Gua gelak jer la... nak kata apa lagi... hahaha ,,, Layan jer...
Yang dok kecam kata beg tangan tue nilai RM26k ada asas jugak...
Yang bekap kata beg tangan tue bernilai RM300 ada asas jugak...
Katanya anak-anak yang belikan.... sempena Hari Ibu katanya.. dan harga RM300 jer... tapi resit tak boleh nak publishkan...
Walaun dan Macai kata... benda boleh beli di Shopee dan Lazada... harga murah... walhal bila gua semak, warna ornament tak sama... yang dalam picture warna gold... yang dalam Shopee warna black... hehehe
Walanon dan Bangsa Slurpp pulak amik data dari website butik Dior katanya.... hahaha...
Ntah la... layan jer la.... yang pasti... takdak sapa boleh bagi proof (bukti) dari segi resit atau sebagainya... Hahahaha
Tidak ada sebarang beg mewah digunakan isteri menteri besar Kelantan semasa menyambut kedatangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke negeri itu baru-baru ini.
Menurut anak menteri besar terbabit, Azma Ahmad, beg yang digunakan ibunya Siti Zabidah Abd Hamid pada hari berkenaan adalah hadiah daripada adik-beradiknya.
Beg berkenaan, kata Azma, diberikan kepada Siti Zabidah - yang dipanggilnya sebagai umi - sempena Hari Ibu pada tahun ini.
"X dok modal sungguh waso ore pon nak fitnah2 (Tak ada modal sungguhlah orang pun nak fitnah)," katanya melalui hantaran di media sosial.
Tambah Azma, menurut ibunya jika ada wang bernilai RM26,000 adalah lebih baik ia digunakan untuk membeli emas berbanding membeli beg tangan.
Sejak semalam tular gambar gambar Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan isterinya menyambut kedatangan Anwar bagi melihat keadaan banjir yan melanda negeri tersebut.
Turut hadir, isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Wan Azizah Wan Ismail.
Netizen kemudian mendakwa beg tangan digunakan Siti Zabidah adalah produk jenama mewah terkenal dan dianggarkan bernilai lebih RM26,000.
Sesetengah pihak turut membandingkan beg tangan Siti Zabidah dengan apa yang selalu digunakan Wan Azizah.
Sementara itu Unit Komunikasi Menteri Besar (UKMB) Kelantan pula berkata, fitnah tersebut sengaja dibuat bagi "menjatuhkan imej dan peribadi pemimpin kerajaan negeri."
Kata agensi itu dakwaan tersebut dibuat tanpa usul periksa dan tidak disertakan dengan bukti.
"Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300, bukannya mewah sehingga berharga RM 26,000 seperti didakwa," katanya.
Menurut UKMB Kelantan dalam keadaan negeri dilanda banjir dan kerajaan bertungkus-lumus menguruskannya,masih ada pihak mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam.
"Rakyat tidak sepatutnya disajikan dengan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan character assasination (pembunuhan karakter) yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan kerajaan negeri," katanya.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???