Bhai/DeeDee semua...
Rumah bapak gua aderlah rumah paling hujung dalam kampung ... dan kampung kami bersebelahan dengan kampung keluarga Awie Wings. Seberang kampung kami juga adalah kampung dimana DJ Dave berasal.
Manakala kampung dimana menetapnya ramai sedara mara gua adalah kampung dimana Baggio Damasustra tinggal dan membesar.
Dalam kampung gua ader keluarga Melayu dan keluarga India (hampir sama banyak), keluarga Sikh (Benggali) dan ramai juga keluarga Cina. Terdapat juga satu keluarga banga Serani dikampung kami itu.
Jiran sebelah rumah gua ader dua keluarga India, yang mana kalu gua nak keluar pi jalan utama kampung kena lalu depan rumah jiran nih. Very friendly dan boleh dipercayai.
Masa kecik kalu time gua balik sekolah tetapi tiada orang di rumah gua, gua akan lepak tido baring dan makan di rumah Uncle Krishnan nih.. anak-anak dier (Anen, Arun, Boi dan Meena) memang rapat ngan gua... Anen nih muda 2 tahun ja ngan gua...
Anjing perliharaan milik mereka ader dua ekor.. dan kedua-dua anjing ini tak pernah masuk dalam rumah walaupun pintu terbuka... mereka akan berkeliaran disekitar rumah Uncle Krishnan nih...
Uncle Krishnan nih dier kerja jaga disebuah lombong bijih timah berhampiran dengan kampung kami. Nama syarikat lombong bijih timah itu adalah Osborne & Chappel Limited. Almarhum Bapak gua pulak pernah bekerja dalam pelbagai jawatan (last sekali sebagai jaga) di syarikat perlombongan bijih timah yang dikenali sebagai Southern Kinta Consolidated (SKC) milik dari United Kingdom sebelum diambil alih oleh syarikat Malaysia iairu Malaysian Mining Corporation (MMC).
Bapak gua jugak pernah diarahkan bertugas di syarikat Austral Amalgamated Tin (AA Tin) milikan Australia selama beberapa tahun.
Biasanya malam sebelum esoknya nak raya Deepavali, keluarga gua dan keluarga dua jiran yang paling hampir nih akan sama-sama membantu menyiapkan juadah raya seperti kuih muruku, kuah toosai dan chapati serta beberapa manisan..
Sebab esoknya selepas jiran kami tu dab balik dari Kuil (Kovil), keluarga gua akan bertandang berziarah sempena perayaan Deepavali... Sama juga kalu ader perayaan Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha jiran-jiran nih akan sama-sama membantu dan berziarah. Time Kong Hee Fat Choy pula... kami akan sama-sama ziarah dan bantu persiapan raya jiran-jiran kami yang berbangsa Cina... Same goes to Chistmas yang mana kami akan sambut ngan orang kampung kami yang berbangsa Serani.
Almarhum Atok sebelah bapak gua ader mengwakafkan sebuah bangunan surau di Kampung gua tu... dan Surau itu dibina dua tingkat.... tingkat bawah dijadikan pusat komuniti oleh orang kampung dan bila ada mesyuarah kampung... semua orang kampung akan hadir... Cina, India, Benggali dan Serani pon akan hadir... semua orang termasuklah kanak-kanak tahu dan paham kalu nak masuk Surau nih... kena basuh kaki dan pakai kemas sikit. Hormat tempat ibadat.
Setiap bulan ader penceramah agama dan Ustaz yang akan hadri bagi kuliah secara tetap. Dan kepada sesiapa yang nak hadir takder masalah. Bukan takder jiran kami yang bukan Islam hadir dengar kuliah dan ceramah ni.
Tapi ...
Once ader satu keluarga Ostad (Cikgu Sekolah Menengah) yang berpindah menyewa rumah di kampung kami pada sekitar 1985, maka elemen taksub menerjah masuk terutamanya elemen PAS. Dan secara tidak langsung menyebabkan ukhwah sesama orang kampung dah jadi berpecah... ader yang kata ini kampung kami ni amalkan anasir liberal la... tak kuat agama la... sampaikan jiran-jiran berlainan agama jadi jauh hati...
Thats what happen to our small kampung... Jahanam keharmonian disebabkan puak-puak pentaksub agama nih...
Syabas dan tahniah serta takziah buat pengasas kampung gua..... Pak Shaari, Pak Kama Jaga, Pak Suhaimi, Pak Taib, Makcik Leha, Pak Majid Motor, Pak Leman Askar, Pak Brahim Chendol, Pakcik Krishnan, Pakcik Gurmit, Auntie Sharmila Kaur, Pakcik Appu, Uncle Micheal, Pakcik Chang, Auntie Moy, Pakcik Ah Tan Lombong, Auntie Sorena dan beberapa lagi nama yang gua dah lupa...
Semoga semuanya mendapat rahmat, ehsan dan keampunan dari Allah Taala, Tuhan seru sekalian alam.
The best from 1950’s till 1985.
Selamat Menyambut Hari Raya Deepavali kepada semua.... moga korang semua happy... Ini negara kita sama-sama punya.... dan kita semua adalah pendatang gak... yang asal cuma rakan-rakan kita Orang Asal (Jakun, Semai, Negrito dan lain-lain)
Ader paham ka????