Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

04 January 2019

Siapa Sebenarnya Bawak Pendatang?

Bhai/DeeDee semua...

1847 ... Bernulalah era bijih timah di Tanah Melayu ni... dan pada 1848... Long Jaafar mengupah 20 orang pekerja Cina (Puak Cheng Seng Hakka @ Hai San dari Kwangtung) untuk melombong bijih. Selepas itu 1000 lagi dibawa masuk.

1857... Long Jaafar meninggal dunia ..

1861 hingga 1862 .. Perang Larut Pertama

1862 .. Ngah Ibrahim (anak Long Jaafar) bayar RM17 ribu sebagai denda ganti rugi perang kepada Sultan Muazzam Shah

1864... Ngah Ibrahim dapat title Orang Kaya Menteri dari Sultan Perak (Sultan Jaafar)

1871... Dianggarkan ader 40 ribu pekerja Cina yang dibawa masuk dan bekerja di Larut Matang dan Klian Pauh termasuk dua kongsi gelap (Gee Hin dan Hai San)

24 Feb 1872 Perang Larut 3 (Gee Hin lwn Hai San)

Feb 1872 ... Gee Hin menang dan 10 ribu orang Cina (Hai San) lari tinggalkan Larut dan pergi ke Pulau Pinang.

Mei 1872... Ngah Ibrahim dapatkan bantuan dari Leftenan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang (George WR Campbell) dan dari Singapura (Sir Henry Ord)

1874.. Kerajaan Inggeris yang membeli Pulau Pinang dengan harga 8 ribu dolar Sepanyol dari Sultan Kedah telah beri kebenaran untuk Ngah Ibrahim import senjata. Captain Speedy diarahkan bantu Ngah Ibrahim redakan kekacauan di Larut.

17 Jan 1874... Perjanjian Pangkor...

4 Nov 1874 ... Raja Abdullah beri kebenaran untuk JWW Birch jadi Residen di Perak hasil dari Perjanjian Pangkor...

2 Nov 1875... JWW Birch dibunuh di Pasir Salak oleh hamba abdi Dato' Maharaja Lela (Orang Besar Empat) iaitu Si Puntum dari bangsa Orang Asal.... Ketua operasi bunuh ini adalah Pandak Indut (bapa mertua Dato' Maharaja Lela"

1877... Semua suspek dan rakan subahat kes pembunuhan JWW Birxh digantung sampai mati manakala Ngah Ibrahim, Mohd Amin dan Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles.. Dato' Sagor dibuang ke Singapura dan mati disana..

Sebab utama JWW Birch dibunuh sebenarnya adalah disebabkan Sultan, Raja-Raja dan Pembesar Melayu sudah tidak dibenarkan mengutip cukai... Hanya Residen sahaja yang boleh... Jadi hanya sebab duit jer la JWW Birch mati... dan bukan sebab nak halau penjajah tu sangat...

Kalu Residen bagi Sultan, Raja dan Pembesar Melayu kutip cukai... sure JWW Birch tak mati....

Tak percaya ka? Cuba bagitau gua satu nama Sultan yang gerakkan usaha menghalau penjajah atas isu kedaulatan selepas Perjanjian Pangkor... takkan lu orang jumpa la bhai... Masa perang dunia kedua... Jepun masuk Malaya... aper Sultan dan Raja Melayu buat? Bersekongkol dengan Penjajah Jepun...  Hampeh...

Yang bawak masuk pendatang Cina dan India pon Sultan / Raja dan Pembesar Melayu...  yang bagi kerakyatan secara Jus Soli pon depa jugak.... Yang jual Pulau Pinang dan Singapura pon depa ni semua yang buat gak...

Masa Jepun jajah Selangor... Keluarga Sultan lepak enjoy freeloader ditaja makan minum oleh Jepun....

Kalau jadi apa2 kat negara ni.. depa sure selamat dan enjoy... boleh lari ke luar negara....

Lagi mau kena tipu ka??? Oh lupa... Yang suruh gantung kaki keatas bagi mayat Almarhum Tok Janggut di padang kat Kota Bharu tu sapa... Sultan Kelantan la masa tu.... ini fakta sejarah la bhai ...

9 comments:

  1. sejarah ditulis oleh orang yang menang, tak payah goreng sampai rentunglah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begitu, datangkan penulisan sejarah yang anda fikir betul. Bukankah penulis blog ini dah buka cabaran seperti itu. Apa yang anda tunggu lagi? Silakanlah.

      Delete
  2. anda yakin fakta anda sahih? jgn akhirnya jatuh menjadi fitnah.
    anda sedia maklum, sejarah ditulis oleh mereka yg menang.
    tumpang simpati kepada anda. gambar yg tergantung ke bawah tu bukan arwah dan takde pembuktian, pengesahan mengatakan itu arwah. dgn maklumat yg sedikit blh anda gunakan nya untuk menjadikan nya sebagai fakta? dimana sanadnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, silakan tuan kemukakan sejarah yang saudara fikir benar dan ada "sanadnya". Jangan hanya kata bukan, fitnah, dan "sanad". Kalau tuan ada pembuktian yang lain, jangan sorok-sorok. Tulis dan sebarkan. Macam mana; sanggup. atau sekadar sanggup berkomentar kosong sahaja?

      Delete
  3. ynag penting penjajah suruh bagi hak kat tetamu
    dan ada pihak malayu dungu setuju
    itu lah mula tetamu ada kausa politik kat tm
    akai pendek tak dapat pikia' kedepan
    mabuk kuasa
    bila ada kuasa tak reti nak jaga hak tm
    memang haprak sungguh yang depa tau nak rebut kuasa
    tengok lani apa yang duk jadi

    ReplyDelete
  4. Gua suka kisah puyi. Nak gosok gigi sendiri pun terkial2. Baru tahu susah cari rezki. Tanpa puyi tetap jadi antara kuasa terbesar dunia. Malah lebih segera maju tanpa puyi!

    ReplyDelete
  5. saya setuju,raja2 melayulah yg jual negara pada orng asing,mereka BANGSAWAN tak mahu hidup susah...

    Tentang sejarah ditulis oleh si yg menang...BETUL...UMNO dilahirkan diistana johor! pm pertama keturunan raja...ada mereka kesah jus joli inggeris beri syarat jika malaya nak merdeka juga pada 1957,malaya kena kekalkan pendatang cina/india dan diberi taraf kerakyatan...Inggeris ingat raja2 akan menolak!raja2 buat DEK ajer ASALKAN MERDEKA! YG PENTING RAJA2 TAK PAYAH,BERSUSAH PAYAH,RAKYAT MELAYU KETIKA ITU ANGGUK SHJ..TIDAK SEPERTI RAJA THAILAND MENJAGA RAKYAT/BANGSA MEREKA!
    ada mereka-mereka ini kesah pada 60 tahun mendatang?...
    yg menang masa itu tak cerita bnda yg betul....

    bukan masaalah menang!yg penting yg menang TERBUKA! CERITA YG BETUL..

    ReplyDelete
  6. Suka hati ko je kan

    ReplyDelete
  7. Bhai ntah2 datuk nenek moyang gua pun dulu hamba sultan atau pembesar2 melayu. Bila bhai kata perang pasir salak tu sebab cukai memang sangat2 tepat. Walau pun kawasan tu kampung gua tak sekilas pun gua rasa bangga sebab tahu kisah sebenornya. Dari azali pemimpin2 melayu ni tak boleh pakai. Hampeh.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1