Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 January 2023

Dr Zaliha - Menteri Kesihatan Paling Lemah

Bhai/DeeDee semua...

Maaf cakaplah .... Benda terkait kesihatan dan kemudahan yang terkesan bukanlah benda baharu. Ianya benda sudah lama. Benda yang bukan sahaja kakitangan kesihatan yang tahu... tapi ramai orang awam biasa pun tahu.

Tak perlu tunggu masa yang lama... kena ambil tindakan segera... Perlu tackle semua yang dah lama berlengkar dalam Kementerian Kesihatan... Lambat kalu babai la.... Tak dapat tackle semua... tackle sebagaian yang utama dulu... isu terkait lambakan tugas dan kerja lebih masa... isu tak cukup kakitangan.

Kakitangan kesihatan tak puas hati dan berang dengan sistem sekarang

#MenteriKesihatan #DrZaliha #KementerianKesihatan #PerkhidmatanKesihatan #CodeBlue #Berang #TakCukupKakitangan #DoktorKontrak #DoktorAwam #reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

30 January 2023

Marah Lagilah Waris Kesultanan Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Marah lagilah waris Kesultanan Sulu...  dah macam-macam cara mereka gunakan untuk menuntut hak mereka keatas Sabah... Tapi tak berjaya sepenuhnya lagi... Itu hari mereka siap nak sita 2 syarikat milik Petronas guna keputusan dari Mahkamah di Luxemburg.... Tapi still sangkut lagi...

Hahaha... terbakar wei..


Mahkamah Luxembourg bersetuju untuk mengetepikan perintah untuk menyita dua syarikat milik Petronas kerana pihak yang menuntut secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Said Othman berkata mahkamah menganggap suruhanjaya ini penting dan menjejaskan Malaysia.

“Mahkamah mendapati kelakuan pihak yang menuntut menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan kemungkinan penghakiman yang akan diberikan terhadap mereka.

29 January 2023

Lantik Anak Jadi Penasihat? Satu Amalan Nepotisma & Kronisma

Bhai/DeeDee semua...

Dulu gua ingat lagi laungan Reformasi... laungan Anti Nepotisma dan Kronisma.... Bergema di depan Sogo dan Dataran Merdeka ... Laungan ini jugak kedengaran di Masjid Negara.... lama dulu...

Sampailah ke Jalan Kebun....

La nih... semua dibakul sampahkan.... dan para Walanon dan Bangsa Slurpp semua sedang menyediakan dalil untuk merekayasakan agar di normalisasikan Nepotisma dan Kronisma ini...

Hahahaha.... Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi katanya.... abis tue apa guna ader Menteri Ekonomi yang banyak formula tue... nasihatnya dah tak berguna ka??? Hahahaha

Jahanam wei....

Masa Abdullah Ahmad Badawi lantik Khairy Jamaluddin semua orang kecam, Masa Ismail Sabri lantik Dafi semua orang kecam, Masa Abdul Hadi Awang lantik Muhammad Khalil semua orang kecam...

Tiba Anwar Ibrahim lantik Nurul Izzah... tak boleh dikecam la pulak.... ajer gampang la...

Nurul Izzah kini jadi penasihat PM, tanpa gaji

#NurulIzzah #PenasihatPM #AnwarIbrahim #PM10 #PMX #Nepotisma #Kronisma #Nepotism #KKN #Kecam #Walanon #BangsaSlurpp #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

TMJ Tawar Khairy Sebagai CEO JDT - Mampukah KJ Mengetuai JTDFC?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) pernah bertelagah (tak ngam) dengan Tunku Ismail (Tengku Mahkota Johor @ TMJ) ... jadi bila TMJ tawarkan Khairy menjadi CEO JDT ... timbul satu pertanyaan...

Mampukah KJ mengetuai JDTFC? Ini persoalan utama... takut asbab pertelagahan... maka JDTFC akan jadi lebih kecamuk... Apa pun... kita tunggu dan lihat.... sediakan pop-corn dan air kola... Hahaha

TMJ tawar Khairy sebagai CEO JDT
#KhairyJamaluddin #TMJ #JDTFC #JDT #Sukan #PenasihatOrangMuda #CEO #TunkuIsmail #Bolasepak #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react

28 January 2023

Meroyan Lagi Lah Pentaksub Rafizi Ramli

Bhai/DeeDee semua...

Dah lama dah.... gua memang dah lama bagitau... yang Rafizi Ramli sebenarnya tak layak duduk di mana-mana jawatan Menteri... tak kisah la di Kementerian apa pun dia memang tak layak... kalu nak bagi dia nih jawatan besar... dier cuma layak handle think tank kerajaan... macam ISIS ... takpon duduk di Khazanah ....

Sebab memang failed la Rafizi Ramli nih... cakap dan penjelasan berbelit-belit ayatnya... tapi takder hasil yang konstruktif... Hahaha

Gua tahu memang akan meroyan lagi lah pentaksub Rafizi Ramli dengan blog gua nih... malah pentaksub Anwar Ibrahim pun sure akan serang dan labelkan gua dengan macam-macam tuduhan.... hahaha... biasa la... Walanon dan Bangsa Slurpp sekarang nih dah lagi kelakar dari Walaun, Walatok dan Macai...

Hahahaha

Satu Apa Pun Tatau Apa Solusinya


UMNO Makin Goyang Menjelang Pemilihan UMNO 18 Mac 2023

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya perang dah meletus... Bara api telah merebak dalam sekam... UMNO berkemungkinan akan hilang status quo dalam politik Malaysia... Ramai akar umbi beranggapan bahawa UMNO sebenarnya dalam bahaya jika suara dalaman parti telah dikesampingkan dan disenyapkan dengan tindakan MKT UMNO memecat dan menggantung ramai pemimpin dan ahli UMNO..

Kita sediakan pop-corn dan air kola untuk menyaksikan semua drama nih... Drama nih lagi best dari drama pukul 7 di TV3... kalah drama Turkiye atau drama dari Filipina.... Sinetron dari Indonesia pun kalah... Hahahaha

Goyahnya UMNO menjelang Pemilihan UMNO 18 Mac

#Pemecatan #khairyjamaluddin #HishamuddinHussein #NohOmar #GantungKeahlian #UMNO #PemilihanUMNO #ReformasiUMNO
#Undi18 #PRU15 #PRU16 #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #Cabar #Usul #Dendam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

27 January 2023

Salahguna Kuasa TPM Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Bab ini gua memang setuju sama MB Kedah... Sanusi Md Nor... Tak sepatutnya TPM Malaysia iaitu Ahmad Zahid Hamidi menggunakan Outrider untuk iring dia ke Mahkamah semasa proses perbicaraan kes jenayah peribadinya...

Ini adalah satu salahguna kuasa....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL



25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

22 January 2023

Isu Pengeluaran KWSP - Senyap Pula Bila Sudah Menjadi Kerajaan

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya gua bersetuju juga dengan komentar Ismail Sabri tentang isu pengeluaran KWSP nih... bukan apa... dulu puak-puak inilah yang bising paksa Kerajaan Malaysia benarkan pengeluaran KWSP kali ke 3....

Tapi bila dah jadi Kerajaan Malaysia... dah amik alih jawatan dan kuasa... terus menikus dan senyap ... siap ubah jalan citer lagi... Hahaha...

Adoilah... kelakar juga nih...

Pengeluaran KWSP - Ramai yang bising masa saya jadi PM - Ismail Sabri

#PengeluaranKWSP #AnwarIbrahim, #IsmalSabri #LGE #KWSP #Dana
#Undi18 #PRU15 #PRU16 #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #Cabar #Usul #Dendam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

21 January 2023

Sivarraajh - MIC Hilang Undi Orang India

Bhai/DeeDee semua...

Benar kata Naib Presiden MIC, S. Sivarraajh yang MIC sudah hilang undi dari Orang India... Orang India telah menolak MIC pada PRU15.. Malah kepimpinan Vigneswaran memang tidak mendapat kepercayaan dari orang India.

Jika MIC tidak dipulihkan segera... memang MIC akan tinggal nama jer atas kertas... dah tak relevan dalam kancah politik Malaysia... Undi18 langsung tak dapat pada MIC.

Sivarraajh tinggalkan MIED untuk beri fokus pada MIC

#Sivarraajh #MIC #Vigneswaran #OrangIndia #OrangParti #Undi18 #PRU15 #PRU16 #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #Cabar #Pengkhianat #Usul #Dendam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

20 January 2023

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

Bhai/DeeDee semua...

Biar Demokrasi dalam UMNO berjalan. Bila kita bercakap mengenai Demokrasi, UMNO perlu benarkan proses ini berjalan sepertinya. Kedua-dua pendapat adalah betul.

Pendapat yang tak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada PAU2022 adalah betul begitu juga pendapat yang sebaliknya yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan.....

Biarkan Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) melaksanakan proses semak dengan teliti dan seimbang.

Khairy puji ahli Umno rujuk usul PAU2022 ke RoS - "Well Done Guys"

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #KhairyKJ #KhairyJamaluddin #PRU15 #Undian #RoS #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Realiti Realpolitik

Bhai/DeeDee semua...

Cukuplah snapshot gambar ini menjadi penjelasan bagi isu terkait realiti realpolitik... Hahahaha....

Betapa mengarutnya orang politik nih..


Inilah realiti realpolitik di serata alam... hahaha

Kebajikan dan Keaggotaan Ahli Bomba & Penyelamat - Perkara Yang Perlu Disegerakan

Bhai/DeeDee semua...

Antara kakitangan awam yang perlu ditambah keanggotaannya adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat... Gua cukup bersetuju yang keanggotaan mereka perlu ditambah dengan segera.. Ini kerana semakin hari semakin berat beban yang mereka tanggung.

Ditambah pula dengan kawasan yang diselia oleh sesebuah Balai Bomba dan Penyelamat... Nisbah yang agak janggal dimana ianya tidak setara...

Bukan sahaja anggota perlu ditambah, tetapi aset-aset kebombaan juga perlu ditambah baik dari segi bilangan, kemampuan dan teknologi... Perlu juga kerajaan Malaysia melihat dan mengkaji dengan lebih teliti akan skim penggajian dan perkhidmatan anggota Bomba dan Penyelamat ini.. termasuklah emolumen dan keperluan tambahan...

Gua tahu artikel gua ini tak ramai yang akan baca... sebab ianya bukan sesuatu yang viral... tapi setidaknya gua menyatakan pendapat dan pandangan gua sebaiknya dalam konteks perkhidmatan Bomba dan Penyelamat nih..

Sekian,


Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid  berkata pengambilan tersebut juga berasaskan 22 faktor dan kriteria termasuk populasi dalam menentukan sama ada kekuatan anggota mencukupi.

Mohammad Hamdan berkata jabatan itu juga akan menambah 12 ekor anjing pengesan selepas aset hidup berkenaan menunjukkan pencapaian baik dalam operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor, Disember lepas.

Katanya pembelian tersebut telah mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menambah 36 ekor anjing sedia ada.

Menurut beliau kos untuk seekor anjing pengesan dan pakej pengendali boleh mencapai RM400,000.

19 January 2023

Hutang Negara RM1.5 Trilion - Mampukah 7 Langkah Ini Selesaikan Masalah?

Bhai/DeeDee semua...

Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan telah menggariskan 7 langkah untuk Kerajaan Malaysia uruskan hutang sebanyak RM1.5 trilion.

Persoalan yang wajar ditanya.... Mampukah 7 langkah ini selesaikan masalah? Sebab dari 7 langkah ini ada beberapa yang nampak tak berapa nak kena....

Ntahlah...

Ahmad Maslan gariskan 7 langkah urus hutang RM1 5 trilion

#AnwarIbrahim #HutangNegara #Bajet2023 #KewanganNegara #Defisit #DanaKerajaan #PM10 #AhmadMaslan #RafiziRamli #EkonomiMalaysia #Ekonomi #Perancangan #Dasar #Politik #KementerianKewangan #Perbendaharaan #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

18 January 2023

Soalan Utama: Beranikah MP Permatang Pauh Untuk Berikan Nama Admin Page FB Beliau?

Bhai/DeeDee semua...

MP Permatang Pauh mohon maaf kenyataan di FB Page beliau yang Kafir ingin jatuhkan Islam"... Dia salahkan ini semua keatas admin page FB beliau... Persoalannya... beranikah MP Permatang Pauh untuk berikan nama Admin Page FB beliau?

Kita nak tau jugak namanya... Kalu betul la orangnya ujud... sebab kalu takder orangnya ujud... maka tulisan itu MP Permatang Pauh nih la yang tulis sendiri.... hahaha

Kan kan kan.... main nak kambing hitamkan orang lain jer... tak berani (takder tolo) nak bertanggung jawab.... Podah..

MP Permatang Pauh mohon maaf kenyataan 'kafir ingin jatuhkan Islam'

#FawwazJan #MPPermatangPauh #PAS #Fitnah #Saman #AdminPageFB #KambingHitam #Bangsat
#Politik #MasaDepan #Jahanam
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

17 January 2023

Filem Pulau Ada Elemen Lucah (Soft Porn)? Time Siapa Filem Ini Dapat Kelulusan?

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer biler si Marzuk Shaary nih join bising pasai ada elemen Lucah (Soft Porn) dalam Filem Pulau... Sempat la mamat bekas Timbalan Menteri Agama zaman PN nih serang Menteri Agama sekarang nih...

Persoalan gua... time siapa filem nih dapat kelulusan... adakah selepas 19hb November 2022?? Rasanya pada 20hb November 2022 pun Kerajaan sekarang nih belum dibentuk lagi... Hahaha ... Bangang betul la... nak tembak pun tak kena gaya... Hahaha

Bekas timbalan menteri agama dakwa filem Pulau ‘lucah’

Berkaitan : Lembaga Penapisan Filem
                   Berita di Malaysiakini

#Pulau #PulauMovie #FilemPulau #Lucah #MarzukShaary #PAS
#Politik #MasaDepan #Jahanam
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

PAU2022 : Sekadar Himpunan Para Pengampu

Bhai/DeeDee semua...

Ini masalah besar dalam UMNO sejak sekian lama. Tak pernah nak berubah. Tak pernah nak melihat sebab apa mereka makin tidak relevan di mata pengundi. Tidak pernah nak mengkaji.

Walhal apa yang terhidang didepan mata setiap kali PRU makin menyesakkan jiwa. Tapi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ... masih berterusan suara-suara pengampu dan penjilat.

Jahanam akhirnya...

Mesej yang tak terlafaz dalam PAU - 'Jangan gila kuasa’

#PAU2022 #perhimpunanagungumno #PehimpunanPengampu #UMNO #AkarUmbi #Relevan #Politik #MasaDepan #Jahanam
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

16 January 2023

Hahaha ... Terkena

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha ... skali skala apa salahnya terkena kan... Hahaha... bukan selalu pon... sebab dah banyak kali meroyan macam-macam si Doktor Gigi nih.. tue yang Mat Sabu bidas tue... Hahaha

Ala...sekali jer terkena... Hahaha .... takkan la hati tisu..


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, berkata dia sendiri mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu supaya menghantar bekalan telur ayam ke negeri itu bagi memastikan bekalannya mencukupi.

Mohamad berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim yang mengatakan Fama membawa masuk 340,000 telur ayam dari negeri lain.

Malah Azman juga menyindir Mohamad dengan mengatakan telur ayam berkenaan adalah telur tempatan dan bukan dari India.

"Untuk pengetahuan YB, yang mengarahkan Fama menghantar bekalan ke negeri Terengganu sejak bulan lepas sehingga sekarang adalah menteri MAFS," jawab Mohamad dalam hantaran di Facebook petang semalam sambil disertakan emoji tangan menutup mulut.

Ketirisan & Salahguna Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam - Mampukan Anwar Ibrahim Menghentikannya?

Bhai/DeeDee semua...

Ini satu persoalan yang nyata... Persoalan yang banyak bentuk jawapan yang boleh diberikan.. Semuanya boleh dikira betul.. macam soalan berbentuk KBAT... Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ...

Mampukah Anwar Ibrahim menghentikan semua ketelanjuran dan fail-fail yang tersangkut dengannya... Rasuah @ Tumbuk Rusuk dah berakar umbi dalam perkhidmatan awam... Kronisma dan Nepotisma pun sama...

What say you???

Banyak fail ada banyak keterlanjuran - Anwar

#PerkhidmatanAwam #AnwarIbrahim #Ketirisan #SalahgunaKuasa #Rasuah #TumbukRusuk #Politik #Kroni #Kronisma #Nepotisma #PM10 #PMX
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Vigneswaran : Presiden MIC Paling Tak Berguna

Bhai/DeeDee semua...

Dalam banyak-banyak Presiden MIC ... S.A. Vigneswaran ini paling tak berguna... Demand macam-macam... tapi hasil takdak.. Sepanjang dia jadi Presiden MIC... MIC makin ditolak oleh pengundi orang India... Vigneswaran nih memang takder sokongan akar umbi pun... Lagi mau ugut BN dan UMNO..

Kalau orang India pun tak nampak apa signifikannya MIC kepada mereka... Inikan pulak bangsa lain... Huhuhu... MIC dah makin hilang taring... MIC sudah tidak relevan... MIC dan MCA pun sama-sama dah takder tempat dihati pengundi...

MIC harap keputusan isu kerjasama dengan PH dibincang antara parti BN mengenai PRN

#MIC #Vigneswaran #PresidenMIC #Politik #BarisanNasional #BN #UMNO #MCA
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

15 January 2023

i-Finale : Apa Pandangan Korang?

Bhai/DeeDee semua...

Ada ramai sebenarnya yang menyokong usaha Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) yang sedang mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meluluskan pengeluaran fasa ke empat simpanan KWSP sampai maksimum RM30 ribu.

Sungguh memang ramai yang menyokong...

Gua pun sama juga.... tapi itu pandangan peribadi gua... Apa pulak pandangan korang??? Amacam okeh ka idea nih???

i-Finale KSWP

Sekumpulan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran awal KWSP sehingga RM30,000.

Mewakili pihak pencarum, Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) Khairul Anuar Othman berkata pengeluaran awal diperlukan sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

UMNO sudah terlalu jauh dengan orang muda

Bhai/DeeDee semua...

Betul... UMNO sudah terlalu jauh dari orang muda ... Sudah tiada chemistry... dengan golongan wanita pun UMNO dah jauh... golongan muda bawah 30 tahun sudah semakin geli untuk dikaitkan dengan UMNO...

UMNO dok kejar golongan mat rempit dan mat motor... walhal golongan ini bukanlah keluar mengundi pun... Buang duit dan masa jer layan golongan ini... Golongan ini sekadar nak suka-suka enjoy jer...

Itulah kesilapan UMNO...

#UMNO #ReformasiUMNO #MajlisUlamaUMNO #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2022 #PerhimpunanAgungUMNO #KhairyJamaluddin #KhairyKJ #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO #MajlisUlama #BiroAgama
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

14 January 2023

Apa Nak Diharapkan Dengan Sistem Pendidikan Malaysia...

Bhai/DeeDee semua...

Apa kita nak harapkan dengan sistem pendidikan Malaysia.... banyak yang syok sendiri di peringkat pentadbir dan pengurusan... bukan kepada murid atau guru....

Murid dan Guru memang selamanya jadi mangsa didalam sistem pendidikan negara Malaysia nih... setiap kali bertukar Menteri... setiap kali itu lah bertukar polisi, dasar dan hala tuju pendidikan negara... Entah apa yang nak di buat ujikaji beberapa kali tak tahu lah...

Pening...  tapi buat macam-macam pun... tetap takder apa manfaat kepada murid terutamanya murid OKU ... dan juga guru... Tetap guru ditekan dengan macam-macam kerja pengkeranian sampai hilang tumpuan kepada tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik...

Jahanam semuanya... Ada cikgu... handle sukan... sepanjang tahun sampai takder dalam kelas.... sana sini terlibat sukan... tapi hasilnya setakat suam-suam kuku jer... tambah pulak ader sekolah yang sentiasa tiada cukup guru untuk mengajar... sebab guru terlibat kursus la.. terlibat sukan la.. terlibat sebagai guru pengiring la... 

Belum pernah dengar ada sekolah yang ada lebih guru... melainkan semua tak cukup... bukan seorang... tapi pernah dengan sampai 6 orang guru tak cukup satu sekolah... PPD dan JPN?? ntah apa yang dibuat tatau la.... Nazir ... lebih kepada sembang lebat... suruh buat itu ini... tapi Nazir sendiri pun ada yang tak pernah terlibat mengajar... 

Menteri dan Timbalan Menteri??? Lawyer dan Auditor .... apalah yang mereka tahu tentang pendidikan??? Huhuhu...

Hampeh aaa...

Sistem Pendidikan Yang Gagal


Stendet La Kena Boo

Bhai/DeeDee semua...

Stendet la kena boo ... Ini normal ... Hahaha... sebab biasa la dalam ramai-ramai tue mesti ader yang tak bersetuju... hahaha... setakat kena boo kira okey lagi lar.... PKR dulu siap baling kerusi lagi ader la... Hahahaha...

Nasib baik la kat PAU2022 takder yang baling kerusi... Hahaha...

Kalu tidak boleh jadi perang besar... Hahahaha... apa pun ini semua normal dalam proses demokrasi... bukan semua orang boleh bersetuju atas semua benda... Hahaha


Perwakilan Negeri Sembilan hari ini mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Shukei Samsudin dari Rembau mengemukakan usul tambahan berkenaan ketika berucap bagi membahaskan ucapan dasar presiden petang tadi.

Bagaimanapun cadangan berkenaan mendapat reaksi berbeza perwakilan yang hadir.

Ketika ada segelintir perwakilan dikatakan kurang senang dengan usul berkenaan, sebahagian besar perwakilan yang lain pula bangun menyokong usul terbabit.

Usul yang dibawa perwakilan Mohd Shukei itu disokong perwakilan Wanita Umno, Suziyana Mahayuddin di sebaik ada sorakan daripada kumpulan yang tidak bersetuju.

13 January 2023

Majlis Ulama UMNO - Disegerakan Pembentukan.

Bhai/DeeDee semua...

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah menyarankan agar UMNO menyegerakan pembentukan @ penubuhan Majlis Ulama parti. Gua setuju dengan cadangan nih.. Kita kena buang persepsi yang mengatakan kalu Majlis Ulama jer.. mesti PAS... macam la PAS jer yang bawak Agama Islam...

Karut ja semua tue... UMNO kena ubah Biro Agama kepada Majlis Ulama.

Zahid mahu Umno segera tubuhkan majlis ulama

#UMNO #ReformasiUMNO #MajlisUlamaUMNO #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2022 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO #MajlisUlama #BiroAgama
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

12 January 2023

Hentikan Kegilaan Ini - Khairy Jamaluddin

Bhai/DeeDee semua...

Gua sokong dan tidak sokong cadangan Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) ni... Dan gua dah terangkan dalam video nih... Itu stand gua... Ini negara demokrasi..

Tolak pertandingan dalam parti? Hentikan kegilaan ini, kata Khairy

#UMNO #ReformasiUMNO #khairyjamaluddin #KhairyKJ #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2023 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

UMNO Sudah Tersalah Langkah

Bhai/DeeDee semua...

Benar ... UMNO memang sudah tersalah langkah... 60 tahun lebih UMNO melawan DAP tapi tiada memberikan makna signifikan. UMNO tersilap percaturan. Lawan DAP sepatutnya dilakukan oleh MCA. 

Tapi MCA tak buat kerja tue... MCA ambil untung sahaja dari kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.... Calon MCA tak pernah pun menang dikawasan majoriti orang Cina... Calon MCA hanya boleh menang dikawasan majoriti orang Melayu.

Itulah kesilapan UMNO. Dan kini UMNO sudah sedar... Harapnya terus sedar... Tok Mat Hasan dan Ahmad Zahid Hamidi perlu sedarkan ahli UMNO untuk lihat semua ini dengan mata yang lebih jelas..

'Berpuluh tahun Umno lawan DAP, sokongan Melayu tetap merosot'

#UMNO #ReformasiUMNO #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2023 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

11 January 2023

Langkah St. Regis PN Terkantoi

Bhai/DeeDee semua...

Gelak besar gua bila dapat tau kes Langkah St. Regis PN tempohari kantoi sebab apa... Semua sebab ader pemimpin PAS-PN yang tersilap buat panggilan telefon kepada Zambry Kadir ... hahaha... pemimpin tu tanya mana pergi orang UMNO/BN yang patut dah sampai jumpa dengan Muhyiddin Yasin tue...

Hahaha...

Cuba kalu tak silap buat panggilan telefon... jalan cerita sudah jadi lain... hahaha


Menurut pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan, Ahmad Zahid pada sesi taklimat presiden yang berlangsung petang tadi turut mendedahkan 10 nama ahli parlimen mereka yang menyerahkan akuan bersumpah (SD) bagi mengangkat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-10.

Menurutnya, ketika kemelut politik melanda dan mesyuarat BN diadakan, hanya 26 ahli parlimen yang hadir, manakala baki empat lagi - yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin - tidak datang dengan memberi alasan kesihatan.

"Presiden memaklumkan pada masa Dewan Tertinggi (BN) bersidang telah ada perancangan dibuat untuk menyingkirkan beliau (Ahmad Zahid) selaku pengerusi BN.

"Jika langkah itu berjaya, Muhyiddin telah sedia menanti di Hotel St Regis (di Kuala Lumpur) untuk mendapatkan sokongan BN," katanya.

Bagaimanapun kata sumber terbabit rancangan sulit itu terbongkar apabila Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, tiba-tiba dihubungi seorang pemimpin kanan PAS-PN.

Dalam perbualan itu, katanya, pemimpin PAS-PN itu bertanya mengapa ahli-ahli parlimen BN belum sampai ke hotel berkenaan.

"Katanya Muhyiddin sudah sedia menanti di Hotel St Regis,"

Bung Moktar - Kabinet Sabah Adalah Haram

Bhai/DeeDee semua...

Bung Moktar telah menolak pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Hajiji Noor. Bung Moktar Raden mengatakan ADUN yang dipilih kononnya mewakili UMNO itu tidak mendapat restu UMNO/BN Sabah.

'Pembelot’ dalam kabinet Hajiji tak wakili Umno - Bung Moktar

#PolitikSabah #BungMoktar #HajijiNoor #KemelutPolitik #Sabah #KabinetSabah #Kabinet #Politik #UMNO #BarisanNasional #BNSabah #BN #ShafieApdal #Warisan #GRS #GabunganRakyatSabah
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Lagi Marah Lah Bung Moktar

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Bung Moktar Raden makin mengamuk la... lagi marah lah Bung Moktar... yer la.. dari ader jawatan Timbalan Ketua Menteri.. terus hilang jawatan... Huhuhu...

Ayam terlepas... tangan bau tahi.... 

Seumpama itulah nasib Bung Moktar sekarang... cumanya adakah ianya akan menggugat kestabilan Kerajaan di peringkat Persekutuan sama?? Kita tak tahu... tapi nantikan langkah selanjutnya... jangan ingat ini dah penamat... Huhuhu


Adun Tanjung Keramat, Shahelmy Yahya hari ini dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah.

Dia menggantikan Adun Lamag, Bung Moktar Raden yang juga disingkirkan sebagai menteri kerja raya.

Shahelmy dilantik sebagai timbalan ketua menteri III dan diberi portfolio kerja raya.

Selain Bung Moktar, Hajiji turut menggugurkan dua lagi anggota kabinetnya - Yakub Khan (BN-Karambunai) dan Jafry Ariffin (BN-Sukau).

Bila Ibadah jadi Komersial...

Bhai/DeeDee semua...

Makin hari makin ketara sangat Ibadah Haji dan Umrah dah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan... Makin dah nampak bisnes bila ibadah jadi komersial. Adoilah.. Pak Arab dengan macam-macam cara dier nak buat duit...

Semua jadi bahan buat duit... Penginapan, kemudahan, pengangkutan dan macam-macam lagi... Makin dah jauh dah dari apa yang Nabi dakwahkan dulu.

Tiada lagi had bilangan jemaah haji.

#HajidanUmrah #VisaHaji #PaspotHaji #VisaUmrah #Mutawwif #PakejHaji #PakejUmrah #BadalHaji
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

 

Wow Akhirnya - Serba Dinamik Gulung Tikar?

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak follow detail kes Serba Dinamik nih... Tapi dah dekat dua tahun rasanya kemelut yang melanda syarikat Serba Dinamik nih jadi isu... Ramai gak kengkawan gua yang dok beli saham syarikat nih dulu... Last seingat gua... ada pelantikan pengarah ka lebih kurang camtue la.. letak nama sorang budak yang baru umur 23 tahun kalu tak silap.... pangkat paling besar...

Huhuhu... Skrang bila baca ... terbit citer hutang sampai 5 bilion... pergh... banyak wei.... huhuhu

Sangkut la saham semua tue... huhuhu


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.

Enam institusi kewangan terbabit ialah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku pempetisyen.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan petisyen itu untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL), yang dinamakan sebagai responden, dalam prosiding yang dikendalikan secara dalam talian.

Keempat-empat syarikat itu dikatakan mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion.

10 January 2023

Macam-Macam Kerenah Di Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Pening, serabut, kelam kabut dan pelbagai lagi perasaan dan fikiran bila menilai tentang apa yang berlaku dalam kemelut politik di Sabah... Masing-masing dengan ego dan kepala sendiri.. Rakyat Sabah pun pening.. Tak tahu yang mana satu betul... Rakyat Semenanjung tambah lagi aaa...

Huhuhu...

Memang serupa ditelan mati emak, diluah mati bapak...  Hajiji Noor dengan Bung Moktar serta Shafie Apdal.... sama naik.. sama serabut... Huhuhu

Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi kena cepat betulkan keadaan di Sabah sebelum peluang dirembat oleh Muhyiddin Yasin... kena amankan keadaan disana...

Bung Moktar Kena Pindah Kerusi


09 January 2023

Menteri Telur - Bila Lagi Nak Berjalan Jauh

Bhai/DeeDee semua...

Mat Sabu pergi ke India... nak tengok semua bekalan telur yang diimport ke Malaysia.... Tapi kena sindir dengan Wee Ka Siong konon katanya di Ayer Hitam ader banyak bekalan telur... katanya ader lebih 100 ladang ayam telur di Ayer Hitam...

Hehehehe... Kalu betul la banyak stok telur... kenapa dalam negara kurang???

Semua sebab lebih utamakan dijual ke Singapura.... itu ja... kalu ader 10 stok... 8 antar ke Singapura... 2 jer untuk pasaran tempatan.... Hampeh betul la...

Oh yer... Wee Ka Siong nih dah keluar dari MCA ke?? Hahaha... Dulu masa jadi Menteri senyap ja ... Skrang banyak cekadak... huhuhu

Telur ada di Ayer Hitam

Menteri Telur




Ini Cadangan Yang Baik

Bhai/DeeDee semua...

Cadangan ini adalah cadangan yang baik... Gua sokong 300% ... Kita sebagai rakyat Malaysia mesti memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita sebagai Bahasa yang utama... Bahasa Malaysia perlu dijadikan satu Bahasa yang mengikat dalan peruntukan undang-undang kita...

Bahasa Malaysia perlu menjadi bahasa undang-undang sepenuhnya...

Salute dengan cadangan ini...


Peguam Negara Idrus Harun mencadangkan agar kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

“Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan pengasingan kuasa (antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman).

“Oleh itu, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, AGC bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

"AGC juga bercadang untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa kebangsaan menjadi teks rasmi (authoritative) selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua-dua rancangan ini tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Idrus.

Perkara 160A menyatakan "pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agng, membenarkan percetakan salinan perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa padaa tarikh kebenaran itu; dan di mana-mana salinan perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.”

Perkara 160B pula menyebut,"jika perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.”

KPI 100 Hari??? Hahahaha

Bhai/DeeDee semua...

Nak buat sesi pemukiman??? Retreat??? Nak bincang pasai KPI 100 hari pemerintahan??? Kabinet??? Menteri???

Hahahaha...... Adoilah... pecah perut gua la bhai.... berapa banyak Menteri yang lebih sembang dari buat kerja... Berapa ramai Menteri yang keluar berita pun semuanya caca marba tindakan.... Adoilah... Berapa ramai Menteri yang masih kelihatan tak tau nak start dari mana....

Huhuhu .... jahanam wei.... Bila ditegur... bila dinasihat .... mula la keluar ayat macam-macam... Pentaksub pulak ... meroyan tahap depa... langsung tabley dikritik... walhal dulu depa la yang paling kuat kritik kerajaan sebelumnya.... kritik Menteri sebelumnya.... 

Bila time depa... terus melenting marah dan bengkeng pasai kena kritik... Walanon dan Bangsa Slurpp nampaknya lebih bangang dari Walaun dan Macai... Hahahaha

Jahanam Malaysia nih...

Pemukiman Anggota Kabinet

Perdana menteri, Anwar Ibrahim berkata anggota kabinet akan mengadakan sesi pemukiman (retreat) minggu depan untuk membentangkan prestasi semasa dan rancangan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.

08 January 2023

Boleh Pulak Separuh-Separuh?

Bhair/DeeDee semua..

Bukan ker kalu tarik sokongan kena semua sekali... tabley separuh-separuh.. sebab kalu camnie tagune la ader Akta Lompat Parti.... Huhuhu...

Ker yang dikira diluluskan diperingkat Parlimen tue tak terpakai di peringkat Negeri ?? Pening jugak nih... Boleh pulak buat camnie aa.... Huhuhu...

Adoilah... Semua nih susun Statutory Declaration (SD) jugak ker?? Hahahaha...


Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mendakwa menerima sokongan seramai 44 Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) untuk kekal menerajui kerajaan negeri.

Jumlah itu melebihi empat sokongan Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Gambar yang dirakam di tangga kediaman rasminya menunjukkan Hajiji berdiri bersama-sama dengan Adun GRS, PH dan lima Adun Umno Sabah.

Lima Adun Umno itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin), dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk). Kelima-lima mereka semalam membantah keputusan BN Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji.

Bukan Tak Dinasihat...

Bhai/DeeDee semua...

Bukan tak dinasihat ... bukan tak diberitahu... bukan tak diberi pandangan... tapi pasai degil dan keras kepala... Perasan diri tu masih bagoosh... Dah banyak kali sebelum pencalonan PRU15 lagi orang dah bagitau yang kawasan Batu tue adalah untuk P. Prabakaran.... 

Tapi...

Tapi Tian Chua tetap degil, berkeras dan takmo nak dengar nasihat... Payah kalu macam nih... Elok sungguh la dipecat ... sebab takmo ikut dasar dan pandangan parti...


PKR secara rasmi memecat bekas naib presidennya Tian Chua berikutan keputusannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-15.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Tan Yee Kew memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti malam semalam.

MIC Dah Ready Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Sembang kencang... tapi MIC dah ready ke? Ready untuk ditelanjangkan??? Hahaha... Apa pun yang tak boleh blah adalah artikel dalam Malaysiakini nih...

Mana punya wartawan la dier gunakan...  sampaikan gua keliru... S. Subramaniam nih jadi jadi Ahli BERSATU ka??? huhuhu.... bila jadi ahli?? Bukan lagi Ahli MIC ke??

Huhuhu


Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu S Subramaniam mengungkit janji Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan audit forensik terhadap tiga institusi berkaitan masyarakat India.

Subramaniam berkata dia menyambut baik langkah SPRM menyiasat peruntukan pakej rangsangan ekonomi kerajaan terdahulu, namun mengingatkan janji Anwar itu ketika berkempen pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

"Saya menyambut baik tindakan SPRM dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan ketika pandemik Covid-19 sewaktu pentadbiran terdahulu.

"Tapi, bagaimana dengan audit forensik yang dijanji olehnya perdana menteri terhadap beberapa institusi berkaitan masyarakat India. Anwar membangkitkan isu ini hampir dalam setiap kali berjumpa dengan masyarakat India ketika kempen PRU15.

"Setelah menubuhkan kerajaan perpaduan tiba-tiba semuanya senyap," katanya.

07 January 2023

Sudah Jadi Perang Saudara Nampaknya...

Bhai/DeeDee semua...

Apa yang berlaku di Sabah sejak malam tadi adalah satu percubaan memulakan perang... Nampaknya sudah jadi satu perang saudara di Sabah... perang saudara didalam UMNO Sabah...

5 Orang ADUN UMNO Sabah nampaknya tak bagi muka kat Bung Mokhtar... Mereka mahu Bung Mokhtar Radin meletak jawatan dengan serta merta... Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bung Mokhtar Radin dalam UMNO dan BN Sabah...

BN nampaknya sedang goyang teruk di Sabah nih.. Ianya sedang mencetuskan satu ketidakseimbangan dan kecelaruaan Perlembagaan.... Tidak dapat tidak, TYT Sabah perlu campur tangan dan berikan nasihat. Jika tidak ini akan mengganggu gugat proses pentadbiran dan pengurusan negeri... Ini bahaya...

Ketidaktentuan ini merungsingkan.


Lima Adun Umno Sabah yang menolak menuruti langkah menarik sokongan daripada Hajiji Noor hari ini mendesak pengerusi mereka, Bung Moktar Radin, agar meletakkan jawatan serta-merta.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka berkata Bung Moktar sudah mencemar nama baik Umno dengan melakukan langkah untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Lima Adun yang membuat kenyataan bersama itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Semalam Bung Moktar - yang juga pengerusi BN Sabah - mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap Hajiji sebagai ketua menteri Sabah, sekali gus menarik diri daripada kerajaan negeri.

Bung Moktar mendakwa keputusan berkenaan diambil secara sebulat suara.

Telur... Mana Telur?

Bhai/DeeDee semua...

Dah nak masuk 2 bulan.... tapi bekalan telur pun susah nak ada... Telur tempatan bersaiz Gred A atau AA payah nak ada.... Gred B pun kekadang jer ader... Gred C berebut orang beli....

Sudahlah harga masih tak menentu... stok telur pun sama tak menentu....

Apa nak jadi nih... Gua takmo nak citer pasai Telur Omega atau Telur Import.... Gua citer pasai Telur Tempatan... Telur Lokal.... Menteri??? Apa Menteri tahu.... Huhuhu ...

Apa yang Mat Sabu Menteri Telur tengah buat? Mengeram telur ka???

Mat Sabu Menteri Telur


Makin Panas UMNO Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Makin panas pulak situasi UMNO Sabah nih... BN Sabah katanya dah tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah malam tadi... jadi sekarang nih kira macam kondisi DUN Sabah agak tergantung jugak la... Tapi di peringkat Pusat.. semalam anak Hajiji Noor iaitu Mohd Ghazali dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali.

Jadi nampak tak konflik nih jadi rumit...

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tidak menyokong keputusan dibuat parti menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal berdepan tindakan disiplin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan disiplin akan diambil kepada kelima-lima yang membuat tindakan bertentangan dengan keputusan parti.



06 January 2023

Sabah Bergolak Lagi?

Bhai/DeeDee semua..

Biar betul... benda panas nih.... UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah telah umumkan menarik diri daripada kerajaan Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas mesyuarat parti tersebut malam ini.

Huhuhu



Kambing Hitam RM92.5 Bilion

Bhai/DeeDee semua...

Umur mamat nih baru 42 tahun.... lu ingat senang ka dier perdaya kontraktor lain... dan dier jadi mastermind songlap dana Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion.... walhal level orang tengah pun takkan layak pada mamat nih..

Hahaha.... kalu korang percaya.... memang lahhhhhh

Sori aaa... gua tak percaya sikit pun.... ini semua sekadar kambing hitam jer... Hahaha... biasa la mesti akan sangkutkan beberapa orang... demi untuk selamatkan orang yang lebih besar... hahaha... adoilah... takkan kena punya tok dalang.....

Yang dapat pancing ikan siakap tue takkan la takder bau-bau bacang.... Hahaha

Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B

SPRM reman Adam Radlan sepupu Adlan Berhan Menantu Muhyiddin dalang projek runding terus RM92.5B. Dulu Adlan Berhan kecoh isu Bestarinet dan sistem imigresen RM1.16 bilion ketika darurat. Untung jadi broker projek


Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta direman lima hari berhubung isu penyelewengan perbelanjaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022.

Menurut sumber, perintah reman sehingga 10 Januari itu diperoleh selepas suspek berusia 42 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

“Suspek disyaki menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022. Dia ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM malam tadi.

“Suspek juga dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan kontraktor-kontraktor dan pihak atasan,”

Daulah Terpendam - Bukan Benda Baharu

Bhai/DeeDee semua...

Daulah Terpendam (Deep State) nih bukanlah benda baharu pun... dah lama ader... Kita semua tahu siapa yang menguasai sesetengah jabatan kerajaan... Apa kecenderungan politik dan fikrahnya... apa kecondongan mazhabnya... Tapi itu la.... selama ini dibuat macam tak nampak jer..

Contoh dalam JAKIM nih sendiri la.... berapa ramai orang PAS yang menjadikan jabatan nih sebagai lubuk... begitulah juga di IKIM termasuklah media radio IKIM.FM dan stesen tv Al-Hijrah... bukan sedikit... malah hampir 99% dikuasai oleh penyokong dan ahli PAS.... satu lagi adalah YADIM ....

Sebab itu kita tak sepatutnya terkejut dengan ceramah yang macam nih.... dah biasa dah...

Takder saper nak amik tindakan selama nih... untuk kekang benda hasutan dan sebagainya nih.... Cumanya.... walaupun ader tindakan... silap-silap tiada apa yang akan berlaku...  senyap semua dok sapu bawah karpet.... Hahaha

Daulah Terpendam (Deep State)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawainya mengeluarkan kenyataan berbaur politik dengan menghentam kerajaan dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini.

Jakim berkata pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai itu yang dilihat mengundang kemarahan netizen.

"Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” kata Jakim di Twitter.

Tidak Terkejut Pun

Bhai/DeeDee semua...

Strategi mempergunakan orang tue adalah perkara biasa dalam mana-mana pertandingan politik... Gunakan pengaruh... amik aura dan sokongan... Itu semua normal... tidak terkejut pun....

Cumanya...

Adakah semua itu bakal memberikan manfaat dari segi kemenangan atau tidak dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan berlaku tak lama lagi... Itu persoalan nyata yang perlu ditanya kepada semua....

Adakah Noh Omar.... Azmin Ali ... dan sebagainya masih lagi boleh mengekalkan momentum sokongan dan undi pada PRN nanti... itu kita tak boleh nak jangka sangat... anything can happen... semua boleh berlaku.... semua kemungkinan boleh sahaja berubah sekelip mata....

Hahaha...


Menghadapi PRN, gabungan PN dikatakan akan gunakan pengaruh Noh Omar untuk tawan Selangor, malah Azmin Ali juga yang dikatakan mahu tebus kekalahan PRU15.

Menggunakan bekas pemimpin kanan Umno untuk Perikatan Nasional mencapai impaian menawan Selangor pada pilihan raya negeri dilihat tidak berbaloi, memandangkan Umno bukanlah satu parti yang kuat di negeri pimpinan Pakatan Harapan sejak 2008, kata penganalisis politik Azmi Hassan.

Penganalisis politik dari Akademik Penyelidikaan Strategik Nusantara (NASR) itu berkata strategi PN seperti mana yang digunapakai di Perlis sewaktu pilihan raya umum, khususnya di kerusi Parlimen Arau, dengan meletakkan Shahidan Kassim di situ tidak boleh disamakan dengan situasi politik di Selangor.

“Yang dikatakan menggunakan bekas (pemimpin) Umno ini adalah tidak berbaloi kerana Umno di Selangor itu tak kuat.

05 January 2023

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan petisyen berkenaan isu pemenjaraannya ke PBB dan ianya telah difailkan secara digital di Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) tadi.

Najib Razak telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan... iaitu Mahkamah paling tinggi di Malaysia. 

Korang tahu dak aper kesan implikasi perkara yang dibuat oleh Najib Razak nih kepada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia?

Jadi jika PBB masuk campur dan cuba nak membelakangkan keputusan kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia, makanya tindakan ini sebenarnya telah mencabar bukan sahaja Kedaulatan Undang-Undang Malaysia... akan tetapi ianya sebenarnya telah melibatkan kepada (Kedaulatan) Sovereignty Negara Malaysia itu sendiri...

Adakah kita nak benarkan Negara lain tentukan apa dasar dan keputusan undang-undang di negara kita nih? Sepatutnya negara lain tak boleh nak usik apa sahaja keputusan kehakiman didalam negara kita... sebab ianya mencabar kedaulatan kita...

Tindakan peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Najib Razak mengemukakan petisyen ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Kenegaraan dan ianya sebenarnya telah melanggar peruntukan Perlembagaan sedia ada dan boleh dilihat menderhaka terhadap negara. 

Ada limit terhadap hak asasi... terutama bab perundangan dan kehakiman.
Takkan nak sampai kena jajah secara perundangan pulak.... bodohlah...

Kita taknak tindakan ini jadi precedent kepada kes-kes yang lain sampai dilihat menghina Mahkamah Persekutuan.

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?


Tak Berbaloi

Bhai/DeeDee semua...

Ada pro dan cons terhadap isu nih... Satu part ialah berkenaan dengan cover-up mengenai isu kesihatan Najib Razak (kes mengelat ngan mengelak takmo masuk penjara tue) dan yang kedua adalah isu dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat...

Seingat gua... tiada kata-kata kesat yang dikeluarkan ... cuma sekadar perkataan biasa jer... tapi yer la.. bila terkait dengan anak dan orang VIP nih... walaupun engkau berada di pihak yang benar sekali pun... tetap engkau akan diperlihatkan bersalah....

Biasa la.... dan gua tak terkejut pun bila pengakhiran kes nih jadi camnie... memang tak berbaloi pon... sebab kat Malaysia nih... once ko dapat status VIP atau VVIP .. ko dan keluarga ko akan menjadi seumpama Dewa Kayangan... tiada bersalah.. tiada dosa... sentiasa sempurna dan sentiasa betul... 

Malah sesiapa yang mempertikaikan kedudukan ko sebagai VIP atau VVIP pulak akan dicarikan segala macam kesalahan dan dosa....

Hahaha... Semoga Allah Taala membalas atas segala ketidakadilan nih...

p/s... Sampai hari nih takder bukti yang Najib Razak benar-benar ditahan didalam sel penjara... Maaf lah sebab gua tak percaya dia ditahan disana...





Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Sebelum itu, difahamkan Nooryana Najwa mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

Ini Semua Gampang Tuan Puan

Bhai/DeeDee semua...

Pinda Perlembagaan untuk isu kerakyatan anak boleh tapi pinda perlembagaan untuk mansuh pencen anggota Kabinet tak boleh?

Makin Meroyan Perikatan Nasional

Bhai/DeeDee semua...

Puak-puak Perikatan Nasional sekarang nih nampak makin meroyan... Mana taknya.... sampai isu syarikat Korporat pun nak disabitkan dengan kerajaan... Gila... Contoh macam kes 7-Eleven la...

7-Eleven tue bukanlah Government Link Company (GLC) ... ianya adalah syarikat berstatus Holdings... jadi apa sahaja urusan berkaitan dengan 7-Eleven adalah terkait dengan pemegang saham dan pengarah-pengarahnya... Aper diorang nak buat... hal diorang...

Takder kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.... jadi Perdana Menteri (PM) tak perlu pun bagi penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam syarikat 7-Eleven nih.... Patut soalan yang mangkuk Ahli Parlimen Perikatan Nasional nih nak suruh Anwar Ibrahim jawab tue dier tanya kepada Vincent Tan .... selaku pemilik sebenar 7-Eleven...

Itu baru betul... tanya ditempat yang betul... tanya direct ngan pengurusan 7-Eleven.. bukan tanya dengan Kerajaan Persekutuan...

Mamat nih katanya dulu bekas Ketua Pengarah Perisikan ATM .... takkan la bodoh sangat.... huhuhu... Semenjak jadi Walaun PAS terus jadi bodoh ke??? Huhuhu


Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa untuk bersuara berhubung pelantikan jawatan-jawatan besar yang disandang oleh bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador, kata Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor.

Menurutnya, jawatan-jawatan besar yang disandang oleh Farhash sebaik sahaja Anwar memimpin negara sejak lebih sebulan lalu adalah perkara yang bertentangan dengan prinsip tatakelola yang baik dan janji-janji yang pernah dilaungkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

“Mana pergi janji-janji yang dilaungkan oleh PH untuk tatakelola yang baik dan integriti dalam mentadbir negara?

“Perlantikan Farhash adalah bukti bahawa agenda ‘reformasi’ yang dilaung-laungkan oleh PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan merupakan taktik politik untuk memperdaya pengundi.

Semalam, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dalam satu kenyataannya mengumumkan Robin Tan Yeong Ching telah meletak jawatan sebagai pengerusinya, “untuk meneruskan minat lain" dan digantikan oleh Farhash.

Robin Tan, anak kepada pemegang saham utama 7-Eleven, taikun Vincent Tan Chee Yioun dengan 41.8 peratus kepentingan, dilantik ke lembaga pengarah kumpulan itu sebagai pengerusi, pengarah bukan eksekutif bukan bebas pada 25 Nov 2021.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1