Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Forex. Show all posts
Showing posts with label Forex. Show all posts

07 May 2023

Impak OPR Terhadap Ekonomi dan Rakyat

Soalan : Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, adakah kenaikan kadar OPR akan menyebabkan ekonomi Malaysia lebih berkembang atau menguncup. Bagaimana pula dengan impak kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan?

Jawapan : Kenaikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) adalah keputusan yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa dan matlamat jangka panjang untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Kenaikan kadar OPR biasanya dilakukan untuk mengawal inflasi, yaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, yang boleh memberi kesan buruk kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Namun begitu, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada kewangan dan perniagaan. Institusi kewangan yang berada di Malaysia seperti bank-bank akan menaikkan kadar faedah pinjaman mereka secara umum apabila kadar OPR naik, dan ini mungkin memberi kesan terhadap golongan B40 yang banyak membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Secara umumnya, kenaikan kadar OPR akan memberi kesan pada kewangan dan perniagaan, tetapi kesan kepada rakyat terutamanya golongan B40 mungkin bergantung pada keadaan semasa dan bagaimana pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengawal kesan buruk daripada kenaikan tersebut.

Oleh kerana kenaikan kadar OPR akan menyebabkan peningkatan kos pinjaman, ia boleh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya golongan B40 yang bergantung pada pinjaman untuk memenuhi keperluan asas seperti pembelian rumah dan kenderaan. Kenaikan kadar OPR juga boleh memberi kesan kepada pasaran saham dan pertukaran wang asing.

Namun, jika dilihat dari sudut yang lain, kenaikan kadar OPR juga boleh memberi impak positif kepada ekonomi negara dengan meningkatkan kemenjadian dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, keputusan untuk menaikkan atau menurunkan kadar OPR sepatutnya diambil berdasarkan keadaan semasa ekonomi negara dan perlu diimbangi dengan keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Selain itu, perlu ada langkah-langkah melindungi golongan B40 dan membantu mereka menangani kesan kenaikan kadar faedah ini seperti memperkenalkan skim khas atau memberikan bantuan kewangan yang sesuai.

Berkaitan : Operasi Peras Rakyat?, OPR Naik Kali Ke 5,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



31 May 2022

Apa Ada Hal

Bhai/DeeDee semua...

Apa ada hal kan... Malaysia? Cukuplah ngan Azhar Idrus ja… dier kan pakar semua benda… Huhuhu.. Soalan apa yang dier tabley jawab?

Takpon... Kerajaan Malaysia kan nak impot 500 ribu pakar dari Bangladesh....

Elok sangat la tue...


07 October 2013

Bila Nak Audit Petronas?

Bhai/DeeDee sekalian...

Sila tengok snapshot kat bawah nih dan baca artikel pada link yang disediakan.... Hehehehe... Persoalan gua aaa.... bila nak audit Petronas nih..... takkan nak tunggu kantung Petronas dah kering baru nak audit.... Hahahaha ...


Sumber : NationalPost

Pergh.... naik lagi CAD Dollar ini macham.... Forex Trader macam LibangLibu, Waris dan sebagainyer mesti syok trading hari nih.... hahaha... EUR/USD masih lagi gorilla.... Hahahaha

31 May 2013

Kalaulah Ada...

Bhai.... Kalaulah ada Mahkamah Rasuah di Malaysia..... dan ader hakim yang brani macam kat Indonesia nih.... dan kalaulah ada Mahkamah di Malaysia yang bebas tanpa gangguan dari Peguam Negara dan Perdana Menteri..... hahahaha.... mesti kes macam Khir Toyo tue dah lama dah kena.... bukan lama pon... setahun jer kena penjara..... Ling Leong Sik pon boleh kena berapa tahun.... Mahathir Mohamed pon boleh kena.... hahaha... Nor Mohammed Yakcop pon memang takder masalah dah lama melepak kat dalam masa kes FOREX Bank Negara Malaysia.... hahahaha ... Itu belum kira kes Shahrizat Jalil lagie.... hahahaha

Kalaulah ada...... hahaha ...

Tapi.... lupakan la.... mana ader Mahkamah kat Malaysia nih yang telus... yang Hakim nyer berani.... hahahaha.... tak kisah la Mahkamah Sivil ker... Mahkamah Syariah ker... atau Mahkamah Anak Negeri ker... waima Mahkamah Perusahan pon.... semuanyer tak telus dan tak brani.... hahahaha.... Kalu nak harapkan Malaysia ader Mahkamah Rasuah.... hahaha... jangan mimpi lar.... hahaha .....


Mimpi lar kiter nak tengok ader perbicaraan macam nih kat Malaysia.... hahahaha..... terutama skali yang membabitkan anak Nazri Aziz..... hahahaha..... dan jugak menantu Rafidah Aziz serta anak perempuan Nong Chik..... hahahahaha...... 

Dan paling gua tertunggu-tunggu kalaulah ada mana-mana Mahkamah yang berani nak kasi bicara kes salahguna kuasa melibatkan wang zakat oleh Jamil Khir Baharom dan juga kes lama salahguna wang zakat melibatkan Yusof Noor..... hahahaha ....

07 September 2012

EUR/USD Dah Cecah 1.27xxx mata

Bhai.... bagi yang kaki forex (foreign exchange) nih... pair EUR/USD nih paling ramai yang pilih... ramai yang folo dan trade dalam pair nih.... Gua pon terikut samer ... hahaha....

Sori.. gua bukan nak citer pasai forex atau EUR/USD ... cuma biasa la... gua kan banyak bermetafora kat dalam blog nih... baca artikel gua dengan akal dan ilmu... jangan ikut emosi biler baca artikel gua macam puak-puak Geng Rusila tue... hahaha

Anyway... aper yang gua nak sampaikan nih aderlah tentang isu sahamn FGVH yang kini merudum jatuh dibawah paras psikologi iaitu dibawah RM 4.80 seunit.... Ingat ... ini harga bagi saham FGVH yang Najib Razak kata lebih besar (atau setara) dengan saham FACEBOOK.... hehehe

Saham nih ader turun naik... naik kalu ader untung... jatuh kalu memang rugi... tak macam forex... forex.. dua-dua arah kiter boleh untung... cuma tau macam mana nak trading jer... hahahaha.... tapi saham nih... hanya waktu naik jer yang boleh untung...

So... agak-agak lu aaa.. boleh tak saham FGVH nih cecah paras RM3.80 dalam masa 3 bulan lagi.... hehehe..... gua saspek ader peluang besar tue... melainkan pelabur sindiket membuat satu magik... hahaha.. biasa la... biler pelabur sindiket buat untung besar dengan magik... yang jadi mangsa aderlah pelabur runcit... macam peneroka yang pegang saham FGVH lar.... hahaha

Aper-aper pon... gua jangkakan paras RM4 tue boleh cecah dalam tempoh terdekat nih... kalu sampai level tue... mau terbongkang ramai orang... hahaha... nak buat camana... sebijik kena macam kes Pak Man Telo lar.... hahaha... nih diganti dengan Pak Najib Telor..... hahahahaha

21 December 2009

Semua Hilang

Magik sungguh... semua hilang... satu ker satu asik ader jer yang hilang... tak boleh nak kesan pulak tue... Macam mana boleh jadi macam nih... Nih gua listingkan senarai yang hilang (tak ikut susunan) di Malaysia setakat ini.

  1. Rekod kemasukan (entry) Altantuya boleh hilang dari pangkalan data Imigresen
  2. Enjin jet F-5E milik TUDM boleh hilang dari stor pangkalan TUDM Sg Besi
  3. Penyiasat persendirian Detektif Bala hilang dari Malaysia
  4. Raja Petra Kamarudin (RPK) hilang dari Malaysia
  5. Maklumat tanah beratus ekar yang dikaitkan dengan Khir Toyo di Selangor
  6. Kaitan antara Abdul Rahman Palil dan KDSB dalam kes PKFZ
  7. RM600 juta hilang dari MAS
  8. Senjata M16 dan pelancar roket boleh hilang dikebas oleh Al Maunah (kononnya)
  9. RM2.5 Bilion duit BMF yang disebat oleh Lorraine Esme Osman dan Kumpulan Carrian di Hongkong
  10. RM30 Bilion duit BNM yang dihilangkan oleh Nor Mohamed Yakcop dalam skandal urusniaga forex
  11. RM200 juta duit Tabung Haji yang hilang ditipu

Sebenarnya banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam pelbagai agensi kerajaan dan GLC... namun ianya siasatan tidak dapat diteruskan kerana adanya kekangan dari pelbagai pihak yang berkepentingan...

Inilah masalahnya.... terlalu banyak yang hilang dari sekecil-kecil barang (maklumat) sehinggalah sebesar-besarnya... terlalu banyak... tak tau la macam mana nak terangkan kat pembaca blog nih.. bagi yang rajin sila semak akhbar lama ataupun Mikrofilem kat Perpustakaan Negara ataupun kat Arkib Negara.... banyak boleh jumpa la bhai...

Apa-apa pun... Malaysia Boleh.... maka dengan senangnya semua boleh dihilangkan... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1