Semalam gua ader menulis mengenai kewajaran perisytiharan (Proklamasi Darurat 2021) yang telah dibuat oleh YDP Agong... Namun tidaklah gua mengatakan ianya satu kesilapan oleh YDP Agong.... Apa yang gua bangkitkan adalah dari sudut perundangan dimana pada ketikan YDP Agong membuat keputusan untuk melaksanakan Proklamasi Darurat 2021, baginda mendapat nasihat dari Perdana Menteri Malaysia (Muhyiddin Yasin) yang sebenarnya tiada sokongan majority di Parlimen.
Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:
“ Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”
Pandemik Covid-19 adalah isu berkaitan dengan masalah Kesihatan Awam. Langkah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselmatan Negara (MKN) sebenarnya sudah mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani Pandemik Covid-19.
Jadi kesimpulannya, tidak ada asas yang kukuh untuk melaksanakan satu darurat seluruh negara diisytiharkan mulai hari ini hingga 1 Ogos akan datang. Oleh kerana itu adakah proklamasi darurat yang berkuatkuasa sekarang ini sah?
Bagi Hasan Karim, selaku seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dan seorang pengamal undang-undang, dia berpendirian bahawa proklamasi darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah tidak sah.
"Ampun Tuanku, saya nyatakan pendirian saya secara jujur dan ikhlas. Tiada niat untuk menghasut atau menderhaka"
Tetapi bolehkah perisytiharan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu dicabar di mahkamah undang-undang?
Dengan rasa sedih tetapi demi ketelusan dan bersikap luhur, saya nyatakan apa yang Perlembagaan Persekutuan peruntukan di bawah Perkara 150 (8)(a) dan (b) seperti di bawah ini:
Fasal (8)(a):
“hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan;” dan
Fasal (8)(b):
“tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan-
(i) Sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1); “
Kesimpulannya, dari segi undang-undang, peruntukan Perkara 150(8)(a) dan (b) telah menyelamatkan Kerajaan Darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila Proklamasi Darurat yang diumumkan semalam 12 Januari 2021 tidak boleh dicabar di Mahkamah.
Tetapi ada satu isu lain yang perlu dibahaskan seterusnya iaitu adakah Perdana Menteri Mahyuddin Yassin yang mengetuai sebuah kerajaan minoriti yang tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat?
Ini persoalan yang gua dan ramai lagi persoalkan... Aderkah YDP Agong telah mendapat nasihat yang selayaknya oleh orang yang layak dari segi sokongan majoriti... Yang ini kita tak nampak sebab Muhyiddin Yasin tak ada cukup majoriti di Parlimen.
PM109 forever.
ReplyDeletedalam bab siasah berpandanagn sama atau tak sama
ReplyDeleteitu bisa saja
ynag sialnya dalam bab hukum hukum ynag Allah suruh jalankan
ada pulak ynag tak mau sepakat
nak tunjuk pandai
hidup tapi tak paham hakikat hidup ynag Allah
perintahkan manusia jalankan di bumi ini
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi.
Barang siapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri.
Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka.
apa peranan kita sebagai khalifah-khalifah
takkan hnaya setakat pandai buat sampah
tak tau nak buang sampah
Nampak gayanya macam ada peluang kerajaan baru akan dapat menjatuhkan malaun2 PN dari tampuk kerajaan. Ini dapat kita baca kilas ikan dalam air bila walaun2 dan walauntit2 PAS dah mula balik buat kerja2 tabur fitnah dan adu domba perkauman dan agama kat alam maya. Semenjak jadi sebahagian dari kerajaan kerja2 jahat adu domba dan fitnah dari geng2 mata duitan ni dah reda sebab takde faedah diaorng tabur fitnah dan umpat sebab dah dapat jadi kerajaan. Tapi sekarangnya rasanya pimpinan tertinggi puak walaun ni dah mula rasa nikmat dan laba hasil dari kedudukan mereka dalam kerajaan mungkin tak bertahan lama maka kerja2 tabur fitnah dan adu domba kaum dan agama terpaksa digiatkan semula.
ReplyDeleteNasihat untuk bani melayu! Puak2 lebai ni semua bukannya berjuang untuk agama mahupun bangsa tapi lebih kepada laba dan kenikmatan dunia. Elok lah bani melayu jangan terpengaruh lagi dengan fitnah dan dakyah yang mula tersebar dalam wassap dan facebook post. Diaorg tu semuanya bukan boleh pakai. 10 benda yang mereka tabur kat dalam wassap dan FB post, satu pun payah nak boleh caya. Janganlah dok berkongsi dosa dengan bergotong royong menyebarkan dakyah2 puak2 penunggang agama ni. Mereka ni satu sen pun tak boleh pakai. Politik mereka ni politik parasit, dia hidup senang lenang dengan hisap darah rakyat. Hidup dengan menyusahkan orang lain je! Smh.
Nick.
Yidin peduli apa
ReplyDeleteLu peguam ka? or just Kenny Remy n Martin...!
ReplyDelete