Bhai/DeeDee semua...
Lawak la Malaysia nih ... pung pang pung pang bersolidariti bagai... boikot bagai... seruan jihat bagai... marah sangat kat Israel bagai..... tapi.... biler ader program PLKN yang baru nih yang katanya akan melibatkan warganegara berumur 18 hingga 35 tahun.... semua jadi banyak cekadak...
Hahaha....
Terus kecut telor semuanya.... Hahaha... baru kena PLKN.... macam program perkhemahan jer.... terus jadi penakut.... macam mana la nak lawan Israel camnie...
Hahaha....
Ajer pondan la..... Hahahaha
“Kita orang Islam nih kena kuat. Semangat dan diri tu. Kita boleh ja kalau nak kalahkan musuh-musuh Islam”, suara Leman begitu kuat semasa melontarkan hujahnya di Kedai Kopi Wan Jo tak jauh dari rumah kongsi pekerja bangla berdepan dengan kilang selipar di Meru Klang.
“Betul, aku setuju”, “Kita bukan sahaja buat boikot produk musuh Islam tapi kita kena berani mengangkat senjata” tegas Pian yang berbadan kurus kering akibat dari banyak sangat melayan air ketum.
“Tengok dua orang anak muda kita ni.. Bersemangat. Macam inilah yang kita mahu. Berani” , “Nak harapkan Kerajaan, penakut pait” balas Wak Suparman yang berkain pelikat dan berkopiah. Dijarinya ader sebatang cerut yang sudah naik harga dari 15 sen kepada 50 sen.
Ramai kaki lepak di Kedai Kopi Wan Jo mengangguk tanda bersetuju. Siap ada yang menepuk meja. Nyaris juga kopi yang tersisa dalam cawan tak tertumpah.
Mereka bising bercerita pasai Jihad… pasai Mujahideen.. pasai boikot… pasai musuh Islam. Rata-rata dilihat bersemangat semasa melontarkan pandangan dan hujah mereke.
Di sudut kedai ada seorang pemuda yang senyap ja tak terikut dengan agenda sembang lebat di Kedai Kopi Wan Jo. Pemuda itu bertshirt gelap dan berseluar jeans. Topi besbal hitam tak pernah turun dari kepalanya. Dia diam sambil melayan juadah sarapannya. Sesekali matanya memandang kepada Leman dan Pian serta Wak Suparman. Dia tersenyum sahaja.
“Brader. Apa komen brader tentang isu yang tengah panas sekarang nih” tanya Leman yang berbadan gempal kepada pemuda itu.
“Lu tanya gua ke?” balas pemuda itu
“Ya le, kami semua nak tau pandangan brader sebab brader senyap jer dari tadi” balas Pian pula.
“Tak ada apa nak komen. Ini semua isu politik. Masing-nasing puak ader agenda dan strategi diorang”, “Yang jadi mangsa adalah orang awam di kedua belah pihak. Mati dan cedera. Sengsara” balas pemuda itu.
“Takkan itu je komen brader”, “Err… brader ni pro kepada musuh Islam kot? Kalau tidak takkan la boleh bagi ulasan yang lembut camnie. Brader kalau penakut cakap la penakut”, getus Leman sambil menyalakan sebatang rokok Dunhill yang dipawnya dari Wan Jo tokey kedai kopi.
“Macam ni la, Gua dah pernah berada dalam banyak konflik perang sebab ditugaskan. Jadi gua tau apa itu perang sebenar”, “Menang jadi arang, kalah jadi abu. Tambah lagi semuanya adalah akibat sentimen dan politik”, “Takut mati tu dah lama takder dalam diri gua sebab patutnya dah banyak kali dah gua mati” balas pemuda itu sambil tersenyum.
Leman dan warga lepak di Kedai Kopi Wan Jo bising dengan komen pemuda itu. Macam-macam kata dihamburkan kepada beliau. Pemuda itu sekadar tersenyum je.
Pemuda itu kemudiannya meletakkan duit RM50 atas meja sambil ditindankan dengan cawan kopi. Beliau memberikan isyarat kepada Wan Jo untuk gunakan duitnya itu buat membelanjakan orang yang lepak di Kedai Kopi Wan Jo tu.
Sebelum pemuda itu beredar, dia membuat satu pengunuman.
“Kepada semua yang bersemangat waja ni, boleh lah mendaftarkan diri di pejabat Unit Pentadbiran Rejimen 502 Askar Wataniah di Shah Alam yer”, “Jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan salinan sijil-sijil persekolahan”
“Jangan lupa ya, saya tunggu di sana sepanjang minggu nih” “Sampai di sana nanti, jangan lupa sebut ja nama saya En Khairul, mereke mesti kenal” tegas pemuda itu sambil tersenym lebar seraya bergerak keluar dari kedai menuju ke sebuah Land Rover Discovery bernombor plet VAT 69.
Warga kedai kopi Wan Jo semuanya tersipu-sipu sambil berpandangan sesama sendiri.