Bagus sebenarnya kuasa bawang rangers @ netizen Malaysia nih... Gua salute... Gua respek...
Hasil dari tekanan secara "berpusat" dan "bersepakat" akhirnya telah terhasil dua kemenangan untuk para netizen... Masa yang diambil cukup cepat... paling lewat 48 jam... tapi paling cepat sekitar 6 jam sahaja... Hahaha

Kemenangan yang pertama berkaitan dengan isu pendaftaran tanda niaga (trademark) Harimau Menangis... yang viral semalam... Isunya adalah bilamana emak Neelofa telah viralkan satu video dalam Instagramnya berkenaan kononnya dia telah berjaya mendapatkan kelulusan trademark bagi produk Harimau Menangis miliknya... dan siap emak Neelofa ini menyindir kononnya tak boleh dah orang lain menjual produk atas nama Harimau Menangis kalu tak mampu nak bayar royalti.
Lalu apa lagi... serangan bertalu-talu oleh para bawang rangers @ netizen sehingga berjaya menyebabkan MyIPO terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan emak Neelofa agar tidak lebih sudu dari kuah yang mana akhirnya menyebabkan emak Neelofa telah mengatakan bahawa dia akan tarik balik permohonan pendaftaran trademark Harimau Menangis.

Kemenangan yang kedua adalah lebih manis... bilamana pihak yang terlibat sendiri menarik diri dan memberikan jawatan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial. Ini berkaitan dengan kes cabul yang melibatkan pihak yang mendapat lantikan ini yang khabarnya kes tersebut adalah dihukum lepas tapi tak dibebaskan.
Kes ini melibatkan Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis).
Yang mana pada akhirnya beliau melepaskan jawatan itu dan memberikannya kepada pihak lain.
Yang mana pada akhirnya beliau melepaskan jawatan itu dan memberikannya kepada pihak lain.
Syabas buat bawang rangers @ netizen
Balau ni kes norita pun dia sibuk.
ReplyDeleteKuasa bawang sampai PN tumbang dalam 10 bulan. PM 109 forever!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletePatut pun bawang naik harga! Ha ha ha power rupanya
ReplyDelete