Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

24 August 2023

Simpan Bahan Sejarah

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak kata apa-apa pun... sekadar nak simpan sini bahan sejarah... mana lah tahu kan... kan... kan...

Hahahaha ... takkan simpan bahan sejarah pun WalaNON dan Bangsa Slurpp nak meroyan sakan... wei.. ini citer tentang UMNO la... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 


Simpan Dulu


01 June 2023

Sekejap... Betulkah Ianya Menghasut?

Bhai/DeeDee semua...

Sekadar menjelaskan sesuatu berasaskan fakta sejarah tue boleh dikira menghasut ka?? Sori... gua terlepas pandang bab nih...

Bukan la gua nak bekap Sanusi pun... cuma sekadar nak memahami isu.... Err... sebab setahu gua Pulau Pinang masih lagi membayar sejumlah wang setiap tahun kepada Kedah....  berdasarkan pada perjanjian semasa Kolonial....

Jadi ... selagi ianya dibayar... maka betul la kot dakwaan Sanusi Md Noor... Lagi pun Sultan Kedah sendiri pernah bercakap benda yang sama beberapa tahun yang sudah.... takkan la kot Sultan Kedah juga menghasut...

Huhuhu... ntah la.... kena kaji balik semua dokumen sejarah...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Adakah Sanusi Menghasut?


14 October 2021

Bila Sesuatu Itu Dijadikan Momen Sejarah

Bhai/DeeDee semua...

Bila sesuatu itu dijadikan momen sejarah... maka yang ada hanyalah satu bahan lelucon buat warga.

Hahaha..



26 September 2021

Bodohnya At-Takiri

Bhai/DeeDee semua...

Khairuddin At-Takiri nih katanya dulu buat PhD dalam subjek Sejarah.... tapi kenapa la bodo sangat aaa??

Maharaja China bijak... buat perjanjian pajakan 100 tahun ja... Sultan Melayu bodoh... buat perjanjian "selagi ada bulan dan matahari" .... jadi Takiri ni patut jangan marah la... hahaha..... berani ka Takiri nih nak marah Sultan?

Gua cakap nih pasai fakta sejarah... nak buat camana... dah mudah sangat kena tipu dan tak beragak biler berdepan dengan duit... adoilah...


08 July 2021

Ahmad Zahid Hamidi - Presiden UMNO paling lemah dalam sejarah Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Gua ikut rapat mesyuarat MT UMNO malam tadi secara online... Dan dari apa yang gua dapat simpulkan... tiada apa yang menarik dalam keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi.... nothing.

Itu sebabnya gua cakap takder apa. Malah tiada arahan bagi semua yang dapat jawatan untuk meletakkan jawatan. Takdak langsung.

Jadi takder signifikan.

Hahaha

#PresidenUMNO #LetakJawatan #AhmadZahidHamidi #KerajaanGagal

02 May 2021

Tak Habis Dengkinya Mamat Ni

Bhai/DeeDee semua...

Sejarah adalah sesuatu yang pernah terjadi... Kita tak boleh nak amik sejarah yang bagoosh sahaja... sejarah yang tak bagoosh kita abaikan... Itu bukan caranya... Sejarah nih takder sisi.... semua sisi adalah sejarah.... dan tidak ada apa yang patut dimalukan dengan sejarah... Benda dah pernah terjadi..

Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) adalah satu bahagian dalam sejarah... Penubuhan satu unit ketenteraan untuk menentang Jepun... ini berlaku semasa Perang Dunia Kedua... dan ini adalah sejarah...

Persoalan sama ader ianya mempunyai elemen komunis pun bukanlah satu perkara yang kita boleh jadikan penyekat kepada pengetahuan rakyat... Rakyat perlu tahu bahawa kita pernah ada unit ketenteraan sendiri yang melawan Jepun... unit ini dari rakyat itu sendiri...

Gua tak paham pasai apa mamat cina sorang nih bising bab MPAJA.... setiap kali pon bawak cerita Komunis.... setiap kali pon bising kononnya ancaman komunis.... Pelik aaa... Dengki betul dier...

Gua tak kata gua sokong komunis... tapi masa nih Malaya masih terjajah... dibawah Inggeris dan Jepun....  dan pada masa tue Komunis la yang berjuang untuk menentang penjajah... Kepada mamat nih yang mungkin takmo nak menentang penjajah kalu dier dah hidup masa tue... itu masalah dier... mamat ni mungkin spesis yang menyokong penjajah....

Gua kalu masa itu hidup pon rasanya dah kompom akan menentang penjajahan... mungkin jugak gua akan dilabelkan komunis.... Gua bukan saja anti penjajah... tapi gua anti kepada penjajahan minda oleh puak Kayangan dan Dewa-Dewi...  mungkin jugak gua akan diklasifikasikan sebagai pemberontak.....

Tafsiran sejarah biasa dibuat oleh orang yang menang.... huhuhu



27 February 2021

Asyraf Wajdi Yang Bengong

Bhai/DeeDee semua....

24 April 2018 yang dijadikan point oleh Asyraf Wajdi kononnya PH telah mempunyai kuasa dalam menentukan proses memasukkan maklumat baru dalam Buku Sejarah Tingkatan 4 tue sebenarnya memperlihatkan betapa bengongnya Asyraf Wajdi nih...

24 April 2018 adalah tarikh penamaan calon PRU14...

Jadi pada tarikh 24 April 2018 tue Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telahpon diluluskan... dan proses nak diluluskan nih mengambil masa yang cukup lama... bukan sehari dua....

Tarikh mengundi untuk PRU14 adalah pada 9 Mei 2018... maknanya ianya masih lagi dibawah kerajaan caretaker iaitu Barisan Nasional.

By the way.... sebelum 24 April 2018 tue.... iaitu masa Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sedang dirangka... yang biasanya mengambil masa lebih kurang 5 tahun.... kenapa tidak ada suara-suara membantah??? Adakah selama 5 tahun sebelum 24 April 2018 itu semuanya sedang tidur lena dan nyenyak?

Hahaha.... Nampak sangat la bengong Asyraf Wajdi ni... aper pon kita memang tahu siapa Asyraf Wajdi nih.. dan bagaimana sikap dan kerja dier.... Hahahaha.... skrang sudah kantoi lagi mahu menegakkan benang basah.... hahaha..... ini semua nak tunjuk ada buat kerja la nih... hahaha

Hahaha...

Nampak sangat ader agenda sebenarnya Asyraf Wajdi ni



24 February 2021

Sejarah Memang Ditulis Oleh Orang Yang Menang

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah baca buku Sejarah Tingkatan 4 Kementerian Pendidikan Malaysia... yang katanya memanipulasikan fakta dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan.... Gua dah baca...

Dan gua dapati benda yang ditulis itu adalah fakta... fakta sejarah yang cuba digelapkan sejak sekian lama...

95% daripada cerita dalam dua mukasurat tue menceritakan tentang PKMM yang diketuai oleh Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad... yang dilabelkan sebagai Puak Kiri oleh British... dan MPAJA serta Force 136

hanya 5% jer yang citer tentang Kuomintang dan PKM.... sikit sangat... dan apa yang diceritakan memang fakta sejarah...

Rupanya buku sejarah di Malaysia hanya boleh menceritakan sisi dari British dan UMNO serta MCA/MIC ja... yang lain tak boleh... macam la rakyat tak tau apa deal British dengan UMNO dulunya... benda sorok lama-lama akan bocor juga..

Sama macam manipulasi cerita penentangan di Perak yang menyebabkan JWW Birch maut.... selama nih citer tentang betapa hebatnya Datok Maharaja Lela dan Datok Sagor yang kononnya menggerakkan penentangan... walhalnya semua ini berlaku sebab tak boleh nak kutip cukai jer... Hahaha.. dan yang buat kerja pulak adalah hamba abdi (Si Putum)

Huhuhu... lawak la... nak kontrol buku sejarah... dan nak manipulasi sejarah... tapi lambat laun akan bocor juga akhirnya..

Ini pula jawapan dari Dr Maszlee Malik. berkenaan isu ini...



02 January 2021

Feri Pulau Pinang Versi 2.0

Bhai/DeeDee semua...

Ini pandangan peribadi gua dari sudut komersial...

Pengurusan Feri Pulau Pinang patut memanfaatkan ruang yang ada diatas setiap feri dengan menyediakan petak-petak jualan barangan cenderahati berasaskan Pulau Pinang. Petak-petak ini bolehlah disewakan secara terbuka kepada mana-mana individu B40 yang berasal dari Pulau Pinang.

Dan jangan benarkan mana-mana syarikat untuk memonopoli ruang (slot berniaga) di setiap feri. Satu individu hanya diperuntukkan satu ruang di satu feri sahaja. Dan mestilah ada keunikan pada setiap feri. Boleh juga disediakan ruangan Mini Muzium diatas feri yang memaparkan sejarah 126 tahun perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang ikonik itu.

Pastikan juga ada satu ruangan busker (bertemakan dan berimejkan Pulau Pinang) atau persembahan Boria diatas setiap feri.

Tiada jualan makan atau minuman diatas feri melainkan dikendalikan oleh Pengurusan Feri Pulau Pinang sahaja.

Gua berani jamin... lagi ramai pelancong yang akan gunakan khidmat feri untuk mencari cenderahati atau bergambar kenangan. Dan kalu pun dikenakan tambang, pasti ramai tetap akan guna juga... sebab orang tau mudah nak cari cenderahati tanpa perlu bersusah payah.

Jadikan Feri Pulau Pinang sebagai "Bazaar Terapung" .... Ini unik sebab ianya akan jadi "Bazaar Terapung" yang pertama di dunia.. dan akan kekal ikonik...

Atau ader feri khas untuk dinner / supper ala Penang waktu malam... Ini mesti full house punya la...

Sebab.... tak lengkap kalu datang ke Pulau Pinang tapi tak merasai naik Feri Pulau Pinang.... 



13 September 2013

Inikah Pejuang Kemerdekaan Malaysia? Hahaha

Bhai/DeeDee sekalian...

Kerajaan Malaysia memang suka buat lawak membodohkan rakyat Malaysia.... Yang kat bawah nih plak boleh dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia.... dan dapat pingat.... Hahahaha......

Gua tak tau la aper punya bodoh lar.... tak tau nak kata apa.... Patut pon ahli UMNO dok kata Najib Razak sewel..... patut la pon... sewel sesewelnyer.... hahaha


Manakala yang dibawah nih kekal diperkatakan dalam sejarah Malaysia sebagai pengkhianat dan pemberontak... betul-betul la sewel sejarah Malaysia... biler dapat pakar sejarah sesewel Ramlah Adam dan Zainal Kling..... hahaha... tue yang jadi sewel Malaysia tue....






30 August 2013

Kenapa Perlu Bayar?

Bhai/DeeDee sekalian...

Nih gua nak tanya sedikit jer... Sebab gua masih sibuk dengan macam-macam urusan birokrasi dan dokumentasi... Iyolah... Itu hari sibuk dengan konferen... Dan selepas tue sambung dengan but dokumentasi penyerahan tugas dan penamatan servis dalam Agensi... Yeah.. Setelah lama dipohon... Akhirnya mulai 1 September 2013... Gua secara sahnya... tidak lagi berkhidmat dengan Agensi....

Yahoo... Bebas... Hahaha... Cuma gua masih lagi terikat dengan satu arahan "Non Disclosure Agreement" (NDA) .... Hahaha

So... Aper citer nih... Hahaha... Gua melalut la plak.... Hahaha... Jangan mare...

Gua cuma nak tanya soklan nih jer... Kenapa perlu bayar untuk tengok filem Tanda Putera... Itu harikan BN dan UMNO serta Kerajaan Pusat boleh bagi tayangan percuma jer sebelum PRU13...

So... Buat aper gua nak mengabiskan duit gua untuk tengok filem yang kononnya berlatarkan sejarah (tapi melalut dalam bab pengkisahan sejarahnya) walhal sebelum nih ianya ditayangkan secara percuma... free... gratis.... Hahahaha

Takder maser gua nak buang duit tonton filem yang patutnya boleh tengok free jer... Hahaha

Tambahan : Gua dah lama tak pi panggung wayang... Semenjak ader Torrent nih... Aper ader hal gua nak layan wayang... Tambah lagi "Wayang UMNO" .... Hahahaha

10 May 2013

Menyanggah Tulisan Mashitah Ibrahim

Bhai.... Gua takder PhD... Gua takder Masters ... Gua takder Degree... Gua cuma lepasan Politeknik Ungku Omar, Ipoh..... lulusan kejuruteraan... tahun 1990.... dan gua dulu skolah rendah dan menengah di sekolah missionary (Gereja)....... Tapi mari gua bawak pemerhatian dan bacaan lu biler gua menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim baik dari segi isu politik, sejarah, siyasah mahupun dari segi agama....

Kepada sesiapa yang baru baca blog gua nih... disini... gua tak "angkat" title orang... Dr ka... Ustaz ka... Dato' ka... Tan Sri ka.... To Guru ka.... gua hanya panggil nama jer... sebab didepan Allah Taala nanti cuma nama jer yang dipanggil... takder gelaran atau title.... so ader paham ka???


Okeh... Gua nak menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim yang gua baca di Sinar Harian pagi nih... pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan... sebaik-baik hari dalam seminggu... penghulu segala hari... Moga Allah memberikan hidayah kepada semua orang dan mengampunkan segala dosa semua orang... Ameen..

  1. Mashitah Ibrahim mengklasifikasikan PR sebagai Pembangkang manakala BN sebagai Kerajaan. Sebagai tokoh akademik, gua rasa tindakan ini tidak wajar kerana tak kena konteks... Dalam konteks politik... Sewajarnya Mashitah Ibrahim hanya menulis Pakatan Rakyat sebagai Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sebagai Barisan Nasional... Ini kerana dalam kes di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang... parti pembangkang aderlah Barisan Nasional.... Jadi kalu Mashitah Ibrahim tak tau nak membezakannya... sila pi skolah belajar balik...
  2. Jangan salahkan Parti Komunis Malaysia kononnya mereka membawa sentimen perkauman... Partai Komunis Malaysia disertai dan dianggotai oleh semua kaum tanpa ada masalah. Tiada rasisma dalam perjuangan Partai Komunis Malaysia (PKM).... Sila belajar falsafah komunisma kalu tak tahu... Jangan serkap jarang.... itu bodoh namanyer...
  3. Insiden 13 Mei 1969 sebenarnya digerakkan dan dimulakan oleh kumpulan "ultra Melayu" yang dipimpin oleh Harun Idris (MB Selangor) masa itu... Sila baca sejarah dan lihat secara meluas... Jangan sekadar baca sejarah yang ditulis oleh orang yang menang di Malaysia... Sehingga ke hari ini pun blogger dan pencacai UMNO lah yang kuat memainkan sentimen perkauman dan menghasut.... sehinggakan Utusan Malaysia pun terlibat sama...
  4. Budaya politik benci yang dihuraikan oleh Mashitah Ibrahim tidak ader asas... Pakatan Rakyat (rakyat marhaen) memang membenci politik kotor, politik fitnah, politik perkauman, politik melaga-lagakan, politik rasuah dan politik salahguna kuasa... Jadi kalu Mashitah Ibrahim nih masih tak tau lagi tentang perkara ini... sila bertanya... jangan menulis secara BANGANG melampau...
  5. Berdemonstrasi itu adalah satu fitrah manusia yang apabila jalan diplomasi tidak dapat diterima oleh pihak tertentu... UMNO juga pernah berdemonstrasi pasca Malayan Union... Jangan lupa sejarah... dan jangan memalukan diri sendiri.
  6. Memang rakyat berhak menegur pemimpin... tapi dalam kes Malaysia... setiap peneguran terhadap kepimpinan BN dalam mentadbir Malaysia berakhir sama ader ditahan, didakwa, dipenjara, difitnah ataupon disimpan secara haram di pusat tahanan politik di Kamunting. Pemimpin BN merasakan bahawa mereka above the law..... Tolong baca dan fahamkan aper yang berlaku... jangan sekadar menulis TANPA AKAL.
  7. Tolong jangan quote ayat Al Quran sekadar semata-mata menjustifikasikan tindakan... Sebenarnya ayat Al Quran yang di quote itu lebih terkena kepada UMNO/BN berbanding kepada Pakatan Rakyat...
Kepada Mashitah Ibrahim.... Tolong jangan memalukan diri sendiri dengan menulis artikel yang macam ini dilain kali... setiap tulisan lu nih secara otomatiknya melambangkan ceteknyer ilmu dan pengetahuan lu tentang politik, kenegaraan, sejarah dan jugak agama... Memalukan sungguh...

Semoga Allah Taala membuka pintu hati lu yang dah berkarat dengan daki duniawi kearah yang lebih baik.... Gua doakan lu mendapat hidayah daripada Allah Taala.... dah jauh sesatnyer lu nih angkara daki dunia.... MasyaAllah....


07 September 2012

Sejarah Yang Digelapkan

Bhai... gua nak bagitau lu.. gua kalu bab sains dan sejarah nih cukup minat... sejak dari kecik lagie... malah dua sabjek nih memang selalu bagi gua markah yang tinggi sampai gua dapat hadiah di sekolah dulu... hahaha... dua benda yang gua cukup minat....

Tambah lagi kalu bab sejarah yang digelapkan... contoh... tentang siapa yang patut duduk dikerusi Sultan bagi negeri Johor ker... Perak ker... Kedah ker... Terengganu ker.. Kelantan ker... Negeri Sembilan ker.... Pahang ker.... hahaha...

Citer tentang waris sebenar yang lebih layak... citer sejarah tentang kekuasaan pengaruh pelayar Islam dan "lanun" Islam di dunia...

Citer tentang pengaruh parti-parti yang lama dalam negara nih yang mencetuskan semangat kemerdekaan... citer disebalik tabir... citer sejarah yang digelapkan;...

Dan baru sat tadi gua baca satu artikel nih.... lu boleh baca kat sini..... hari nih gua baca... tapi nanti ader masa free gua akan buat kajian lanjut dan mencari jalan untuk mengesahkan kesahihan artikel tue... aper pon.. buat percambahan minda kiter... aper salahnyer kita baca...

12 July 2012

Penjajah Inggeris, Jepun dan Golongan Feudal

Bhai... okeh.. dalam artikel nih gua nak citer sedikit satu sisi yang ramai orang kita di Malaysia nih terlepas pandang... semuanyer sebab bahan sejarah yang ada di Malaysia telah diolah sebaik mungkin oleh pihak-pihak yang berkepentingan demi untuk menaikkan imej sesetengah orang...

Gua nak bagitau lu... 90% daripada fakta sejarah yang ader berkaitan dengan golongan Feudal memang telah diubah sebegitu rupa demi untuk kepentingan golongan tersebut....

Sebagai contoh... selama nih lu baca dalam buku sejarah Malaysia yang memberitahu bahawa JWW Brirch dibunuh disebabkan oleh puak pembesar yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor dan sebagainyer membuat penentangan kepada penjajahan Inggeris.... tapi sebenarnyer semua salah belaka...

Sebab sebenarnyer JWW Birch mati dibunuh aderlah kerana JWW Birch telah menyekat dan menghentikan kuasa untuk mengutip cukai kepala dan perhambaan yang ader pada gerombolan Feudal nih. Lalu gerombolan Feudal nih dah mati akai lar.. sen tarak masyuk... sudah mau bangkrap... hahaha... jadi kalu dibiarkan JWW Birch menyekat gerombolan Feudal mengutip cukai kepala... maka lagi mampus la puak gerombolan Feudal nih... so jalan terbaek yang diorang boleh amik... diorang suruh Si Putum bunuh JWW Birch...

Jadi... puak gerombolan Feudal nih tak boleh lar dijadikan pemangkin penentangan terhadap penjajahan Inggeris...  ngarut jer... Puak gerombolan Feudal nih lebih pentingkan perut dan bawah perut diorang jer dari kepentingan rakyat...

Lu tarak percaya ker... masa pendudukan Jepun... ader gerombolan Feudal nih yang berbaiah dan bersekongkol dengan Jepun demi untuk menyelamatkan diri diorang... malah diorang plak jadi talibarut Jepun... biler pecah perang dengan Jepun pon... diorang la yang pertama lari masuk dalam hutan menyelamatkan diri...

Bukan macam puak Feudal di tempat lain... kalu berlaku penjajahan... diorang la yang kedepan.. diorang la akan lead rakyat menentang penjajah... tapi puak gerombolan Feudal yang ader di Malaysia nih... tarak bley pakai lar... semua pengecut... pentingkan tembolok, perut dan bawah perut jer... siot lar... hahaha

Perangai macam nih.. patut lar gerombolan Feudal Melaka hanya dapat dibaca kat Muzium jer... hahaha... sebab tabley pakai.... yang ader sekarang nih pon rasanyer layak kot diletakkan kat Muzium.... hahaha...

10 September 2011

Sebijik Sebuntat

Pakar Sejarah Malaysia mengatakan bahawa Malaysia/Malaya tidak pernah terjajah... cuma pernah ditadbir oleh British... walhal... lebih 400 tahun negara kiter terjajah.... oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun...

Isu tak pernah dijajah nih sebijik sebuntat macam pakar sejarah Thailand mengatakan bahawa Thailand tak pernah dijajah oleh mana-mana kerajaan/negara... walhal pernah satu masa lebih 30 tahun Thailand dijajah dan ditakluk oleh kerajaan Burma dibawah tiga orang raja perempuan...

Hahaha.... sejarah pon nak tipu ker.. sejarah pon nak kuntau ker... hahaha... lawak.. lawak...

Aper nak jadi la.... kali lama mangkuk-mangkuk kangkung dan kongkang yang bergelar professor nih mengeluarkan kata-kata dan pandangan mereka... lagi terserlah la kebanganggan tahap gaban depa nih... hahaha... kesian betul la.... kalu mangkuk sebangang ini dilantik menjadi professor.. tentulah yang menjadi pensyarah sejarah kat Malaysia nih mesti bangang jugak.. sebab kalu nak dilantik menjadi professor nih... kena la menjadi seorang yang "Super Bangang"... baru la hebat... hahaha

Lepas nih plak gua nak tengok aper lagie kebangangan yang akan keluar dari mulut professor bangang nih... (err... gua rasa aaa .. depa nih bercakap menggunakan punggung)... hahaha...

10 fakta yang mangkuk kongkang bergelar professor nih cakap.... 15 tabley nak dipercayai... hahaha.... buat malu IPTA kat Malaysia jer la..... hahaha... bodoh...

09 September 2011

British Penjajah Atau Pentadbir?

Bahahaha... ader sekor kongkang (err.. profesor kongkang @ kangkung) yang buat lawak la pulak... hahaha...

Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling, istilah negara di bawah jajahan British itu adalah istilah golongan berhaluan kiri, sebaliknya istilah rasmi yang digunakan ialah negara di bawah pentadbiran British.

Hahaha.... oooo... maknanya... selama nih Tanah Melayu nih tak pernah dijajah la.... dulu.. Portugis pon takder menjajah... cuma mentadbir Melaka jer.... dan lepas tue Jepun plak bukan menjajah Malaya... cuma mentadbir Malaya jer... hahaha.... So.... British nih Penjajah atau Pentadbir???.... hahaha... lawak...

Memang lawak la .... ini maner dier dapat title profesor nih... mana hasil penulisan dan jurnal akademik dan ilmiah dier... hahaha.... dimana gua boleh baca mangkuk nih punya hasil kajian... ader dalam bentuk dokumen ker atau sekadar buih-buih putih dimulut... hahahaha....

Tak sangka betul la kat UPSI ader kayu, kongkang dan kangkung yang dilantik menjadi Profesor... buat malu jer... hahaha... kayu betul la...

err.... aper nak jadi la kat Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia nih... makin hari makin nampak kebangangannya... hahaha... ader pensyarah... pensyarah kayu.. ader profesor.. kangkung la pulak... hahaha... macam mana la hasil yang keluar dari IPT di Malaysia nih....

Kalu rating CGPA merudum.. aper susah... nak kasi naik senang jer... buat ajer carry-mark punya markah (assignment dan quiz biasa) jadi 80%... dan final exam cuma 10% ... 10% lagi datang dari aktiviti kokurikulum... hahaha... senang kan... hahaha... mesti ramai akan dapat CGPA lebih dari 3.5 ..... hahaha... cap ayam sungguh la IPTA di Malaysia nih... hahaha... memang cap ayam...

Pasai tue la gua tarak respek orang yang ader ijazah, sarjana atau doktor falsafah punya kelulusan dari Malaysia nih... semuanya mudah.... senang.. cap ayam... takder kualiti... hahaha.. hampeh...

Kalu dah pensyarah dan profesor di IPTA pun memang cap ayam... aper la yang dapat korang tengok pada hasil keluaran IPTA.... still cap ayam la... hahahaha....

*** P/S : Nasib baik Sardin Cap Ayam mahal... dan jugak baju jenama Cap Ayam (Le Qoc Sportif) mahal... hahaha

25 October 2010

Sejarah Ditulis Oleh Pihak Yang Menang

Subjek Sejarah kini dah jadi syarat wajib lulus dalam Peperiksaan... Huh... memang wajar... patut dari dulu lagi matapelajaran Sejarah nih jadi syarat wajib lulus.... tak la sekarang nih ramai yang buta sejarah...

Sebagai contoh... cuba tanya para pelajar kita... ader tak diorang tau apa yang berlaku pada setiap 20 Oktober .... aper yang berlaku pada 20 Oktober 1947.... apakah itu Hartal... .... apa penyebabnya berlaku Arahan Darurat... aderkah ianya disebabkan oleh ancaman komunis...

Apakah itu komunis... Apa sebenarnya yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka... kenapa semua parti dan gerakan berhaluan kiri (yang tidak sebulu dengan British) dibubarkan.. digantung.. ditahan.. dan dimatikan pergerakannnya..

Apakah yang berlaku pada AWAS.. API .. SEDAR... GERAM .. PKMM dan FTU ...semua itu sudah dipadamkan dari buku sejarah... kalu ada pon semuanya dah diisi dengan info baru... info yang ditulis oleh pihak yang satu lagi.. pihak yang menang... info yang ditulis oleh orang-orang dan pertubuhan yang ader kepentingan peribadi... ader agenda sediri..

Sepatutnya maklumat sejarah nih... kena tiada bias... independent... dan telus... barulah rakyat terbuka minda dan mata hati...

Malah ada tak lu sendiri tau pasai Perlembagaan Rakyat... yang ditulis oleh rakyat... digubal oleh rakyat marhaen.... dan bukannya para penjajah dan talibarut penjajah macam ramai yang berlegar didalam golongan bangsawan....

Bagi yang tidak buta sejarah... tentu tahu bahawa Dato Sagor.... Dato Maharajalela semua tue bukanlah pejuang rakyat dan keadilan.. tapi lebih kepada mempejuangkan hak dan kuasa diorang untuk mengutip cukai... demi tembolok diorang jer.... Pejuang tulin seperti Sipuntum pada gua lebih bagus kerana tindakan beliau lebih kepada kepentingan rakyat marhaen berbanding dengan kepentingan peribadi seperti yang Dato Sagor dan lain-lainyer...

Pejuang sebenar seperti Mat Kilau... Dato Bahaman... yang ini semua... memang pejuang sejati....

Sori... pada gua .. sebab gua banyak mengkaji sejarah yang tulis... memang gua dapati banyak golongan bangsawan yang nama diorang tertulis dalam buku sejarah tue sebagai pahlawan sebenarny bukanlah pahlawan sejati ... tapi sebenarnya adalah lebih kepada pengkhianat.. sebab diorang lebih pentingkan imbuhan dan kepentingan peribadi...

Sebagai contoh.... sapa yang jual Singapura kepada British... bukan rakyat aaa... tapi puak-puak yang sebenarnya tidak layak jadi pimpinan di Johor... puak Temenggong.... bukan pon dari puak raja-raja... Temenggong bukan raja aaaa...

So... benda nih betul aper... lu orang jangan nak pertikaikan... sebab dah hilang dah susur galur keluarga raja Johor yang asal... yang ader sekarang nih dari keturunan Temenggong dulu tue... ini fakta sejarah... gua takder mender nak hina atau kutuk sesapa... kalu la ader mangkuk mana nak tuduh gua kutuk .... gua nasihatkan... baca balik buku sejarah....

Khatam kan dulu ilmu sejarah.... baru la boleh kalu nak saman gua ka... buat laporan polis ka... karang tak pasai-pasai jer lu malu kalu tulisan gua nih naik mahkamah... So.... ini nasihat gua... sebenarnya semua sejarah di Malaysia nih..... ditulis oleh pihak yang menang... jadi... gua tak terkejut la biler banyak fakta sejarah diputarbelitkan demi untuk kepentingan sesetengah pihak...

Kepada POLIS (PDRM) ... kalu la ader orang buat laporan polis pasai artikel gua nih... lu tanya diorang.... diorang dah khatam ker ilmu sejarah... jangan nanti buat malu jer...

18 May 2010

Teringat Zaman Rock Kapak

Hehehe... tetiba jer ader satu blogger yang hint ngan gua pasai rock kapak nih.. hahaha... langsung gua teringat zaman rock kapak yang gua lalui... membesar bersamanyer... hahaha..

Gua dah dengar lagu heavy metal sejak tahun 70'an lagie... hehehe.. dah lama tue... Def Leppard, Black Sabbath, ACDC, Iron Maiden dan lain-lain... termasuklah Scorpion... hahaha

Awal tahun 80'an biler Rock Kapak dah start menular di Malaysia... hahaha.. gua layan gak semua tue.. masa tue Rockers semua layan funfair.. yer la.. itu jer la medium nak buat konsert mini yang dapat sambutan... harga tiket murah.. peminat ramai...

Gua pon terjoin la sama... geng-geng zaman sekolah... kitorang selalu jamming kat Studio SYJ kat Pasar Bulat kat Ipoh tue... hehehe.. dah takder dah tempat tue... gua biasanyer layan drum jer.. sebab tak pandai langsung main gitar... hahaha

Zaman tue.. seluar mesti sendat.. gua pakai seluar getah lagi... tersembul yang mana patut tersembut.. buckle talipinggang gua punya buat sendiri pakai tempurung kelapa.. gua ader dua buckle... satu yang tempurung kelapa tue... satu lagi yang guna peluru 5.56mm M16 tue... peluru hidup la bhai.. aper kelas main yang dah guna punya.. hahaha...

Baju plak... kekadang tue pakai baju pagoda ketat warna putih yang ader logo Manchuria... hahaha... tak sangka la zaman tue... tapi tak segan nak pakai.. sebab semua orang pakai macam tue.. kasut plak... gua ader dua... high heal boots satu jenama Aliph buatan BATA.. dan satu lagi... hehehe... New Balance ... hujung 80'an gua beli satu high heal boot jenama Slazenger... hahaha...

Rambut... hehehe... zaman sekolah bhai.. tak dapat nak simpan rambut panjang... selalu cikgu tibai potong masa kena public canning... hahaha... walaupun gua Pengawas... tapi gua rock... hahaha... seluar sekolah pun cutting macam jeans gak.. hahaha... poket tampal...

Tapi satu yang gua tak buat... hisap rokok.. sampai la nih gua tak isap rokok... hahaha... rockers aper la nih... tak isap rokok... hahaha... tak tahan la.. batuk... hahaha... keys (bandana) selalu ader kat dalam poket belakang... ader warna merah... ader yang warna biru..

Ader sorang member gua.. buat album.. tapi baru cadang nak launch.. dier eksiden.. meninggal.. eksiden pasai nak balik kampung bagitau kat keluarga dier yang wife dier dah selamat bersalin anak sulong... ini berlaku tahun 90'an... arwah memang hebat... lead singer... suara mantap...

Masa tue kitorang selalu lepak ngan geng-geng rockers lain.. dan selalu gak pi lepak kat Battle of The Band... di Ipoh.. Taiping... Penang... huh... teringat la zaman rock kapak nih... biler gua dah abis belajar... gua simpan skit rambut panjang.. hehehe...

Agak-agaknyer la... boleh ker idup balik zaman rock kapak nih... boring la dengar lagu-lagu indon yang ntah apa-apa nih.. dulu masa zaman rock kapak.. indon masih lagi layan dangdut... hahaha...

Oh yer... kepada geng-geng rock kapak yang dah sampai seru ... dipanggil mengadap Ilahi... gua doakan kat lu all... semoga Allah merahmati dan mengampunkan semua dosa lu... sama gak ngan gua...

Okeh... gua caya lu .... rockers forever... hahaha

Baca Sini: Rock (Filem)

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1