Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 October 2022

Masalah Gaji Minima Bukan Masalah Pakatan Harapan

Bhai/DeeDee semua...

PH dengan diketuai PKR dengan angkuhnya menolak bekerjasama dengan PSM... Walhal PSM cuma sekadar berhasrat untuk dapatkan kerusi Parlimen Sungai Siput je.

Alasan yang diberi PKR/PH ialah kerusi Parlimen Sungai Siput tu adalah milik PKR ... kerusi yang memang menjadi kerusi tradisi PKR katanya... 

Bab berebut kerusi ... memang PKR cukup pandai... bukan sahaja PKR... DAP pun sama... Hahaha... takpa la... bagi chan la kat diorang... Tapi bab cakna masalah rakyat... macam contoh isu paip pecah di Pasir Gudang pon lambat take action sampaikan UMNO/BN takeover dapat mileage...

Bodoh....

Dan dalam kes isu gaji minima bagi pekerja kontrak pembersihan Kerajaan... takdak satu suara, cadangan atau rumusan pun untuk cuba membantu pekerja kontrak pembersihan nih... Langsung takdak input... senyap sunyi.. walhal benda nih bukan benda baru... dah dua tahun lebih diutarakan... siap ada pekerja kontrak pembersihan yang buat mogok dan demo...

Akhirnya apa jadi.... mereka jugak yang hilang pekerjaan.... PH??? Buat bodo senyap sunyi membatukan diri.... PSM jugak yang cakna.... isu-isu terkait marhaen mustad'afin bukan lah benda yang utama pada PH.... 

Pasai itu la gua selalu cakap... PH nih berpolitik ja lebih... tapi takdak hasil tuntas... poyo ja lebih..



Hadan Huker PH dan BN

Bhai/DeeDee semua...

PAS dah solid pengundi tegar... pastue tambah dengan pengundi BERSATU dan Undi 18 .... hehehe... menang lagi lar PAS pada PRU15 atas nama Perikatan Nasional (PN)... hahaha

Hadan huker la PH dan BN...

#PRU15 #Undi18 #ParlimenKemaman #Kemaman



PH Dah La Tak Kuat, Tapi Bertelagah Sesama Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Depa ingat Pakatan Harapan (PH) nih cukup kuat.... Cukup dapat sokongan besar dari rakyat (pengundi)... Depa ingat pengundi akan undi depa sama macam impak pada PRU14 .... Tapi depa silap ... silap besar...

Gua tau tulisan gua nih akan mengundang amarah dari kawan-kawan yang dok dalam Pakatan Harapan... yang dok dalam DAP... yang dok dalam PKR ... dan yang dok dalam AMANAH... 

Tapi...

Seperti mana lu orang tau... gua akan bercerita tentang akar umbi... gua akan bercerita tentang marhaen mustad'afin... gua akan bercerita tentang pengundi atas pagar.... malah gua akan bercerita tengan apa yang berkemungkinan besar Undi 18 akan buat... gua citer realiti.... takder nak tutup dengan citer ampu dan bodek..

Simple.... 

Pada padangan pengundi atas pagar ... mereka lihat Pakatan Harapan (PH) sedang kacau bilau... PH tue tak kuat pun... PH cuma option kepada pengundi atas pagar yang dah muak dengan Barisan Nasional (BN).. Dulu PH dapat undi besar dari atas pagar pasai pengundi takder pilihan lain... Tapi kini tak... Pengundi atas pagar ader pilihan dah.... Depa tak suka BN tak bermakna depa akan undi besar kat PH... Pengundi atas pagar boleh ja nak undi Perikatan Nasional (PN) ... Mungkin apa jugak ramai yang akan undi Gerakan Tanah Air (GTA) tapi GTA tak la kuat mana... dan pengundi tak berapa nak kenal logo GTA...

Tapi ... tentang Perikatan Nasional (PN) .... pengundi dah kenal... dan pengundi dah tau camana dan siapa didalam PN...

PH dah la tak kuat, tapi bertelagak sesama sendiri. Pemimpin besar AMANAH pun tak berani nak bekap kawasan sendiri... sampaikan kena buli dengan DAP ... macam di Changkat Jong Perak bila Dr Muhaimin Sulam (AMANAH) yang dah dapat surat dan lampu hijau dari Mat Sabu untuk jadi calon... tetiba DAP masuk campur nak kawasan tue... dan Anwar Ibrahim, Anthony Loke dok tekan Mat Sabu sampaikan Mat Sabu boleh beralah... bagi gak kat DAP...

Dalam kes Parlimen Jerai pun sama... Betapa lemahnya Mat Sabu nak pastikan AMANAH jadi calon disana... yang akhirnya dikebas juga oleh DAP kerusi tue... lalu menyebabkan Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengerusi Amanah Kedah) dipecat keahliannya semalam... 

Gila... hanya kerana takutkan DAP... hanya kerana lemahnya pentadbiran Mat Sabu... Pengerusi Amanah Kedah dipecat.... Bangang.... time dah bubar Parlimen dan nak PRU15 nih boleh pulak nak pecat bagai.... Bodoh aaaa rupanya Mat Sabu nih.... orang masa nih la nak memperkuatkan parti.... nak memperlihatkan kepada pengundi atas pagar yang AMANAH nih berintegriti dan kuat.. dan boleh memperjuangkan orang Melayu...

Amanah tue parti Melayu... parti solid Melayu... PKR bukan parti solid Melayu.... tapi AMANAH kena buli dengan PKR dan DAP .... bodohlah....

Dalam kes Parlimen Sungai Siput pun PKR dok berlagak macam boleh memang besar dan takmo nak bekerjasama dengan PSM.... benda simple jer... PSM cuma mintak 1 kerusi jer... itu pon PH ta k boleh nak bekerjasama dan buat deal... walhal PSM tue ader kecenderungan nak deal ngan PH... dan depa memang takkan ngam ngan BN atau PN..... Tapi pasai PH bodoh... berlagak dan sombong... serta tamak....

So.... pada PRU15... memang jahanam la PH... pengundi dah ader pilihan.... kalu tanya ramai pengundi atas pagar.... mesti mereka akan kata PH boleh pi jahanam la.... sebab depa boleh undi PN kalu depa tak suka BN...

Babai....





30 October 2022

Nak Menang Ke Tak Nak Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Baru nih gua ader buat sedikit kajian... kajian atas data pola pengundian pada PRU14 dulu... dan diselarikan dengan data bakal pola pengundian pada PRU15 termasuk impak Undo 18.

Ikut dapatan gua... setiap kerusi Parlimen di Malaysia nih akan dapat pertambahan dari 5000 hingga 15000 pengundi baharu dari Undi 18... Undi 18 nih sebenarnya kritikal... cara dan pilihan undian mereka belum dapat dijangkakan...

Apa yang kita boleh nilaikan adalah sekadar undi dari penyokong dan pengundi tegar yang mengundi sesetengah parti ...

Dan dari apa yang gua boleh simpulkan...

Barisan Nasional akan mendapat paling banyak undi manakala Perikatan Nasional akan mendapat tempat kedua undi... Pakatan Harapan pula akan mendapat undi yang sederhana walaupun meningkat... manakala Gerakan Tanah Air akan mendapat undi paling sedikit.

Oleh itu... percaturan yang gua lihat telah diambil oleh DAP dan PKR secara tidak langsung telah melemahkan Pakatan Harapan itu sendiri..

Melainkan ada perubahan yang berani Pakatan Harapan buat seperti yang gua dah banyak kali nasihatkan...

Hahaha...



Voter Sentiment Ratio (VSR) 29th October 2022

Bhai/DeeDee semua...

Citer banyak tagune... baca, nilaikan dan hadam.... buat strategi tue betul-betul. Pastikan mengambilkira Undi 18.



Kalau MUDA Menang 2 Dari 3 Kerusi?

Bhai/DeeDee semua...

Manusia merancang, tapi Allah Taala menentukan... Dan penentuan dari Allah Taala tue adalah baik bagi kita manusia nih.... hanya kalaulah kita mengetahui...

Camnie.... MUDA nampaknya akan bertanding di 3 Kerusi Parlimen yang agak sukar... Kepala Batas Pulau Pinang, Tanjung Karang Selangor dan Tanjung Piai Johor...

Dua dari Tiga kerusi ini akan ditandingi oleh penyandangnya dari calon heavyweight... calon berstatus Menteri.... 

Jadi... kalau MUDA boleh menang 2 dari 3 kerusi ini.... agaknya apa akan jadi pada penyandang tue... Mana la tau kan... tambah lagi dengan UNDI 18 nih... apa-apa pun kita tak boleh nak jangka... hahaha

Tapi pada gua... gua suka kalu MUDA menang di Kepala Batas dan Tanjung Karang.... kalu dapat menang di Tanjung Piai pon lagi lah okey... hahaha ... sekali sekala tumbang taikor-taikor lama yang non performed tu elok sangat la...

Baru ader akai sikit kat depa... Hahaha



29 October 2022

Gua Tak Terkejut Kalau KJ Menang Di Sungai Buloh

Bhai/DeeDee semua...

Betul Parlimen Sungai Buloh mempunyai kekuatan yang agak stabil buat PKR/PH....

Tapi...

Gua tak terkejut kalau KJ menang di Sungai Buloh pada Pilihanraya Umum ke 15 yang akan berlangsung pada 19 November 2022 nih... 

Memang atas rekod kekuatan PKR/PH di Sungai Buloh agak kuat... kemenangan yang agak besar pada PRU14 ... namun semuanya boleh berubah... Gua tau ada orang dalam UMNO/BN yang nak tamatkan karier politik Khairy Jamaluddin sejak sekian lama ... tapi nampaknya tetap juga tidak berhasil..

Kita tahu kawasan Parlimen Rembau memang solid buat UMNO/BN dan tentunya Tok Mat boleh menang dan menjadi Ahli Parlimen Rembau.... itu bagoosh untuk masa depan Tok Mat diarena politik Persekutuan.... 

Apa pun... kalau Khairy Jamaluddin (KJ) menang pada PRU15 di Parlimen Sg Buloh... secara logiknya KJ memang ada aura jauh dalam Politik Malaysia.



Kesian Kat Dia Ni

Bhai/DeeDee semua...

Senang cakap.... yang tak selesa dengan pemilihan calon PRU15 nih bukan rakyat dan penyokong.... tapi banyaknya dari calon-calon sekenhen yang dah tak tercalon balik..

Sebagai contoh la... 5 tahun ja P. Prabakaran dok di Parlimen Batu.... berapa besar impak yang dier bawak berbanding dua tiga penggal Tian Chua handle Parlimen Batu ...

Jauh bhai.... hahaha...

Tue yang macam meroyan Tian Chua nih... hahaha... dah boleh agak dah... hahaha



Rasuah Pilihanraya Menggunakan Matawang Kripto?

Bhai/DeeDee semua...

Pilihan Raya Umum Ke-15 di Malaysia pada 19 November 2022 akan menyaksikan penggunaan mata wang digital dan mata wang kripto akan digunakan secara meluas sebagai medium untuk merasuah pengundi.

Ia berkemungkinan dilaksanakan secara sembunyi-sembunyi atau pun secara terbuka. Setakat ini diketahui ada pihak yang cuba mendapatkan undi dengan menggunakan kaedah ini.

Penggunaan mata wang digital atau mata wang kripto dilihat dapat mengelak pengesanan dan pengesanan pertukaran wang antara pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Malah rasuah yang besar boleh diberikan kepada penerima tanpa melibatkan bank dan institusi kewangan.

Secara tidak langsung PRU15 kali ini akan menjadi medan teknologi sama ada dari segi kempen mahupun dari segi rasuah.

Pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan PDRM diharap lebih proaktif dalam menangani kesan penggunaan teknologi telefon pintar, komputer, media sosial, blockchain dan Internet.



28 October 2022

Tiada Deal Untuk Tambun Kata BN

Bhai/DeeDee semua...

Seperti dijangka... BN (UMNO) memang takkan bekerjasama dengan PAS dan BERSATU bagi kerusi Parlimen Tambun untuk menentang Anwar Ibrahim (PKR/PH).

Ianya disahkan oleh Ahmad Maslan.

Memang tiada deal untuk Tambun kata BN... pada gua ini sebenarnya penting bagi imej UMNO/BN yang dah dicalarkan oleh Muafakat Nasional dengan PAS ...

Kalu BN (UMNO) nak kekal releven di Parlimen Tambun... adalah lebih baik bertanding UMNO/BN bertanding sendirian tanpa buat deal gila dengan PAS dan BERSATU....

Itu ja nak cakap..



Muafakat Nasional Akhirnya Kelaut

Bhai/DeeDee semua...

Pada 14 September 2019 ... UMNO dan PAS telah menandatangani satu Piagam .... yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional... Dengannya... UMNO dan PAS telah bersetuju untuk bekerjasama dan memperkukuhkan kuasa orang Melayu dalam persada politik Malaysia.

Lalu berdamailah seteru lama nih ... seteru puluhan tahun sampai insiden kafir mengkafir... bercerai berai... solat dua imam... malah sampai tak makan hasil sembelihan lain-lain puak... ada yang lagi kronik sampai putus adik beradik, anak beranak ... saudara mara...


Lalu pada 2020 ... UMNO dan PAS telah terus mencatur kerusi-kerusi penting di beberapa negeri yang mereka dijangkakan akan bertanding... agak mengelakkan pertembungan sesama sendiri... Kononnya mereka akan lebih bertolak ansur dalam pembahagian kerusi...

Yang kelakarnya pada masa itu... pembahagian kerusi hanya berlaku di bukan dua negeri ini... Kelantan dan Terengganu.... selain dari dua negeri nih... semua ader sepakatan pembahagian kerusi... Kelantan dan Terengganu berkemungkinan akan berlaku pertembungan sesama sendiri katanya... walaupun ada Piagam


Dan akhirnya.... berita ini pulak kita nampak... Hahaha...

Memang dari awal lagi gua dah kata.... PAS memang munafik dan UMNO akan kena kencing gak akhirnya... Hahaha... kan dah berlaku... PAS memang mengencing UMNO secara berdepan... Yang kelakarnya.... PAS buat macam dia yang jadi mangsa... hahaha...  ader konflik minda nih...

PAS paling kerap halusinasi... sebabnya Presiden PAS pun memang terkenal halusinasi tak kira siang atau malam.... komentar dier penuh dengan kegilaan... 

Hehehehe...... payah bhai kalu dapat Presiden wayar... gila... tidak waras... Hahaha








Ostad Pon Layan Bahan Lucah

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat Ostad tak layan bahan lucah .. Ostad pon layan bahan lucah la bhai... Bukan sajer Ostad Islam... tapi Ostad Kristian pon sama...

Hahaha... jangan ingat benda nih Ostajah Kristian ja buat... wei .... Ostajah Islam pon maybe ader buat jugak... cuma baek punya cover line... Hahaha 

Manusia bhai... mana ader yang perfect... mesti akan ader buat dosa dan maksiat sana sini... manusia tak maksum ... manusia itu lemah... dalam banyak kes manusia mudah dikawal oleh nafsu.... 

Ader Ostad Kristian yang baham budak kecik... lelaki dan perempuan... Ostad Islam pon ader... Dulu gua ader baca kat mana ntah... Ostad Yahudi pon ader buat perangai yang sama... tak terkojot... takdak pelik... susah nak kawal nafsu nih... melainkan dengan beriman yang teguh...

Huhuhu... Apa kabor Ostad PAS PPV .... hahaha




Mampukah Perubahan Berlaku

Bhai/DeeDee semua..

Parlimen Pasir Salak adalah kawasan solid Melayu.. terakam banyak insiden yang menjadikan Orang Melayu disini menjadi kuat dan menjadi pejuang... Ada dua DUN disini... satunya di DUN Sungai Manik dan satu lagi di DUN Kampung Gajah..

Ikut sejarah... Jepun dan Komunis diserang besar di Sungai Manik... Manakala British pula banyak yang hilang nyawa di Kampung Gajah .... 

Kini pada PRU15 ... Anak Almarhum Nik Abdul Aziz (mantan Menteri Besar Kelantan) pula akan bertanding di Parlimen Pasir Salak... Nik Omar Nik Abdul Aziz dari Parti Amanah yang membawa logo Pakatan Harapan nampaknya berkemungkinan besar akan berlawan dengan Tajuddin Abd Rahman dari UMNO yang akan membawa bendera Barisan Nasional.

Itupun kalu Tajuddin Abd Rahman kekal bertanding pada PRU15 kali ini... susah nak cakap percaturan UMNO/BN kali ini sebab Tajuddin Abd Rahman telah digantung keahliannya dalam Parti... 

Tapi kalu orang lain yang dinamakan oleh UMNO/BN sebagai calon PRU15... rasanya mungkin akan ader sedikit peluang bagi Nik Omar Nik Abdul Aziz nih...

Persoalannya... Mampukan perubahan berlaku di Parlimen Pasir Salak atau pun para pengundi kekal mahukan UMNO/BN menerajui politik di Pasir Salak. 

Pengundi bukan tak tahu betapa kroniknya masalah rasuah yang membelenggun UMNO/BN dimana tidak ada seorang pemimpin dalam UMNO/BN yang tidak terpalit dengan salahlaku ini... Tapi pengundi biasanya sekadar menutup mata, telingan dan mulut... Sekadar menolak dalam hati tapi tangan tetap memangkah calon korup dalam UMNO/BN seperti biasa....

Huhuhu



27 October 2022

LGE Buat Kerja Bodoh ...

Bhai/DeeDee semua...

Habis la … statement nih akan ditwist oleh cytro BN …Bodo punya LGE bagi statement camnie time nak PRU… bangang aaa

Takkan dier tatau yang Perlembagaan Malaysia mengatakan hanya Orang Melayu ja boleh jadi PM… Adoilah…

Bangang… saja bagi peluru kepada musuh.



GTA Sasar 100 Kerusi

Bhai/DeeDee semua...

100 kerusi Parlimen yang disasarkan oleh Gerakan Tanah Air (GTA) .... besar sangat sasaran mereka nih... tahu la duit mereka banyak... tapi 100 kerusi tue rasanya banyak yang akan hilang wang pertaruhan... hilang deposit..

Gua menjangkakan hanya antara 3 atau 4 kerusi Parlimen ja yang dapat mereka menang pada PRU15 kali nih... selain dari tue... haup... 

Takder boleh pi jauh GTA nih.... sebab itu mereka terdesak nak join ngan Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.... Hahaha... sebab mereka sendiri tahu kekuatan parti mereka...

Huhuhu...

Untung la SPR kali nih sebab akan dapat banyak duit deposit (pertaruhan) yang hangus .... Hahaha.



Mahathir Mohamed Sudah Sangat Terdesak

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Gerakan Tanah Air (GTA) takkan pergi ke mana pun... setakat syok sendiri jer... dan kita juga tahu Parti Pejuang pon tak pergi mana jugak jauhnya... silap-silap kalu dapat tak hilang duit pertaruhan pilihanraya pon dah kira bagoosh la..

Hahaha...

Sebab itu bila baca citer tang Mahathir Mohamed tulis suruh buang ego... Hahaha... gua gelak jer... sebab kita tau siapa la yang paling ego sekali... Hahaha... bukan Anwar Ibrahim pun... hahaha

Itu menunjukkan bahawa Mahathir Mohamed sudah cuak... sudah risau... sudah libang libu... Hahaha... semua perancangan dier dalam PRU15 semacam makan diri.... hahaha.. itu sebab la Mahathir Mohamed nak deal ngan PKR... nak deal balik ngan Pakatan Harapan... hahahaha...

Sebab dier tahu.. GTA tak kemana... paling kuat pun Pejuang deal ngan Perikatan Nasional... itu ja... tapi mahu ka Perikatan Nasional nak terima Pejuang... nak terima GTA.... Hahaha... Naya wei... hahaha

Habis la...



Amirudin Shari vs Azmin Ali

Bhai/DeeDee semua...

Kerusi Parlimen Gombak nih pada gua agak seronok untuk diperhatikan..  Mana taknya... ini adalah kerusi yang disandang olah Azmin Ali sejak dia dari dalam PKR lagi... Hehehe... dan Azmin Ali katanya tidak pernah jadi pengkianat.. dia tak melompat parti katanya ... tapi dibatalkan keahlian dalam parti.... katanya lagi la ... Hahaha

Apa pun ... kita semua tahu siapa Azmin Ali... dan apa yang telah diperbuatkan olehnya... Hahaha ... tak payah la dier nak pusing bagai...

Hehehe... Yang pasti MB Selangor (Amirudin Shari) nampaknya berpotensi akan berlawan di kerusi Parlimen Gombak nih pada PRU15 ... Pilihanraya 15 ... berlawan dengan Azmin Ali....

Pertembungan Amirudin Shari vs Azmin Ali pastinya akan menjadi satu penanda aras dalam pertembungan Pakatan Harapan vs Perikatan Nasional.... dan ianya akan jadi satu pertempuran yang sengit... Siapakan yang akan diundi oleh para pengundi pada PRU15 nih...

Jadi ... kita nantikan pada Jumaat nih pengumuman senarai calon Pakatan Harapan di Selangor.



Ini Perangai Stendet

Bhai/DeeDee semua...

Buka semua orang boleh ber asosiasi ... ber persatuan ... berpakat.... Banyak yang jenis perasan bagoosh,... perasan kepala besar... perasan taiko ...

Payah.. setiap kali Pilihanraya... mesti akan ader perangai macam nih... ini perangai stendet... biasa akan berlaku kat orang-orang yang rasa kemenangan berlaku atas sebab kekuatan diri mereka sendiri... Persoalan yang wajar ditanya... 

Adakah ko rasa orang mengundi ko atas sebab diri ko sendiri ... atau orang mengundi ko atas dasar parti?

Banyak orang akan kelabu mata dan minda.... dan perasan yang orang mengundi atas dasar diri mereka... kekuatan dan sokongan atas mereka... walhal mereka sebenarnya picisan jer... kecil sangat... untuk mendapat undi yang begitu besar... kalau ditanya pada pengundi... hampir sebahagian besar pastinya mengundi sebab lambang dan parti... bukan atas individu..

Payah aaaa nak nasihat puak-puak yang perasan bagoosh nih.... dalam semua parti pon ader... hahaha

Jahanam



26 October 2022

Jangan Tebang Pokok Yang Merimbun

Bhai/DeeDee semua...

Jangan lah kerana daun-daun kering yang ditiup angin, maka pokok yang merimbun lebat berbuat ditebang....

Janganlah buat kerja bodoh... Dah dapat Wakil Rakyat yang cukup blending dengan rakyat dan pengundi.... dah serasi... tetiba nak ditendang keluar dan diletakkan calon baru sebagai Wakil Rakyat... 

Penat la macam nih.... adoilah... jangan tebang pokok yang merimbun.. Cukuplah ... berhentilah...

Charles Santiago memang wakil rakyat yang cukup sesuai di Klang.... bukan sehari dua dia dah berkhidmat bagi penduduk dan rakyat di Parlimen Klang... tapi dah lama... cukup lama... Untuk PRU15... bagilah chan dier teruskan berkhidmat disana buat sepenggal lagi..

PRU16 nanti gantilah orang lain...



PAS Cukup Tegar Anti DAP, Tapi ...

Bhai/DeeDee semua...

Satu yang lawak dengan PAS adalah PAS cukup tegar anti DAP walaupun dulu Abdul Hadi Awang la selaku Presiden PAS boleh duduk semeja dengan baiknya dengan DAP...

DAP selalu jadi mangsa tuduhan dari PAS dengan isu-isu Anti Islam la.. Anti Raja la... Anti Sultan la... Anti Melayu la... malah sampai tuduhan mengatakan DAP itu adalah Komunis dan penyokong kuat LGBT...

Hahaha

Gua bukan aper... gua tau PAS dan UMNO memang memerlukan DAP untuk menjadi punching bag mereka agak PAS dan UMNO kekal relevan dalam dunia politik Malaysia.... PAS dan UMNO selalu memancing cerita kononnya DAP rasis.... walhal yang sebenarnya rasis adalah MCA dan MIC serta PAS dan UMNO itu sendiri...

Hahaha...

Apa pun... sepanjang gua hidup nih... tak pernah sekali pun Kerusi Parlimen atau DUN yang DAP pegang akan dilawan oleh PAS ... PAS tak pernah lawan one to one kerusi Parlimen dan DUN DAP ... hahaha... malah PAS tak berani nak letak calon DHPP sebagai lawan kepada kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi oleh DAP ...

Sembang jer la... tapi tolo takdak.... Hahaha



Berkejar Tentang Calon, Tapi ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua lihat semua parti sedang berkejar tentang calon, tapi lupa kepada asas sesebuah pilihanraya... iaitu Polisi dan Dasar serta Hala Tuju kemana nak dibawa Malaysia nih... 

Setakat nih gua tak nampak mana-mana parti yang sedang membawa penerangan atau kempen tentang Polisi, Dasar dan Hala Tuju... kosong... semua parti lebih membuat perkiraan tentang calon dan berebut kerusi kawasan selamat untuk bertanding...

Dari calon-calon yang dah lama pon kalut nak carik kawasan selamat sampailah ke calon yang baru nak masuk bertanding...  semua kelam kelibut pasai lokasi dan undi...

Walhal benda paling penting rakyat nak tahu adalah macam mana pengembangan ekonomi negara nih nak diperbaiki... macam mana dengan kadar pengangguran yang merencatkan pembangunan kekeluargaan... macam mana dengan kemudahan infrastruktur.... macam mana dengan pendidikan rendah, menengah dan tinggi...

Macam mana dengan kadar ketirisan dana kerajaan dan polisi membenteras rasuah... Bagaimana pula dengan peningkatan kadar kesihatan mental rakyat.... macam nama dengan dasar keselamatan bekalan makanan serta macam mana dengan alam sekitar dan kerakusan pihak tertentu menggodolkan hutan serta mengakibatkan green house effect?

Semua ini tidak cuba untuk dibawa kedepan oleh mana-mana Parti Politik ... senyap sunyi ... melainkan lebih menumpukan kepada calon... sikit-sikit calon dan kerusi selamat...

Hampeh aaa...



25 October 2022

Voter Sentiment Ratio (VSR) 24th October 2022

Bhai/DeeDee semua ...

Korang pikir sendiri la apa strategi nak dibawak ... Apakah yang sedang korang plankan tue mendapat sambutan dari para pengundi terutamanya dari anak muda Undi 18 dan dari pengundi atas pagar...  Atau sekadar korang syok sendiri ja...

Dah dibagitau... terpulang la nak amik cakna atau tidak... apa-apa pon yang nak terlungkup pun aderlah korang jugak...

Hadan Huker...



Hanya Jumpa 5 Tahun Sekali

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... tak terkejut sangat pun benda ni berlaku... yer la.. nampak YB cuma 5 tahun sekali jer.. selama 5 tahun tue langsung tak nampak batang hidung... hahaha... usahkan nak hadir majlis kenduri .. program di sekolah yang jemput YB pon YB tak datang.... wakil pon susah nak ader...

Tetiba jer biler time nak pilihanraya... nak mengundi... muncul jer YB hadir ngan gerombolan macai-macai dan walaun dier.... dok hulur sumbangan itu ini... semua tue nak pancing undi la... supaya sokong dier...

Ini semua rasuah la wei.... jadi bahan bakar api neraka.... huhuhu

YB jenis nih ader celaka punya Wakil Rakyat



Kerumitan memilih minyak sayuran manakah yang paling mampan?

Bhai/DeeDee semua....

Gua bercadang nak menulis sekali sekala tentang perkara yang ilmiah dan akademik.. supaya dapat membuka mata kita semua tentang kehidupan, alam sekitar, teknologi dan pendidikan. Jadi harapnya lu orang baca la beberapa penulisan gua dalam blog ini yang agak lebih ilmiah.... Hahaha... harapnya la kan...


Kerumitan memilih minyak sayuran manakah yang paling mampan?

Minyak sayuran secara amnya merujuk kepada sebarang minyak yang diperoleh daripada tumbuhan—sama ada biji, kacang, bijirin atau buah-buahan. Sesetengah minyak ini, seperti kanola dan zaitun, digunakan untuk memasak dan salad dressing, yang lain, seperti kacang soya atau bunga matahari, boleh ditambah kepada formulasi sabun atau minyak wangi. Kerana serba boleh dan aplikasinya dalam banyak industri, permintaan global untuk minyak sayuran semakin meningkat. Anggaran pasaran minyak sayuran mencapai kira-kira 219 juta tan pada 2020, yang dijangka mencecah kira-kira 285 juta tan menjelang 2026.

Minyak sawit, tanaman minyak sayuran yang paling cekap untuk ditanam, kini merupakan minyak sayuran yang paling banyak digunakan di dunia. Bagaimanapun, penukaran hutan paya gambut Asia Tenggara kepada ladang kelapa sawit bertanggungjawab untuk kira-kira 0.44 hingga 0.74 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau (GHG) global. Memandangkan kesan alam sekitar daripada pengeluaran minyak sayuran, terdapat keperluan mendesak untuk penyelesaian pertumbuhan yang lebih mampan.

Pengeluaran minyak sesawi mengeluarkan paling sedikit gas rumah hijau

Satu kajian 2022 yang diterbitkan dalam Science of The Total Environment menilai tahap dan variasi pelepasan gas rumah hijau (GHG) merentas keseluruhan rantaian pengeluaran minyak sayuran, termasuk kegemaran seperti sawit, kacang soya, biji sesawi (juga dikenali sebagai kanola) dan minyak bunga matahari. Penulis melihat kesan pelbagai sistem pengeluaran, daripada pembersihan tumbuh-tumbuhan dan penggunaan amalan pertanian kepada pemprosesan buah-buahan dan biji benih untuk membuat minyak ditapis.

Mereka mendapati bahawa median pelepasan GHG bagi biji sesawi, bunga matahari dan minyak sawit semuanya lebih rendah daripada median global merentas semua sistem tanaman minyak, iaitu 3.81 kilogram bersamaan karbon dioksida bagi setiap kilogram minyak ditapis.

Menurut kajian itu, minyak biji sesawi menghasilkan kira-kira 2.49 kilogram setara karbon dioksida bagi setiap kilogram minyak ditapis. Ini jauh lebih rendah daripada minyak kacang soya, yang menghasilkan pelepasan tertinggi pada 4.25 kilogram bersamaan karbon dioksida setiap kilogram minyak ditapis. Ini bukan kali pertama penyelidik menemui hasil yang serupa-kajian 2015 yang diterbitkan dalam Journal of Cleaner Production yang menilai pelepasan GHG daripada empat minyak sayuran yang sama serta minyak kacang tanah juga mendapati minyak biji sesawi merupakan pilihan yang paling tidak berintensif karbon.

Mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi kuantiti pelepasan GHG adalah penting dalam mencari cara untuk meningkatkan kemampanan. Contohnya, menggunakan baja nitrogen sintetik dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan pelepasan kerana menghasilkannya memerlukan tenaga. Baja ini juga membebaskan nitrus oksida, GHG yang kira-kira 300 kali lebih kuat daripada karbon dioksida.


Bagaimana untuk meningkatkan kemampanan pengeluaran minyak sayuran

Gas rumah hijau bukanlah satu-satunya perkara yang mentakrifkan kemampanan. Sebagai contoh, adalah penting untuk tidak meninggalkan penggunaan tanah dan penggunaan air dari segi pengeluaran minyak sayuran. Minyak sesawi mungkin berprestasi terbaik dari segi pelepasan GHG, tetapi minyak bunga matahari mempunyai kesan paling sedikit apabila ia melibatkan penggunaan air.

Minyak sawit dikaitkan dengan jejak tanah yang rendah, dan petani boleh mengeluarkan jumlah minyak yang lebih tinggi ke atas kawasan tanah yang kecil kerana hasil yang tinggi. Petani boleh mengeluarkan 89 juta tan minyak sawit daripada 47 juta hektar tanah pertanian, berbanding hasil gabungan 92 juta tan kacang soya dan minyak biji serai daripada lebih 402 juta ekar.

Mengutamakan pengeluaran di atas tanah dengan potensi simpanan karbon rendah, sambil menghutanan semula kawasan pertanian yang mempunyai potensi simpanan secara serentak apabila tumbuh-tumbuhan dijana semula, boleh membantu mengimbangi pelepasan. Walaupun ini mencabar, ia boleh membantu dalam meningkatkan kelestarian bukan sahaja minyak sayuran, tetapi tanaman lain juga.

Apabila bercakap mengenai minyak sawit, salah satu sumber terbesar pelepasan GHG ialah air sisa yang dihasilkan semasa peringkat menekan minyak yang dipanggil efluen kilang minyak sawit (POME), yang membebaskan sejumlah besar metana. Setiap tan buah sawit yang dikisar menghasilkan kira-kira 0.87 meter padu POME. Menangkap dan menggunakannya sebagai sumber tenaga menggunakan teknologi penangkapan biogas, seperti sistem lagun berbumbung atau reaktor sesentuh, boleh mengurangkan jejak karbon pengeluaran minyak sawit secara drastik. Walau bagaimanapun, kebanyakan kilang pemprosesan minyak sawit masih belum menerima pakai teknologi ini.

Bagi jenis tanaman lain, meningkatkan kemampanan boleh bermakna mengurangkan jumlah nitrogen sintetik yang digunakan pada tanaman sebanyak mungkin, yang secara amnya merupakan sumber terbesar pelepasan GHG di ladang, tambahnya. Ini boleh dilakukan dengan memilih varieti tanaman yang ditanam yang lebih cekap dengan penggunaan nitrogennya dan termasuk tumbuhan pengikat nitrogen, seperti kekacang, dalam putaran tanaman, yang memberikan nitrogen kepada tanah secara lebih semula jadi.

Siapa yang boleh melaksanakan perubahan ini? Pada masa ini, terdapat sedikit insentif untuk pengeluar minyak sayuran untuk melakukan banyak usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG mereka. Insentif kerajaan dan pelaburan dalam teknologi untuk mengurangkan pelepasan daripada langkah pemprosesan pasti akan membantu.

Selagi Boleh Ditarah ...

Bhai/DeeDee semua...

Mereka-mereka nih mana ader kira tentang alam sekitar ker.. atau ancaman banjir jer... tak kira semua tue.. Pada diorang yang penting adalah duit ringgit... Mana taknya... mereka semua nih duduk di puncak kuasa.. rumah pon berada dikawasan bebas banjir... dikawasan tinggi..

Jadi mereka tak terkesan pun dengan semua ini... 

Paling kurang pun... dengan duit ringgit hasil keuntungan nih ... mereka akan membeli aset hartanah di luar negara... di negara lain... dan menjadikan Malaysia nih tempat mereka mengaut keuntungan dan seterusnya ditinggalkan lalu memunggah segalanya di negara lain...

Betapa bangsatnya mereka-mereka ini... memang bangsat... sebangsat-bangsat spesis..

Celaka 700 keturunan...

Yang jadi mangsa adalah orang biasa yang alam sekitar dah tercemar... kena pulak banjir kilat... banjir besar... banjir air termenung... jahanam harta benda.. jahanam aset.... hutang bertambah.... adoilah.... memang celakalah semua nih...






Ada Proof Ka Najib Razak Masuk Penjara?

Bhai/DeeDee semua...

Just nak tanya la nih...

Jabatan Penjara Malaysia boleh bagi proof ka yang Najib Razak nih memang dah masuk Penjara.
Sebab la nih orang tak percaya Najib Razak tu dah dok dalam Penjara.

Betui ... ramai tak percaya yang Najib Razak tu dah duduk dalam Penjara.... gua pon sama... usahkan orang lain... huhuhu



24 October 2022

Betapa Bangsatnya Perangai Saekor Lobai...

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang cukup berbangga dengan kerja buat dier untuk menggulingkan kerajaan yang sah lalu menaikkan kerajaan lain tanpa mandat para pengundi....

Betul-betul dier cukup bangga... siap dihebahkan sana sini....

Yer la... Abdul Hadi Awang memang akan sentiasa ada dalih dan dalilnya... akan ada la Walaun ramai yang akan bekap Abdul Hadi Awang... Ala... walaun bukannya ader akal dan otak.... Hahaha



Tak Percaya Pada Logo Grup Sendiri Ke?

Bhai/DeeDee semua..

Gua gelak jer biler tengok masing-masing parti dalam PH dan PN yang nak guna logo sendiri berbanding logo kumpulan...

Yang Pakatan Harapan .. ader yang nak guna logo PKR la.. ader yang nak guna logo DAP la.... hahaha
Yang Perikatan Nasional ... ader yang nak guna logo PAS la....

Hahahaha.... awat??? tak percaya pada logo grup sendiri ka??

Lawak siot... Hahaha... nampak sangat la memang takder kesepakatan ... tak macam Barisan Nasional.... BN tue semua ahli dalam grup dier akan guna logo Dacing BN.... hahaha

Baru la nampak sepakat... nampak kuat...



Maszlee Malik Ni Ada Peluang Menang Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu gua cakap tak selari ngan pandangan lu orang.... mesti lu orang akan kecam berjela gua.. Hahaha... tapi itu lah gua... gua macam biasa la... tetap akan bagi pandangan gua... pandangan tentang politik yang pastinya tak ngam ngan lu orang... Hahaha... pandangan tentang pilihanraya... tentang BN.. tentang PH... tentang PN ... tentang GTA dan sebagainya...

Terpulang la kat korang nak terima atau tidak... Hahaha

Cuma sekadar nak tanya nih... Maszlee Malik ni ada peluang menang ke di Simpang Renggam?

Kalu takder calon nama besar pun belum tentu Maszlee Malik nih boleh menang ngan selesa... Banyak sebab yang tidak memberikan satu kelebihan kepada Maszlee Malik di Simpang Renggam ... pengundi Saluran 1 dan 2 memang takkan undi dier...

Pengundi Saluran 3, 4, 5 dan 6 pun tak solid akan undi dier.... malah ramai yang tak ngam ngan Maszlee Malik walaupun dari kumpulan Undi 18 .... sama ada tak ngan kesan dari kempen propaganda yang dibuat sekian lama atau tidak... Hahaha... Apa pun.. Maszlee Malik nih takder aura kemenangan yang solid di Simpang Renggam pada PRU15 ... 

Huhuhu...



Mana Satu Pilihan Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Persoalan sekarang nih... yang mana satu pilihan rakyat.... Terutama rakyat Sabah dan Sarawak.... Kita semua tahu... selama 60 tahun lebih Barisan Nasional memerintah... Sabah dan Sarawak telah terpinggir dari arus pembangunan infrastruktur awam.... Mana tidaknya.... ramai pemimpin dari Sabah dan Sarawak lebih mementingkan kantung dan poket mereka je...

Selama 60 tahun orang Sabah dan Sarawak dinafikan hak mereka untuk mendapat kemudahan jalanraya dan infrastruktur awam yang lebih baik... Malah kos hidup untuk barang-barang cukup berkali ganda di Sabah dan Sarawak...

Tapi kita tahu... Para pemimpin disana memang sengaja buat macam nih untuk terus memudahkan mereka mengawal minda rakyat... mudah sangat... macam semalam gua tengok dalam berita yang Ronald Kiandee dok bagi beras dua kampit sorang kepada rakyat dalam satu program berkaitan Kementeriannya...

Rasuah pilihanraya dah jadi sinonim di Sabah dan Sarawak... dan rakyatnya tidak mendapat maklumat yang betul tentang kepimpinan dan kenegaraan...... kita harapkan Undi 18 yang sedang digembleng masa nih akan menjadi pemangkin untuk rakyat Sabah dan Sarawak berubah dan mendapat lebih hak mereka sepertimana yang termaktub dalam MA63.



23 October 2022

Kalaulah PH Bijak ...

Bhai/DeeDee semua...

Kalaulah Pakatan Harapan (PH) bijak, tak tamak dan perasan bagoosh serta nak dengar nasihat… patut biarkan PSM kendalikan Kerusi Parlimen Sg Siput nih.

Tapi itu la…..



Ada Pimpinan PAS Yang Tak Sembahyang Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang kata PAS akan bertanding lebih 60 kerusi pada PRU15... kenapa 60 kerusi jer... Kenapa tidak 166 kerusi macam pada PRU14 dulu...

Duit takder ker nak bertanding banyak kerusi? Takkan la UMNO tak sponsor kali nih? Hehehe... eh PAS dan UMNO kan dah mufarakah... Hahaha...

Lawak siot... Takder chan la Abdul Hadi Awang nak jadi game maker kali nih... hahaha


Eh... by the way.... takkan la ada pimpinan PAS yang tak sembahyang kot... Hahaha





Betapa Penipunya PAS

Bhai/DeeDee semua ...

PAS bukan sahaja terkenal dengan dalil-dalil yang dikutip sana sini semata-mata nak bagi relevan parti itu... tapi juga cukup terkenal dengan dalih-dalih yang digunakan untuk cover-up perangai dan sikap mereka kepada para penyokong dan para pengundi...

Dengan imej agama yang dibawa... mereka dengan mudah memperdaya semua orang....

Bagi yang tak dapat diperdayakan... akan dilabelkan sebagai kafir lalu ramailah dikalangan Ostad dan Lobai dalam PAS yang akan menerakakan mereka-mereka yang tak dapat diperdayakan...

Itu realiti.

Contoh macam dalam kes RUU355 nih....  betapa bercabangnya lidah mereka....



Abdul Hadi Awang Pun Tahu Dia Tak Layak Jadi PM

Bhai/DeeDee semua...

Mesti Abdul Hadi Awang malu nak angkat diri dia jadi PM sebab dia tahu dia memang tak layak. Sampai bila-bila pun tetap tak layak.

Hahaha … itu la lain kali jangan ditanya lain dijawab laim…. hahahaha



22 October 2022

Pertimbangan Sebelum Anda Membeli Panel Solar Mudah Alih

Bhai/DeeDee semua...

Bekerja dari sofa ruang tamu anda mungkin lebih menyeronokkan daripada bilik yang kecil, tetapi kedua-dua keadaan boleh membuatkan anda berasa terikat pada soket kuasa. Nasib baik, ada cara mudah untuk memotong kord itu dan mengalihkan ruang kerja anda ke luar—tanpa perlu risau tentang mengecas pek bateri lebih awal.

Panel solar mudah alih semakin popular apabila orang ramai mencari cara yang mudah dan mampan untuk memperkemaskan peranti mereka semasa berada di luar grid. Sama ada anda seorang backpacker tegar yang menuju jauh ke dalam hutan belantara atau berjemur yang berharap dapat menyelesaikan beberapa kerja di taman tempatan anda, terdapat panel solar peribadi di luar sana yang sesuai dengan keperluan anda.



Mengapa membeli panel solar mudah alih?

Apabila anda memikirkan panel solar, anda mungkin membayangkan medan luas papak hitam berkilat bersudut ke arah matahari. Versi mudah alih tatasusunan pegun tersebut menggunakan teknologi penangkapan tenaga yang sama, hanya digabungkan dalam reka bentuk yang ringan dan padat. Ini menjadikan ia sesuai untuk pelbagai kegunaan, daripada menghidupkan kenderaan rekreasi hingga mengecas peralatan elektronik anda semasa dalam perjalanan.

Panel solar mudah alih juga merupakan cara terbaik untuk membiasakan diri anda dengan tenaga boleh diperbaharui. Walaupun anda mungkin tidak bersedia untuk memasang bumbung suria di rumah anda, mengecas telefon atau komputer riba dengan panel kecil boleh membantu anda mengukur tahap cahaya di kawasan anda dan melihat sejauh mana kuasa suria mungkin dapat memenuhi keperluan anda.

Faktor yang perlu diingat

Walaupun kebanyakan panel solar mudah alih mudah disediakan dan mudah digunakan, sentiasa ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan apabila melabur dalam teknologi baharu. Saya telah mengumpulkan perkara yang saya fikirkan sebagai faktor paling penting untuk difikirkan sebelum anda mula menjana kuasa di luar yang hebat.

Watt

Mulakan dengan memikirkan berapa banyak elektrik yang anda perlukan. Sesetengah panel solar peribadi tersedia dalam beberapa watt yang berbeza—ukuran kuasa elektrik tulen. Sebagai contoh, Briefcase Goal Zero Boulder, panel yang dilipat menjadi segi empat tepat padat dengan pemegang untuk mudah dibawa, tersedia dalam jenis 50-watt, 100-watt dan 200-watt. Reka bentuk dengan watt yang lebih tinggi adalah lebih besar dan lebih mahal, jadi panel terbaik untuk anda bergantung pada jenis elektronik yang anda harapkan untuk kuasa. Pastikan anda membaca panduan tentang cara mengecas peranti dengan betul sebelum menggunakannya.

Panel watt yang lebih rendah tidak akan terbukti sia-sia dalam misi anda untuk menyimpang dari sumber tenaga tradisional, tetapi ia mungkin mengecas peranti anda dengan lebih perlahan daripada biasa. Untuk hasil terbaik, lihat spesifikasi peranti anda dan tentukan berapa banyak kuasa yang dibenarkan oleh kabel pengecasan mereka. Ini boleh membantu menghalang anda daripada membeli panel dengan watt yang melebihi had peranti anda.

Pilihan storan kuasa

Banyak panel mudah alih disertakan dengan kabel dan bateri yang diperlukan yang anda perlukan untuk menyimpan elektrik untuk kemudian. Bank kuasa amat membantu jika anda berharap untuk menggunakan tenaga suria apabila tiada matahari: menerangi tapak perkhemahan pada waktu malam, mengecas telefon anda semasa ribut petir atau memastikan komputer riba anda berjalan pada waktu petang yang mendung adalah contoh yang baik. Jika anda ingin menyimpan bekalan tenaga suria, pertimbangkan untuk membeli kit yang mengandungi bateri, penukar (converter) dan kabel yang diperlukan.

Anda juga boleh melangkau aksesori dan menggunakan kuasa solar anda dengan serta-merta. Banyak panel mudah alih mempunyai port USB yang membolehkan anda mengecas elektronik anda secara langsung. Pilihan yang kecil dan ringan mungkin semua yang anda perlukan untuk memastikan telefon atau komputer riba anda berjalan pada hari yang cerah. Bateri dan kabel di atas juga boleh membantu mengekalkan kos persediaan solar anda rendah.

Mudah alih

Saiz, berat dan reka bentuk panel solar peribadi anda semuanya akan menentukan kemudahalihannya. Jika anda bercadang untuk memandu ke padang yang cerah untuk menyelesaikan beberapa kerja, panel yang lebih berat dan lebih besar mungkin sesuai: anda boleh menyimpannya di dalam kereta anda sehingga anda sampai ke destinasi anda, jadi saiz dan beratnya tidak akan menjadi isu. Sebaliknya, backpacker dan pengembara harus memilih panel yang kecil dan ringan yang tidak akan membebankan perjalanan luar yang panjang. Sebelum anda membeli, pastikan anda menyemak berat dan dimensi panel, serta semua aksesorinya.

Rintangan cuaca

Walaupun kebanyakan panel solar sekurang-kurangnya agak tahan cuaca, tidak semuanya benar-benar kalis air. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah merosakkan alat baharu anda dan terperangkap tanpa elektrik semata-mata kerana ia tidak direka bentuk untuk menahan unsur. Bergantung pada intensiti lawatan luar anda dan cuaca di kawasan anda, tentukan tahap ketahanan panel anda sebelum anda membeli.

Harga

Faktor terakhir yang perlu dipertimbangkan ialah jumlah wang yang anda sanggup belanjakan untuk panel solar mudah alih baharu anda. Tidak mungkin panel sekecil itu akan membayar untuk dirinya sendiri melalui tenaga yang dihasilkannya, tetapi kebebasan dan akses ke kawasan luar yang boleh diberikan kepada anda sememangnya berharga.

Harga akan berbeza-beza bergantung pada output kuasa panel anda, komponen storan tenaga dan pukal keseluruhan. Ada kemungkinan untuk mencari pek kuasa kecil dengan komponen solar dalam julat RM100 hingga RM250, tetapi panel yang lebih besar (dan lebih berkuasa) boleh menelan kos sebanyak beberapa ratus ringgit. Tidak kira keperluan anda, terdapat panel di luar sana yang boleh membantu anda keluar dari laluan terpencil.

Tak Berani Guna Logo PN Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Nak tipu pengundi yang totok nih senang jer.... tunjukkan logo apa yang mereka dah biasa pangkah... cuba kalu letak logo Perikatan Nasional (PN) ... sure kojol awal tak kena undi... Hahaha

Saluran 1 dan Saluran 2 di Kelantan memang totok PAS... jadi terpaksa la semua pihak berlakon dan guna Logo PAS.... tak berani guna Logo PN .... Hahaha

Nampak sangatnyer memang tak kuat mana pon Perikatan Nasional nih... Hahaha ... kita nak tunggu pulak apa depa nih nak bawak di Terengganu dan Kedah... Logo mana yang depa pakai.... hahaha



Abdul Hadi Awang Tak Layak Jadi PM Ke?

Bhai/DeeDee semua..

Gua pelik dengan orang PAS .... bertanding dalam PRU macam nak rak... gempak dan ekstrem ... tapi Presiden sendiri pun orang PAS taknak dijadikan calon Perdana Menteri... calon PM ..

Apa guna sekadar jadi balachi ja... sekadar jadi tunggul kayu... tunggu ada yang nak lantik jadi Duta ka.... atau jadi Menteri biasa jer..

Patut letak la nama Abdul Hadi Awang tue sebagai calon PM ... Takkan Abdul Hadi Awang tak jadi jadi PM?? Biar betul... nih sanggup jadi pak turut ja.... angkat calon PM dari orang yang katanya ader sakit kanser....

Walhal Muhyiddin Yasin nih terkenal failed sebagai PM itu hari.... Hahahaha.... Awat la orang PAS... takkan la takder tolo nak letak dan angkat Abdul Hadi Awang sebagai PM... Adoilah...



21 October 2022

Baek Punya Bodek ...

Bhai/DeeDee semua...

Kalu mengikut tafsiran undang-undang, apa yang dipertuturkan oleh Perdana Menteri Malaysia (Ismail Sabri) ini adalah satu tindakan yang salah... dan menjurus kepada tindak tanduk rasuah dan salahguna kuasa... Tapi kan... SPRM tue adalah dajjal mata satu... SPRM hanya nampak salah kat parti pembangkang jer... kalu yang buat tu Kerajaan... memang SPRM takkan amik tindakan...

Huhuhu... itulah peel SPRM.

Ismail Sabri Yaakob berjanji akan meluluskan semua perrmohonan penjaja dan peniaga kecil sekiranya dia dilantik sebagai perdana menteri selepas PRU15.

Dia berkata demikian ketika berucap kepada ribuan penjaja dan peniaga kecil di Dataran Merdeka hari ini.

Dia menggesa supaya komuniti penjaja dan peniaga kecil membantunya apabila tiba gilirannya meminta bantuan mereka.

"Penjaja sentiasa dekat dihati saya, saya juga pernah menjadi penjaja waktu saya sekolah rendah lagi.

"Saya menjadi penjaja jual limau di kaki lima, jual ikan di pasar minggu pekan sehari Temerloh.

"Apa yang penjaja bangkitkan saya faham sebab saya pernah menjadi penjaja. Hidup saya sama dengan penjaja.

"Apa yang penjaja rasa, saya dah melalui dulu sebab tu setiap permohonan yang dibuat penjaja pasti saya luluskan," katanya pada Majlis Pelancaran Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.

Ismail Sabri memberitahu baru-baru ini dia menerima surat daripada persatuan penjaja, memintanya menjadi penaung.

"Saya dengan ini bersetuju menjadi penaung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia.

"(Selaku) penaung, kita akan jumpa dengan persatuan, akan bantu persatuan penjaja.

"Saya cuma minta kalau saya pohonkan bantuan, tolong bantu saya.

"Terima kasih, warga penjaja akan gunakan hak mereka 19 Nov dengan memberi kepercayaan kepada parti yang boleh bantu dan membela nasib penjaja," katanya.



20 October 2022

Telur Pun Tak Boleh Nak Jaga?

Bhai/DeeDee semua...

Kerajaan yang ada nih sebenarnya dah lama failed.... gagal ... Gagal mentadbir ekonomi negara... malah gagal mengawal kebejatan peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya... Bayangkan... harga ayam pun susah Kerajaan Malaysia nak kawal...

Nih bukan setakat harga telur.. tapi bekalan telur ayam pun Kerajaan Malaysia tak boleh nak kawalselia dan tadbir...

Takkan la penternak atau peladang nak sorokkan bekalan telur... mesti mereka akan release bekalan telur ke pasaran... kalu tidak mereka yang akan rugi sebab telur yang rosak... jadi tentunya bekalan sebenarnya ada.... 

Tapi macam mana boleh tak ada bekalan?? Pemborong dan Peruncit pun sure tak sorok kan bekalan... sebab telur ayam mudah rosak.... Adoilah... pening memikirkan kegagalan Kerajaan Malaysia bab nih... itu pon masih ada hati nak mintak diundi lagi pada PRU15... adoilah...

Gagal wei... gagal...



19 October 2022

Ingat Senang Ka Hidup Tanpa Telefon?

Bhai/DeeDee semua...

Harap Najib Razak tak buat camnie la dulu... Hahaha... Ingat senang ka hidup tanpa telefon bimbit? Susah ooo takder smartphone... macam iPhone 14 Pro Max ... Hahaha...

Macam mana nak update page Facebook Najib Razak... Hahaha ... nak google search pun payah... hahaha .... dalam Penjara mana boleh senang-senang nak akses semua tue.. nak masuk Shopee pun payah... nak akses akaun bank secara mobile pon payah...  e-banking semua tabley...

Hahaha.... adoilah....  sakit dubur... lohe...



18 October 2022

Kecoh Isu Mossad

Bhai/DeeDee semua...

Sana sini gua baca heboh citer pasai operasi Mossad di Malaysia yang mempergunakan warga tempatan sebagai petugas mereka... Semua akhbar bawak tajuk nih...

Gua tau ramai yang teruja... dan ramai yang macam tak sangka...

Hahaha... camnie la... Sel Mossad memang ader di Jalan Ampang... Sel CIA pulak ader di Jalan Pinang.... Sel Singapore Security & Intelligence Division (SID) pulak ader di xxxxxx  ... hahaha...

Dalam kes yang viral nih.... ianya bukan Modus Operandi (MO) Mossad... ianya lebih kepada siapa warga Palestine yang telah diculik itu... Ikut apa yang telah diketahui... mamat Palestine itu ada akses kepada sistem scammer yang menggunakan Android APK yang sekarang dah ramai yang kena scam akaun bank...

Jadi penculik tu sebenarnya nak akses kepada sistem tue ja... tak lebih dari itu... Hahaha

Apa pun... yang best... mesti agak cuak gak sel Mossad di Malaysia... Hahahaha..



Siapa Tahu Bila Musim Tengkujuh Bermula?

Bhai/DeeDee semua...

Kita boleh jangka musim tengkujuh selalunya pada akhir tahun... bulan 11 dan bulan 12... kadang-kadang lajak sampai bulan 1 tahun berikutnya...

Tapi... tak pernah ader orang tahu bila harinya (yakni) tarikh sebenar musim tengkujuh bermula ... boleh jadi 28 November.... boleh jadi 13 November... boleh jadi juga pada 1 November... malah tak terkejut kalu tiba-tiba musim tengkujuh bermula pada 20 Oktober....

Tarikh dan masa tu semua ketentuan Allah Taala...

Bukan ketentuan SPR atau Ismail Sabri atau YDP Agong... Jadi makanya... jangan memandai-mandai cakap nak buat PRU sebelum musim tengkujuh ... sebab takder sapa manusia yang boleh tahu bila betulnya tarikh tengkujuh start.... bila musim hujan lebat... bila pulak banjir nak kena.... atau takder banjir pun langsung....

Ader paham ka?



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1