Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sekolah Memandu. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Memandu. Show all posts

04 May 2023

Cadangan Yang Baik

Bhai/DeeDee semua...

Ini cadangan yang baik.... Gua memang bayar lesen memandu setiap 5 tahun sekali.... sejak dari mula dapat lesen memandu pada 1985 ... Sampai sekarang memang inilah cara gua.... Dan cara yang sama jugak gua galakkan wife dan anak-anak gua bayar lesen memandu....

Kalu dah boleh buat 10 tahun terus... memang gua akan pasti manfaatkan... Tak payah nak pening kepala... Tak payah nak pelik-pelik.... Selamat...

Anthony Loke nih memang terkenal sebagai Menteri yang buat kerja dari dulu lagi .... 
Tak macam Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri yang ramai masih tido.... huhuhu...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S

Mantap


01 February 2022

JPJ Dah Semakin Pening?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pon pening… Betul la training dibuat oleh sekolah memandu… tapi testing dikendalikan oleh JPJ …

Patut JPJ jugak pun salah kan kalu pemandu gagal patuhi undang-undang dan mengakibatkan kemalangan??? Atau #JPJ nih macam #agamawan… cari dalil dan dalih serta fatwa untuk salankan orang lain???

Giler aaa skrang nih...  

#sekolahmemandu



26 September 2021

Tarik Lesen Memandu?

Bhai/DeeDee semua...

Ada cadangan mengatakan bahawa pemandu yang berumur 70 tahun keatas wajar ditarik balik lesen memandu mereka....  Tapi gua rasa cadangan ini keterlaluan.. gua setuju ngan kenyataan Wee Ka Siong bahawa ramai pemandu yang berumur 70 tahun dan keatas mempunyai skil memandu yang lebih baik daripada pemandu muda.

Sebenarnya dalam kes lesen memandu ini... gua dari dulu lagi bertegas sepatutnya pihak Kerajaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan mengekalkan kembali lesen memandu B3 (untuk penunggang motorsikal) tidak seperti sekarang yang telah mengabaikan lesen B3 dan mengekalkan lesen B2 dan B sahaja untuk motorsikal.

Kita perlu rombak balik sistem perlesenan pemandu kenderaan motor di Malaysia... sebab sikap tidak bertanggung jawab pemandu dan keselamatan pengguna jalanraya.

Ini cadangan gua.

Lesen Memandu Motorsikal.
  • Lesen Kelas B4 adalah untuk pelajar (orang muda) yang berumur dari 15 tahun sehingga 17 tahun. Lesen ini tidak membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih dari 110cc.
  • Lesen Kelas B3 adalah untuk remaja yang berumur dari 18 hingga 20 tahun. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih 150cc.
  • Lesen Kelas B2 adalah untuk yang berumur 21 tahun sehingga 25 tahun. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih 250cc.
  • Lesen Kelas B1 adalah untuk yang berumur 25 hingga 30 tahun. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan hanya boleh membawa kenderaan motor bersesaran tidak lebih 500cc.
  • Lesen Kelas B adalah untuk yang berumur 31 tahun dan keatas. Lesen ini membenarkan membawa pembonceng dan boleh membawa kenderaan motor bersesaran lebih 500cc.
Lesen Memandu Kereta.

  • Lesen Kelas D3 adalah untuk pelajar yang berumur 16 tahun sehingga 18 tahun. Lesen ini tidak membenarkan membawa penumpang dan hanya boleh digunakan untuk membawa kereta bersesaran tidak lebih 1100cc.
  • Lesen Kelas D2 adalah untuk remaja yang berumur 18 tahun sehingga 20 tahun. Lesen ini  membenarkan penumpang tidak lebih dari 1 orang dan hanya boleh membawa kereta bersesaran tidak lebih dari 1300cc.
  • Lesen Kelas D1 adalah untuk yang berumur 21 tahun sehingga 25 tahun. Lesen ini membenarkan membawa penumpang ikut kapasiti kenderaan dan hanya boleh membawa kereta bersesaran tidak lebih 1600cc.
  • Lesen Kelas D adalah untuk yang berumur 30 tahun keatas. Lesen ini membenarkan membawa penumpang ikut kapasiti kenderaan dan boleh membawa kereta bersesaran lebih 2000cc.
Dengan penghadkan kelas sebegini... setiap perubahan kelas perlulah dibuat dengan hadir sendiri ke Pejabat JPJ untuk upgrade lesen. Jika gagal hadir dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perubahan umur, pemandu perlulah menghadiri ujian kecekapan memandu yang akan dibuat di pusat latihan memandu berpusat yang dikendalikan oleh JPJ.

Untuk melaksanakan program ini, semua lesen sedia ada dibatalkan serta merta secara menyeluruh. Semua pemandu wajib hadirkan diri mereka sendiri untuk memperbaharui lesen memandu baharu di semua pejabat JPJ dengan pengenalan biometrik (perlu cap jari dan retina mata disahkan dalam sistem lesen memandu). Dan lesen baharu akan diberikan (bukan sahaja mempunyai foto muka pemandu tetapi ada data biometrik untuk mengelakkan pemalsuan dan lesen terbang).

Mana-mana pemandu yang kekal memandu dengan lesen memandu design lama akan dikompaunkan (jika kesalahan pertama) sebanyak RM500 dan jika mengabaikan perubahan lesen baharu lebih 6 bulan boleh didenda sebanyak RM3000 dan dipenjarakan tidak lebih 5 hari.

Dengan cara ini... bukan sahaja kita boleh mengawal pengunaan tidak wajar (cuai) kenderaan kereta motor tetapi kita dapat menghapuskan sindiket lesen memandu terbang.

Bagi penunggang atau pemandu yang tiada lesen / lesen terbang, mereka boleh disaman minima RM3000 dan maksima RM15000 dan/atau dipenjara tidak melebihi 30 hari serta perlu menjalani khidmat sukarela selama 6 bulan (yang ditetapkan oleh Hakim) jika didapati bersalah. Kenderaan kereta motor yang terlibat boleh disita oleh Kerajaan Malaysia selama 6 bulan dan hanya akan dipulangkan kepada pemiliknya selepas pesalah menghabiskan khidmat sukarela selama 6 bulan.

Bagi kesalahan berulang (tiada lesen/lesen terbang) walaupun telah dikenakan hukuman sebelum ini, pesalah wajar dikenakan tindakan tidak boleh memandu mana-mana kenderaan persendirian/awam selama-lamanya.

Bagi kesalahan yang melibatkan (mabuk/dadah), ini cadangan gua.
  • Bagi yang tiada lesen memandu yang sah atau lesen terbang, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM50000 hingga maksima RM150000 dan dipenjarakan selama tidak lebih 5 tahun (bagi kesalahan pertama). Untuk kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM150000 hingga maksima RM500000 dan dipenjarakan selama tidak kurang 10 tahun.  
  • Bagi yang mempunyai lesen memandu yang sah. pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM25000 hingga maksima RM150000 dan dipenjarakan selama tidak lebih 3 tahun (bagi kesalahan pertama). Untuk kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak minima RM150000 hingga maksima RM500000 dan dipenjarakan selama tidak kurang 10 tahun. 
Bagi kedua-dua kesalahan yang melibatkan (mabuk/dadah), pesalah diharamkan memandu apa-apa kenderaan seumur hidup. Jika kesalahan itu melibatkan kematian, denda khas boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi setiap mangsa kes (mengikut klasifikasi mangsa). Jika mangsa adalah kanak-kanak berpakaian sekolah, denda minima adalah RM5 juta.

Bagi pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat kemalangan akibat dari mabuk atau dadah. pesalah akan dikenakan denda sekurang-kurangnya RM50000 dan dipenjara sekurang-kurangnya 1 tahun serta diharamkan memandu apa-apa jenis kenderaan seumur hidup. Jika kesalahan itu melibatkan kematian, denda khas boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi setiap mangsa kes (mengikut klasifikasi mangsa). Jika mangsa adalah kanak-kanak berpakaian sekolah, denda minima adalah RM5 juta. Dan pemilik syarikat dimana pemandu kenderaan perdagangan ini bekerja pula, denda akan dikenakan sebanyak minima RM500000 dan dipenjara sekurang-kurangnya 3 bulan serta denda khas yang sama jika pemandunya terlibat menyebabkan kematian mangsa.

Amacam?? okeh tak cadangan ini?? Hahaha.... gua tau sure ramai yang akan membantah dan marah.. tapi inilah caranya untuk menangani masalah kronik berkaitan cuai dan salah laku pemanduan (mabuk/dadah) serta melibatkan kemalangan.

Ader paham?



22 August 2013

Batal Lesen, Ini Bukanlah Penyelesaian Masalah

Bhai/DeeDee sekalian...

Berapa ramai agaknya yang memandu diatas jalanraya kita sekarang nih yang tidak mempunyai kelayakan memandu.... tidak mempunyai lesen memandu..... Agak-agak lu orang aaa... ader berapa ramai aaa..... Gua rasa aaa... kalu dicula saru-satu... maybe kiter boleh dapat 1/4 daripada pengguna jalanraya memandu kenderaan mereka tanpa lesen...

Okeh.. gua paham dan stuju memang patut ader lesen.... penggunaan lesen memang wajar... pasai untuk mendapat lesen memandu... seseorang tue perlu menjalani latihan..... (err.. gua tak maksudkan lesen beli aaaa... hahaha)....


Persoalan sekarang nih... Aderkah PDRM mahu menambah lagi ramai orang yang memandu kenderaan mereka di jalanraya dengan tidak mempunyai lesen yang sepatutnya..... Jika idea membatalkan lesen hanya kerana ader banyak saman tertunggak.... patutnya ianya dimulakan dengan membatalkan lesen para VVIP terutamanya para menteri yang ramai dikalangan mereka mempunyai saman tertunggak...

Hanya kerana saman AES yang banyak tertunggak tidak bermaksud kelayakan memandu lu orang patut dibatalkan..... Malah kiter semua tahu... banyak sangat saman ekor yang ntah tak tau mana hujung pangkal pon..... ramai yang kena..... dalam banyak kes....  ader kenderaan yang langsung tak bergerak (dah lama "terpekor" dalam bengkel) pun boleh ader saman trafik memecut lebih dari 110 km/j ... giler aper...

Malah ader kes orang yang hanya mempunyai sebuah motor kapchai cabuk... tetapi mendapat saman AES lebih dari 200 km/j ..... aperkah kegilaan nih...

Patutnya... lesen mereka-mereka yang didapati bersalah mencetuskan kemalanganlah yang wajar digantung atau dibatalkan..... dan bukannya semua sekali kesalahan digantung dan dibatalkans secara semberono sajer...... manakala tugas menggantung dan membatalkan hanya terletak dibahu para hakim dan bukannya PDRM..

Kalu inilah pendekatan yang dilaksanakan oleh PDRM... maka ianya seumpama peribahasa Melayu....  "Marahkan nyamuk kelambu dibakar" ..... hahahaha....

31 May 2010

Kos Belajar Memandu Akan Naik

Gua rasa isu nih memang tak patut... kenapa kos belajar memandu perlu naik.. Dengar khabarnyer... JPJ ader plan untuk kos belajar memandu naik... persoalannya.. kalu naik pon.. bukannya tambah bagus bebudak yang dapat lesen tue...

Ini makin menyusahkan... malah ini mengundang ramai yang akan ambik lesen terbang... payah la camnie... lepas nih.. sure ramai bebudak yang akan dapatkan servis "Gerenti Lulus" yang ditawarkan oleh individu tertentu... ini memudahkan rasuah berlaku..

Persoalannyer... kalu harga kos belajar memandu akan naik... sapa yang untung dan sapa yang rugi... yang untuk memanglah pemilik sekolah memandu yang kaya... sebab diorang ader kemudahan... dan orang pasti pergi kat Sekolah Memandu.. sebab kalu tidak.. mana nak dapat lesen.. yang makin kaya sure macam Metro Driving School

Bagi operator yang baru nak cuba bisnes sekolah memandu nih... sure tak dapat punya untuk beroperasi.. sebab nak kena bina fasiliti canggih... jadi macam-mana nak bagi servis..

Patutnya la.. kena kurangkan kos untuk bukak sekolah memandu.. dan semua sekolah memandu perlu menggunakan fasiliti yang dibina dan dikawalselia oleh JPJ... dan bukannyer macam sekarang nih.... fasiliti dibina dan dikawalselia oleh pemilik sekolah memandu... JPJ hanya datang untuk melakukan pengujian... kat sini dah nampak tendency untuk jadi rasuah.. yer la.. kalu sekolah memandu nak jamin pelajar boleh lulus belajar disitu... sure ader insiden "tumbuk rusuk" boleh berlaku..

Oh yer... dalam dok nak naikkan kos belajar memandu nih.. gua nak tanya... err.. biler aa JPJ nak aderkan silibus khusus mengenai pengendalian bas dua tingkat (double decker buss) yang selama ini tidak pernah ader pon silibusnya... Biler nak buat.. takkan nak tunggu ader lagi insiden bas dua tingkat terbabit kemalangan...

Gua pernah tulis cerita nih... takder sorang pon pemandu bas dua tingkat di Malaysia yang mempunyai sijil kompeten untuk membawa bas dua tingkat... jangan tipu lah kalu ader pemandu yang kata dier ader... sebab JPJ tak pernah buat dan laksanakan latihan dan silibus berkaitan pemanduan bas dua tingkat...

BACA : SINI, SINI, SINI, SINI,

31 December 2009

Semua Sekolah Memandu Tiada Silibus Terkini

Sohih... ini yang sohih... tak percaya cuba korang siasat di semua sekolah memandu ... setakat yang gua dimaklumkan... semua sekolah memandu tiada silibus terkini dari JPJ ....

Silibus yang mana satu? Tentu lu orang tanya kat gua... yeah... mesti punya... Takkan Metro Driving Academy takder silibus terkini dari JPJ ... pelik kan... Tapi memang sohih dan nyata... semua sekolah memandu tiada silibus terkini ... walaupun sekolah memandu tue glamer macam Metro Driving Academy ....

Nih gua nak kasi tau silibus yang mana satu yang diorang semua takder ... rasanya dah banyak kali da gua tulis pasai benda nih.. tapi takder satu pon yang masuk dalam telinga dan kepala ramai orang.. takper... hari nie gua janji gua akan gegarkan LPKP, JPJ dan Sekolah Memandu.... hehehehe...

Semua sekolah memandu di Malaysia ini tak kira glamer atau tidak memang tidak ada mempunyai silibus terkini dari JPJ bagi melatih para pemandu bas dua tingkat (tidak kira sama ada ianya bas dua tingkat untuk kegunaan dalam bandar mahupun bas ekspres). Apa yang pasti pihak JPJ masih belum pernah keluarkan silibus yang berkaitan.

Malah LPKP pun sememangnya tiada pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan lesen serta permit bas dua tingkat (bas dalam bandar mahupun bas ekspres). Pihak PUSPAKOM juga tiada kemahiran serta pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan bas dua tingkat. Ini kerana tidak ada seorang pun pegawai dari JPJ, LPKP serta PUSPAKOM yang pernah menghadiri kursus atau kelas khas bagi bas dua tingkat.

Oleh yang demikian ... maka semua pemandu bas dua tingkat di Malaysia sebenarnya tidak layak untuk memandu dan tidak mempunyai lesen yang khusus serta permit untuk memandu dan membawa bas dua tingkat. Ini bermakna semua pemandu ini memandu secara "HARAM" dalam semua kes bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres)

Maka dengan ini .... sewajarnya bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres) digantung perkhidmatannya sehingga semua pemandu, pegawai JPJ, LPKP dan PUSPAKOM mendapat latihan khusus mengenai pengendalian bas dua tingkat ini.

Jika tidak, maka selagi itulah gua akan declare bas dua tingkat sebagai bas hantu, macam jugak lori hantu yang bawak pasir kat kawasan lombong tue... tak cukup syarat untuk dipandu diatas jalan awam, persekutuan mahupun negeri.

Bagi yang tak percaya pertuduhan gua nih... sila buat siasatan sendiri atau... baca kat bawah nih...

30 December 2009

SPRM Patut Siasat Pembekal Bas

Okeh... semua dah tahu (atau baru tahu) bahayanyer bas dua tingkat... boleh bawak maut... Tapi SPRM patut siasat pembekal bas dua tingkat nih...

Pemandu bas dua tingkat kat Malaysia nih sohih takder lesen khusus nak bawak bas dua tingkat pasai JPJ tak pernah keluarkan apa-apa silibus berkaitan pemanduan bas dua tingkat dan takder satu pun sekolah memandu yang ader bas dua tingkat untuk melatih bakal para pemandu..

Jadi kesimpulannya... memang semua yang bawak bas dua tingkat nih... takder lesen... kira memandu secara haram .. boleh didakwa.. so gua nak ingatkan kat peguam bagi pihak ahli keluarga mangsa supaya gunakan benda nih dalam pendakwaan kes nanti... baru la kita boleh tengok sapa yang kena...

Okeh... apa-apa pun... gua pasti "setan" yang membawak masuk dan mendapat AP untuk bas dua tingkat nih dah untung berkali ganda... tapi mungkin akan terselamat sebab tak akan ader satu dakwaan ataupun siasatan terhadap beliau dan syarikatnya atas alasan politik... biasa la... lu cari la sapa yang pegang AP nih... sohih kena dekat tokei beras... hahaha

Macam mana AP boleh keluar untuk bawak masuk bas dua tingkat dan dijadikan bas ekspress... itu yang gua musykil tue... patutnya bas dua tingkat nih jadi bas henti-henti dalam bandar.. tapi tak... boleh plak bertukar jadi bas ekspres dan bawak laju macam peleset ... sedangkan pusat gravitinya agak tinggi... dan mudah terbalik dan terbabas..

SPRM patut siasat semua segmen dari pembekal, pemilik AP dan juga kabel politik pemilik AP yang berkenaan... dan juga syarikat bas yang pada pandangan gua nampak macam kebal jer dari tindakan undang-undang... kenapa aaa.... perkhidmatan dier tak digantung sementara untuk siasatan.... macam mana boleh tak kena gantung aaa....

Tapi gua jamin.... itu SPRM mana ader berani (telor) untuk siasat, tangkap dan dakwa pihak yang terbabit dalam membenarkan bas dua tingkat masuk dibekalkan dan dibuat bas ekspres ... apa yang SPRM berani mungkin cuma tangkap dan siasat gua pasai benda nih.... hek eleh... ikan bilis SPRM berani la... jerung semua dier takut...

Apa-apa pun.. kalu gua kena tangkap pasai dedahkan bahawa tiada silibus JPJ bagi pemandu bas dua tingkat nih... memang nahas la... sebab pasti gua akan dedahkan sapa yang terlibat dan macam mana semua ini beroperasi... jaga... lu tangkap gua... otomatik maklumat akan terdedah kat public.... ini isu maut bhai... lu ingat gua nak biarkan "setan" yang menyebabkan maut ini lepas bebas seronok tak kena.... lu tengok la nanti...

So... gua cabar SPRM untuk siasat isu pemandu bas dua tingkat takder lesen khas, JPJ takder silibus khas, sekolah memandu takder bas dua tingkat khas untuk melatih, pemilik AP, pembekal dan kabel politik yang bagi AP nih untuk bas dua tingkat....

Kalu SPRM tak berani nak siasat.... hehehehe.... jeng-jeng-jeng..... lu tengok la nanti....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1