Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

12 January 2021

Darurat Sewaktu Hilang Majoriti

Bhai/DeeDee semua...

Kita sedia maklum bahawa sebenarnya Muhyiddin Yasin telah hilang sokongan majoriti di Parlimen... Ini berlaku bila ramai pimpinan UMNO yang telah menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin Yasin dalam kemelut berpanjangan antara UMNO dan BERSATU.

Persoalan yang timbul sekarang ini adalah seperti berikut...

Muhyiddin Yasin mengeluarkan perutusan PKP 2.0 bermula pada pukul 5 petang dan habis sekitar pukul 5.30 petang (11 Januari 2021) manakala Pihak Istana Negara mengesahkan bahawa Muhyiddin Yasin masuk menghadap YDP Agong pada pukul 5.30 petang selama 45 minit.. Adakah perutusan PKP 2.0 itu dibuat secara langsung atau ianya sekadar rakaman? 

Dan persoalan yang dilihat oleh ramai orang ialah adalah sah nasihat Muhyiddin Yasin kepada YDP Agong berkaitan Proklamasi Darurat 2021 sedangkan semua maklum bahawa Muhyiddin Yasin tidak mempunyai majoriti di Parlimen ketika ini...

Jika Muhyiddin Yasin telah menasihatkan YDP Agong berkaitan Proklemasi Darurat 2021 ini dalam keadaan dia dilihat tidak mempunyai majoriti kukuh dalam Parlimen, maka nampaknya Muhyiddin Yasin telah melanggar proses demokrasi itu sendiri. Dan ini boleh menyebabkan YDP Agong terlibat dalam satu kemelut politik yang jika ianya dicabar didalam Mahkamah akan boleh mengaibkan YDP Agong itu sendiri.

Sewajarnya YDP Agong melihat atas titik tolak Proklamasi Darurat 2021 dan status Muhyiddin Yasin yang sudah hilang sokongan majoriti demi untuk memastikan integriti YDP Agong tidak tercalar.

Kita (dan semua rakyat) dapat melihat bahawa tindakan Muhyiddin Yasin menasihati YDP Agong dalam urusan Proklamasi Darurat 2021 sebenarnya adalah satu langkah untuk menyelamatkan dirinya dari tindakan pemecatan secara demokrasi dari kerusi Perdana Menteri Malaysia. Ianya secara tidak langsung memperlihatkan satu permainan politik dengan mempergunakan sentimen wabak Covid-19 demi kelangsungan kuasa.

Nampak terlihat dengan jelas bahawa tindakan ini adalah satu tindakan paling tidak wajar dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia (Muhyiddin Yasin) dengan memperkudakan Institusi Diraja. Kita amat risau bahawa tindakan ini akan menjadi satu duluan (precedent) dimasa akan datang. Ini boleh menyebabkan satu krisis politik eksekutif dan monarki yang memalukan.

Tindakan darurat yang dibuat semata-mata sebenarnya untuk mengekalkan kuasa telah menyebabkan berlakunya panik didalam pasaran saham tempatan pada hari ini. Dan jika ianya tidak dibendung, maka ianya akan lebih meruncing dimasa depan.



4 comments:

  1. Abah cow takut jadi PM terpendek dlm sejarah negara..tu lan psl

    ReplyDelete
  2. x de apa yg x boleh di batalkan atau ditarik balik...pe de pasal?

    ReplyDelete
  3. Bhai.. Skrg masa nk bendung wabak.. Politik letak tepi dulu Le. Kalau ajal da sampai kt kerongkong masih nk pikir sape berkuasa ke tak ke?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1