Benda nih memang selalu berlaku... dan bukanlah benda baru... dah cukup lama berlaku... sampaikan Sultan Perak (Raja Nazrin Shah) pun perasan dan tegur benda nih...
Adoilah... Cukup-cukuplah ...
Jangan aniaya rakyat yang lain fikrah politik... Jangan la perdajai rakyat hanya sebab tak undi masa Pilihanraya... jangan tengok rakyat hanya time mengundi jer.... Sudah-sudahlah...
Huhuhu ...
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan pemimpin kerajaan negeri yang dilantik supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan Perlembagaan serta berteraskan undang-undang.
Baginda bertitah mereka hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, diskriminasi dan penindasan kepada mana-mana pihak.
"Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan, di sebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan senantiasa diutamakan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipohi hari ini.
Sultan negeri teman yg semakin hari semakin relevan dgn peranan pemerintahannya. Perak yg sgt2 berpotensi utk maju ke depan dgn kawasan yg luas blh di majukan. Cuma2 byk projek2 yg hancur lodo bila dibangunkan oleh PKNP sebab terlampau ramai hamlau2 di dlmnya.
ReplyDeleteItu la... Perak patut dah lama maju... kan ader syarikat Maju Perak Sdn Bhd... hehehe...
DeleteBab hamlau tue... memang ramai kaki paw dalam PKNP... huhuhu