Rakyat Malaysia secara umumnya agak keliru dengan dua perisytiharan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini....
Dua perisytiharan itu adalah;
- Perisytiharan PKP 2.0
- Perisytiharan Darurat 2021
Persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah yang mana satu lebih utama (prominent) di antara kedua-dua ini... Yang mana satu lebih patut rakyat ikut... PKP 2.0 atau Darurat 2021?
Sebab... PKP 2.0 hanyalah satu perisytiharan yang sebenarnya agak biasa untuk rakyat ikut dan laksanakan... tetapi Darurat 2021 pula sepatutnya adalah mempunyai kesan impak (significant) terhadap urusan seharian rakyat...
Setakat sekarang ini... yang nampak perlaksaan PKP 2.0 adalah lebih kedepan... jadi apa wajarnya Darurat 2021 dilaksanakan jika Darurat 2021 itu hanya sekadar untuk lengahkan serta gantung urusan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sahaja...
Rakyat Malaysia nampak jelas yang urusan Darurat 2021 sebenarnya lebih kepada nak mengekang kuasa politik yang semakin lemah yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yasin atas kurangnya sokongan majoriti.
Kita pon maklum sangat la kenapa YDP Agong membenarkan Darurat 2021 nih berlaku... Malaslah nak huraikan lebih sebab nanti ada yang kat ianya satu penghinaan kepada kuasa YDP Agong untuk melaksanakan perintah Darurat...
Aper pon... rakyat Malaysia bukan bodoh... rakyat Malaysia sudah memerhatikan... dan akan terus memerhatikan.... sepertimana kecohnya gambar-gambar konsesi pembalakan yang tersebar di media sosial yang diyakini menjadi antara penyebab utama banjir di Malaysia baru-baru ini.
Ader paham ka??
Darurat for Muhyiddin. PKP for rakyat.
ReplyDelete