Bhai... Gua tau Jamil Khir Baharom smash saper dalam statement dier
Hina Rasulullah, satu bentuk murtad baru ..... Mesti kawan baik Jamil Khir Baharom tue... ala... si mangkuk 101% tue.... ala... Zulkifli Nordin dan Hassan Ali mesti stuju yang Jamil Khir Baharom smash awek nih.... mesti pasai awek nih.... Hahahaha...
Sure la.... takkan la Jamil Khir Baharom dan semua NGO-NGO (K) yang kecoh buat report polis pasai kononnyer ader orang hina Rasulullah dalam FB itu hari terlepas pandang pasai awek nih... Takkan la kot... Takkan la PDRM takmo nak tangkap dan siasat awek nih....
Atau ker diorang takkan buat semua tue ... pasai pada diorang Najib Razak tue lagi mulia dan bijak dari Rasulullah kot..... uih.... hebat... hebat...
So... gua bagi masa 2 minggu untuk semua NGO-NGO (K) yang kecoh buat laporan polis itu hari konon ader orang hina Rasulullah tue untuk tampil buat laporan polis pasai awek nih.... awek nih dan kengkawan dier.... hahahaha... siasat la.... hahaha .... PDRM jangan plak takmo nak buat laporan Polis gak.... bukan ker banyak kes yang PDRM sendiri yang buat laporan Polis.... takkan kali nih takmo nak buat laporan Polis ..... aper daaa...
Jamil Khir: Hina Rasulullah murtad bentuk baru
12 Jun 2013
KOTA BAHRU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan segelintir pihak menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad baru.
Jamil Khir berkata beliau melihat perkembangan terkini itu sebagai satu perancangan berstrategi pihak yang tidak senang dengan Islam, kerana tindakan itu bukan sahaja merobek keharmonian antara kaum, malah mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
“Jangan kita menganggap perkara ini (menghina nabi) mempunyai satu dorongan daripada pihak yang bukan Islam, tapi daripada kelompok-kelompok (pihak) yang tidak senang dengan Islam.
“Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.
Katanya, ihaknya memandang berat isu itu, dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak berkenaan melalui jawatankuasa pemantau yang ditubuhkan di peringkat negeri dan pusat. - Bernama.