Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

23 January 2021

Dolak Dalik Insuran Dan Hospital Swasta

Bhai/DeeDee semua...

Pi mai pi mai tang tu jugak... Gua dah jangka dah yang dolak dalik antara syarikat Insuran/Takaful dan Hospital Swasta tentang isu Covid-19 nih... Macam yang gua cakap dulu aaa... jangan mimpi la sesenang jer Insuran/Takaful nak cover dan bagi bantuan... tambah lagi biler dah diisytiharkan Proklamasi Darurat...

Memang dalam Proklamasi Darurat... pihak Hospital Swasta akan terikat dengan Ordinan Darurat yang memang ketat... tapi dalam pada itu... dengan Proklamasi Darurat nih... secara otomatik Syarikat Insuran/Takaful boleh berlepas tangan sebab ianya ada terkandung didalam polisi insuran/takaful yang telah dipersetujui dan ditandatangani dua-dua pihak (pelanggan dan syarikat) sebelum ini...

Jadi dalam keadaan pihak Hospital Swasta ditekan dengan Ordinan Darurat.... Syarikat Insuran/Takaful agak terlepas daripada tekanan Ordinan Darurat.

Ini kita boleh lihat dari beberapa kenyataan Persatuan Syarikat Insuran/Takaful sebelum ini.... Berpusing-pusing ayat dan statement dier... Kalau pun ader kenyataan dari Persatuan Insuran/Takaful ini yang dilihat akan membantu, ianya lebih sekadar untuk melembutkan suasana jer... sebab setiap kenyataan itu tetap mengatakan pelanggan perlu merujuk dengan syarikat Insuran/Takaful masing-masing berkaitan dengan terma yang dirujuk.

Ini semua ayat perundangan (legal) yang berbelit dan mengelirukan... sebenarnya ianya sekadar nak delay atau tak mahu beri bantuan... sebab sudah dinyatakan dalam polisi bahawa tiada tuntutan atau pampasan boleh dibuat kepada syarikat penanggung Insuran/Takaful jika pemegang polisi berada dalam situasi Darurat...

Maka polemik ini yang gua lihat takkan berkesudahan sebenarnya adalah satu langkah silap dalam percaturan mengumumkan Proklamasi Darurat dimana Proklamasi Darurat ini diumumkan secara tergesa-gesa tanpa satu kajian penuh terhadap risiko dan sekatan-sekatan undang-undang diatasnya.. Ianya serupa ditelan mati emak, di luah mati bapak...

Proklamasi Darurat pada pandangan peribadi gua adalah satu kesilapan nyata kerana tidak mengambil berat isu berkaitan Insuran/Takaful ini walaupun pada dasarnya Proklamasi Darurat bagoosh untuk memaksa Hospital Swasta mengambil tanggungjawab yang lebih.

Apa pun... cakap lebih karang orang tuduh gua menderhaka kepada YDP Agong... walhal gua sekadar menceritakan fakta... fakta yang terkait dengan undang-undang dibawah Proklamasi Darurat... sesuatu yang ramai orang termasuk Prof Kangkung yang terlibat Wacana Proklamasi Darurat semalam tue terlepas pandang..

1 comment:

  1. Dulu belajar sejarah pening setiap kali revolusi berdarah, beribu2 di hukum mati. Bila lihat di negara sendiri sang penguasa2, politaik2, kakitangan kerajaan dll yg salah guna kuasa dan rasuah beribu2 jumlahnya yg layak diguilotin haha.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1