Maaf cakap la.... dari gambar yang terpapar nih... apa yang gua dapat simpulkan adalah SOP keselamatan bagi litar nih memang kelaut...
Takder safety barrier .. takder halangan untuk penonton atau krew melintas...
Agak pelik jugak... sebab kalu nak buat sesuatu litar tue... kita kena pastikan semua SOP Keselamatan di buat, di teliti dan di pastikan sesuai... Takkan Pesuruhjaya Sukan Permotoran tak amik port bab nih... Macam macam boleh krew berada rapat dengan kawasan litar tanpa safety barrier??
Adoilah....
Apa pun... Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun
Seorang penonton yang dilanggar sebuah kereta lumba yang terbabas semasa pertandingan “CCT Battle of Champion” di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, 75km dari Ipoh meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan semalam.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan pada pukul lima petang.
“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa yang juga pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru.
Siasatan sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”
Hospital chagkat melintang padang changkat lah bhai lepas tu baru teluk bakong dan lambor kanan.
ReplyDelete