Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Jihad. Show all posts
Showing posts with label Jihad. Show all posts

06 November 2023

Terlebih Semangat

Bhai/DeeDee semua...

Biarlah gambar berbicara... Hahaha ... Solidariti la sangat... Jihad la sangat... Hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



19 October 2023

Syaitan Paling Besar

Bhai/DeeDee semua...

Takder apa yang gua nak katakan melainkan US la sebenarnya "Syaitan Paling Besar" .... Dajjal yang paling Dajjal...

Kalu tak nampak lagi tatau la... Memang tak paham bahasa... huhuhu

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Bencana Kemanusiaan Di Gaza


11 May 2022

Lobai Pengecut

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... payah nak jumpa... sebab itu gamaknya Lobai ramai yang gendut... hahaha

Perangai Ostad dan Lobai

06 October 2021

Satu Elemen Bahaya

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua memang tak menyampah bilamana ada orang yang dah terbukti bercakap itu ini dalam video ucapannya.... tetiba biler terdapatnya banyak laporan Polis terhadapnya terus cakap semua itu yang diviralkan telah diambil diluar konteks....

Bhai... citernya camnie... memang la orang kerat video ucapan lu yang panjang berjela... tapi jangan la main sedap mulut ja bagi ucapan itu ini... lu pon tau kan... terlajak perahu boleh undur... terlajak kata... buruk padahnya... tambah pulak ucapan yang ader unsur-unsur melibatkan ketenteraman awam, mencetuskan kebencian kaum, mencetuskan keganasan, dan ada elemen ekstrem.... Memang mencari bala la...

Sori aaa... nak bagitau lu... Islam tak pernah ditegakkan dengan mata pedang .. Nabi tak ajar keganasan.... Jangan lu salah tafsirkan hadith Rasulullah... jangan memandai... jangan memalukan Islam...

Walau apa pun kita... walau siapa pun kita... please la jaga ucapan kita... tak kira la dimana sekali pun... dalam kelompok kecil sesama kengkawan ka atau lain-lain... sebab nanti tak pasai je kena...

Mulut tu kena jaga...

Kerana Mulut Badan Binasa


21 June 2021

Fatwa Pun Boleh Hilang?

Bhai/DeeDee semua...

Kelakar pun ader JAKIM nih... macam mana la boleh hilang FATWA yang dah ader lama dalam portal JAKIM... sampaikan Pengarah JAKIM pon tatau.... Hahaha

Magik betul lar.... Mana pergi Fatwa berkenaan Amanat Hadi Awang ??? Macam mana boleh hilang??


15 May 2021

Mana Perginya Mereka Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Mana perginya mereka ini semua... Hahaha... pelik gak... konon sembang macam dahsyat... tapi rupanya sekadar jaguh kampung ja... sesama bangsa ja berani... sesama bangsa jer boleh buat... sesana bangsa jer ilmu menjadi...

Hahahaha ... takkan taknak berjihad... 



15 July 2014

Bila PAS Pun Mulai Takut Kepada Jihad ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua memang menyanjung tinggi demokrasi... tapi tidak bermakna gua menidakkan keperluan untuk menggerakkan seluruh tenaga dan upaya kearah menjadikan hukum Allah Taala sebagai hukum tertinggi di tanah air ini.... Gua berpegang teguh dengan amanat "Barangsiapa diantara kamu yang tiada dalam hatinya walaupun sebesar zarah untuk menegakkan undang-undang Allah Taala, hidupnya adalah sia-sia sahaja" .... Nauzubillah...

Untuk menegakkan undang-undang Allah Taala.... kiter perlu kembali kepada sistem Khilafah Islamiyah... Sistem kenegaraan Islam.... So... untuk itu... dalam konteks sedia ader... memang jauh panggang dari api untuk pengujudan sisten Khilafah secara demokrasi .... melainkan hanya melalui gerakan "sabil"...  Sebab....kalu kiter kaji macam mana pon.... kalu folo sistem demokrasi... sampai sudah la takkan jadinyer...

Jadi..... Bila PAS sendiri pun mulai takut kepada jihad.... malah sanggup pula melabelkan para penjihad kepada label militan.....  Aper lagi yang kiter nak harapkan pada PAS....

Nampak sangat la seruan Jihad yang selama nih PAS sebok bisingkan dan warwarkan hanyalah semata-mata retorik... sekadar penyedap... sekadar nak bagi orang yang berfikrahkan agama sumer sokong PAS.... Nampak sangat PAS lebih mementingkan kerusi dan undi....

Jadi ... biler gua lihat PAS pon sama melabelkan pejuang Islam (penjihad) sebagai militan @ terrorist @ pengganas.... maka gua dah nampak dah aper sebenarnya yang ader dalam PAS sekarang nih...  Nampak sangat lah jarum keduniaan sudah lekat dalam hati pemimpin PAS.... nampak sangat dah.....

Laju sungguh PAS melabelkan para pejuang ini dengan labeh militan.... satu persoalan yang bermain di kapla gua..... biler plak PAS nak melabelkan para pelaku maksiat (rasuah, salahguna kuasa, perlakuan sumbang @ lu orang sendiri paham-paham jer la) dengan label "Ahli Maksiat" ..... biler aaaa.... ader brani ka?? takkan tabley nak isytiharkan sebagai "Ahli Maksiat" dengan lajunya.....

Sepatutnya.... si pelaku maksiat nih la yang lebih laju dipecat dan disingkirkan dari jawatan dan keahlian dalam PAS.... tapi... nampaknyer masih ramai si pelaku maksiat nih bermaharaja lela dalam PAS dengan status dan jawatan yang tinggi...... hurm.... aper nak jadi aaaa...... Sori aaa.... tak payah nak kelentong aaa takder pelaku maksiat seperti mana yang gua nyatakan tadi dalam PAS..... tak payah nak sembang baik la..... poodah...

Bulan Ramadhan nih aaaa.... tolong skit aaa ... tak payah la nak mengelat bersilat lidah mengatakan takder pelaku maksiat nih dalam PAS...... kami bukan bodoh dan kami bukan pelupa... malah kami sentiasa tau dan amik berat.....

Gua rasa aaa... semua pimpinan PAS patut kena tarbiah balik.... start dari kapla sampailah kepada pimpinan akar umbi.... tapi bukan kena ikut tarbiah kelolaan Presiden PAS..... tapi kena tarbiah dengan pihak luar..... kena baca balik buku "Kenapa saya menganut Islam" tulisan Fathi Yakan (Ikhwanul Muslimim) ......semua skali kena pergi tarbiah.... tak kisah la Presiden PAS sekali pon..... Mursyidul Am pon patut kena pegi gak.....

By the way.....  Gua tetap ngan pandangan gua..... dalam konteks sedia ader... tiada jalan lain untuk menegakkan sistem Khilafah Islamiyah melainkan dengan cara "sabil" ..... dan gua bersedia berjawab ngan Allah Taala atas pegangan gua nih.....

Allahuakbar! ... Allahuakbar!... Allahuakbar!...

17 June 2013

Bukti Nyata

Bhai.... bukan sekali gua didedahkan dengan perkara macam nih... dah banyak kali... masa gua "berkhidmat" di Slovenia sekitar tahun XX'an ..... beberapa bukti nyata pada pejuang Mujahidin di Balkan yang terkorban dapat dilihat... semuanya menjurus kepada bukti syahid.... Moga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua serta menerima segala amalan kita walaupun sebesar zarah...

Aper yang gua baca nih aderlah sebahagian bukti nyata dari Allah Taala yang menunjukkan bahawa syahid itu jelas... syahid itu tetap... dan syahid itu nyata...... Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan....

Soalan yang selalu gua tanya pada diri ini .... bolehkan gua mendapat syahid dunia dan syahid akhirat... berpeluangkah gua....  adakah gua boleh mendapat syahid walaupun gua masih lagi banyak dosa..... (mana ada manusia biasa yang tidak berdosa).... mmmm

Moga Allah Taala mengurniakan sebaik-baiknya kepada adik Aiman Nurhakim nih..... Semoga dia riang dan gembira berada di bawah pokok di padang yang hijau meluas di "sana" disamping Allah Taala...  Ameen...


Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. - SUMBER

12 June 2013

Pernah Bunuh Orang

Bhai .... dua tiga minggu yang sudah... ader satu orang nih tanya gua.... selama gua "berkhidmat" dengan Agensi.... pernah tak gua bunuh orang...... Errk.... terkedu gua nak jawab.....  mmmm... nak jawab camana yer.... hahahaha....

Gua tengok mamat tue atas bawah.... muka dier macam serius jer biler tanya soklan tue.... Hahaha...

Pening kapla gua nak jawab... sebab kalu jawab karang... tak tau aper persepsi dier...   So.. gua pon jawab lar.... Gua start dengan gelak ketawa dulu... Hahaha... gua cakap biasa jer gua bunuh orang... tapi dalam game Counter-Strike la... hahahaha.... gua gelak sebar masa cakap pasai Counter Strike tue....

Pakat mamat tue marah gua... dier kata dier tanya serius... gua jawab main-main jer..... Hahaha... tak sangka itu mamat nak marah... Hahaha... so gua cakap kat dier... gua tak "pernah" bunuh orang.... bunuh musuh tue ader la.... errrk.... aiyark...... ayoyo...

Mamat tue tanya... musuh macam mana gua bunuh.... errr... gua jawab dalam keadaan gelak lagi.... musuh kat kebun (monyet, tupai dan babi hutan) dan musuh kat rumah (tikus, lipas, lalat, nyamuk, anai-anai)..... mamat tue marah lagi kat gua... dier cakap citer la yang betul.... So... gua cakap kat dier... semua urusan dan operasi semasa gua berkhidmat adalah "classified" ... kalo ader pon yang gua citer... itu sudah ditapis dengan tapis santan sebaiknyer.... kalo tiris maknanyer gua kena beli tapis santan yang baru lar... hahaha... tapi untuk pengetahuan dier... gua mengaku ...

So... aper citer disini......

Hahaha... ader beza orang dengan musuh...... ader paham ka?

(gua mintak ampun dengan Allah Taala atas kerjabuat gua yang dilakukan untuk negara nih)

Moral Of Story: Sori... takder moralnya disini.... Hahaha... jangan mare....

20 May 2013

Siapa Yang Sudah Kenyang Nih?

Bhai.... lu tau tak tentang binatang yang dipanggil ular sawa..... hahaha.... ular sawa nih dier punya belit... mantop.... hahaha... terbaek.... boleh patah riuk sekor kerbau atau lembu kalu kena belit dengan ular sawa nih..... hahahah... Ular sawa nih biasanyer akan kecoh biler perut dier lapar... dier akan usaha nak kasi penuhkan perut dier... ini fitrah bhai... setiap makhluk yang bernyawa... tetap akan ader nafsu makan.... sentiasa bernafsu..... hahahaha...

Jadi.... biler sekor ular sawa tue dapat ngap sekor kerbau ker.... hahaha... dier akan usahakan makan kerbau tue setelah semua tulang kerbau tue dipatah-patahkan nyer.... hahahaha... lepas tue dier akan cuba telan.... dapat setel makan tue... hahahaha.... kenyang la dier buat beberapa lama... maybe sepenggal kot.... hahaha... lama dah tue...

Siapa yang sudah kenyang nih????

So....samer la dengan puak-puak perasan diri pejuang rakyat nih.... sebelum PRU13... bukan main berkempen... bukan main citer yang dier akan perjuangkan hak rakyat... dier akan menjaga kepentingan golongan mustad'afin....   naik pentas sana... naik pentas sini... ceramah bagai nak rak... yang lagi best tue... sumer nih siap bawak ayat Al Quran lagi.... bacaan dasat... kupasan dasat.... macam gempak...

Tapi..... tapi biler ader perjuangan rakyat mustad'afin menuntut hak dan sebagainya.... berdemo mintak turunkan harga barangan ker atau bersihkan pilihanraya ker.... golongan nih langsung tak nampak muka.... macam haramjadah jer lari tinggalkan jamaah... macam-macam alasan diberikan.... sampai ader yang siap dok pegi luar negara ..... konon bersidang la... konon berkonvensyen la.... cam sial jer... macam la diorang tak tau yang golongan mustad'afin dah plan nak buat bantahan dan sebagainyer... boleh pulak diorang nih mengelat...

Tup-tup biler nak pilihanraya.... geng-geng nih plak boleh ader kedepan... konon diorang pejuang... dan kini diorang nak berjuang di medan Parlimen atau DUN.... siap ader yang "aku pilih engkau jadi calon... engkau pilih aku jadi calon" ..... Yang penyokong dan pendokong plak... walaupun dah banyak kali tau yang mangkuk-mangkuk ayun nih memang tabley pakai... tapi atas dasar wala' dan thiqah.... laju jer mengundi diorang nih....

Biler menang.... dah dapat kuasa.... semua jadi haramjadah... semua jadi senyap sunyi... semua jadi terkejut joli katak... dok layan jamuan kemenangan sana sini... walhal golongan mustad'afin dok macam-macam usaha nak bagi keadilan terserlah.... tapi... yang best tue... golongan "perut dah gendut" nih.... semua senyap sunyi.... semua dah kenyang kot....  yer la... biler perut dah diisi... mata akan jadi mengantuk... dan aper lagi... tidor la....

Lain kali aaa baru nak amik tau dan amik pot pasai masalah golongan mustad'afin nih..... hahaha... dari yang "perut dah gendut" berbaju batik... sampailah "perut dah gendut" berjubah.... samer jer perangai macam haramjadah....  sejak 5 Mei sampai 20 Mei nih... haram tak dengar satu komen pon untuk bekap golongan mustad'afin....

Celaka punya "perut dah gendut" nih.... malah dalam kes yang kat satu negeri yang dewanyer pandai berlakon tue...... ketua segala "perut dah gendut" siap boleh kata yang diorang menolak aper sajer agenda golongan mustad'afin nih.... Golongan mustad'afin nih nak harapkan mahkamah pon tabley... nak harapkan "perut dah gendut" pon tabley... nak harapkan pihak keselamatan pon tabley..... kesian betul lar....

Aper boleh buat..... cuma tinggal satu senjata jer lagi bagi golongan mustad'afin nih.... iaitu kiter berdoa agar semua yang khianat terhadap perjuangan golongan mustad'afin tak kira la siapa waima golongan alimin sekalipon di musnahkan oleh Allah Taala...  Jom kiter mendoakan semua yang khianat terhadap golongan mustad'afin ini menerima bala dari Allah Taala....

"Ya Allah Ya Rahman, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkasih Belas.... kami bermohon kepada MU ya Allah agar semua yang khianat terhadap perjuangan golongan mustad'afin dikenakan laknat dan diturunkan bala kepada mereka.... Tiada daya dan tiada usaha kami melainkan pertolongan dan ehsan dariMU Ya Allah....Ameen...."

16 May 2011

Don Quixote

Ketua Katak (Ibrahim Ali) khabarnya nak jadi pejuang jihad... Dier nak mulakan perang sabil katernyer.... hahaha... lawak la... tak ubah seperti citer Don Quixote ....

Bagi sesapa yang tak pernah tau pasai citer Don Quixote nih... sila tanya lebai Google.. hahaha.. gua baca novel nih masa gua sekolah rendah lagi.. Tahun 70'an... hehehe

Ianya menceritakan tentang seorang yang perasan dierlah pahlawan ternama... hebat... gagah... boleh bunuh naga.... hensem... tapi sebenarnya ianya semua hanya hayalan dirinya sajer... hahaha...

Nih Ibrahim Ali nak berjihad... jihad melawan puak Kristian.... hahaha.... bawak la keris kontot tue... kalu tak cukup panjang... Hishamudin auw-auw ader sebilah lagi keris... hahaha

Cukup-cukup la Ibrahim Ali oooi.... kalu lu nak giler glamer... pi la jadi artis... takpon jadi la pengacara TV ker... hahaha... tapi muka "cheduk" macam tue ader ker boleh dapat tempat jadi artis atau pengacara TV.... bercakap pon kekadang tue tergagap-gagap.... hahahaha....

Lawak... Lawak...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1