Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

14 January 2021

Sistem Vaksinasi Secara Loteri

Bhai/DeeDee semua..

Gua berpandangan untuk berlaku adil dan saksama dalam proses pemvaksinan rakyat Malaysia, kita perlu melaksanakan sistem Vaksinasi secara Loteri...

Okay... mesti ada yang akan terkejut dengan istilah "LOTERI" yang biasanya terkait dengan perjudian.

Mari gua terangkan.

Sistem pemvaksinan secara loteri adalah satu sistem pengundian berasaskan kepada pangkalan data sepusat yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara...Dengan cara ini ianya dilakukan pemilihan secara rawak (random) bagi nombor kad pengenalan.

Sebagai contoh setiap hari sistem akan memilih 10000 nombor kad pengenalan secara rawak menggunakan sistem loteri ini dan akan dipamerkan di laman web MySejahtera... Semua pemilik nombor kad pengenalan yang terpilih ini perlulah hadir kepada mana-mana pusat pemvaksinan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan...

Mereka diberikan masa untuk hadir ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh nombor mereka tertera (dipamerkan) dilaman web MySejahtera... Semasa hadir di pusat pemvaksinan, mereka akan diberikan borang khas setujuterima pemvaksinan.. Calon pemvaksinan ini boleh membuat pilihan sama ada mereka hendak terima pemvaksinan atau tidak...

Terma dan syarat pemvaksinan perlu diterangkan dengan jelas dan lengkap.... Mana-mana calon pemvaksinan yang menolak untuk divaksinkan, perlulah menerima hakikat perlepasan tanggungjawab daripada Kerajaan Malaysia atas kesihatan mereka berkaitan dengan Covid-19...

Mana-mana calon pemvaksinan yang nombor kad pengenalan mereka telah tertera di laman web MySejahtera tetapi engkar untuk hadir di pusat pemvaksinan dalam tempoh 14 hari seperti yang diarahkan, perlulah dikenakan denda mandatori RM1000 atau RM5000 (yang mana lebih bersesuaian).

Dengan cara ini, pihak Kerajaan Malaysia tidak dilihat lebih mementingkan golongan VIP atau yang tertentu sahaja mendapatkan vaksin lebih awal... Ini adalah cadangan cara yang paling adil dan saksama bagi proses pemvaksinan berskala besar seperti yang berlaku pada Covid-19.



2 comments:

  1. Bagi jer vaksin kat vip bhai baru aman negara ni. Tapi jgn lah tipu pulak cucuk glukus atau jarum ada spring haha.

    ReplyDelete
  2. kalau tak kena denda memang tak boleh ye...?

    apa kata buat syarat....mana2 golongan VIP/kayangan nak vaksin lebih awal...cari 1 rakyat yg tanak vaksin dan berikan mereka rm 100k sebagai imbuhan...buat lah perjanjian....kalau satu keluarga VIP ada 5 orang...kena cari 5 orang yg tanak vaksin....win-win situation kan..?

    kamu punya otak nak denda rakyat, memang takbleh pakai...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1