Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Aset. Show all posts
Showing posts with label Aset. Show all posts

12 April 2023

Tak Tumbuh Tak Melata

Bhai/DeeDee semua...

Orang Melayu dulu-dulu suka mengguna peribahasa untuk menggambarkan sesuatu.... contoh macam...

Tak Tumbuh, Tak Melata
Tak Sungguh, Orang Tak Kata

Hahaha.... tetiba jer KWSP keluar statement yang macam dalam screenshot dibawah nih... bila satu akhbar perniagaan terkenal di Singapura mengeluarkan satu berita.... berita yang mengatakan bahawa KWSP ada mengalami masalah kecairan tunai...

Bhai.... banyak kali dah gua kata benda nih .... Kalu betul KWSP takder masalah masalah kecairan tunai... pastinya duit dividen tahunan 2022 yang sebanyak RM45.4 bilion tue boleh diusahakan diberikan pengeluarannya at least 10% hingga 20% secara terus...

Kalau 10% ... baru RM4.54 bilion ja....  kata dividen... dividen patutnya tunai... dan boleh dicairkan... sebab dividen bukanlah aset....  Hahaha

That's why la gua dan ramai lagi kata KWSP ada masalah kecairan tunai.... yang mereka sendiri taknak mengaku.... Tak pernah ader dalam sejarah institusi kewangan... dividen dikira dalam bentuk aset... bukan tunai (cash) ... kalu sapa belajar financial... mesti tau apa maksud sebenar dividen tue....  WalaNON dan Bangsa Slupp apa tahu... bodonya depa lagi teruk dari Walaun, Mahacai dan Macai.... hahaha

Adoilah....

Something wrong sebenarnya..... bila mana KWSP tak boleh nak cairkan RM45.4 bilion yang dikatakan dividen tue.... pelik dan ajaib... hehehe

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

KWSP bermasalah kecairan tunai

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan spekulasi yang tersebar di WhatsApp mendakwa pihaknya menghadapi krisis tunai serta ketidakcukupan wang untuk membayar pengeluaran pra-persaraan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP memaklumkan, badan itu sentiasa mengekalkan kecairan yang mencukupi untuk memenuhi semua komitmennya.

"Segala aktiviti jual beli aset luar negara adalah sebahagian daripada operasi pelaburan KWSP mengikut alokasi aset strategiknya dan bukan untuk membayar pengeluaran pra-persaraan.

"Malah, terdapat peningkatan yang stabil dalam keseluruhan pelaburan asing KWSP sejak beberapa tahun lalu walaupun semasa berlakunya krisis Covid-19.

"Selain itu, KWSP juga menyangkal spekulasi Akta KWSP 1991 akan dipinda untuk menghalang pesara daripada mengeluarkan simpanan mereka," katanya hari ini.

Menurutnya, spekulasi itu merujuk kepada rencana akhbar Business Times Singapura bertarikh 7 April 2023 dan bertajuk "Bank Negara says Malaysians could run out of savings 19 years too soon."

"Apa yang diketengahkan Bank Negara Malaysia (BNM) di dalam laporannya ialah situasi yang membimbangkan bagi pesara disebabkan isu struktur seperti gaji yang rendah yang sememangnya wujud sebelum pandemik melanda.

"Simpanan median untuk kumpulan umur 51 hingga 55 tahun hanya akan bertahan lima tahun selepas pengeluaran pada umur 55 tahun dan ia menurun kepada sekitar tiga tahun selepas pengeluaran berkaitan pandemik.

"Laporan itu selanjutnya menyatakan rata-rata rakyat Malaysia akan menghadapi risiko kehabisan simpanan persaraan mereka 19 tahun sebelum kematian dengan jangka hayat global meningkat kepada 77 tahun ke atas menjelang 2050," katanya.

Katanya, golongan millenial dalam lingkungan umur 26 hingga 40 tahun berkemungkinan menghadapi cabaran kewangan yang ketara kerana ramai menghadapi kesukaran untuk memenuhi had Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000.

"Situasi ini boleh menjejaskan potensi peluang peningkatan simpanan sehingga RM94,000 apabila mereka bersara pada usia 60 tahun seterusnya menjadikan mereka antara kumpulan demografi yang paling terkesan.

"Pengeluaran khas berkaitan pandemik juga menyebabkan pengurangan ketara dalam jumlah simpanan persaraan ahli," katanya.

Menurutnya, sehingga Mac 2023, sebanyak 70.5 peratus daripada 7.2 juta ahli sektor formal aktif berumur 18 hingga 55 tahun tidak memenuhi had Simpanan Asas KWSP mengikut umur.

"Sebanyak 3.1 juta atau 39 peratus ahli yang membuat pengeluaran khas dan berumur di bawah 55 tahun setakat Januari 2023 masih belum mula membina semula simpanan mereka.

"Tahap simpanan mereka kekal rendah, dengan median simpanan sebanyak RM890," katanya.

Katanya, keutamaan KWSP dalam perkara itu adalah untuk membina semula simpanan persaraan dan memperluaskan perlindungan kepada mereka yang berada di luar skop semasa Akta KWSP 1991.

"KWSP juga sedang berbincang dengan Kerajaan mengenai pembaharuan yang berpotensi untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang semakin terjejas akibat pandemik.

"KWSP menyarankan ahli supaya hanya rujuk kepada berita sahih daripada sumber rasmi dan bukannya spekulasi melalui media sosial," katanya.


08 April 2023

Satu Demi Satu Pelaburan Khazanah Nasional Rugi

Bhai/DeeDee semua...

Apa dah jadi nih... kata pengurusan dan pentadbiran Khazanah Nasional nih orang bijak-bijak bab pelaburan... Apa dah jadi nih??? satu demi satu pelaburan Khazanah Nasional terpalit rugi.... Adoilah...

Bukan sikit-sikit anak nih.... pelaburan lebih setengah bilion ringgit... tapi dijual sudahnya pada harga tak sampai RM50 juta....

Adoilah... bangang ke apa nih??? dulu rugi banyak kat duCK .... huhuhu


Kompleks produksi filem dan televisyen Iskandar Malaysia Studios (IMS) baru-baru ini dinilai bernilai RM32 juta, lebih dari lapan tahun selepas ia dibuka dengan pelaburan antara RM528 juta hingga RM748 juta.

Ini didedahkan dalam sebuah laporan oleh laman berita hiburan Amerika Variety, mengenai penyedia kandungan Singapura GHY Culture & Media yang membeli IMS dengan jumlah RM35.34 juta.

"Penilaian itu sangat teruk berbanding kos kepada pembayar cukai Malaysia. Walaupun menggunakan anggaran kos pembinaan yang lebih rendah, penurunan nilai aset dari AS$120 juta menjadi US$7.3 juta mewakili lebih 90 peratus kemerosotan nilai pemegang saham dalam lapan tahun sejak IMS dibuka," lapor Variety.

Ia juga menyatakan bahawa akaun untung rugi tahunan IMS tidak tersedia untuk umum.

IMS adalah sebuah kompleks studio yang meliputi 49 ekar di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Ia termasuk panggung filem, studio televisyen, tangki penggambaran air dan kemudahan sokongan produksi, antara lain.

Beberapa filem ternama dihasilkan di IMS, termasuk siri Marco Polo Netflix dan sebahagian filem Crazy Rich Asian.

Projek IMS adalah hasil daripada perjanjian strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan kumpulan Pinewood Studios UK.

Variety juga melaporkan bahawa majoriti filem Hollywood tidak berminat menggunakan IMS sebagai fasiliti utama mereka setakat ini.

“Tidak ada sesiapa di Hollywood yang mahu menjalankan penggambaran di Malaysia,” kata seorang pengurus lokasi yang berpengalaman.

Sebab lain yang dilaporkan oleh Variety termasuk lokasi studio yang dianggap terpencil dari hab pengeluaran filem utama dan kru tempatan yang kurang berpengalaman.

Kos produksi di Malaysia dilaporkan lebih tinggi daripada Thailand dan Indonesia, walaupun lebih rendah berbanding Singapura.

04 April 2023

Pencarum Cuma Mahu Keluarkan Dividen KWSP 2022 Je

Bhai/DeeDee semua...

Tanyalah pada pencarum KWSP .... pastinya mereka tak nak keluarkan dana KWSP yang ada... mereka cuma nak keluarkan Dividen KWSP 2022 yang diumumkan baru-baru nih ja... yang katanya bernilai RM45.4 Bilion.... Mereka nak keluarkan Dividen nih sama macam depa keluarkan Dividen ASB ..... 

Sebab sepatutnya Dividen itu adalah satu kecairan tunai... Tak pernah dalam sejarah kewangan dunia Dividen itu dalam bentuk tak cair... dalam bentuk aset kekal...

Jadi... kalau lah Dividen KWSP dibenarkan keluar pada kadar RM4.54 bilion pun sudah cukup kecairan tunai ada dalam tangan dan pasaran....

Itu ja isu sebenarnya... dan isu inilah yang Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan para pentaksub buat-buat tak paham .... buat-buat pekak dan tak tahu... buat-buat alihkan isu.... Benda simple je sebenarnya..

Jadi... sebenarnya Dividen nih ader betul ka atau sekadar nombor je?? Hahaha... kalu ader mesti boleh dikeluarkan (withdrawal)..

Adoilah...

Dividen KWSP 2022 ni betul ka ada?


16 February 2023

Makin Jahanam Felcra

Bhai/DeeDee semua...

Felcra nih start jahanam masa Tajuddin Abd Rahman jadi Pengerusinya.... lepas tue langsung tabley nak bangkit dan pulih... walhal aset berbilion... tanah jer ader berapa ratus ribu hektar... pengurusan kewangan kelaut....

Jahanam...

Harap dapat diperbetulkanlah...


Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

“Baki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,” kata laporan itu.

LKAN berkata satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

11 November 2022

Kalu LHDN Siasat, Memanglah Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Kalu LHDN dok giler kejar dan siasat semua yang declare nih... memanglah lawak... Sebab apa gua kata lawak... sebab biasanya yang berani declare nih... money trails dier mantop.. clear... selamat... sebab itu dier berani declare... 

Manakala... yang tak berani declare tue la yang mesti ader benda yang tak clear... yang tak telus... yang money trails dier mencurigakan... Hahaha....  mesti la ader something... sebab itu tak berani nak publish apa-apa maklumat.... apa-apa dokumen dan info... mesti sure lekat LHDN punya...

Tapi ....

Hahaha.... Apa nak diharapkan kat LHDN... Hahaha.... Kalu betul LHDN hebat... sure ramai kakitangan awam terutamanya di Kakitangan Pejabat Tanah dan orang politik yang dah kena siasat... Hahaha



22 June 2022

Kartel Hotel Tabung Haji (TH)

Bhai/DeeDee semua...

Benda bukan baru... Benda dah lama... dulu gua ingatkan sebab Kerajaan Arab Saudi yang adakan sekatan sampai pelabur asing tak boleh membeli dan memiliki aset di Mekah dan Madinah... Mesti kena sewa jer dari pemilik orang Arab...

Tapi rupanya bukan...

Semuanya sebab ader kartel hotel yang membuat duit atas urusan penginapan jemaah Haji dan Umrah... Hahaha... Hanya perlu jadi orang tengah ja....  makan komisyen atas angin.... Hotel memang sudah ader .... kartel book semua room... pastue pajakkan room pada TH dan agen-agen travel agensi.... Pajak pulak tue paling kurang 5 tahun...

Hahaha... masyuk....



01 September 2021

Deyy Menteri Pertahanan, Deyy ATM, Deyy TUDM

Bhai/DeeDee semua

Deyy ATM, Deyy TUDM ... Deyy Menteri Pertahanan...

Ini sudah masuk September 2021 lar.
Barang patut sampai 2017 lagi.... payment sudah lama setel.

Bangang ka apa??? Mana pi Helikopter MD530G nih...????

10 August 2013

Beranikah Hadi Awang Dan Anwar Ibrahim?

Bhai/DeeDee sekalian...

Agak-agak lu orang aaa... Beranikah Hadi Awang dan Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta diorang...

Hahaha... Berapa lu nak bet????

Hahahaha..  Masak camnie...


19 February 2013

GDP Malaysia Meningkat?

Bhai... Agensi Penarafan Moody telah membuat analisa tentang GDP Malaysia... Diorang kata GDP Malaysia telah meningkat lebih dari 5%..... Gua tak kisah dengan analisis dan kajian diorang... sebab diorang nih berpengalaman luas dan lama dalam bidang financial nih....

Gua cuma nak tanya sesuatu nih... Aderkah penarafan Moody ini bersandarkan juga kepada nisbah hutang Kerajaan Persekutuan berbanding nilai GDP yang khabarnya sekarang nih dah sampai 74% daripada jumlah GDP negara.... Kalu ikutkan syarat yang ditetapkan... nisbah hutang berbanding GDP mestilah dibawah 55%

Nih kalu dah cecah 74% nih aper ke jadahnyer... nak tunggu mampus terlungkup macam Greece ker... Pergh... dulu... masa Abdullah Ahmad Badawi amik alih pentadbiran negara ni dari Mahathir Mohamed ... masa tue hutang negara bernilai RM250 bilion.... masa tue nilai RM berbanding USD adalah sekitar RM3.5 = USD$1 ...

Maknanyer sebenarnya agak teruk jugak... masa Najib Razak amik alih pentadbiran dari Abdullah Ahmad Badawi... dengar citernya hutang negara sudah mencecah RM620 bilion.... mak aih... masa nih USD$1 = RM3.30  .... Hahaha... banyak jugak kan...

Oh yer... sebelum terlupa... lu orang mesti berbangga kerana Mahathir Mohamed cuma buat hutang negara jadi sekadar RM250 bilion kan... hahaha.... tapi lu orang jangan lupa... itu harga masa USD$1 = RM3.80 .... hahaha... sedangkan dulu pernah USD$1 = RM2.25 ..... hehehe...  dan hutang negara nih sekitar 1985 gua tak sempat nak semak... hahaha... walhal masa tue negara kiter tengah mewah.... tapi dengar citer hutang mencanak gak...

Aper-aper pon... persoalan yang kita nak tanya sekarang nih... berapa agaknya nilai hutang negara apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negara dari Najib Razak selepas PRU13 nanti... aderlah ianya sudah mencecah RM1 Trilion.... hahaha....


KUALA LUMPUR, Feb 18 – Malaysia’s economy grew 5.4 per cent last year, slightly above the economy’s potential rate of about five per cent, says Moody’s Analytics.

The research house said the country’s economy remained resilient through the fourth quarter and grew 5.6 per cent from the third quarter’s 5.2 per cent.

“Higher government spending on infrastructures has helped support an investment boom,” a division of Moody’s Corp, engaged in economic research and analysis, said in its Asia-Pacific Preview for this week.

Moody’s Analytics also said cash handouts, bonuses for civil servants and an increase in the minimum wage have helped private consumption expand solidly.

Elsewhere, Thailand expanded 14 per cent year-on-year in the December quarter amid a low base effect from the floods in late 2011, it added.

10 February 2013

Tak Tahu Nak Beza

Bhai.... Aper daaa... Memang sohih la... Memang tahap bangang nak mampus... Tak tahu nak beza antara institusi Kerajaan dan institusi politik... Sebab tue la selama lebih 50 tahun jadi cacamarba camnie...

Serupa macam tak tau nak beza antara halal dan haram la... Kesian... Bukan takder muti... Bukan takder Ketua Agama... Tapi pasai mufti yang ader selama nih pon semua lebih takutkan dunia dari takutkan Allah Taala.... Tak kisah la Noh Gadut ka... Harussani ka... Mat Jahaya ka.... Tamyes ka... Semua tabrani nak kata aper.. Semua tabrani nak tegur... Tegur karang nanti mis soru... Lot balak tak dapat... Pingat pengat pon tak dapat... Jadi lebih baik senyap dan simpan dalam hati...

Bila kiter tanya para Mufti Suq nih... Diorang akan jawab... Selemah-lemah iman aderlah menentang kemungkaran dalam hati.... Podah la... Cam siot dan bangsat jer... Pasai tue la gua selalu lanchowkan jer para mufti nih... Tak kira la berapa tebal kitab dier dah khatam dan hafal... Semua tabley pakai... Semua patut kena lanchowkan jer

Sebab selama 40 tahun lebih gua nih hidup... Takder sekor pon mufti yang berani menegakkan yang hak dan mencegah kebatilan... Dulu ader sekor mufti kena tampor dek ketua agama... Tue pon tabrani nak melawan... Lepas kena tampor terus senyap masih dok makan daki dunia bawah ketua agama yang sama.. Terus sampai kesudah tabrani nak tegur... Tulur sudah ilang... Hahaha

Sebab itu la diorang buat harta negaea nih macam mak bapak diorang yang punya... Walhal ader jauh beza antara kerajaan dan parti politik.... Harta negara dah jadi cam harta parti politik...

Nak harapkan Ketua Agama tegur.... Hahaha... Mana jadi bhai... Bagi yang kaki kuda... Main kuda la aper lagi... Bagi yang kaki tonggang.. Berbotol botol besar ditonggangnya... Bagi yang kaki betina... betina kapir pon jadi ditenggeknya... mana kira halal haram dah.... sebab aper... sebab dier ketua agama... dier katanyer lagi pandai bab agama... Bagi yang kaki meniaga... dulu siap ader ladang ternakan khinzir lagie... hahaha... itu belum lagi yang ader share syarikat judi dan arak....

Bagi yang dah tua nak mampus pon masih ader hati nak lead sekali lagi tue.... Aper yang boleh dibuat selain jadi pekak, buta dan bisu jer la... Cukup tahun pegi bawak rombongan ke Mekah... Konon boleh bersih dan suci lepas tue... Aper ingat pi Mekah dan lawat Kaabah tue macam masuk mesin basuh ker... Lepas selesai sudah cuci... Sudah cuci kalu boleh balik dan bagi pingat... Bagi title...

Hahahaha.... Patung Cendana nak buat aper simpan wei... Kalu simpan pon jadi bahan sembahan... Syirik tue.... Hahaha... Berdosa besar yang tak diampunkan oleh Allah... Patung cendana bukan maksum... Bukan boleh bagi syafaat... Silap-silap patung cendana nih kena bakar dulu... Hahaha...

Pasai takder saper nak tegor... Tue yang jadi tak ketahuan macam setan nih... Seingat gua la... Negara nih dah jadi milik parti politik sejak tahun 1982... Sejak tue... Malaysia sudah jadi milik BN... Semua harta negara sudah jadi harta BN... Diorang faraidkan sesuka hati mak bapak diorang jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1