Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Financial. Show all posts
Showing posts with label Financial. Show all posts

22 May 2023

Terbakar Atau Dibakar???

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah ... gua memang takkan percaya bulat-bulat berita yang keluar di media.... sebab gua tau banyak benda yang tak telus dan fabrikasi...

Tambah bab pejabat terbakar atau kena banjir sebab sprinkler bocor.... Hahaha

Dah banyak pengalaman tau macam-macam benda... Hahaha

Pejabat KWSP nih terbakar atau dibakar??? Hehehe

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



18 May 2023

Labuan FSA Jadi Mangsa Cyber Attack?

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya  Labuan FSA tak terkecuali dari terkena Cyber Attack.... 
Katanya insiden berlaku hari nih... Labuan FSA nih dok bawah Kementerian Kewangan (MoF)...

Adoilah....  bahaya sungguh la...

Kena Cyber Attack

Untuk lindungkan keselamatan data anda dari serangan virus dan ransomware, langganlah perkhidmatan dari Copia Backup Solution (peneraju perkhidmatan BDR di Malaysia)


07 May 2023

Impak OPR Terhadap Ekonomi dan Rakyat

Soalan : Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, adakah kenaikan kadar OPR akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih berkembang atau menguncup. Bagaimana pula dengan impak kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan?

Jawapan : Kenaikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) adalah keputusan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa dan matlamat jangka panjang untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Kenaikan kadar OPR biasanya dilakukan untuk mengawal inflasi, yaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Namun begitu, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada kewangan dan perniagaan. Institusi kewangan yang berada di Malaysia seperti bank-bank akan menaikkan kadar faedah pinjaman mereka secara umum apabila kadar OPR naik, dan ini mungkin memberi kesan terhadap golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Secara umumnya, kenaikan kadar OPR akan memberi kesan pada kewangan dan perniagaan, tetapi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40 mungkin bergantung pada keadaan semasa dan bagaimana pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengawal kesan buruk daripada kenaikan tersebut.

Oleh kerana kenaikan kadar OPR akan menyebabkan peningkatan kos pinjaman, ia boleh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang bergantung pada pinjaman untuk memenuhi keperluan asas seperti pembelian rumah dan kenderaan. Kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada pasaran saham dan pertukaran wang asing.

Namun, jika dilihat dari sudut yang lain, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi impak positif kepada ekonomi negara dengan meningkatkan kemenjadian dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, keputusan untuk menaikkan atau menurunkan kadar OPR sepatutnya diambil berdasarkan keadaan semasa ekonomi negara dan perlu diimbangi dengan keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Selain itu, perlu ada langkah-langkah melindungi golongan B40 dan membantu mereka menangani kesan kenaikan kadar faedah ini seperti memperkenalkan skim khas atau memberikan bantuan kewangan yang sesuai.

Berkaitan : Operasi Peras Rakyat?, OPR Naik Kali Ke 5,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



11 April 2023

Bersedia Untuk Lebih Teruk

Bhai/DeeDee semua....

Selama 77 tahun produk Tupperware berada hampir di semua rumah di dunia... termasuklah di Malaysia... sejak PKP ... jualan produk Tupperware merudum jatuh... Bukan sahaja disebabkan oleh Covid19 ... tetapi atas sebab kelembapan ekonomi... dan juga sebab pengguna muda amat kurang membuat pembelian...

Susah bagi jenama ini untuk mengekalkan relevensi produk mereka... yang mana akan menuju ke PN17

Dan ini menunjukkan ekonomi dunia amnya dan Malaysia khususnya sedang menuju kearah yang lebih teruk.... bersedia lah untuk ekonomi yang lebih teruk dalam masa terdekat nih...

Huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Tupperware yang diperkenalkan pada tahun 1946 berada dalam keadaan bahaya apabila saham syarikat tersebut jatuh hampir 50 peratus pada Isnin lalu dan tidak mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan operasi.

Dalam pemfailan kawal selia pada Jumaat lalu, syarikat pembuat bekas makanan itu berkata mereka kini bekerjasama dengan penasihat kewangan untuk mencari pembiayaan agar dapat terus bertahan.

Bursa Saham New York juga memberi amaran bahawa saham Tupperware mungkin dinyahsenarai kerana tidak memfailkan laporan tahunan yang diperlukan.

"Tupperware telah memulakan usaha untuk memulihkan operasi kami dan hari ini menandakan langkah kritikal dalam menangani kedudukan modal dan kecairan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miguel Fernandez dalam kenyataan akhbar.

Walaupun sudah 77 tahun dalam perniagaan, syarikat itu menghadapi masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kekal relevan di dalam industri dan cuba menarik perhatian pengguna yang lebih muda dengan memperbaharui produk agar lebih ‘trendy’, lapor CNN Business.

Menurut penganalisis runcit dan pengarah urusan di Globaldata Retail, Neil Saunders, terdapat beberapa isu dihadapi syarikat tersebut antaranya bilangan penjual menurun secara mendadak dan jenama yang tidak menepati citarasa pengguna muda.

Ujarnya, syarikat itu berada dalam keadaan tidak stabil dari segi kewangan kerana bergelut untuk meningkatkan jualan.

“Syarikat ini yang dahulunya merupakan pencetus inovasi dalam menyelesaikan masalah terutamanya dengan peralatan dapur, kini telah kehilangan kelebihannya,” katanya.

Tupperware berkata usaha memperkenalkan produk tersebut kepada generasi muda gagal, manakala saham syarikat itu turun sebanyak 90 peratus sepanjang tahun lalu.

21 March 2023

Akan Sampai Ke Malaysia...

Bhai/DeeDee semua...

Satu demi satu institusi perbankan di US dan Switzerland bungkus... bankrap... tutup... punah ranah.... ini semua sebab daripada impak "Fractional Reserve Banking" yang memang diamalkan oleh semua bank di dunia nih... tak kita la Bank Konvensional atau Bank Islam

Huhuhu.... 

Apa pun... tunggu la benda nih sampai ke Malaysia.... masa tue PIDM pun lari bugil waktu malam.... Hahahaha....

Bank mana agaknya yang kena dulu di Malaysia???

Hahahaha



13 November 2022

Bagaimana MrDIY Boleh Berjaya?

Bhai/DeeDee semua..

Gua bercadang nak mula menulis tentang bisnes, kewangan dan teknologi di blog ini disamping citer-citer biasa tentang politik, kemanusiaan dan agama... Harap lu orang boleh stay on dan terima penulisan gua... By the way.. blog ini juga perlukan sokongan dari korang untuk terus kekal relevan. Sana ada dari segi jumlah pembaca @ pelawat harian ataupun kepada mana-mana yang share artikel dari blog ini dengan memberikan kredit kepada blog ini. Terima kasih atas sokongan lu orang...

Okay...

Citer pagi ini adalah berkenaan denga MrDIY...  tentang bagaimana MrDIY boleh berjaya? 

Mari kita tengok daripada awal penubuhan MrDIY... ianya adalah sebuah stall kecil yang menjual kunci dan peratan berkaitan kunci dan sebagainya.. serta dia juga menjual peralatan ketukangan biasa-biasa jer. Kecil.... tapi efficient... Gua taknak citer tentang macam mana MrDIY dapat modal dan pelabor... itu citer lu boleh baca sana sini... Tapi gua nak citer tentang benda lain...

Satu part yang paling utama dalam bisnes model MrDIY adalah ianya seberapa boleh akan dipastikan dibuka setiap hari... 7 hari seminggu... Dan bila ianya dibuka 7 hari seminggu... pelanggan akan sentiasa ingat yang mereka boleh harapkan mendapatkan keperluan mereka disana... tanpa ada hari yang tutup.

Kedai hardware biasanya akan tutup pada hari cuti... Sabtu dan Ahad... tapi pada hari Sabtu dan Ahad itulah kita biasanya bertukang.. kita biasanya akan amik peluang untuk memperbaiki peralatan dan keadaan di rumah kita... Itulah masa senggang yang terbaik untuk kita... anak-anak tidak bersekolah... dan kita pula bercuti.... Bagi yang negeri cuti pada hari Jumaat... MrDIY tetap jer dibuka tanpa gangguan penutupan.

Jadi... bila kita dah tahu yang MrDIY tetap dibuka pada hari cuti... dan dibuka 7 hari seminggu... maka kemanakah tempat yang akan kita tujui untuk mendapatkan keperluan pertukangan dan DIY kita?? Tentunya hanya di MrDIY... itu yang akan ada di kepala kita pertama sekali... betul dak..

Contoh la... kalu kita nak cari penyapu yang murah... atau penyepit baju yang murah... kemanakah yang akan kita pergi.... kita akan pergi ke Kedai ECO ... kan... sebab kedai ECO pon bukak 7 hari seminggu...

Okay.. berbalik kepada MrDIY... kita nak cari Spray untuk cat basikal anak yang dah berkarat... kita pergi ke MrDIY... sesampai disana... sambil-sambil kita cari Spray Can tue.... kita terserempak dengan mentol LED rumah... kita perasan ada satu mentol lampu LED yang dah nak rosak di rumah kita... kita beli Mentol LED nih... sebelum kita sampai ke ruangan pembayaran... macam-macam barang kita dah ambil dan letak dalam bakul....

Nak beli Spray Can berharga RM19 ... terbeli macam-macam barang lain sampai habis dekat nak RM100 .... hehehe... Itulah bahananya... dan itulah bijaknya MrDIY beroperasi 7 hari seminggu.... Nasib baik la cuma buka 12 jam jer sehari... kalu lebih... naya wei... hehehe

Hehehe.... itulah bisnes...



03 November 2022

Parti Mana Yang Akan Tolong Rakyat Kekang Kenaikan OPR?

Bhai/DeeDee semua...

Sudah empat kali Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR (Kadar Dasar Semalaman) bagi bank-bank komersial di Malaysia...

Ianya berlaku pada bulan Mei, Julai, September dan kini November.



Dengan naiknya kadar OPR nih.. maka akan terbebanlah rakyat yang ada mempunyai loan (pinjaman) dengan mana-mana bank... terutamanya loan kereta dan loan perumahan... Yang lagi niaya adalah sesiapa yang ader pinjaman peribadi (personal loan) ... yang tersenyum ketawa hanyalah golongan kaya yang ada simpanan ratusan ribu atau juta dalam akaun bank.... sebab pendapatan mereka bertambah..

Bagi yang miskin ... yang terpaksa meminjan dengan bank.. Jenuh la membayar bulanan yang meningkat naik... sudah pasti serupa sudah jatuh ditimpa tangga.. Bayangkan la... dengan gaji yang statik ... dan kuasa beli ringgit yang lemah (USD1 = RM4.73) ... serta tambah pulak dengan kenaikan OPR nih... memang naya rakyat...

Apa lagi yang rakyat marhaen mustad'afin nih nak harapkan?? kepada siapa mereka nak bersuara... memohon bantuan dan sokongan??

Sekarang nih musim #PRU15 .. dan setakat hari ini belum nampak lagi ader cadangan dari mana-mana Parti yang bertanding nak menangani kesan ekonomi yang teruk nih termasuklah inflasi... Malah takder jugak Parti yang nak mendepani suara rakyat yang tertekan dengan OPR nih...

Soalan yang pengundi nak tanya... Parti mana yang akan tolong rakyat kekang kenaikan OPR nih? Parti mana yang perlu rakyat undi?? Kalu kerajaan yang ader sekarang nih... ini kerajaan yang ader BN dan PN didalamnya.... dan kerajaan inilah yang celaka menaikkan kadar OPR sebanyak 4 kali dalam satu tahun...

Nak undi lagi ka??? Kalu depa dapat kuasa... Tahun depan mau ader 4 kali lagi kenaikan OPR... huhuhu

11 July 2022

Bila Urusan Haji Dikomersialkan, Dimana Silapnya?

Bhai/DeeDee semua..

Tanah suci Mekah hanya boleh menampung sekitar 3 hingga 4 juta orang jemaah sahaja setiap kali musim Haji. Jika berlebihan maka perkhidmatan, kebersihan dan penginapan serta urusan Haji jadi terjejas. Kesesakan dan segala macam perkara yang kita memang hendak elakkan.

Katakanlah dari 1.2 Bilion umat Islam yang ada sekarang nih... 0.01% sahaja kita benarkan untuk menunaikan ibadah Haji.... jumlahnya adalah seramai 12 juta orang...

12 Juta orang memang tak dapat ditampung dengan kemudahan sedia ada di Tanah Haram. Sesak... Jadi terpaksalah membuat kuota kurang daripada itu.

Masalahnya... ada jamaah yang tamak hendak pergi ke menunaikan Haji setiap tahun... setiap kali pun dia jugak hendak pergi. Kalu semuanya dilayan dan dibenarkan... ianya akan menyebabkan orang lain yang baru nak pertama kali pergi akan tak dapat slot visa haji ... 

Jadi timbullah idea untuk mengenakan caj tinggi bagi yang nak pergi Haji kali kedua dan ketiga serta keempat nih... atas alasan asalnya konon nak mengekang orang perg Haji banyak kali... 

Tapi..

Tapi biler yang nak pergi Haji banyak kali nih sanggup membayar harga yang mahal gila... maka aderlah orang akan gelap mata... bila urusan Haji dikomersialkan. Disinilah punca silapnya... Jahanam...

Pada mereka tak salah kalu nak caj harga tak masuk akal... sebab kalu ko takder duit ko takkan amik pakej macam ini..... Jadi ianya adalah konsep penawaran dan pembekalan....jadi tak salah...

Lepas itu bila kuota disekat... maka ader la yang kantoi... jahanam la jadinya...

Huhuhu...



07 June 2022

Insuran dan Takaful Memang Kuat Mengelat

Bhai/DeeDee semua...

Syarikat Insuran dan Takaful memang kuat mengelat... tak kisah la apa alasan depa akan bagi.., yang pasti depa akan cari jalan untuk bayar sikit pampasan atau tak bayar terus...


Kalu suami / isteri ader amik polisi insuran / takaful … tetapi lupa nak maklumkan pada pasangan masing-masing…

Kalu berlaku kematian la pada salah seorang atau dua-dua sekali… waris yang hidup memang takkan tau… sebab nak kena carik dokumen polisi tue..

Kalu tak jumpa… pakat lebuh la kena sakau dek syarikat insuran / takaful… pakat burn la…

Pernah terjadi kes kat satu pasangan rider motor nih yang meninggal dunia di Thailand..

Anak ader 7 orang lelaki…

Takder sapa tau depa nih ader insuran ka atau takaful ka.. sebab tak jumpa apa-apa dokumen kat rumah depa… tapi dua minggu lepas tu jumpa dokumen kat opis suaminya… itu pon masa pihak syarikat kemaskan meja …

Kalu tak jumpa tue… pakat burn la takder dapat claim… Kesian anak-anak yatim tu.. sebab suami isteri tue dua-dua pon anak yatim piatu dulunya… takder sedara mara… yang ader kawan-kawan ja….

Sistem CCRIS dan CTOS boleh BNM buat... tapi sistem macam nih tabley plak...  Paling lawak... nak semak Insuran Kereta boleh pulak semak ikut nombor plet kereta... hahaha...



11 January 2022

Keldai Akaun

Bhai/DeeDee semua...

Kalu orang biasa.... tetiba ader orang guna akaun bank dier untuk sesuatu yang menyalahi undang-undang.... tak tunggu malam... dah kena tahan sebab jadi keldai akaun...  terus diklasifikasikan sebagai subahat...

Tapi... 

Tapi kalu yang buat tue adalah Ketua Pengarah SPRM .... adik guna akaun abang ... dan menyalahi undang-undang kewangan (financial) .... boleh pulak dikatakan tak bersalah selagi belum dibuktikan....

Deyy... transaksi akaun pun dah jadi bukti... aper lagi mau cerita... Guna akaun orang lain aderlah satu kesalahan dibawah Bursa Malaysia yang boleh dikenakan tindakan denda sebanyak RM3 juta dan penjara....

Itu belum lagi kes boleh dirujuk dibawah Anti Money Laundering (AMLA) dan lain-lain lagi...

Adoilah...

Nak cover-up pun agak-agak la... nak backup pun pandang la kiri kanan ..

Kalu ikut tafsiran persatuan bekas pegawai SPRM nih... senang la lain kali... dah jadi precedent... 



10 January 2021

Menteri Kewangan Mencari Nahas

Bhai/DeeDee semua...

Nak sembang dalam media Malaysia... memanglah para Menteri Malaysia nih akan jadi juara... semua suara mereka akan dibackup sebaiknya oleh para pengampu dan pembodek... Tak kisah la keluar kat mana-mana media... even kat Media Alternatif dalam Malaysia pon mereka terpaksa cover up sikit sebab takmo lesen penerbitan digantung atau dibatalkan...

Hahaha... 

Tapi jangan sesekali buat bangang publish dalam media antarabangsa... terutama sekali di Reddit, Medium atau LinkedIN ... ini memang mencari pasai... mencari nahas ... mencari kena maki... hahaha...

Tunggu masa jer... memang akan ramai yang tibai... dan akan kena gelakkan secara berjemaah... hahaha...
Macam yang Menteri Kewangan Malaysia si Zafrul nih kena di LinkedIN nih...

Hadan Huker la... hahahaha











Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1