Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ketua Audit Negara. Show all posts
Showing posts with label Ketua Audit Negara. Show all posts

08 June 2023

Betapa Double Standardnya Speaker Dewan

Bhai/DeeDee semua...

Dalam kes LCS yang melibatkan TPM dan ramai penyamun dalam UMNO ... laju jer Speaker Dewan Rakyat (Johari Abdul) kata kena tunggu Laporan PAC ..... tak perlu bahas dulu...

Tapi...

Dalam kes Laporan Audit Negara....  boleh pulak mangkuk yang sama nih kata boleh bahan laporan Audit Negara tue... err... kenapa tak tunggu Laporan PAC???

Nampak sangat perangai tabley pakai Speaker Dewan Negara nih... Perangai Johari Abdul sama sebijik dengan perangai Azhar Harun... pusing-pusing carik dalil dan dalih.... huhuhu...

Jahanam Parlimen... Jahanam Dewan Rakyat bila ader Speaker double standard macam nih...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Speaker Cap Ayam


16 February 2023

Makin Jahanam Felcra

Bhai/DeeDee semua...

Felcra nih start jahanam masa Tajuddin Abd Rahman jadi Pengerusinya.... lepas tue langsung tabley nak bangkit dan pulih... walhal aset berbilion... tanah jer ader berapa ratus ribu hektar... pengurusan kewangan kelaut....

Jahanam...

Harap dapat diperbetulkanlah...


Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.

“Baki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,” kata laporan itu.

LKAN berkata satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.

28 December 2021

SPRM Sendiri Pun Tidak Telus

Bhai/DeeDee semua...

Hannah Yeoh menyarankan agar SPRM perlu siasat pendedahan Laporan Ketua Audit berkenaan isu tanah Kolam Takungan Air yang telah di ubah kegunaannya kepada pembangunan yang lainnya...

Tapi gua rasa itu semua membuang masa jer..

Sebab SPRM sendiri pun tidak telus... bilamana Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri pun terpalit dakwaan salahlaku dan integriti berkaitan saham sebanyak 2 juta unit...

Dan walaupun ader banyak laporan dan gesaan dalam Parlimen... tiada apa yang berlaku... senyap sunyi... tiada tindakan...

Jadi takkan la kes Kolam Takungan Air nih akan menjadi lebih keutamaan.... Hahaha.... mimpi la...



28 October 2021

Ketua Audit Negara Pun Cuak

Bhai/DeeDee semua...

Dah makin gila gamaknya... buat hutang baru atas tujuan kambus hutang lama... Adoilah...

Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata walaupun sijil ketua audit negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.

“Separuh dari hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini mendapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Justeru Nik Azman berkata pihaknya mengesyorkan perbelanjaan berhemah dan memastikan semua perbelanjaan pembangunan yang dibiayai dengan pinjaman perlu disempurnakan mengikut masa ditetapkan dengan kos yang munasabah tanpa ketirisan dan pembaziran.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1