Bila kita menulis menyokong pihak ini, atas satu sebab itu lah sahaja... jenuh orang kata kita nih bias kepada pihak ini.... walhal kita hanya citer bab yang itu je...
Bila kita menulis mengkritik pihak yang itu.., berjujuk orang kata kita nih batu api la... penyokong pihak lawan la ... dan macam-macam lagi...
Ianya serupa macam kisah 2 beranak dan 1 keldai... ... seorang ayah dan seorang anak dengan seekor keldai dalam perjalanan ke Pasar Basrah .... citer nih ader banyak variasi.. ader yang kata Aesop yang memulakan cerita ... ader yang kata ianya dari sumber Arab / Parsi .... malah ader juga versi China dan India... Hahahaha
Tetap jalan citernya lebih kurang sama.... bila berjalan ke pasar... orang kata kenapa tak tunggang jer keldai itu... tiba satu tempat orang kata kenapa dua orang naik tunggang keldai yang kurus kering... tempat lain pulak... kenapa anak yang muda belia naik tunggang keldai walhal bapak yang tua dan uzur berjalan kaki... jumpa pulak orang kata... kenapa bapak yang tua menunggang keldai walhal anak yang kecil berjalan kali...
Last-last .... ditakdirkan Allah Taala ... keldai tue berkata-kata.... "Jangan ikut cakap-cakap tue semua, Sebab mereka tu bodoh dan bebal... Mereka sebenarnya tidak mengetahui perkara sebenar"
Hehehe.....
Kelakar juga bila melihat perangai pentaksub.... Walaun, Mahacai, Walanon, Bangsa Slurpp dan Lunarista dok komen dan kritik gua macam-macam..... Ehh... korang dapat elaun atau imbuhan tetap ker?? Hahaha
Bagi saya yg betul kita sokong, yg salah kita kritik. Tapi nakkan kerajaan yg sempurna dlm segala segi mmg tak mungkin. Paling penting pemimpin2 kerajaan pastikan keutamaan rakyat dan negara dari keutamaan diri. Kontrak dgn rakyat( Tuan/boss) 5 tahun, tak bagus kita tukar lain. Jgn jadi mcm dulu bagus atau tidak 60 tahun terus sokong sbb melayu takut bila org lain perintah nanti mati tak makan. Cerdikan rakyat baharu negara maju dan makmur. Paling penting tolak perkauman dan ekterimis agama sbb negara kita berbilang kaum dan agama. Paling penting tolak kerajaan tebuk atap.
ReplyDeleteAbuamir