Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label SosMed. Show all posts
Showing posts with label SosMed. Show all posts

16 October 2023

Buat Apa Takut?

Bhai/DeeDee semua...

Dengan livestream pun takut ..... hahahaha... dulu masa jadi pembangkang elok ja nak buat livestream ...

Skrang terus takmo nak buat ka??? Hahahaha....

Patut elok la buat livestream supaya rakyat tahu Ahli Parlimen ader hadir Sidang Parlimen ...takder ponteng... senang nak detect ... baru la senang... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Lawak Aaa


27 December 2022

Kekangkungan Professor Ikut Musim

Bhai/DeeDee semua...

Ramai Professor di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia nih selalu sangat media elektronik (TV/Internet) dan media cetak (Akhbar) suka panggil dan beri peluang untuk kemukakan pandangan mereka...

Dan setiap kali pun ... mesti akan ramai Professor yang dapat peluang camnie... Setiap kali dapat peluang pun... akan terserlah kekangkungan Professor nih semua... dan kekangkungan Professor ini akan ikut musim...

Kalu musim kali itu condong kepada pemerintah yang itu... maka semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke situlah... begitulah kalu pemerintah pulak berubah... dan semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke dasar pemerintah yang baru...

Professor Kangkung nih semuanya takdar tulang belakang... takder analisis yang kekal... takder yang pegang pada pandangan dier sendiri.... Kangkung yang sama... tapi lain-lain condongnya... pening... 

Patutlah IPT Malaysia takder hasil yang boleh dibanggakan diperingkat dunia dan antarabangsa... Takder research yang benar-benar bermutu yang akhirnya menjadi produk yang dipakai diseluruh dunia... Sekadar research syok sendiri dan mengabiskan dana jer...

HAMPEH aaa....

Bodek lah selagi boleh...

Berdasarkan penulisan dibawah ini yang ditulis oleh Professor Kangkung....  gua gelak besar... Sendiri tulis dan beri persoalan... tapi sampai kesudah semua penulisan pun tiada jawapan... Adoilah buat penat baca jer ulasan Professor Kangkung .... Jenuh...

Secara ringkas, hipotesis menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.

Setidak-tidaknya ada dua persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa?

Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini?

Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik.

Ulasan Professor Kangkung


p/s: Takkan ader rakyat yang nak pergi semak satu-satu pasaraya atau kedai nak bandingkan harga baru melakukan pembelian barang .. semua itu meningkatkan kos kepada rakyat... kos bahan bakar kenderaan @ minyak petrol ... sapa nak tanggung semua tu?? Kerajaan nak tanggung ke????

Kerajaan pon berkira bab subsidi bahan bakar....

Staff Universiti Pun Melucah?

Bhai/DeeDee semua...

Sedih bila baca kes macam ni... Patut staff Universiti tue orang yang educated... tak kisah la apa jawatannya di Universiti tersebut... sepatutnya sentiasa jaga dan kawal akhlak serta komen bagai... tambah lagi di Media Sosial....

Sebab tue la ada peribahasa Melayu yang mengatakan ...

"seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit sama"

Adoilah.... payah bhai... payah.... imej Institusi Pengajian Tinggi tu pula yang menjadi taruhan... adoilah..


Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan siasatan dalaman membabitkan kakitangannya yang memberi komen lucah ketika menonton siaran langsung seorang wanita menerusi TikTok baru-baru ini.

UPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berhubung tindakan tersebut dan siasatan segera telah dilakukan mengenainya.

“Diharapkan agar semua pihak dapat bersabar serta tidak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa menerima komen berbaur lucah ketika dia sedang bersiaran langsung menerusi TikTok. Susulan itu, wanita berkenaan bertindak mendedahkan pelaku tersebut yang didakwa merupakan salah seorang daripada staf di UPM.

Walaubagaimana pun, video kiriman tersebut telah dipadam daripada laman sosial berkenaan.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter UPM telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di platform tersebut.

“Pengajarannya, gunakanlah ruangan komen di sosial media dengan bijak,” ciap seorang netizen, @hazanzan2.

“Mohon disiasat sebaiknya dan jika benar, ambillah tindakan sewajarnya,” tulis pengguna lain, @iqdgaf.

“Dia (individu) bukanlah pengajar atau pensyarah, dan dia hanya staf di bahagian tertentu saja serta tidak bersangkut paut dengan para pelajar sangat. Jangan salahkan tempat mencari ilmu, salahkan si pelaku,” ciap seorang pengguna lain, @ssame_la.

Hantaran kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah meraih sebanyak 807,000 jumlah tontonan, 2,989 tanda suka dan 1,482 ciap semula setakat ini. 

01 December 2022

Satu Part Gua Bersetuju

Bhai/DeeDee semua...

Kalau kita menganalisis akan apa yang berlaku pasca PRU15 ... kita akan dapati ader trend meningkat dalam undi Melayu yang jauh berpusing kali ini... Dan dari apa yang Shahidan Kasim ni cakap... ader satu part yang gua bersetuju..

Betul... orang Melayu sudah beralih arah..

Tapi.. adakah beralih arah ini kekal dan terus memasakkan asas yang kukuh untuk menghadapi PRU16?? Yang ini kita masih boleh sangsikan...

Kita tahu perubahan kali ini pada PRU15 adalah disebabkan doktrin sesat dan bahaya yang dibawa oleh PAS dan BERSATU berkenaan dengan isu perkauman terutamanya 13 Mei... dan ini mereka dapat buat dengan baiknya hasil dari hasutan di sosial media terutamanya di TikTok...

Budak-budak Undi18 banyak yang tak tahu isu sebenar pada masa itu.... dan mereka dikelabui dengan hasutan konsisten golongan Ostad dan Lobai...  Budak-budak yang takder asas dalam politik telah dapat digembleng untuk mengubah undi Undi18 menjadi fenomena...

Benda ni gua dah tulis lebih awal... tapi takder sapa yang amik port...

Dan hasutan perkauman dan agama ini akan terus jadi modal puak-puak PAS dan BERSATU dalam PN pada masa PRU16 nanti.... sewajarnya PDRM mengambil tindakan proaktif dan tegas mengenainya... Perlu ada tindakan yang pantas dan berkesan.

Tangani sebelum ianya membarah.



24 December 2021

Kerajaan Gestapo?

Bhai/DeeDee semua...

Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Ismail Sabri nampaknya dah macam Kerajaan Gestapo Hitler lah pulak... Cuba nak tutup mulut pengkritik.. Bukannya nak cari jalan perbaiki mana yang tak elok ... perbaiki mana yang salah silap.... tapi lebih kepada nak tutup kritikan dan teguran....

Adoilah...

Inilah bahananya dapat Kerajaan Persekutuan yang bukan mendapat mandat rakyat... Yang hanya mendapat mandat dari YDP Agong sahaja. Maaf cakap lah... Sepatutnya YDP Agong pulangkan mandat penentuan kerajaan kepada rakyat... Bukannya YDP Agong hanya memilih dikalangan apa yang dirasakan tepat pada pandangannya. Ini ada dalam Perlembagaan. Bukannya gua nak menidakkan kuasa YDP Agong atau menghinanya... Tapi ianya lebih kepada menjelaskan agar rakyat dapat lihat proses demokrasi itu berjalan sewajarnya... Proses Demokrasi Berparlimen....

Itu yang kita sebagai rakyat Malaysia mahukan. Bukan Kerajaan Gestapo yang macam nih.


Artikel berkaitan perkara ini ader gua jelaskan sebelum ini di SINI.


23 December 2021

#SKMM. Main Kasar Eh?

Bhai/DeeDee semua...

Pigidah SKMM .... Boleh blah .... Nak Main kasar eh? Takkan la SKMM dan Kerajaan Malaysia hati tisu? Takkan la tabley kena kritik?

Deyy ... Ini bukan zaman Kerajaan Parameswara la... Ini zaman Sultan Mahmud Mangkat Dijulang la wei.. Ini zaman Megat Sri Rama.

Tak payah nak hati tisu la... kerja buat okeh... takdak sapa mau kritik.. ... Ini kerja macam haramjadah... perangai macam haramjadah.... tindakan macam haramjadah... memang la patut kena kritik.. kena maki berjemaah... Takkan la nak kasik chan..

Benda bodoh dan bangang kita kena la cakap bodoh dan bangang... takkan la nak puja dan puji... Ajer gampang la...



12 December 2021

Hanya Semata-Mata Kerana Content

Bhai/DeeDee semua...

Sikap tiktok'er di Malaysia nih dah teruk... semuanya dibuat lawak yang bukan-bukan semata-mata mengejar viral dan content.... semua nak dibuat untuk mendapatkan likes dan views.... Giler..

Sampai ada yang membuat content yang menghina Orang Kurang / Kelainan Upaya (OKU)...

Ini semua kurang ajar... memang celaka punya perangai... maybe kita patut doakan mereka mendapat kifarah atas kerjabuat mereka... Mereka ingat mereka tak mungkin jadi OKU ke?? Adoilah bangang betul lar...

Dan yang membuat perangai camnie adalah Melayu... yeah orang Melayu... yang katanya penuh adab dan sopan santun....  adoilah...

Ini pun sejenis dari buli gak





11 September 2021

Kalaulah Tidak Viral ...

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih simple jer sebenarnya di Malaysia nih... kalu nak cepat dapat perhatian dan tindakan dari pihak berwajib... hanya perlu viralkan sahaja dalam media sosial... sure akan cepat dapat perhatian dan tindakan sewajarnya...

Hahaha...

Itu realiti di Malaysia la nih... selagi tak diviralkan... walaupun benda tue berlaku depan mata.. pihak berwajib takkan amik pot... macam kes budak terpaksa panjat pokok untuk dapat signal Internet... kalu dier tak viralkan... sure takder aper yang berlaku.... tapi bila diviralkan... ader Menteri yang buat tuduhan palsu....  Hahaha..

Macam dalam kes kat bawah nih la.... ader beza VIP ngan jemaah biasa.... Adoilah.... nak beribadat pon ikut kasta ker aper.????



31 July 2021

Perang PDF?

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup pelik... memang cukup pelik... bilamana perlawanan diantara dua pihak iaitu Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri hanya berlaku secara maya... secara perang PDF jer..

Walhal prosidurnya memang ada... Protokolnya memang ader... Adab dan Susilanya patut ada...

Tetiba kita lihat surat dan pdf berterbangan sana sini... tak tahu ianya betul atau lelucon ... atau sebagai membakar sentimen semata-mata...

Tak sepatutnya urusan protokol macam ini dilihat berterusan secara maya... apa salahnya dipanggil mengadap... walaupun berjarak 100 meter sekali pun dalam Istana....dan ianya dilakukan secara beradap berbudaya Melayu kita ni..

Yang mana ini sepatutnya berlaku... bukan sekadar memainkan dan membakar sentimen rakyat yang melihat PDF bertebaran tak ketahuan punca... Ini bahaya... cara dan pendekatan ini agak bahaya... seolah sengaja nak carik jalan... nak tengok siapa yang lebih memviralkan dokumen ini sekadar nak memerangkap....

Adoilah...









17 July 2021

Tambah Ajinomoto Dalam Nilai Berita

Bhai/DeeDee semua...

Satu dunia kita nih ader semacam masalah yang sama... iaitu ramai yang buat kerja tambah ajinomoto dalam nilai berita... Malah dalam banyak keadaan ajinomoto yang terlalu berlebihan sampai hilang nilai berita yang sebenar.

Inilah punca mengapa WhatsApp sekat dua juta pengguna India dalam sebulan ... sebab banyak berita palsu dan tokok tambah yang dibuat dalam penyebaran berita-berita dalam group whatsapp yang bertebaran tanpa kawalan.

Jika tak dikekang perkara ini, ianya memungkinkan berlakunya rusuhan dan ketidaktenteraman awam. Jadi sebab itulah WhatsApp sekat dua juta pengguna India dalam sebulan.

Adoilah.

#WhatsappSpam #Spam #Ajinomoto
#CipanTapirTenuk #SocialCritics

18 June 2021

Macam Chipsmore

Bhai/DeeDee semua...

Sekejap ader... sekejap lagi hilang.... 40 minit jer.... Adoilah... Takkan la Istana Negara pun sama dah belajar dengan HarakahDaily... asik error 404 jer... Hahaha

Kelakar pon ader....



23 May 2021

Relevan Ke Lagi Anwar Ibrahim?

Bhai/DeeDee semua...

Satu bab yang gua nak citer aderlah... la nih yang dok hurung Anwar Ibrahim aderlah cytro BBNU.... yang langsung takder nama dan credential besar... stakat glamer dalam sosmed yang penuh ngan bebudak yang tak layak mengundi pon... Hahaha...

Sebab apa jadi camnie... sebab Cytro otai yang dulunya support tanpa berbelah bagi ngan PH semua dok tengok dari jauh ja... pasai aper??? Pasai masa PH menang tempohari... PH tak layan dan tak pandang langsung pada Cytro otai PH semua nih... PH lebih layan cytro UMNO/BN/PAS .... hahaha

Sebab itu la Cytro otai PH semua buat tatau ja apa nak jadi ngan Anwar Ibrahim.... Dah kurang blogger dan cytro besar-besar dan ternama nih nak up apa-apa pasai Anwar Ibrahim..... lantak pi la kat Anwar Ibrahim... so... relevan ke lagi Anwar Ibrahim untuk PRU15 dan seterusnya??

Biar gambar ini menjadi jawapannya...



18 May 2021

Mencari Perhatian

Bhai/DeeDee semua...

Satu penyakit mental yang agak kronik adalah "suka mencari perhatian" @ Attention Seeker.

Dan penyakit ini sebenarnya bukan sahaja kena pada artis yang bernama Noor Neelofa Mohd Noor tapi juga melibatkan seluruh anggota keluarganya .... Memang kronik aaa keluarga mereka nih...

Sampaikan berkali-kali membuat propa untuk mendapatkan perhatian dari warga internet dan Malaysia.

Payah nak betulkan kalu dah kena penyakit ini... adoilah...





15 January 2021

Sekadar Untuk Mengolah Persetujuan

Bhai/DeeDee semua...

Angka-angka jangkitan kes Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat pada gua bukanlah sekadar satu kesan jangkitan sebenar akan tetapi lebih kepada sekadar untuk mengolah persetujuan...

Ini kerana katakan lah kadar jangkitan kes Covid-19 sekadar dibawah 2000 sehari sepanjang tempoh PKP 2.0 nih... maka secara logiknya memang akan ader desakan untuk dibatalkan sahaja Proklamasi Darurat 2021.. memang akan ader tekanan dari rakyat untuk YDP Agong hentikan segera Proklamasi Darurat..

Sebab Proklamasi Darurat 2021 dilihat hanya sekadar untuk melengahkan proses demokrasi berparlimen... dengan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

Sampaikan ader lelucon yang tersebar dimerata media sosial yang berbunyi sebegini;

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditutup atas sebab Darurat Covid-19 tapi, sekolah rendah dan taska boleh pula dibuka semasa Darurat Covid-19.

Memalukan sahaja sebenarnya bila kita melihat perkara ini berlaku... ianya seolah-olah dilihat sebenarnya Kerajaan Malaysia pimpinan Muhyiddin Yasin hanya sekadar mempergunakan Covid-19 sebagai helah untuk menyelamatkan kedudukannya sahaja dan YDP Agong disabitkan bersekongkol dengan Muhyiddin Yassin.

Banyak juga cakap-cakap yang tak elok didengar di media sosial yang mengatakan ada kemungkinan satu "deal" telah berlaku diantara Muhyiddin Yasin dan YDP Agong seperti kata orang "you scratch my back, i scratch yours" ... Harapnya ianya bukanlah realiti cuma sekadar cakap-cakap kosong sahaja.

Walau apa pun.... rakyat umumnya sangat sangsi dengan keputusan Proklamasi Darurat 2021 yang menutup Parlimen dan DUN tapi tidak sekolah rendah dan tadika/taska.




Katanya Darurat Kesihatan. tapi nampak lebih kepada Darurat Pentadbiran ja.




07 January 2021

Najib Razak Dan Facebook

Bhai/DeeDee semua...

Sisipan ini pendek ja... Hahahaha

Aper lu ingat Najib Razak nak amik pot ker dengan amaran dari Hakim Collin Lawrence Sequerah ke?? Mimpi lar... Kita tau saranan Hakim Collin Lawrence Sequerah tue bertepatan dengan keperluan Mahkamah dan integriti Mahkamah... 

Mana boleh tertuduh mana-mana kes sewenang-wenangnya nak komen dan tulis macam-macam dalam media sosial macam Facebook atau Twitter... Ini salah nih..

Jadi biler Hakim Collin Lawrence Sequerah bagi arahan camnie... patut Najib Razak kena stop la.... Sebab kalu degil sangat... Hakim Collin Lawrence Sequerah boleh caj sebagai menghina Mahkamah....

So... kita tengok lar... aderkah Najib Razak akan ikut arahan??



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1