Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Mewah. Show all posts
Showing posts with label Mewah. Show all posts

02 January 2023

Lesen Terbang - Bila Nak Selesai?

Bhai/DeeDee semua..

Benda nih bukan benda baharu... seingat gua sejak gua sekolah rendah lagi isu nih dah ader... lebih 40 tahun dulu... Masih tak boleh nak setel dan dibenteras... Huhuhu

Kenapa jadi macam nih?? Sebab rasuah... sebab salahguna kuasa... sebab duit...

Bukan sorang yang makan nih... dah jadi macam satu kartel... Malah benda paling senang nak semak adalah bila ko tengok sendiri lifestyle seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan.... macam mana mewahnya mereka... macam mana bergayanya diorang... dengan kereta menjalar-jalar... dengan rumah besar... dengan kebun dan tanah disana sini....

Gua dah lama peratikan puak-puak nih.. Tapi pelik macam mana benda simple macam nih Kerajaan dan SPRM tak boleh nak benteras... benda yang terpampang depan mata.... Antara banyak kakitangan awam...  kakitangan JPJ la yang gua nampak paling terpampang mewah hidupnya... depa tak segan silu menunjukkan kekayaan dan kemewahan....  

Dekat situ dah boleh nampak ader something wrong somewhere.... pun takder sapa nak kisahkan... Huhuhu...

Gua ader kenal sorang kakitangan kerajaan nih .... kerja JPJ .... pegawai biasa jer... bukan level atasan sangat pun... tapi lifestyle dier agak "mencurigakan" .... usia muda lagi... belum cecah 40 tahun.... tapi tanah kebun sawit ader beberapa lot.. tanah kebun durian ada beberapa lot... kereta 4x4 ader beli baru... tapi kereta Honda Accord ader sebijik... wife ader dua kereta gak.... motor besar ader sebijik jenama Ducati... rumah semi D.... rumah sewa ader 3 ..... dan dier berbangga sebab dier dan bininya tak pernah amik loan kecuali loan rumah... itu pun guna loan bank....

Kalu nak kata banyak untung dari rumah sewa... macam tak kena jer... huhuhu

Huhuhu  .... Gua pelik... besar sangat ker gaji kerja JPJ tue.... wife kerja biasa jer.... takder la grand sangat... pelik aaaa


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihaknya telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil ‘China doll’ bagi menarik perhatian pengguna media sosial yang diuarkan-uarkan secara terbuka di platform berkenaan.

“Sindiket ini mengaut keuntungan dengan memperdaya mangsa dan kemudiannya melarikan diri dengan duit yang dibayar kepada mereka.

“Niat tawaran iklan ini adalah tidak baik kerana mengelirukan rakyat bahawa boleh dapat lesen tanpa perlu hadir ke sekolah memandu. JPJ menafikan sekeras-kerasnya perkara ini,”

01 January 2023

Cakap Tak Serupa Bikin

Bhai/DeeDee semua...

Jokowi ader mensyaratkan supaya kakitangan awam Indonesia kena kawal tindakan mereka dihadapan umum terutama dari segi gaya dan penampilan... Jangan terlebih gaya yang menunjukkan mewah berbanding dengan pendapatan sebagai kakitangan awam... takut nanti dikatakan oleh rakyat sebagai tak berhemah... patut utamakan produk tempatan berbanding produk luar

Tapi....

Tapi Isteri Jokowi sendiri pun taknak ikut saranan Jokowi tue.. Isteri Jokowi sendiri pun terlebih menggayakan produk luar yang harganya puluhan juta rupiah dalam satu insiden... Harga yang dilihat mahal dalam konteks di Indonesia... Adoilah... Kalu isteri sendiri pun tak buat apa yang disarankan... apa nak diharapkan la....

Contoh.. masa anak Jokowi berkahwin baru-baru nih... dilihat terlalu mewah segala urusan perkahwinan tue... malah siap menggunakan khidmat kakitangan awam bagi melaksanakan proses kenduri dan segala terkait program perkahwinan tue...

Nampak sangat cakap tak serupa bikin....

Nih gua buat seumpama peribahasa "pukul anak sindir menantu" tau.... 

Takkan la camnie punya ayat pun Walanon dan Bangsa Slurpp akan trigger... Adoilah... kalu trigger gak... memanglah lagi tisu dari Walaun dan Macai... Hahaha


Penampilan isteri Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang sering dilihat mengenakan barangan fesyen berjenama telah mencuri tumpuan ramai orang, lapor laman berita Suara.com.

Iriana Jokowi kembali menjadi tumpuan apabila tampil menggayakan jaket mewah berharga puluhan juta rupiah ketika menemani suaminya ke Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat (NTB) semasa perasmian Empangan Beringin Sila Khamis lalu.

Beliau yang cuba menangkap ikan di tepi empangan dilihat memakai jaket parka berwarna biru laut dengan seluar biru dan tudung putih. Apabila disiasat, jaket itu berasal daripada jenama mewah Perancis, Louis Vuitton.

Berdasarkan laman web Louis Vuitton UK, Jaket dengan nama Broderie Anglaise Monogram Parka itu berharga sekitar 67.4 juta rupiah (RM19,070).

Sementara itu, di laman Louis Vuitton yang lain, jaket yang habis dijual itu berharga sekitar 75.5 juta rupiah (RM21,362).

Louis Vuitton merupakan jenama mewah di dunia yang diasaskan pada tahun 1854. Syarikat itu kini dimiliki oleh Bernard Arnault yang tersenarai sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia.

Fesyen Iriana Jokowi didakwa bercanggah dengan saranan Presiden Jokowi yang melarang pegawai Polis Indonesia daripada menonjolkan gaya hidup mewah.

Jokowi malah meminta rakyat Indonesia menyekat penggunaan produk import dari luar negara, namun sebaliknya mencintai dan menggunakan lebih banyak produk tempatan.

“Semua orang perlu ada rasa krisis yang sama. Saya ingatkan mengenai gaya hidup, jangan biarkan ia bermegah-megah di tengah situasi yang sukar kerana wujudnya kecemburuan sosial ekonomi. Saya ingatkan anda untuk berhati-hati,” kata Jokowi kepada polis di seluruh Indonesia pada 14 Oktober lalu.

24 December 2022

Beg Tangan Pun Jadi Isu?

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer la... nak kata apa lagi... hahaha ,,, Layan jer...

Yang dok kecam kata beg tangan tue nilai RM26k ada asas jugak...
Yang bekap kata beg tangan tue bernilai RM300 ada asas jugak...

Katanya anak-anak yang belikan.... sempena Hari Ibu katanya.. dan harga RM300 jer... tapi resit tak boleh nak publishkan...

Walaun dan Macai kata... benda boleh beli di Shopee dan Lazada... harga murah... walhal bila gua semak, warna ornament tak sama... yang dalam picture warna gold... yang dalam Shopee warna black... hehehe

Walanon dan Bangsa Slurpp pulak amik data dari website butik Dior katanya.... hahaha... 

Ntah la... layan jer la.... yang pasti... takdak sapa boleh bagi proof (bukti) dari segi resit atau sebagainya... Hahahaha


Tidak ada sebarang beg mewah digunakan isteri menteri besar Kelantan semasa menyambut kedatangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke negeri itu baru-baru ini.

Menurut anak menteri besar terbabit, Azma Ahmad, beg yang digunakan ibunya Siti Zabidah Abd Hamid pada hari berkenaan adalah hadiah daripada adik-beradiknya.

Beg berkenaan, kata Azma, diberikan kepada Siti Zabidah - yang dipanggilnya sebagai umi - sempena Hari Ibu pada tahun ini.

"X dok modal sungguh waso ore pon nak fitnah2 (Tak ada modal sungguhlah orang pun nak fitnah)," katanya melalui hantaran di media sosial.

Tambah Azma, menurut ibunya jika ada wang bernilai RM26,000 adalah lebih baik ia digunakan untuk membeli emas berbanding membeli beg tangan.

Sejak semalam tular gambar gambar Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan isterinya menyambut kedatangan Anwar bagi melihat keadaan banjir yan melanda negeri tersebut.

Turut hadir, isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Wan Azizah Wan Ismail.

Netizen kemudian mendakwa beg tangan digunakan Siti Zabidah adalah produk jenama mewah terkenal dan dianggarkan bernilai lebih RM26,000.

Sesetengah pihak turut membandingkan beg tangan Siti Zabidah dengan apa yang selalu digunakan Wan Azizah.

Sementara itu Unit Komunikasi Menteri Besar (UKMB) Kelantan pula berkata, fitnah tersebut sengaja dibuat bagi "menjatuhkan imej dan peribadi pemimpin kerajaan negeri."

Kata agensi itu dakwaan tersebut dibuat tanpa usul periksa dan tidak disertakan dengan bukti.

"Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300, bukannya mewah sehingga berharga RM 26,000 seperti didakwa," katanya.

Menurut UKMB Kelantan dalam keadaan negeri dilanda banjir dan kerajaan bertungkus-lumus menguruskannya,masih ada pihak mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam.

"Rakyat tidak sepatutnya disajikan dengan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan character assasination (pembunuhan karakter) yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan kerajaan negeri," katanya.

26 October 2021

Muktamar Yang Sudah Kehilangan Rohnya

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak beberapa lama nih.. kita boleh lihat Muktamar PAS yang hambar... yang semacam sudah kehilangan rohnya... Muktamar PAS yang sekadar berbasa-basi sahaja.... tiada signifikan... tiada impak langsung kepada politik dan kenegaraan di Malaysia...

Aper yang dapat dilihat... Muktamar PAS kala ini hanya sekadar jadi tempat memuja memuji dan membodek pimpinan je... dan bagi pimpinan pulak... Muktamar jadi sekadar tempat untuk menunjukkan siapa yang ader lebih sokongan pembodek... dan jadi tempat untuk menunjukkan kereta siapa lebih besar dan lebih mewah...

Hujah-hujah dalam Muktamar pun banyaknya sekadar picisan dan lompong sahaja... yang berpusing pada retorik yang sama...

Sedih sebenarnya bila melihatkan Muktamar PAS yang lebih daif dan selekeh dari Perhimpunan Agung UMNO .... hahaha... jauh sekali boleh kita melihat Muktamar yang dapat membawa suara rakyat marhaen mustad'afin seperti dahulu.... takder dah .... mimpi la nak bawak suara-suara dan masalah rakyat..

Muktamar PAS yang kosong isinya....

Ini realiti... ini kenyataannya...



05 February 2021

Pusing La Annuar Muda Ooi

Bhai/DeeDee semua...

Annuar Musa memang diketahui suka memperagakan barangan mewah... tak kisah la kasut ka.. baju ka... kemeja ka... tak terkecuali memperagakan jam tangan mewah..

Ini bukan benda yang pelik... Annuar Musa memang cukup berbangga bila memperagakan barangan mewah tu...

Jadi... bila Annuar Musa kata dier takder jam tangan mewah selepas kantoi dilihat dengan jam tangan jenama Richard Mille tue.... nampak sangat lawaknyer...  nampak sangat la Annuar Musa nak pusing... agak-agak la nak pusing sekali pun...

Macam la orang takder amik gambar foto dan orang takder akses kepada pasaran harga barangan mewah nih... hahaha

Takpa... takdak hal la nak pakai mewah pon... cuma harap dari sumber halal dan tak payah la nak kelentong bagai... hahaha







05 February 2014

Mewahlah Orang Kajang

Bhai/DeeDee semua...

Mewahlah orang Kajang lepas nih.... kepada peminat satay Kajang... jangan malu-malu dan segan untuk berkunjung ke mana-mana gerai/kedai/restoren Satay Kajang.... mana la tau... ader peluang makan satay free.... Hahahaha...


Terbaek la... Lepas nih ader chan la orang Kajang akan dapat mesin basuh baru... mesin jahit baru... barang elektrik.... dan pelbagai goodies lagi yang akan diangkut berlori-lori macam masa PRK DUN Ijok dulu.... Hahahaha.... Jangan tak amik.... durian runtuh tue...

Kalo ader homestay ker motel ker... jangan lupa promo... sure mesti akan fully booking lar.... Bagi peniaga-peniaga yang jenis mobile tue... bawak jer barang niaga lu orang ker sini... mesti untung punya... masa ceramah tak kira la belah mana pon... bukak jer gerai lu orang... mesti bagoosh sales punya...

Kepada yang meniaga aiskrim tue... jangan lupa bawak motor roda tiga lu orang berkampung di Kajang mulai 10 Mac sampai 23 Mac nih.... mesti balik modal lar gua cakap lu... Kepada yang meniaga top-up handphone.... jangan lupa stockkan banyak-banyak topup.... sebab mesti selalu sold out lar...

Kepada yang nak bukak booth jual broadband tue... jangan lupa bukak booth lu orang di Kajang..... mesti boleh sold punya la.... Hahahaha... Kalo bab makan aaaa.... tiga benda paling laku.... air minuman, kacang kuda dan jagung manis.... mesti laku la wei... Hahaha.... Keropok lekor pon boleh sold-out kalu kena gaya.... Hahahaha

Errr... ader ker sesapa nak jemput gua datang lepak ka Kajang nih sempena pesta PRK Kajang nih?? Offer la.... Hahaha.... Penjara Kajang punya offer kat gua ...awal-awal gua dah tolak.... hahahaha

01 January 2013

Roboh Banglo: JJ Dan Zulhasnan Untung Besar

Bhai... Awal pagi tadi sekitar pukul 3.30 pagi... Gua dapat input dari sorang kawan gua yang bekerja sebagai jurunilai hartanah.... Dier story kat gua tentang isu banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique... Ala isu yang kemungkinan dua banglo tue diruntuhkan untuk bagi zon penampan bagi kawasan perunahan mewah Puncak Setiawangsa... Citer dier berdasarkan kepada kapasiti personal dier.. Takder kena mengena dengan organisasi tempat dier bekerja....

Dier bagitau... Sebenarnya perbincangan skrang nih bukan lagi berpusat kepada isu zon penampan... Isu zon penampan tue sajer direkacipta untuk menjustifikasikan agenda... Sebab Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique dah tabrani nak duduk kat banglo tue... Pihak insuran plak takmo nak memberikan pampasan kalu rumah tue roboh... Sebab alasan bencana alam... Takder coverage insuran...

Jadi Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique takmo rugi... So diorang push supaya rumah tue diruntuhkan oleh DBKL dan JKR... Dan pampasan boleh diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia atas alaan keselamatan awam... Khabarnya diorang menuntut harga pampasan sampai tiga setengah kali ganda daripada harga pasaran banglo tue...

Para jurunilai hartanah semua kecoh isu nih... Sebab pada diorang benda macma nih tak patut jadi... Hanya kerana kabel politik... Boleh plak salahgunakan harta awam untuk dapatkan pampasan... Dan best lagi ... Boleh plak tentukan harga tue..

Skrang nih tengah tunggu persetujuan daripada Kementerian Kewangan... Kalu dah diberi greenlight... Untung besar la Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafque... Dengar khabar bayaran pampasan nih boleh mencecah puluhan juta... Ntah la.. Tapi yang pasti.. Ianya semacam pampasan politik pasai dua penama nih tak tersenarai dalam PRU13 sebagai calon...

Aper pon... Nilai pampasan nih lu orang takkan dapat tau melalui media... Sebab akan ader sanction.. Ader sekatan... Hehehe... Oh yer lupa nak citer... Member gua tue kerja dengan Raine & Horne International.... Hehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1