Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts

06 April 2023

Tunai Haji Dengan Berhutang?

Bhai/DeeDee semua...

Ini kerja gila... Betullah tunaikan Haji ke Baitullah itu wajib.. salah satu dari Rukun Islam... tapi ianya hanya jatuh wajib bila berkemampuan... Kalu sampai tunai haji dengan berhutang... itu dah tak cukup syarat berkemampuan dah...

Adoilah...

Lepas tu ader pulak puak-puak berlabel agama yang ajar dan endorse buat benda nih... mengarut sungguh... untuk apa... untuk kepentingan puak-puak tertentu... yang buat pakej haji melampau gila harganya...

Adoilah...

Syaitan tue boleh berupa macam orang baik ... orang alim..... jangan terpedaya la...

Jahanam....


Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji yang ingin mengambil pakej haji

melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).

Penyelesaian kewangan itu disediakan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Bumitra bertujuan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah.

Kerjasama itu juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Menurutnya, memandangkan kos pakej haji kian meningkat disebabkan faktor luar kawalan, pembiayaan peribadi yang ditawarkan ini adalah tepat pada masanya untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.

11 January 2023

Bila Ibadah jadi Komersial...

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...

Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.

Tiada lagi had bilangan jemaah haji.

#HajidanUmrah #VisaHaji #PaspotHaji #VisaUmrah #Mutawwif #PakejHaji #PakejUmrah #BadalHaji
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

11 July 2022

Bila Urusan Haji Dikomersialkan, Dimana Silapnya?

Bhai/DeeDee semua..

Tanah suci Mekah hanya boleh menampung sekitar 3 hingga 4 juta orang jemaah sahaja setiap kali musim Haji. Jika berlebihan maka perkhidmatan, kebersihan dan penginapan serta urusan Haji jadi terjejas. Kesesakan dan segala macam perkara yang kita memang hendak elakkan.

Katakanlah dari 1.2 Bilion umat Islam yang ada sekarang nih... 0.01% sahaja kita benarkan untuk menunaikan ibadah Haji.... jumlahnya adalah seramai 12 juta orang...

12 Juta orang memang tak dapat ditampung dengan kemudahan sedia ada di Tanah Haram. Sesak... Jadi terpaksalah membuat kuota kurang daripada itu.

Masalahnya... ada jamaah yang tamak hendak pergi ke menunaikan Haji setiap tahun... setiap kali pun dia jugak hendak pergi. Kalu semuanya dilayan dan dibenarkan... ianya akan menyebabkan orang lain yang baru nak pertama kali pergi akan tak dapat slot visa haji ... 

Jadi timbullah idea untuk mengenakan caj tinggi bagi yang nak pergi Haji kali kedua dan ketiga serta keempat nih... atas alasan asalnya konon nak mengekang orang perg Haji banyak kali... 

Tapi..

Tapi biler yang nak pergi Haji banyak kali nih sanggup membayar harga yang mahal gila... maka aderlah orang akan gelap mata... bila urusan Haji dikomersialkan. Disinilah punca silapnya... Jahanam...

Pada mereka tak salah kalu nak caj harga tak masuk akal... sebab kalu ko takder duit ko takkan amik pakej macam ini..... Jadi ianya adalah konsep penawaran dan pembekalan....jadi tak salah...

Lepas itu bila kuota disekat... maka ader la yang kantoi... jahanam la jadinya...

Huhuhu...



22 June 2022

Kartel Hotel Tabung Haji (TH)

Bhai/DeeDee semua...

Benda bukan baru... Benda dah lama... dulu gua ingatkan sebab Kerajaan Arab Saudi yang adakan sekatan sampai pelabur asing tak boleh membeli dan memiliki aset di Mekah dan Madinah... Mesti kena sewa jer dari pemilik orang Arab...

Tapi rupanya bukan...

Semuanya sebab ader kartel hotel yang membuat duit atas urusan penginapan jemaah Haji dan Umrah... Hahaha... Hanya perlu jadi orang tengah ja....  makan komisyen atas angin.... Hotel memang sudah ader .... kartel book semua room... pastue pajakkan room pada TH dan agen-agen travel agensi.... Pajak pulak tue paling kurang 5 tahun...

Hahaha... masyuk....



17 January 2022

PKPB - Pencuri Kecil Pencuri Besar

Bhai/DeeDee semua...

Nampak sangat kan... macam kena ja... istilah PKPB ...bukannya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat .... tetapi PKPB adalah Pencuri Kecil Pencuri Besar....

Ader kasta... ader beza hukuman..

Yang kecil dihina dan dikeji dimaki...
Yang besar dipuja dan dipuji dicium tangannya

Giler aaa... Teruk Malaysia nih...



Betul Ke Arahan Pengurusan Tabung Haji Macam Ni?

Bhai/DeeDee semua..

Sekadar nak tanya jer nih... Betul ke arahan pengurusan Tabung Haji macam ni? Biar betul la... Takkan la pengurusan Tabung Haji (TH) nak buat arahan macam nih... Takkan la salah pakai kopiah dan ketayap atau songkok...

Takkan semua nak kena pakai serban?? Atau kepala togel??? Huhuhu


Update terkini : Arahan ditarik balik.





17 September 2021

Biasanya Walaun Dah Melompat...

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih... walaun makin senyap sunyi... tengok sahajalah pasai isu pembukaan kedai dan premis judi... walaun semua senyap jer... redho agaknya kot?? Hahaha...

Nih isu Tabung Haji (TH) terpaksa naikkan kos urusan haji.... termasuk kos-kos tambahan berkaitan permit, ujian dan dokumentasi vaksinasi. Dan yang akan terkesan adalah para bakal jemaah haji yang berpendapatan rendah... yang simpanan pun sekadar cukup-cukup sahaja...


Dan walaun semua senyap sunyi.... kita tahulah Menteri dan Timbalan Menteri Agama adalah dari kumpulan walaun jugak... pasai tu la kot senyap sunyi... hahaha



14 July 2021

Suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara

Bhai/DeeDee semua..

Macam bangang kan... Sembang nak buat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan kes Tabung Haji (TH) .... kecoh la.... tapi.... tapi suspek utama RCI Tabung Haji sudah dibenarkan berada di luar negara.

Siap diberikan kebenaran oleh Mahkamah, PDRM, Imigresen dan Kerajaan Malaysia lagi... Pelik aaa... Patutnya suspek utama RCI Tabung Haji disekat daripada keluar negara. Ini tidak siapa dibenarkan pergi... konon untuk misi kemanusiaan la ... itu la... ini la...

Walhal suspek utama RCI Tabung Haji pun ader beberapa kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah... ader beberapa kes...

Adoilah ... macam mana la orang nak respek kat undang-undang Malaysia ni... pelawok sungguh lar... huhuhuhu

#AzeezRahim #THChairman #TabungHaji

27 December 2020

Mengatasi Masalah Bekalan Ruminan Negara

Bhai/DeeDee semua..

Satu penyelesaian kepada masalah Ruminan negara.

Gua cadangkan agar Felda / Felcra mengambil inisiatif untuk meningkatkan usaha mengatasi masalah Ruminan ini dengan memastikan setiap kawasan milik mereka mestilah diternak Lembu, Kerbau dan Kambing dengan skala besar. Yang pasti jika setiap ekar kawasan Felda / Felcra diternak Ruminan ikut bilangan yang sesuai, pastinya pendapatan peserta (peneroka) Felda / Felcra dapat ditingkatkan. Itu gua takmo nak citer pasai tanah ladang milik Tabung Haji.

Felda sahaja mempunyai tanah seluas lebih kurang 500 ribu hektar (317 tanah rancangan Felda). Felcra pula ada lebih 257 ribu hektar tanah.

Katalah dari 500 ribu hektar tanah Felda (lebih kurang ada 1.24 juta ekar) ... dan setiap ekar itu kita bela 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing... maknanya kita ader 2.48 juta ekor lembu dan 4.96 juta kambing.... Banyak tue... setel masalah Ruminan..

Itu baru Felda... Felcra ader lebih kurang 635 ribu ekar tanah... boleh ternak 1.27 juta lembu dan 2.54 juta kambing...

Total dari Felda dan Felcra sahaja boleh hasilkan ... 3.75 juta ekor lembu dan 7.5 juta ekor kambing..

Bukan sekadar boleh mendapat hasil dari kelapa sawit atau getah tetapi juga dapat hasil dari industri Ruminan. Dengan cara ini masalah kekurangan Ruminan dapat dikurangkan. Dan kita dapat mengurangkan import daging atau haiwan ternakan dari luar negara.

Tapi yer la... Sawit dan Getah pon tabley nak handle lagi mau sembang pasai Ruminan...

Ladang IOI boleh menghasilkan 3 kali ganda minyak kelapa sawit per ekar dari Ladang milik Felda... kenapa jadi camnie... gua pernah tulis sebelum ini.. hahaha... gua belum nak citer bab baja jer... yang gua citer itu hari pasai proses nak dapatkan minyak kelapa sawit ja...

Hahaha... Gua bukan anak peneroka... tapi gua ader ramai kengkawan yang jadi Manager Ladang IOI.... hahaha



18 December 2020

Azeez Rahim Pun Nak Selamatkan Diri Juga

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat Najib Razak dan Zahid Hamidi jer yang nak deal ngan Muhyiddin Yassin... nak beli insuran nyawa... Tapi Azeez Rahim pun nak selamatkan diri jua... Mesti la mau selamat... takkan mau nak duduk Penjara Sg Buloh atau Penjara Kajang.


Ahmad Maslan dah usahakan selamatkan diri... Yang dah terselamat aderlah Adnan Mansor... awal lagi dier dah deal untuk selamatkan diri... sebab itu dalam kes dier ... pemberi rasuah kena tindakan... penerima rasuah boleh lepas bebas... Musa Aman pon dah lama lepas...

Lepas nih ramai lagi sebenarnya dalam senarai...

Jadi kalu nak selamat... cepat-cepat la amik insuran nyawa... dan harap PN kekal lama .... tak dapat jawatan balik pon takper... janji diri selamat.... tengok macam Zahid Hamidi.... satu jawatan pon takder... janji selamat...

Err.... jangan kata takder orang PAS dalam senarai... ader bhai... cuma yang sedang kantoi la nih orang yang takder kerusi Parlimen... yang itu senang nak dikorbankan... hahaha ... tapi kalu lu ader kerusi Parlimen... sure selamat punya... jangan la riso...

Hahaha.... janji selamat


19 February 2020

Master Game

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah lama suarakan benda nih.... Nak setel banyak isu kat Malaysia nih senang jer.... Memang senang... cuma bezanya nak buat ker atau tidak jer... Hahaha...

Terutama sekali kalu nak gamekan PAS dan UMNO.... hahaha... small matter... kacang...

Hahahaha...

Tarak percaya ka?? Hahaha... takpa... tak suruh pon lu orang percaya .... cuma sekadar nak suruh lu orang bukak minda ... bukak kapla hotak tue... guna akal yang Allah Taala bagi sama lu...

Hahahaha....

Cara paling senang sekali nak gamekan semua adalah...

1. Lantik Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Agama di JPM menggantikan Mujahid Yusuf Rawa
2. Lantik Tuan Ibrahim jadi Pengerusi Tabung Haji

Kompom kalu Mahathir Mohammed buat plan camnie... mesti Game punya PAS.... dan kalu PAS dah game.... UMNO mampos terus... terus takbley nak bernyawa...

Sekarang UMNO bernyawa sebab bantuan PAS dan para walaun nya.... itu ja.... Hahahahaha

18 February 2020

Kecoh Pasai Hotel TH Dijual

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Malaysia kalu sehari takder benda bongok dan bingai nak dikecohkan.... takder best la hidup.... kan kan kan.... Hahahaha

Macam kes Hotel TH yang hari nih kepoh semua sembang marah pasai nak kena tutup dan kena jual.... hahahaha... Gua gelak jer.... pasai apa gua gelak....

Sebab...... Sebab yang kepoh dan sembang lebat semua nih dalam media sosial semua tue .... silap-silap tak pernah pon sewa kemudahan Hotel TH tue atau pun sewa bilik kat situe... Hahaha... sembang pung pang pung pang sampai macam keling karam.... tapi haram tak pernah nak guna perkhidmatan yang disediakan oleh Hotel TH...

Macam gua.... gua kerap guna... sama ader di Terengganu... atau di Penang.... jadi gua tau sangat la...

Servis macam hampeh... kolam renang orang perempuan takleh nak guna.... Bufet sarapan biasa-biasa jer... tak berbaloi ngan harga yang dikenakan.... harga bilik pon mahal.... harga sewa dewan lagilah....

So..... walaupun Hotel TH nih bagusla ader... tapi kalu merugikan ... apa masalah la nak dirasionalisasikan...

Aper pon.... yang tak pernah menginap di Hotel TH.... tak payah la nak sembang kencang bagai...

Oh yer.... PAS pon tak pernah buat event kat situ... lagi walaun mau sembang kencang.... asik-asik PAS sewa Dewan Perhimpunan Cina ja.... hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

Macam gampang kan.....

02 September 2015

Kuranglah Dividen Tabung Haji Lepas Ni

Bhai/DeeDee semua...

Payah la lepas nih... kerugian yang ditanggung oleh CCM nih pasti merencatkan lagi dividen Tabung Haji .... Lu orang ingat sikit ka nilai yang 49% nih.... banyak wei... cikai-cikai dah puluh juta .... mampuih..... Adoyai.... macam mana boleh sampai tutup dan terpaksa retrench semua staff... semua pekerja....

Mmmmm.....

Dah banyak sangat pelaburan Tabung Haji yang kaput... Tanah TRX pon belum lagi kira..... itu belum masuk lagi citer tentang TH Plantation... TH IT... dah macam-macam lagi pelaburan TH..... adoyai...

Yang Isa Samad pinjam untuk Felda itu hari amacam .... lagi satu masalah tue....

Adoyai...


10 May 2015

Kalaulah Tabung Haji Dikendalikan Oleh PAS

Bhai/DeeDee semua...

Sori la... artikel nih mesti akan menyebabkan ramai yang akan marah gua.,... Hahaha... tambah lagi kengkawan yang jadi Ahli PAS... err... gua pon ahli PAS gak.... hahaha.... Memang la memang... Hahaha

Ini satu soalan yang best....

Kalaulah Tabung Haji dikendalikan oleh PAS

1. Apakah yang akan berlaku pada dana pendeposit
2. Berapakah agaknya dividen tahunan yang pendeposit dapat
3. Apakah cabang-cabang segment pelaburan yang dibuat
4. Bagaimanakah pertumbuhan aset yang janakan
5. Bagaimana dengan kos untuk menunaikan haji.

Sebenarnya banyak lagi soklan yang gua nak tanya.... tapi gua kasik la chan lu orang plak yang tanya.... Hahaha... amacam...

Then.... sebelum lu orang nak bayangkan bagaimana PAS kendalikan Tabung Haji... aper kata lu orang tanya benda nih ngan PAS dulu....

"Aper citer ngan KOHILAL wahai ostad-ostad walaun ooi" ,,,,, Hahahaha


03 July 2013

Lubuk Wang Mudah

Bhai/DeeDee ...... Gua sebenarnya belum nak mula lagi memberikan komen berkaitan isu Tabung Haji nih.... sebab gua sebenarnya dah labelkan Tabung Haji sebagai karut lagi mengarutkan.... Hahahaha..... Kenaper gua labelkan camtue ... Hahaha... Kalu lu orang rajin baca blog gua... mesti lu orang boleh tau kenaper... Hahahaha..

Okeh.... punya la ramai orang yang bersih (sahsiah dan diri)..... dalam Malaysia nih...... tapi Tabung Haji boleh plak menaikkan "kaki maksiat" sebagai CEO Tabung Haji... Aper nak jadi la ngan Tabung Haji... Aper nak jadi la ngan lembaga pengarah semua tue.... Sudah jauh "kesesatan" diorang nih.... Hahahaha

Lepas nih.... ader chan la CEO Tabung Haji pi buat Haji secara FREE ditaja oleh Tabung Haji... bukan setakat dier pergi seorang pon ditaja Tabung Haji... tapi seluruh anak pinak pon boleh dapat tajaan percuma.... Hahahaha....  diorang pakai duit mana nak taja nih.... hahaha... dengan kuota haji yang terhad ..... hahaha.... melainkan dier akan ditaja dengan duit kuntungan yang dikaut oleh Tabung Haji atas pemusingan modal bagi keseluruhan wang yang dikumpul dalam tabungan..

Tabung Haji yang semakin hari semakin sudah jauh dari matlamat asal penubuhannya... sudah semakin teruk gua nampak.... Aper nak jadi lar....  agaknyer Tabung Haji sudah jadi lubuk wang mudah kot.... pasai tue la langau dok berkerumun nak hinggap..... hahahaha

Oh yer.... Nampak sangat la kat Malaysia nih dah takder orang yang bersih (sahsiah dan diri) dalam ertikata sebenar... sampaikan kaki maksiat pon boleh dilantik menjadi CEO satu organisasi yang membawa imej Islam.... ini serupa macam biler letak kaki fitnah sebagai presiden parti Islam..... hahahaha.... samer jer teruknyer.... nak buat camana....

Aper pon.... gua nak tanya... tahun lepas dewata raya pergi haji dengan seluruh pari-pari, dagang sentri dan sebagainya tue pakai duit hadiah dari Tabung Haji ker..... pakai kuota mana.... kuota muasasah ker atau kuota pakej...... sampai kering dan kosong kayangan..... hahahaha

P/S : Ini baru sikit jer gua jentik.... hahaha

17 June 2013

Disebalik Isu Kuota Haji

Bhai... kali nih... gua nak citer tentang disebalik isu kuota haji....  gua faham kenapa ader kuota Haji... gua tak salahkan isu nih.... tapi.... gua cukup pelik... sebab benda nih dah bertahun-tahun berlaku..... kuota haji untuk muasasah selalu tak cukup... siap dipotong lagi kuotanyer... tapi kalu nak pegi guna pakej.... bayar lebih... bila-bila pon ader kuota... walaupon last minit dalam kurang seminggu pon boleh dapat kuota lagi.......

Macam ader main jer.... Benda nih gua nampak sendiri... benda nih gua alami sendiri... gua daftar untuk ke Mekah... dapat untuk tahun 2032 ... Wahlauwei.... ini kalu ikut muasasah lar..... tapi pegawai urusan haji tue cakap... kalu ader duit banyak... baik amik pakej.... nak ke Mekah tunaikan Haji tahun ini pon boleh.... kuota banyak lagi.... Takder hal...

Lagi satu... kalu lu orang nak tau.... ader satu lagi kuota yang banyak untuk naik haji nih.... kuota VVIP... biasa boleh dapat melalui kabel dengan menteri, ahli parlimen atau adun..... tapi semua tue belah BN la... hahaha.... contoh yang terbaek... tiap-tiap tahun Menteri Agama akan dapat kuota haji untuk dier, ahli keluarga dier dan sahabat handai... total ader la dalam puluh-puluh kuota....  Hahahaha...

Itu belum masuk Dewa dan Dewi lagi kalu nak ke Mekah... bukan stakat kuota untuk diri Dewa dan Dewi... tapi... siap kalu boleh sampai kosong "kayangan"... sampaikan pari-pari, balachi, sentri dan tukang masak pon boleh dapat kuota haji .... dan ini terbukti pada tahun sudah.... Hahahaha... yang best lagi... bukan stakat kuota.... tapi kos urusan pon ditanggung dicangkung.... sepenuhnya.... hahahaha

Jadi... aper yang tinggal untuk kuota yang pegi menggunakan muasasah... ader la sekitar 60% jer daripada keseluruhan kuota sebenarnya.... hahahaha ... patut-patutnyer lar... untuk muasasah nih dapat kuota 95% .... tapi.... hehehe... jangan mimpi lar.....

Oh yer... lupa nak citer.... selama nih pon...... hahaha..... Menteri Agama sekeluarga pon jugak kos urusan hajinya ditanggung dicangkung sepenuhnya... hahahaha..... dari mana amik duit tue... hahahaha... dari Tabung Haji lar wei.... mana lagie.....

Aper citer nih.... hahahaha.... ader paham ka??



Kuota haji kurang 20%, Tabung Haji kaji senarai jemaah

Lembaga Tabung Haji (LTH) akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini berikutan arahan terbaru daripada kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kuota jemaah sebanyak 20 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, arahan itu diterima secara rasmi daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid tiga hari lalu, lapor Berita Harian.

Dalam laporan itu, Jamil berkata pengurangan jemaah bagi menunaikan ibadah itu tahun ini perlu dipatuhi kerana ia membabitkan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Kuota jemaah haji Malaysia adalah kira-kira 28,000 atau satu peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28 juta dan pengurangan sebanyak 20 peratus itu membabitkan seramai 5,600 orang jemaah.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan rata-rata jemaah haji di negara ini sudah menerima surat tawaran menunaikan haji dan ada juga yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Saya sangat berharap keadaan ini dapat diterima dengan baik dan difahami semua jemaah haji Malaysia. Arahan ini bukan dikeluarkan sesuka hati, sebaliknya ia bersangkut paut dengan kerja menambah baik keselesaan jemaah di seluruh dunia.

"Ia bukan hanya membabitkan jemaah haji Malaysia tetapi jemaah dari seluruh dunia. Tidak ada pengecualian atau pilih kasih dalam hal ini," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

Sementara itu, akhbar itu turut memetik Menteri Haji Arab Saudi Bandar Hajjar sebagai berkata arahan itu dibuat bukan untuk menghalang kedatangan jemaah haji ke Makkah.

Sebaliknya, ia perlu dilakukan bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu.

11 December 2012

Lanchow La

Bhai... sori aaa... tajuk artikel gua nih ader semacam lucah skit... hahaha... ini semua pasai dalam hati sudah ader taman marah .. sebab tue la keluar ayat camtue.... hahaha

Si mangkuk ayun Jamil Khir Baharom yang sampai hari nih pengecut tabrani nak terima cabaran berdebat dengan Chua Soi Lek tue pasai isu hudud... tetiba memandai plak bagi arahan suruh beri laluan kepada mereka yang belum tunai haji....

Aper lanchow la mamat nih cakap... ader guna otak ker... tue yang tiap kali musim haji si Jamil Khir nih pi ke Mekah tunaikan haji dengan kaum kerabat dan kroni dier tue... aper cer... tak ker itu dah menggunakan kuota haji untuk orang lain ..... itu belum masuk lagi perbelanjaan dier pi... yang disponsor oleh Tabung Haji.... ini namanyer haji haramjadah....

Pulak tue... musim haji yang baru jer abis nih.... ader sekor bangsat bertaraf DEWATA RAYA yang pergi tunaikan haji dengan segala sentri, nanny, balachi dan sebagainya.... punya la ramai kontinjen dier.... sampai kering takder makhluk kat KAYANGAN .... ini guna kuota maner.... biler dier pi daftar giliran pi haji....  dan si bangsat tua bertaraf DEWATA RAYA tue pegi guna duit sendiri ker... duit poket atau rembat dana Tabung Haji gak....

Lu orang bayangkan la.... kalu dah rombongan tue sampai dua bas kapasitinya.... berapa banyak kuota haji yang sepatutnya dapat kat yang layak telah hilang semata-mata nak layan si bangsat DEWATA RAYA tue... Sori... gua memang marah bab nih... sebab gua ader maklumat in-out tentangnya...



15 September 2011

BMW ...

Hahahaha...... BMW bhai... BMW... hehehe... err... gua bukan nak bercerita pasai kereta aaa.... gua nak citer pasai BMW .... BMW nih sebenarnya adalah akronim "Banyak Makan Wang" ..... hahahaha...

Macam mana la gua nak respek Menteri De Facto bagi Agama iaitu si Jamil Khir tue.... rasanyer baru jer dier tue dilantik menjadi menteri... baru betul.... errr... ader sampai 3 tahun dah ker???

Tapi tengok daripada kemampuan kewangan dier... pergh... mengalahkan ahli perniagaan ternama... tersohor... hehehe.... hebat... rumah banglo pon besar..... banyak duit tue... hehehe... err... cuba habaq mai sama gua aper bisnes yang dier buat....

Pergi ke Mekah naik haji dua tiga tahun nih satu keluarga semuanya rembat guna dana Tabung Haji.... err... boleh dapat kuota plak tue... mmmm..... errr... patut pon la duit dier tak surut... err... tahun nih dier nak pergi Mekah lagi ker.... dapat free lagi ker... err... taknak bawak semua anak beranak dier lagie ker....

Itu hari masa kes tuntutan qazaf Anwar Ibrahim bagi kes Saipul Bukhari Azlan tue.... dengar khabar duit kos perundangan tue yang melibatkan Jamil Khir nih ngan pengarah JAWI... err... rembat dari duit zakat yer.... hehehe... biler plak dier nih jadi asnaf nih.... ngaper tak pakai duit dier sendiri... ngapa rembat duit zakat....

Itu belum lagi citer-citer lain yang gua ader dengar gak... mmmmm... tak tau la nak cakap camana... kalu kata tak belajar agama... err... rasanyer dah terlebih belajar tue... tapi... tak tau nak bezakan duit awam dan duit sendiri.. tak tau nak bezakan yang mana halal dan haram.... err.... aper nak jadi la....

Susah kalu ader ahli agama yang suka sangat ngan BMW nih.... suka sangat banyak makan wang.... hancuss.... kopiah kemana... kitab kemana... tak gitue Tuan Zulkifli Nordin (MP Kulim)... hahaha... yang nih pon satu lagi mangkuk... hehehe

30 September 2010

Iklan Seminar

Bhai... ader member mintak gua publishkan iklan seminar nih.... jadi gua publishkan lah yer... kalu lu orang nak mai ini seminar... pada 1 Oktober 2010 ader satu sesi.. 8 Oktober ader satu sesi... boleh jer... tapi kena call la dulu... buat reserved tempat duduk... takut nanti terpaksa bercangkung pasai kerusi tak cukup... hahaha..

Okeh aaa....

21 December 2009

Semua Hilang

Magik sungguh... semua hilang... satu ker satu asik ader jer yang hilang... tak boleh nak kesan pulak tue... Macam mana boleh jadi macam nih... Nih gua listingkan senarai yang hilang (tak ikut susunan) di Malaysia setakat ini.

  1. Rekod kemasukan (entry) Altantuya boleh hilang dari pangkalan data Imigresen
  2. Enjin jet F-5E milik TUDM boleh hilang dari stor pangkalan TUDM Sg Besi
  3. Penyiasat persendirian Detektif Bala hilang dari Malaysia
  4. Raja Petra Kamarudin (RPK) hilang dari Malaysia
  5. Maklumat tanah beratus ekar yang dikaitkan dengan Khir Toyo di Selangor
  6. Kaitan antara Abdul Rahman Palil dan KDSB dalam kes PKFZ
  7. RM600 juta hilang dari MAS
  8. Senjata M16 dan pelancar roket boleh hilang dikebas oleh Al Maunah (kononnya)
  9. RM2.5 Bilion duit BMF yang disebat oleh Lorraine Esme Osman dan Kumpulan Carrian di Hongkong
  10. RM30 Bilion duit BNM yang dihilangkan oleh Nor Mohamed Yakcop dalam skandal urusniaga forex
  11. RM200 juta duit Tabung Haji yang hilang ditipu

Sebenarnya banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam pelbagai agensi kerajaan dan GLC... namun ianya siasatan tidak dapat diteruskan kerana adanya kekangan dari pelbagai pihak yang berkepentingan...

Inilah masalahnya.... terlalu banyak yang hilang dari sekecil-kecil barang (maklumat) sehinggalah sebesar-besarnya... terlalu banyak... tak tau la macam mana nak terangkan kat pembaca blog nih.. bagi yang rajin sila semak akhbar lama ataupun Mikrofilem kat Perpustakaan Negara ataupun kat Arkib Negara.... banyak boleh jumpa la bhai...

Apa-apa pun... Malaysia Boleh.... maka dengan senangnya semua boleh dihilangkan... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1