanjian TPP ini
Baik tutup jer la Parlimen dan Dewan Rakyat tue.... buang masa dan buang duit.... mengarut..... sebab Parlimen dan Dewan Rakyat tidak mampu dan tidak ader kuasa keatas MITI....  Bodoh aaa biler ader satu agensi yang lagi besar kuasanya daripada Parlimen dan Dewan Rakyat....

Aper besar sangat ker jawatan dan kuasa yang ader pada Mustapha Mohamed tue.. sampaikan Parlimen dan Dewan Rakyat tabley nak campur tangan dan amik tahu pasai perjanjian TPP nih yang bersangkutan dengan keseluruhan rakyat Malaysia...

Whoa.... Punya la teruk Parlimen dan Dewan Rakyat di Malaysia nih sampaikan takder kuasa untuk mengarahkan agensi dalam negara ini untuk pendengaran awam dan debat (public hearing and debate)..... Punya la cap ayam Parlimen dan Dewan Rakyat Malaysia...

Buat malu betul lar.... Patut la Parlimen Malaysia nih dilabelkan sebagai Parlimen Kanggaru pasai bukan sajer MITI.... malah PETRONAS pon Parlimen Malaysia takder kuasa..... hahaha.... even SPR pon Parlimen Malaysia takder kuasa...... cap ayam betul lar.... hahahaha.... Memalukan sungguh la...

Gua rasa.... terbaek kalu kiter semua rakyat Malaysia pakat ramai-ramai mendesak bahawa Parlimen dan Dewan Rakyat ditutup ajer... pasai buat apa menyimpan gajah putih yang takder makna... buat apa simpan harimau yang takder taring.... 



05 July 2012

Tutup Mulut Guna OSA

Pergh... part yang mana aaa yang termasuk bawah Akta Rahsia Rasmi - OSA tue gua pon tak tau... tak paham lar... bukannyer ader dokumen sulit Kerajaan Malaysia yang bertanda "RAHSIA" dalam warna merah pon...

Jadik.. dibahagian maner kah yang dikatakan OSA tue... pening aaa... takkan pasai dokumen paspot Mamak Shafee Abdullah yang tertera pekerjaan dier sebagai kakitangan Kerajaan Malaysia tue yang jadik sebab OSA kot... takkan la kot...

Pelik aaa... abis dah gua selidik semua segi... tapi tak jumpa pon mana-mana dokumen yang tertera perkataan "RAHSIA" didalamnyer...

Atau.... dokumen laporan polis yang dibuat oleh orang yang jadi mangsa ....takkan la kot.. selama hari nih takder pon laporan polis diletakkan dibawah OSA...  Atau.... senarai kenderaan milik tertuduh kot.... itu kot yang diletakkan dibawah OSA..... errr... lu orang ader tau tak kat mana OSA nih relevennyer dalam kes UncleSeekers nih..

Ini mesti sebab mau tutup mulut guna OSA lar... mmmm... bagoosh gak ader cara camnie... tak payah la nak berjawab dalam tweeter...  patutnyer awal lagie amik tindakan OSA nih... baru la tak terdedah sana sini... hahaha...

Cer citer skit.....

07 January 2012

Hassan Ali Berani Kerana Bersebab

Hahaha.... lu tau tak bhai kenaper Hassan Ali berani bersuara macam-macam.... hahaha... takkan la lu tak boleh tangkap lagie... hahahaha

Bhai... lu ingat Jawatankuasa Disiplin PAS berani ker amik tindakan terhadap Hassan Ali... hahaha... lu ingat aaa... Hadi Awang ader berani ka bagi komen pasai tindakan Hassan Ali... lu ingat Hassan Ali berani ka buat camnie kalu dier takder bekap (backup)... hahaha .... Hassan Ali berani kerana bersebab la bhai...

Bhai... gua nak kasi tau lu.... ini Hassan Ali sudah berani buat ini macham pasai.. dier sudah berjaya buat strategi "Politik Genggam Telur" .... hahaha... telur saper dier genggam haaa...

Hahaha... Kalu Hassan Ali kena tindakan disiplin.... Hadi Awang mesti kecut perut punya... Mustafa Ali pon mesti samer.... hahahaha...

Ader satu ulama besar dalam PAS la nih bekap Hassan Ali la.... sebab itu Hassan Ali ader brani... lagipon Hassan Ali ader satu rahsia yang dier simpan... "kena kalu gua kasi bocor ini rahsia" ... hahahaha...

Sekarang nih... gua berani cabar Hadi Awang kasi story skit dan kenakan tindakan terhadap Hassan Ali... hahaha.....

Oh yer... lu mau tau pasai aper Hadi Awang takmo nak bagi masa untuk sesi soaljawab (ala terjah) yang Aduka Taruna buat kat Rusila dalam bulan Februari dulu.. hahaha .. pasai rahsia ini la... rahsia yang sekarang nih Hassan Ali sedang gunakan untuk strategi "Politik Genggam Telur"....

Hahahaha..... gua berani jamin Hadi Awang tarak brani punya mau kasi kena sama itu Hassan Ali... hahahaha...

10 August 2010

Bukti Baru Kes Saiful Bukhari Azlan

Hahahaha.... dengar khabar akan ader satu bukti baru kes Saiful Bukhari Azlan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya... ceritanyer berkisar atas terjumpanya (awal Januari lepas) satu nota yang mendetailkan kemungkinan Saiful Bukhari Azlan diliwat... Tarikh surat ini dengar khabarnya ditulis 2 bulan sebelum tarikh kejadian liwat berlaku...

Wahahaha.... hebat sungguh la... macam tau tau jer akan berlaku kes liwat keatas Saiful Bukhari Azlan pada tarikh tue... hahaha... yang best tue ... nota ditulis dua bulan lebih awal... maknanyer... macam ader satu perancangan untuk menyuakan jubur untuk dijolok... hahahaha... lucah la artikel gua hari nih... hahaha...

Paling lawak tue.. dengar khabar.. nota ini dijumpai terselit didalam mesin basuh kain dirumah "bekas" tunang Siful Bukhari Azlan pada awal Januari 2010... hahaha.. dan yang menyulitkan pada awalnya adalah nota ini ditulis dalam tulisan "cakar ayam" dan "jawi" .... Pihak Jabatan Kimia mengambil masa lebih enam bulan untuk menterjemahkannya dan mengesahkan bahawa nota ini tulin... (tulin bang... hahahaha)

Nota tersebut khabarnya telah memperincikan aktiviti liwat ini mengikut turutan dan lengkap dengan gambarajah bagaimana insiden liwat itu bakal berlaku. Malah nota tersebut jelas menunjukkan lokasi dan tempat kejadian liwat itu bakal berlaku.... hahaha...

Bagaimanapun... kandungan nota ini telahpun dibantah oleh Peguam Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh. Ini kerana nota tersebut sepatutnya telah dibawa kepada pengetahuannya sedari awal.... namum pihak Peguam Negara melengah-lengahkannya sehingga semalam... Ini menunjukkan seperti ader satu kemungkinan pemalsuan dokumen telah dilakukan...

Apa-apa pon ... mari kita sahkan adakah dokumen ini sohih atau tidak... dan persoalannya.. bagaimanakah Saiful Bukhari Azlan boleh tahu lebih awal dua bulan akan kejadian liwat akan dilakukan kepadanya kononnya oleh Anwar Ibrahim.....

Err.... macam mana pulak isu nota nih boleh nampak sebijik sebuntat sama macam nota bunuh diri Teoh Beng Hock.... errr.. ini semua saper punya kerja.... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1