Ada 3 terowong utama di Lebuhraya Malaysia.... Satu di Perak (Terowong Menora), satu lagi di Karak dan satu lagi di Penchala.... Semuanya penting... semuanya kritikal... Ianya mengurakkan jarak perjalanan... dan semuanya kena lalu TOL.
Terowong di Perak dan di Karak nih memang ada satu masalah kritikal...
Mereka tiada laluan alternatif... kalu la berlaku kemalangan atau perkara lain... ianya akan menyebabkan kesesakan tahap Dewa Jalan Duta ... berkilometer jauhnya... dan takder option lain ... terpaksa la tunggu... nak pusing pun tak boleh...
Memang sewajarnya disediakan beberapa laluan alternatif lain untuk mengurangkan impak dari masalah terkait dengan dua terowong nih... Nampaknya bagi Terowong Menora... akan ader alternatif lain... bagooshlah....
Cumanya alternatif ini nampaknya bukan dapat menyelesaikan masalah bagi kenderaan yang tersekat pada jarak 3 atau 5 km dari lubang Terowong.... tapi ianya hanyalah alternatif laluan yang berkedudukan 40 atau 50 km dari lubang terowong.... Huhu.... kesian juga lah dekat kenderaan yang tersangkut dan tersekat pada jarak 3 atau 5 km dari lubang terowong tue... takder pilihan lain melainkan hadap jer la kesesakan tu kekadang sampai 3 atau 4 jam...
Huhuhu....
Untuk terowong di Karak tue... gua tetap berpandangan kena ader lagi satu laluan alternatif bagi kenderaan yang datang dari KL dan Selangor untuk ke Pantai Timur... kena ader satu lagi lebuhraya... kena ader satu lagi option.....
Harapnya adalah supaya memudahkan orang membuat pilihan....
Penderitaan pengguna setiap kali terpaksa melalui kesesakan sehingga berjam-jam ketika melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan bakal berakhir menerusi pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE).
Lebuh raya dianggarkan sepanjang 60 kilometer (km) itu bakal dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Tronoh, Seri Iskandar, Manong, Bekor seterusnya ke Kuala Kangsar.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???