Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Azalina Othman Said. Show all posts
Showing posts with label Azalina Othman Said. Show all posts

12 July 2024

Tutup Sahajalah BHEUU

Bhai/DeeDee semua...

Boleh dah tutup ja Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri ni. Simpan buat apa. Gaji, Elaun dan Emolumen banyak. Tapi undang-undang seniri pon takmo ikut. 

Tagune simpan dari level Menteri, Turus, Jusa sampailah ke level jawatan pembantu am.



26 May 2023

Serupa Sembang Kes Arsenik Je....

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... ramai nampaknya terkena.... serupa sembang kes Arsenik jer ..... hahahaha.... mampoih...


Hahahahaha.... Siot ja...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

16 February 2023

Tak Habis Lagi Dengan Waris Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Tak habis lagi aaa.... itu hari kata dah setel ... dah selesai... kini dua aset milik Petronas di Luxemburg di kacau lagi... di sita...

Katanya ada keputusan untuk menguatkuasakan penghakiman yang lama... katanya dokumentasi penghakiman yang lama telah diperbetulkan...

Adoilah...

Jahanam...

Kena Lagi


Bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baharu untuk dua unit firma minyak negara Malaysia Petronas minggu ini. Ini berikutan permohonan oleh ‘waris’ bekas kesultanan untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka menangi terhadap Malaysia, kata peguam waris itu dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu yang terakhir sedang berusaha untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberikan kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu, susulan pertikaian berlarutan dengan kerajaan Malaysia berhubung perjanjian tanah era penjajah.

Malaysia, yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu, menyifatkan proses berkenaan adalah tidak sah. Ia kemudian memperoleh penangguhan anugerah di Perancis tetapi keputusan tersebut tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Petronas berkata ia akan menentang sebarang tuntutan yang dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, daripada dirampas di luar negara.

Unit Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus pertama kali dirampas pada Julai 2022, tetapi kerajaan Malaysia berkata bulan lalu bahawa perintah itu telah diketepikan oleh mahkamah daerah Luxembourg.

Pada hari Selasa lalu, dokumen mahkamah yang dikongsi oleh peguam waris itu, Paul Cohen, menunjukkan bahawa bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan kedua ke atas unit dan akaun bank berkaitan.

Cohen, dari firma guaman British, 4-5 Gray's Inn Square, memberitahu Reuters bahawa mahkamah daerah Luxembourg sememangnya telah menarik balik perintah rampasan pertama mengenai isu kecil yang telah ditangani, tetapi tidak membuat penghakiman berhubung merit timbang tara berkenaan.

"Terdapat ketetapan teknikal yang kini telah ditangani dengan berkesan, dan perintah pembekuan sekali lagi dilaksanakan ke atas aset Petronas di Luxembourg," katanya menerusi e-mel.

30 January 2023

Marah Lagilah Waris Kesultanan Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Marah lagilah waris Kesultanan Sulu...  dah macam-macam cara mereka gunakan untuk menuntut hak mereka keatas Sabah... Tapi tak berjaya sepenuhnya lagi... Itu hari mereka siap nak sita 2 syarikat milik Petronas guna keputusan dari Mahkamah di Luxemburg.... Tapi still sangkut lagi...

Hahaha... terbakar wei..


Mahkamah Luxembourg bersetuju untuk mengetepikan perintah untuk menyita dua syarikat milik Petronas kerana pihak yang menuntut secara sukarela tidak mendedahkan alamat sebenar mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Said Othman berkata mahkamah menganggap suruhanjaya ini penting dan menjejaskan Malaysia.

“Mahkamah mendapati kelakuan pihak yang menuntut menghalang penyampaian dokumen dan penguatkuasaan kemungkinan penghakiman yang akan diberikan terhadap mereka.

05 January 2023

Ini Semua Gampang Tuan Puan

Bhai/DeeDee semua...

Pinda Perlembagaan untuk isu kerakyatan anak boleh tapi pinda perlembagaan untuk mansuh pencen anggota Kabinet tak boleh?

11 December 2022

Ingat Mat Pet Mana Tadi

Bhai/DeeDee semua...

Sekali baca tajuk... gua ingat citer tentang Mat Pet.... Hahahaha... rupanya citer tentang Pertubuhan Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) ...

Hahaha.... ingat awal apersal la Mat Pet bising tentang UMNO tentang SUHAKAM bagai..... Hahaha ... rupanya Madpet lain... hahaha

Lenkali pilih la nama akronim yang okay sikit... adoilah... main sesah jer akronim nih kan naya... Hahaha



10 December 2022

Senyap Sunyi Walanon Dan Bangsa Slurpp

Bhai/DeeDee semua...

Sebab sudah dah geng yang sama... jadi para Walanon dan Bangsa Slurpp sudah senyap sunyi.. Takder sekor pon yang nak bising membantah tindakan Idris Haron (Peguam Negara) yang tidak membuat apa-apa tindakan sehingga Azeez Rahim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah atas semua pertuduhan rasuah. ... 

Hahaha...

Kalu dulu sure meletop semua Walanon dan Bangsa Slurpp .... siap kecam Peguam Negara ... Mesti punya la.... Hahaha.. mesti akan kata macam-macam kepada AG.... Hahaha... mesti Idris Haron nih kena maki berjemaah... tapi itu dulu aaa.... Hahaha

La nih semua senyap ... senyap sunyi Walanon dan Bangsa Slurpp.... Azeez Rahim sudah suci la nih... pergi.... sure lepas nih kes TH pon jadi senyap sunyi... ahahaha

Hahaha.... dah jadi geng... dah sekandang... dan gadaikan prinsip dan integrity ... dah sama sekapal dengan penyamun... Hahahaha

Hoi Hoi Ya Hoi....



09 December 2022

Untung Secupak, Rugi Segantang

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keghairahan untuk menguasai Kerajaan Persekutuan Malaysia, Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Barisan Nasional. Memang kita semua tahu bahawa ini adalah hasil daripada tidak cukup majoriti pada PH dan lain-lain Parti Gabungan... dan diendorse oleh YDP Agong..

Tapi...

Dalam keadaan ini .... hanya kerana untung yang sedikit (dapat memegang kuasa dan mendirikan Kerajaan sebagai PM) .. tetapi banyak kerugian yang sebenarnya terserlah sama ada kita mahu melihat dan menyedarinya ataupun tidak...

Contoh yang nyata,... UMNO tetap juga nak cari salah kepada Hakim Nazlan, bekas Gabenor Zeti Ahtar malah juga terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan kes terkait Tabung Haji (yang katanya PH telah menjualkan aset TH kepada pihak ketiga)... dan itu antara yang sedang diperbuat tindakannya oleh Majlis Tertinggi UMNO.... belum lagi tindakan-tindakan lain yang akan dirancang...

Tambah lagi Menteri Undang-Undang adalah dari puak UMNO (Azalina Othman Said)... pastinya akan ader keuntungan dan bias tak banyak sedikit tentunya pada kes terkait Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak serta yang lainnya...

Apa yang Pakatan Harapan akan dapat?? Hahaha... Gua tak nampak Pakatan Harapan akan ada kelebihan dalam per"sekatil'an dengan Barisan Nasional nih... tambah lagi banyak kuasa dalam kabinet sebenarnya terletak atas bahu wakil Barisan Nasional.... 

Agak-agak korang la... Ader peluang ke Pakatan Harapan nak sentuh dan bangkitkan isu terkait beberapa perolehan yang pelik dan ajaib serta merugikan yang telah dibuat oleh orang UMNO dan Barisan Nasional... Paling simple... adakah itu skandal LCS akan dapat dibongkarkan dengan lebih telus dan mensabitkan beberapa warlord UMNO???? Hahaha...

Mahu ke Menteri Undang-Undang (Azalina Othman Said) nak usahakan benda-benda macam ni??? Hahahaha...

Kepincangan dalam Prasarana sebelum ini pun gua berani jamin takkan terusik dan diambil tindakan perundangan... Itu belum lagi yang lainnya,,,,

Sebab itu gua kata.... untungnya secupak, ruginya segantang.... Hahahaha

Walanon dan Bangsa Slurpp tahu apa?? hanya sekadar membekap kosong tanpa fakta dan data,,,, Hahaha.... sama spesis dengan Walaun dan Machai.... Hahaha




Sori... korang nak gadaikan prinsip dan integriti teruskan la.... maaflah... gua bukan macam tue... sebab once tergadai prinsip dan integrity... sampai bila pun korang takkan dapat bingkas balik...

24 August 2021

Ada Tawaran Menteri Kanan Kot?

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sesenang itu Azalina Othman Said nak letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat... tetiba jer... Nampak sangat macam dah ader tawaran besar untuk berada dalam Kabinet Ismail Sabri...

Maybe ada tawaran jawatan Menteri Kanan kot?

Kalu tidak takkan la nak letak jawatan kan... Hahaha... ader yang lagi untung dan masyuk.... Hahaha



27 May 2021

Azalina Lebih Bertelur Berbanding Azhar Harun

Bhai/DeeDee semua...

Azhar Harun nih adalah kawan gua... Tak la rapat sangat tapi boleh la... Cuma gua kesal semenjak dier dapat kuasa menjadi Speaker dan Yang Dipertua Dewan Rakyat... dier punya nada dan cara tindakan dah tak sama macam apa yang dier perjuangkan dahulu... totally different..

Manakala Azalina Othman Said pula ... walaupun sekadar menjadi Timbalan Speaker dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat... gua nampak Azalina lebih terkehadapan dalam nak memastikan bahawa adanya pemisahan kuasa antara cabang Legislative dan Executive.

Tu yang gua kata Azalina lebih bertelur berbanding Azhar Harun...

Walaupun Azalina Othman Said tu dari UMNO/Barisan Nasional.... itu isu lain... dalam kes Parlimen... Parlimen mestilah terus bersidang seperti dijadualkan tanpa ader halangan dan kekangan.. Kerana disitulah segala dasar dan perundangan serta hala tuju negara ini digubal...

Parlimen adalah penting bagi sistem demokrasi berpelembagaan.



16 May 2012

Neraka Pun Milik Allah Taala...

Bhai.. hehehe... seperti biasa... ayat sarcasm akan kuar gak dari gua.. hahaha ... sebelum tue lu tengok aper yang Azalina Othman Said tue cakap... hahaha

“Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda,”- Azalina Othman

So...

Mari kiter olah balik ucapan tersebut dari konteks lain... hehehe...

"Gua mencabar mereka yang menidakkan kekuasaan Allah agar jangan ambil walau sesaat pun udara dibumi ini. Bawalah anak dan isteri kamu keluar dari bumi Allah kerana Allah pun tidak perlukan mereka. Banyak lagi makhluk Allah yang lain yang mahu masuk tinggal di bumi Allah ini,"- CipanTapirTenuk (C++)

Waima... mereka-mereka ini yang galak menidakkan kekuasaan Allah Taala.. menidakkan hukum Allah Taala.. menidakkan Al Quran ..... supaya ingat.... tiada tempat bagi lu... waima Neraka pun tak layak buat lu...

Kerana... Neraka pun milik Allah Taala...

Pergi berambus la lu orang yang tak mahu kepada Islam... yang tak mahu kepada undang-undang Islam... yang tidak mahu kepada pemerintahan secara Islam... yang tak mahu kepada pilihanraya yang bersih dan adil sepertimana yang dituntut dalam Islam ... pergi berambus.... sebab kalu nak lepak kat dalam Neraka pon tak layak... sebab Neraka pun milik Allah Taala..

14 May 2012

Kenapa Perlu Di Pengerang?

Bhai... untuk pengetahuan lu dan ramai lagie... gua berkhidmat ngan syarikat yang berkaitan dengan industri Minyak dan Gas... bukanlah industri hiliran... tapi industri utama... industri yang mengeluarkan dan memproses Naptha, HFO (High Fuel Oil), LFFO, Methane, Ethanol, Diesel, Super Diesel dan juga Jet A1... termasuk skali ngan Catalyst (Paladium dan Platinum)... Jadi rasanyer gua layak la nak ulas skit bab industri Oil and Gas nih... hehehe...

Malah industri yang gua kerja nih teknologinyer cuma ader 3 sahaja dalam dunia nih... satu kat Canada, satu kat Australia... dan satu lagi kat Malaysia... hahaha... malah Naphta Cracker pon kitorang ader kat sini ... hahaha.... (ala yang Najib emphasiskan dalam Buletin Utama TV3 malam tadi... macam la hebat sangat ... hahaha)

Hahaha... Persoalan yang gua nak bawak nih.... Industri yang berkaitan dengan Minyak dan Gas nih dah lama dah beroperasi di Terengganu... terutamanya di Kerteh dan Paka...termasuk juga di Teluk Kalong ... malah logi penyaluran dan ekspot bagi gas LNG Petronas (Petronas Export Terminal @ :PET) terdapat berhampiran ngan rumah gua iaitu di Pelabuhan Kemaman (Kemaman Supply Base @ KSB) yang dekat dengan pantai Telaga Simpul...

Okeh... Industri nih dah ada sejak dari awal 70'an lagi... malah terbina dengan giat sejak ujudnya satu akta ... iaitu Akta Kemajuan Petroleum 1974 .. dimana dengannyer ujudlah PETROLIAM NASIONAL (PETRONAS).... Kalu kiter kaji di Sabah dan Sarawak... telah lama ader industri ini.. semenjak pertama skali syarikat SHELL menjumpai minyak di SARAWAK (The Grand Old Lady) pada 1910... (hehehe.. gua pernah pi melawat rig nih... )

So... biasanyer kawasan industri Petrolium (Minyak dan Gas) mestilah tidak jauh daripada lubuk sumber ini ditemui.. sebab untuk mengelakkan kos pengeluaran dan pemerosesan jadi tinggi... hahaha...

Jadi biler Najib Razak mengumumkan bahawa akan dibuka satu kawasan Industri Minyak dan Gas di Tanjung Agas (PEKAN) ... maka gua antara orang yang paling terkejut...  Ini kerana jarak antara Tanjung Agas dengan RIG atau Platform yang paling dekat aderlah lebih dari 160 nautical mile... giler aper... jauh tue.... Kemaman pon paling cuma sekitar 80 nautical mile jer... Kerteh lagi lar dekat... Ini Tangjung Agas... punya la jauh...

Tapi... beberapa hari nih gua lagi terkejut biler dengar Najib Razak umumkan bahawa akan ader satu terminal besar bersepadu Minyak dan Gas yang akan dibina di Pengerang (Kota Tinggi) .... dengan nama glamer RAPID.... hahaha...

Giler aper jauhnyer nak bukak kawasan baru nih.... lebih dari 300 nautical mile nih... giler babat betul lar... Kenapa taknak perbesarkan dan perhebatkan Terminal Minyak dan Gas di Kerteh jer... kan lebih elok dan lagi berbaloi... serta tak kacau alam sekitar....  ini kerja bodoh ker aper nih... atau ader orang yang akan untung besar nih....

Kalu depa nak buat piping dari Kerteh sampai ker Pengerang... mau gua rasa cecah 350 km nih... giler aper ngan kos yang tinggi mencanak nih... Yang lagi best tue... ader DEWA yang dok marah kat orang ramai yang bangkang dan bantah projek nih.... errr... berapa banyak aaa ini DEWA sudah masyook.... hahaha...

So... kalu jadi buat kat Pengerang.... hahaha... aper jadi ngan infrastruktur kat Tanjung Agas kat Pekan tue.... hahaha... takkan nak buat kawasan untuk Disneyland kot... infra dari segi telekomunikasi dan jalanraya dah siap abis tue... malah kerja tanah dah nak selesai... takkan jadi projek Gajah Putih jer... hahahaha...

Kesian la orang Pekan kena tipu idup-idup ngan Najib Razak... hahahaha....

Oh yer.. kalu nak tipu orang awam.. boleh la... kalu nak tipu ngan orang yang terlibat ngan industri Minyak dan Gas... tolong aaa.. tolong skit... jangan buat malu lar... hahahaha....

Lagi satu... hehehe.. nampak sangat semua ini macam mau kasi tutup dan ilangkan legasi Mahathir Mohamed dan Tengku Razaleigh... hahaha.... kesian aaa..

P/S : Berapa ratus juta aaa itu Azalina Othman dapat ngan projek RAPID nih ?? hahaha

21 October 2010

Menteri Melancong VS Menteri Pelancongan

Dulu Azalina dok perkudakan Kementerian Pelancongan ..... sampai naik kering dana... kesana kesini Azalina rembat peluang... hehehe... bukan senang nak dapat travel free.. orang lain satu Malaysia yang bayar bagi pihak dier... kini ... benda yang sama gak dibuat oleh Ng Yen Yen...

Sama ader lagi teruk dibuat oleh Ng Yen Yen atau setara dengan apa yang Azalina Othman Said buat dulu tue.. gua tak tau la... gua kena tanya la awek lama gua yang kerja di Jabatan Audit Negara tue... aper ceritanyer... hahaha... itu pon kalu dier nak story la..

Tapi yang pasti... inilah antara Kementerian yang ramai sangat nak dapat slot... bukan senang ooo nak dapat slot jawatan Menteri Pelancongan nih... sekali dapat sori la nak lepas senang senang....

Ini la satu lubuk buat duit... buat duit atas nama macam-macam promosi la... event la... ekspo la... iklan TV la... dan macam-macam kepala bana boleh dibuat untuk tibai dana yang diperuntukkan... bajet Kementerian Pelancongan adalah antara yang agak besar didalam setiap kali belanjawan (bajet).... setakat nih belum pernah kena potong secara drastik lagi nih....

Jawatan nih sebenarnya cukup suka kalu Rosmah Mansor dapat... senang skit urusan dier... hahaha... cuma nasib baik dier jadi laki Najib... kalu tidak... sure dier dah masuk politik secara direct dan mungkin akan dapat jawatan jadi Menteri Pelancongan....

Gua tak tau la aper nak jadi.. setiap kali ader kes.. diadukan kat SPRM dan Jabatan Audit... yang kena cuma Ketua Pengarah Pelancongan jer... yang kena dakwa la... tapi Menteri dan Timbalan Menteri... lepas bebas..... cam siot jer...

Lu agak-agak la... lepas pada Ng Yen Yen nih... jawatan Menteri Pelancongan nih akan dipegang oleh saper aaaa..... jangan pusah sudah ler...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1