Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bankrap. Show all posts
Showing posts with label Bankrap. Show all posts

08 June 2023

Patutnya Amalan Sebegini Dihentikan

Bhai/DeeDee semua...

Dulu... masa Kerajaan sebelum nih,.... macam BN... masa PN memerintah... takper la amalan macam nih dibuat....

Tapi la nih... dah Kerajaan baru.. yang katanya telus dan mempunyai tatakelola yang bagoosh... tapi amalan macam ni masih diteruskan lagi...

Adoilah... patut amalan sebegini dihentikan lah... cukup-cukup la...

Tak reti nak berubah ke?

Kalu masih jadi pembangkang... mesti Rafizi Ramli akan melompat bising dengan formula-formula dan pendedahannya.... Hahaha... sekarang Rafizi Ramli pon tatau kemana... hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sama jer bukan nak berubah pun


11 April 2023

Bersedia Untuk Lebih Teruk

Bhai/DeeDee semua....

Selama 77 tahun produk Tupperware berada hampir di semua rumah di dunia... termasuklah di Malaysia... sejak PKP ... jualan produk Tupperware merudum jatuh... Bukan sahaja disebabkan oleh Covid19 ... tetapi atas sebab kelembapan ekonomi... dan juga sebab pengguna muda amat kurang membuat pembelian...

Susah bagi jenama ini untuk mengekalkan relevensi produk mereka... yang mana akan menuju ke PN17

Dan ini menunjukkan ekonomi dunia amnya dan Malaysia khususnya sedang menuju kearah yang lebih teruk.... bersedia lah untuk ekonomi yang lebih teruk dalam masa terdekat nih...

Huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Tupperware yang diperkenalkan pada tahun 1946 berada dalam keadaan bahaya apabila saham syarikat tersebut jatuh hampir 50 peratus pada Isnin lalu dan tidak mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan operasi.

Dalam pemfailan kawal selia pada Jumaat lalu, syarikat pembuat bekas makanan itu berkata mereka kini bekerjasama dengan penasihat kewangan untuk mencari pembiayaan agar dapat terus bertahan.

Bursa Saham New York juga memberi amaran bahawa saham Tupperware mungkin dinyahsenarai kerana tidak memfailkan laporan tahunan yang diperlukan.

"Tupperware telah memulakan usaha untuk memulihkan operasi kami dan hari ini menandakan langkah kritikal dalam menangani kedudukan modal dan kecairan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miguel Fernandez dalam kenyataan akhbar.

Walaupun sudah 77 tahun dalam perniagaan, syarikat itu menghadapi masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kekal relevan di dalam industri dan cuba menarik perhatian pengguna yang lebih muda dengan memperbaharui produk agar lebih ‘trendy’, lapor CNN Business.

Menurut penganalisis runcit dan pengarah urusan di Globaldata Retail, Neil Saunders, terdapat beberapa isu dihadapi syarikat tersebut antaranya bilangan penjual menurun secara mendadak dan jenama yang tidak menepati citarasa pengguna muda.

Ujarnya, syarikat itu berada dalam keadaan tidak stabil dari segi kewangan kerana bergelut untuk meningkatkan jualan.

“Syarikat ini yang dahulunya merupakan pencetus inovasi dalam menyelesaikan masalah terutamanya dengan peralatan dapur, kini telah kehilangan kelebihannya,” katanya.

Tupperware berkata usaha memperkenalkan produk tersebut kepada generasi muda gagal, manakala saham syarikat itu turun sebanyak 90 peratus sepanjang tahun lalu.

11 January 2023

Wow Akhirnya - Serba Dinamik Gulung Tikar?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak follow detail kes Serba Dinamik nih... Tapi dah dekat dua tahun rasanya kemelut yang melanda syarikat Serba Dinamik nih jadi isu... Ramai gak kengkawan gua yang dok beli saham syarikat nih dulu... Last seingat gua... ada pelantikan pengarah ka lebih kurang camtue la.. letak nama sorang budak yang baru umur 23 tahun kalu tak silap.... pangkat paling besar...

Huhuhu... Skrang bila baca ... terbit citer hutang sampai 5 bilion... pergh... banyak wei.... huhuhu

Sangkut la saham semua tue... huhuhu


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.

Enam institusi kewangan terbabit ialah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku pempetisyen.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan petisyen itu untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL), yang dinamakan sebagai responden, dalam prosiding yang dikendalikan secara dalam talian.

Keempat-empat syarikat itu dikatakan mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion.

04 November 2022

Jamal Md Yunos Sebenarnya Masih Boleh Bertanding...

Bhai/DeeDee semua...

Memang ader prosiding kebankrapan ke atas Jamal Md Yunos pada 30 Ogos lalu berdasarkan kepada penghakiman yang diterimanya pada 26 Julai.... tapi ianya masih belum diputuskan...

Jadi... kepada Teresa Kok .... Jamal Md Yunos sebenarnya masih boleh bertanding pada PRU15.... Sebab dia belum full disahkan bankrap lagi...

So... selagi mana Mahkamah tak finalised kan semua kes nih... selagi itu Jamal Md Yunos masih boleh menjadi calon dan bertanding dalam PRU15.... Undang-undang dah setkan camtue... So terima jer la...

Sekian. Harap maklum.


17 February 2021

AMLATFA2001 Tak Mahu Siasat Rina Harun Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak tulis panjang-panjang... cuma sekadar nak tanya jer.... Banyak sungguh ka duit Rina Harun?? Gua tau la dier ader bisnes sebelum nih... tapi duit yang Rina Harun tue ader nak bayar hutang sampai RM1 juta lebih tue dari mana sumbernyer...

Tambah lagi yang dier buat Bariatrics tue... berapa pulak modalnya...

Huhuhuhu.... AMLATFA2001 takmo nak tanya ka??? tak mahu nak siasat Rina Harun ke?



07 February 2014

PANAS: Kecoh Di PKNS Tak Sehebat PERWAJA

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak tau nak molakan camana.... Tadi gua dapat call dari sorang kawan.... Dier tanya gua ader tak kerja kosong bahagian software development... Wife dier tengah cari kerja nih... Uikk... terkejut gua... setahu gua wife dier nih kerja di PERWAJA ... takkan la nak cari kerja lain kot... takkan la...

Terus member gua stori ngan gua.... Dier kata sejak dari lepas Hari Raya Puasa itu hari sampailah sekarang nih bekalan elektrik TNB ke PERWAJA sudah dipotong... sebab bil lebih RM6 juta dah tak berbayar... bekalan Gas industri pon dah lama kojol... siap kena saman dengan PETRONAS lagie.... Pekerja dari ader lebih 1600 orang kini sudah tinggal dalam 1200 orang jer... 400 orang pekerja yang berenti tue sebab tak tahan gaji defaulting.... delay....   mostly 95% pekerja PERWAJA STEEL aderlah orang MELAYU...


Dier baru jer dapat gaji bulan 12 punya .... yang bulan 1 punya gaji tak tau biler akan masuk.... Dengar citernyer duit dalam akaun syarikat sudah licin dan kering....  Pekerja skarang nih cuma datang buat kerja-kerja housekeeping jer....  Kalo ader duit pon hasil jual produk "fine" (hasil dari iron ore) yang ader dalam stockyard jer... itu pon syarikat yang nak beli "fine" tue kena sediakan pengangkutan sendiri dan boleh bayar pendahuluan duit minyak untuk upkan "genset"

Sebab kalu lori nak keluar dan masuk PERWAJA kena lalu "weight bridge" (penimbang) dan ianya memerlukan elektrik untuk menjalankannya.... jadi itu sebabnyer pembeli "fine" kena bayar dulu untuk kos minyak "genset" .... Giler aaaa... Ahmad Said (baru balik dari ziarah PINGU) takkan la tak tau nak bekap PERWAJA kot.... Takkan la pasai dier dah ader EASTERN STEEL sampai dier lupakan PERWAJA ....

MAJU HOLDING memang tabley nak pakai.... itu hari masa dapat lot konsesi perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun dibawah nama PERWAJA... terus nak bolot sorang letak bawah MAJU HOLDING.... sampaikan KIM KEE GROUP SDN BHD yang pegang share PERWAJA 51% pon kecik ati....

SUMBER

Mmmmm... Macam-macam citer aaa.... BACA SINI (citer dah basi aaa)

Oh yer.... 1200 pekerja PERWAJA tue rasanyer lagi ramai dari 30 orang pekerja yang kena tamatkan kontrak di PKNS tue..... tapi yang 30 orang nih lagi kepoh beritanya,..... walhal yang 1200 nih 95% pekerja aderlah Melayu.... Err... PERKASA, JATI dan NGO(K) yang sembelih ayam tak niatkan kepada Allah Taala tue takmo ka buat demo .... takkan la taknak tolong orang MELAYU???  Aiyo...

Yang lagi best tue... gua nak tengok aper blogger Machai UMNO/BN nak bagi hujahan mereka.... hahaha

08 July 2010

Perlukah Buat Laporan Polis?

Hahahaha.... betul-betul lawak la.... gua dah tak tahan nih... giler aper diorang sumer nih.. asik nak buat laporan polis tak abis-abis.. Perlukah buat laporan polis? .... benda kecik pon nak buat laporan polis... amender la...

Rakyat buat laporan polis... parti politik buat laporan polis... ahli politik buat laporan polis... sampaikan golongan bangsawan pon buat laporan polis... aper ker jadahnyer.... hahaha ... macam la polis takder kerja lain... asik-asik buat laporan polis... asik-asik serbu balai... buat laporan...

Woi... pi la buat laporan bomba ka ... kesian kat bomba... takder saper nak buat laporan kat balai bomba... sunyi la balai bomba nih.... hahaha....

Baru-baru nih gua ader cerita kat sini yang Kerajaan sudah takder duit... sampaikan dana technoprenuer dan MSC pon dah kering kontang... RMK10 punya sen satu haram jadah takder masuk punya... bayangkanlah dah bulan Julai... satu fund pon belum terisi...

Jadi... memang patut la ader pihak yang tak dapat gaji... kontraktor terpaksa jalankan kerja... kalu tidak kena denda... barang nak buat kerja tue plak kontraktor berhutang dengan pembekal... tapi biler bab gaji.. kontraktor pon sempit gak.. hahaha

Tapi.... pasai benda kecik macam nih pon.. yang patut boleh setel kalu ader duit... itu pon nak kena buat laporan polis.... giler ker aper.... macam gak isu Felda.... yer la belum sampai title bankrap... tapikan.. takkan nak biarkan dah bankrap baru nak buat-buat terkezut...

Felda rugi atas salah urus tadbir... cakap la rugi.. jangan dok nak dalih lagi... macam la Petronas rugi... tapi media kata penguncupan keuntungan.... ala... tak payah la nak cover cerita... rugi cakap la rugi... hehehe

Felda ilang duit banyak tue... takkan tak kena siasat... siapa pengerusi Felda... Yusuf Noor ker... kalu dier nih... sure memang terkenal kaki songlap punya.... hahaha.. saper tak pernah dengar cerita PPZ yang ilang duit zakat kena joli buat main saham....

so... persoalan gua tadi... perlukah buat laporan polis?

29 June 2010

Malaysia Sudah Tiada Wang

Sumpah... betul... baru kejap tadi gua tanya ngan beberapa venture capital dan funder... semua cerita benda yang sama..... Kerajaan Malaysia sudah tiada wang... takder duit la bhai... semua fund ... grant... reserve dan sebagainyer untuk aper-aper projek sudah kering... sudah kontang...

Lu tak percaya ka... pi la tanya....

Gua dapat info dari Kementerian Pelajaran pon samer... duit dah kering.... giler aper.. Malaysia bukan sahaja akan bankrap... tetapi sudah bankrap... sekarang nih tak tau la Malaysia berjalan pakai duit aper... maybe duit "Cukong" kot (pinjam istilah TukarTiub).... hahahaha

Ini macam kalu... ntah ler.. aper lagi yang tinggal masa Pakatan Rakyat memerintah nanti... itu pon kalu boleh dapat kalahkan BN pada PRU13... kira masa tue kalu PR menang pon.. .. kira macam menanggung biawah hidup... mampus... takder untung.... hutang berlambak...

Giler betul la.. Malaysia sudah tiada wang... takder duit... kering... lepas nih gua cadang nak survey kat beberapa tempat lagie... hehehe... tak leh la gua kasi tau gua nak survey kat mana... hahaha... mana boleh kasi tau... betul dak... kasi buat surprise...

Mana pergi aaa... duit berlambak selama nih... dah kena songlap ker... takkan sebanyak tue semua kena songlap.... aper nih...

Wei.. wei... kejap... kejap.... lagi satu info gua dapat... hahaha... yang kes Kontraktor Istana Negara yang baru tak bayar gaji kat pekerja dier... hahaha... gua dah tau dah... bukan sebab dier sengaja buat camtue... tetapi.............. dier memang tak dapat sen dari Kerajaan Malaysia lagie... satu sen pon belum masuk lagie... projek jalan pasai kontraktor berhutang dengan supplier.... hahaha.... kantoi... kantoi... hahaha

Lepas nih... aper plak yang akan terkantoi... kita tunggu dah lihat...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1