Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Cap Ayam. Show all posts
Showing posts with label Cap Ayam. Show all posts

02 October 2023

Hari Ini Adalah 32 September 2023.

Bhai/DeeDee semua...

Semalam adalah 31 September 2023.... Hari ini adalah 32 September 2023....

Lambat lagi nak habis bulan September 2023 .... banyak hari lagi.... Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



15 January 2013

NC UUM Letak Jawatan?

Bhai.... Aper cier nih... Kecoh satu Malaysia insiden kes KS Bawani vs Sharifah Zohra Jabeen tue... Pasai yang jadi moderator dan ahli panel forum tapi tabley nak kontrol emosi... Maybe la si Sharifah Zohra Jabeen tue tengah datang bulan kot... Hahahaha

Tapi aaa... Ianya secara otomatik akan menyebabkan UUM ditimpa kehinaan... Bukan kerana KS Bawani... Tapi pasai ahli panel yang katanya ahli akademik... Tetapi tidak pandai dalam ilmu berkaitan diplomasi... Fail... Dan secara tidak langsung ia ya melambangkan mutu akademik keseluruhan universiti tersebut...

Dalam keadaan ini.. Adalah sewajarnya pihak pentadbiran dan pengurusan UUM mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Sharifah Zohra Jabeen kerana tidak menunjukkan sikap professional dalam dunia akademik.. Jika ianya tidak mampu dilakukan oleh pihak pengurusan, pentadbiran dan akademik UUM... Maka sewajarnya....

Maka sewajarnya Naib Canselor (NC) UUM mengambil keputusan untuk meletak jawatan jika tidak mampu untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada Sharifah Zohra Jabeen. Berdasarkan maklumat dalaman yang gua dapat... Saudari KS Bawani akan mendapat satu surat tunjuk sebab dalam masa beberapa hari ini. Disamping beliau... Pihak UUM juga sedang menyiasat siapa yang mengambil video tersebut dan siapa yang memuat naik video itu ke Youtube.

Mereka semua berdepan dengan satu tindakan tatatertib oleh pihak UUM dan berkemungkinan akan dibicarakan dibawah AUKU.

Walau apa pun yang berlaku... Seluruh warga mahasiswa dan mahasiswi prihatin kini sedang memerhatikan perkara ini dan seterusnya akan membuat satu desakan agar Sharifah Zohra Jabeen dikenakan juga satu tindakan yang difikirkan munasabah seperti memohon maaf secara terbuka atau dilarang daripada menjadi ahli panel dalam mana-mana forum akademik selepas ini.

Jika NC UUM tidak mampu mengambil tindakan drastik, maka adalah lebih baik NC UUM letak jawatan sahaja... Buat malu warga akademik sahaja....

Hahaha... Inilah rupanya wajah sebenar Universiti di Malaysia... Patutlah hasil yang dikeluarkan hanya sekadar robot yang tidak bernyawa... Tau makan, minum, kerja... Tapi akal takder.... Hahahaha.... Semua disebabkan adernyer ahli panel forum yang spesis bangang nak mampus camnie.... Hahaha... Buat malu betul lar.... Hahahaha

Jom #Listen


18 October 2012

Ijazah Palsu?

Bhai... lu tau dak ader sindiket yang dok giler buat promosi jual sijil palsu... diploma palsu... ijazah palsu... sarjana palsu... malah ader yang dok giler jual ijazah kedoktoran palsu.... hahaha..

Semua pasai duit bhai... yang best tue.. pelanggan tak pernah surut... malah makin ramai yang ader... dari secikai-cikai orang biasa sampailah kepada orang politik.... hahaha...malah kalu ikut rating aaa... bilangan ijazah sarjana palsu dan ijazah kedoktoran palsu paling banyak dimiliki oleh orang politik dan ternama....

Hahaha.... ini termasuklah juga dengan beberapa kes orang yang femes kat dalam Malaysia... macam orang yang mengaku dier jutawan Internet tue (walhal dier aderlah jutawan hasil jual buku dan seminar).... dan sorang lagi jutawan motivasi.... hahahaha... aderkah perlu gua namakan diorang.... hahaha....

Bhai... itu yang memang sijil palsu... tapi yang gua nak citer nih aderlah tentang perangai dan kerjabuat sesetengah IPTA dan IPTS di Malaysia yang sebijik macam kilang mengeluarkan sijil palsu... hahaha... sijil tak laku....  yer la.... kualiti produk akhir yang keluar dari IPTA dan IPTS nih dah macam kilang.... terlalu banyak produksi... tapi mutu kualiti hasil produk... out... hancusss...

Perlukah gua namakan IPTA dan IPTS yang macam nih... hahaha... ader satu IPTA tue keluarkan lebih dari 5 ribu graduan tak laku (palsu dalam satu ertikata lain) setiap kali habis konvokesyen... hahaha .. produk terhasil nih... biler dicampak kat pasaran... hancusss.... tabley pakai... kerja pon tabley nak buat... last-last... tanam anggur... dan ramai yang terjebak dengan gejala sosial (dadah dan maksiat)....

So... aperkehalnyer kerajaan dok nak pantau sindiket yang keluarkan sijil dan ijazah palsu nih.... kalu dah yang ader depan mata pon memang dok keluarkan sebijik hasil macam sijil dan ijazah beli....tak guna sesen pon.... hahaha

Gua tau artikel ijazah palsu kali nih mesti akan menyebabkan ramai yang marah... hahaha... nak buat camana... ini realiti bhai... kalu gua bagi nama institusi tue.. mesti ramai hasil dari institusi tue akan marah dan spam blog gua nih.... hahahaha.....

09 September 2011

British Penjajah Atau Pentadbir?

Bahahaha... ader sekor kongkang (err.. profesor kongkang @ kangkung) yang buat lawak la pulak... hahaha...

Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling, istilah negara di bawah jajahan British itu adalah istilah golongan berhaluan kiri, sebaliknya istilah rasmi yang digunakan ialah negara di bawah pentadbiran British.

Hahaha.... oooo... maknanya... selama nih Tanah Melayu nih tak pernah dijajah la.... dulu.. Portugis pon takder menjajah... cuma mentadbir Melaka jer.... dan lepas tue Jepun plak bukan menjajah Malaya... cuma mentadbir Malaya jer... hahaha.... So.... British nih Penjajah atau Pentadbir???.... hahaha... lawak...

Memang lawak la .... ini maner dier dapat title profesor nih... mana hasil penulisan dan jurnal akademik dan ilmiah dier... hahaha.... dimana gua boleh baca mangkuk nih punya hasil kajian... ader dalam bentuk dokumen ker atau sekadar buih-buih putih dimulut... hahahaha....

Tak sangka betul la kat UPSI ader kayu, kongkang dan kangkung yang dilantik menjadi Profesor... buat malu jer... hahaha... kayu betul la...

err.... aper nak jadi la kat Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia nih... makin hari makin nampak kebangangannya... hahaha... ader pensyarah... pensyarah kayu.. ader profesor.. kangkung la pulak... hahaha... macam mana la hasil yang keluar dari IPT di Malaysia nih....

Kalu rating CGPA merudum.. aper susah... nak kasi naik senang jer... buat ajer carry-mark punya markah (assignment dan quiz biasa) jadi 80%... dan final exam cuma 10% ... 10% lagi datang dari aktiviti kokurikulum... hahaha... senang kan... hahaha... mesti ramai akan dapat CGPA lebih dari 3.5 ..... hahaha... cap ayam sungguh la IPTA di Malaysia nih... hahaha... memang cap ayam...

Pasai tue la gua tarak respek orang yang ader ijazah, sarjana atau doktor falsafah punya kelulusan dari Malaysia nih... semuanya mudah.... senang.. cap ayam... takder kualiti... hahaha.. hampeh...

Kalu dah pensyarah dan profesor di IPTA pun memang cap ayam... aper la yang dapat korang tengok pada hasil keluaran IPTA.... still cap ayam la... hahahaha....

*** P/S : Nasib baik Sardin Cap Ayam mahal... dan jugak baju jenama Cap Ayam (Le Qoc Sportif) mahal... hahaha

20 June 2010

Professor Kangkung

Nih gua rasa artikel paling pendek yang pernah gua tulis dalam blog nih... Gua cuma nak lu orang komen kat sini bagitau yang mana satu Professor Kangkung....

Lu baca betul-betul artikel yang gua cut n paste nih... okeh... Ader 4 nama kat sini...

"Kebanyakan penganalisis politik menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini.

“Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat.

“Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara,” katanya.

Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja.

“Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu.

“Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing.

Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti.

“Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti.

“Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu.

“Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku,” katanya.

Bagi pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa.

“Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

“Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti,” katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.

“Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.

“Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno,” katanya.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung.

“Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti,” katanya.

Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan “berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini.”

“Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya.

“Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa.

“Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti.

“Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik,” katanya."

Artikel Asal di sini

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1