Mangkuk sorang nih dier macam baru kenal sesi sidang Parlimen Malaysia ke?? Hahaha... Lawak siot... Dia bising pasai monyet puak lawan dier hingaq dalam Dewan Rakyat... tapi monyet di puak dia tabrani nak tegur ke??
Sebab sepanjang sesi sidang Dewan Rakyat hari tue... yang lagi banyak hingaq dan buat kepoh adalah MONYET dari sebelah Perikatan Nasional.... Hahahaha... Monyet Pendang la... Monyet Arau la... ader lime enam ekor monyet dari puak PAS yang macam terkena belachan...
Hahaha....
Lenkali... nak tegur kalu... tegur semua skali monyet yang ader... jangan pilih-pilih nak tegur monyet.... Monyet, Lotong, Ungka, Cikah, Siamang, Orang Utan, Kera dan macam-macam spesis lagi pun kena tegur la sama.... Hahaha
Perikatan Nasional (PN) menganggap ahli parlimen kerajaan bertindak keterlaluan terhadap pihak lain sama ada di dalam Dewan Rakyat atau di luar parlimen.
Menganggap tindak-tanduk beberapa ahli parlimen PH sebagai membimbangkan, Ketua Penerangan PN Wan Saiful Wan Jan berkata dia memasuki Dewan Rakyat dengan harapan yang tinggi.
Hal itu kerana katanya yang memenangi kerusi Tasek Gelugor pada PRU baru-baru ini, Dewan Rakyat sepatutnya menjadi tempat dasar digubal, serta cadangan kerajaan dibahas secara rasional dan matang.
"Tetapi sikap beberapa ahli parlimen PH menyebabkan saya bimbang apa yang akan berlaku kepada politik Malaysia pada masa depan.
"Dalam Dewan (Rakyat), mereka menjerit-jerit menghalang perbahasan, di luar Dewan mereka menyaman kiri dan kanan untuk menghalang kritikan," katanya hari ini.
Kenyataan Wan Saiful itu merujuk kepada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 19 Dis lalu yang menyaksikan pertengkaran membabitkan blok kerajaan dan pembangkang.
Antaranya membabitkan kenyataan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak seharusnya dilibatkan dalam usul percaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Gua setuju Bro, tegur je jangan bias mana mana pihak. Sama juga bab saman, jangan saman terpilih, klu betul berani, saman bangsa katanya memfitnah. Kat Utube dan FB bersepah sepah. Masa kempen PRU, macam macam tohmahan dan cacian, rasa nak muntah..
ReplyDelete