Ini pandangan peribadi gua dari sudut komersial...
Pengurusan Feri Pulau Pinang patut memanfaatkan ruang yang ada diatas setiap feri dengan menyediakan petak-petak jualan barangan cenderahati berasaskan Pulau Pinang. Petak-petak ini bolehlah disewakan secara terbuka kepada mana-mana individu B40 yang berasal dari Pulau Pinang.
Dan jangan benarkan mana-mana syarikat untuk memonopoli ruang (slot berniaga) di setiap feri. Satu individu hanya diperuntukkan satu ruang di satu feri sahaja. Dan mestilah ada keunikan pada setiap feri. Boleh juga disediakan ruangan Mini Muzium diatas feri yang memaparkan sejarah 126 tahun perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang ikonik itu.
Pastikan juga ada satu ruangan busker (bertemakan dan berimejkan Pulau Pinang) atau persembahan Boria diatas setiap feri.
Tiada jualan makan atau minuman diatas feri melainkan dikendalikan oleh Pengurusan Feri Pulau Pinang sahaja.
Gua berani jamin... lagi ramai pelancong yang akan gunakan khidmat feri untuk mencari cenderahati atau bergambar kenangan. Dan kalu pun dikenakan tambang, pasti ramai tetap akan guna juga... sebab orang tau mudah nak cari cenderahati tanpa perlu bersusah payah.
Jadikan Feri Pulau Pinang sebagai "Bazaar Terapung" .... Ini unik sebab ianya akan jadi "Bazaar Terapung" yang pertama di dunia.. dan akan kekal ikonik...
Atau ader feri khas untuk dinner / supper ala Penang waktu malam... Ini mesti full house punya la...
Sebab.... tak lengkap kalu datang ke Pulau Pinang tapi tak merasai naik Feri Pulau Pinang....
Atau ader feri khas untuk dinner / supper ala Penang waktu malam... Ini mesti full house punya la...
Sebab.... tak lengkap kalu datang ke Pulau Pinang tapi tak merasai naik Feri Pulau Pinang....
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???