Betul ... banyak duit dihabiskan untuk kemudahan pelajar. Setiap makmal komputer di sekolah ada disediakan pegawai teknologi maklumat yang dibiayai penggajiannya oleh Kerajaan Terengganu.
Malah kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah syarikat (TopIT Industries Sdn Bhd) bagi mengendalikan kemudahan komputer ini. Tujuannya cuma dua... mengurangkan beban beg sekolah dengan buku teks dan menyediakan prasarana untuk sekolah Maya.
Beberapa sekolah telah diangkat menjadi perintis Sekolah Maya dengan penggantian papan hitam kapur dengan papan hitam digital bersambung dengan komputer dan projektor khas.
Tapi yang berlaku...
Mulut-mulut orang kita jugak yang kuat kondem mengutuk inisiatif ini mengatakan ianya membazir... memburukkan malah menggagalkan projek ini sebaik berjaya menjatuhkan MB Ahmad Said.
Sebenarnya semua Kerajaan Negeri mampu untuk melaksanakan program seperti ini... Dana kita ada... Kepakaran pon kita ada... tambah lagi harga Chrome Book bukanlah mahal sangat... Tapi sebab sikap bodoh sombong dan tidak berfikiran jauh serta meletakkan kepentingan di tempat yang salah maka hari ini ramai dikalangan kita kecoh dan kepoh berkaitan isu pembelajaran secara maya ini.
Ketidak mampuan golongan miskin untuk akses kepada laptop dan internet menjadi kekangan dalam sesi pembelajaran secara maya.
Gua tetap salute kepada bekas MB Terengganu Ahmad Said atas inisiatif ini. Dua orang anak gua dapat e-book ini dan ianya masih lagi berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.
Terengganu adalah negeri contoh dalam bab penbelajaran secara maya ini. Jahanam disebabkan oleh sikap orang bodoh (mostly dari pihak PAS Terengganu) dan terlebih politiking.
P/S : YB Satipul Bahri (PAS Dungun) adalah antara yang paling bising bab sekolah maya ini pada masa itu. Gua tabley lupa dier punya ceramah sana sini. Bye the way... Gua bukan orang UMNO atau sebagainya tapi gua sebagai technologist memang respek ngan idea Ahmad Said ni.
yang pi ikut cakap orang tak cerdik buat apa
ReplyDeleteteruskan ynag elok ngan yakin
mungkin ada sebab lain kut
biasalah bila tak dapat projik mula lah
cucuk sana sini
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.