Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

05 January 2021

HSR - Apa Lagi Yang Disembunyikan?

Bhai/DeeDee semua...

Selain dari pampasan atas pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang akan diberikan kepada Singapura sebanyak RM810 juta (sebelum ini dikatakan sekitar RM300 juta sahaja), agak-agaknya apa lagi perkara yang disembunyikan dan diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?


Pelik sangat lah bila projek yang berkaitan dengan kemudahan awam serta melibatkan dengan negara asing dilihat banyak kerahsiaan sama ada dalam kontrak, perjanjian atau terma. Sebijik sama macam kes 1MDB

Sepatutnya apabila sesuatu projek itu berkepentingan awam maka sewajarnya ianya telus dan terbuka untuk proses semak dan imbang bukan sahaja dari pihak berwajib dan akauntabiliti tetapi juga kepada awam. Malah sepatutnya jika tidak dibuka kepada orang awam, apa salahnya ianya dibuka untuk penelitian dan semak imbang di dalam Parlimen.

Kita ada 222 anggota Parlimen yang boleh mewakili rakyat dalam proses semak dan imbang bagi projek sebesar High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini. Boleh sahaja Ahli Parlimen berpeluan untuk pastikan adalah segala perjanjian berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL menguntungkan Malaysia dalam jangkamasa panjang dan pendek.

Sebaiknya ... proses berkaitan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini menjadi perhatian utama Malaysia kerana pada dasarnya akan memberikan lebih untuk kepada Malaysia dari segi pelaburan, pembinaan dan juga ekonomi.,

Dengan pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang mungkin menyebabkan Malaysia kerugian sehingga RM810 juta secara kosong sahaja amatlah tidak rasional. Dalam pembentangan Bajet 2021 yang baru selesai pada November 2020, kita diberikan input yang mengatakan bahawa Malaysia tidak akan membatalkan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ni. Akan tetapi tiba-tiba berlakunya pembatalan setelah Bajet 2021 diluluskan.

Sebenarnya apa lagi yang nak disembunyikan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan projek High Speed Rail (HSR) Singapore KL. Adakah ada pihak yang akan untung besar atas pembatalan projek ini yang katanya akan digantikan dengan perkhidmatan tren yang lain? Mungkinkan ada kroni yang untung dapat tanah percuma?

Satu soalan, Adakah High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini akan juga dimasukkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai salah satu player didalamnya?

Kita nantikan episod-episod selanjutnya berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL..



3 comments:

  1. Eh singapura. Lu tak tau ka..... Inilah SOP kerajaan melayu islam malaysia

    ReplyDelete
  2. Entah lah bhai gomen dan sapa2 pun tak terkesan bila landasan ktmb dan tg pagar diserah pd singapura. Klu projek hsr kecik jer bg gomen. Srikandi kata melayu dulu2 hebat. Betoi ka?

    ReplyDelete
  3. Marilah ramai2 kita berdoa agar spesis2 tua dan tak berguna ini segera dihapuskan dari menjadi pentadbir negara....

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1