IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
28 July 2025
Kita Patut Tanya...
Kita patut tanya banyak.... perang Thailand lawan Cambodia nih sebab apa... puncanya dimana?? Itu kita patut tanya...
22 June 2025
07 October 2024
Setahun Telah Berlalu
Beberapa orang mungkin tidak menyangka bahawa setahun selepas serangan tanpa prisiden oleh Hamas ke atas Israel, bukan sahaja perang Israel menentang Hamas di Gaza masih berlarutan—sebuah peperangan yang telah meragut lebih 40,000 nyawa rakyat Palestin dan menghancurkan wilayah tersebut — tetapi juga perang lain yang melibatkan Lebanon.
Kebanyakan pemerhati yang mengikuti situasi ini percaya bahawa konflik antara Hezbollah dan Israel hanya menunggu masa. Selepas pertempuran terakhir pada tahun 2006, kedua-dua pihak terus membuat persediaan untuk konfrontasi seterusnya.
Namun begitu, ada rasa terkejut dan ketidakpercayaan terhadap skala peristiwa yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh di Lebanon setakat ini, dengan 1.2 juta orang lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka. Serangan udara Israel telah memusnahkan hampir setiap bahagian negara tersebut, termasuk ibu kotanya, Beirut.
Beirut, sebuah bandar yang sudah biasa dengan peperangan, kini mendapati dirinya berada di tengah-tengah konflik sekali lagi. Terdapat tanda-tanda bahawa bandar ini cuba menyesuaikan diri dengan realiti baharu, dengan beberapa kedai, restoran, dan bar mula dibuka semula di sesetengah kawasan.
Dengan kawasan selatan negara itu kembali dicerobohi tentera Israel, dan tiada tanda-tanda bahawa Israel akan mengurangkan intensiti serangannya terhadap Hezbollah — malah, yang berlaku adalah sebaliknya — ketakutan kini adalah bahawa ini merupakan permulaan kepada konflik yang luas dan panjang.
24 January 2024
Konflik Israel Dan Hamas - Apa Jalan Penyelesaiannya?
01 January 2024
MALAYSIA - Nota Bantahan Pun Tak Berani Nak Bagi...
Apa Tindakan Malaysia bila AS lulus jualan senjata kepada Israel?
Tak ada apa pun tindakan dari Malaysia. Senyap sunyi. Nak buat bantahan pun tabrani. Adoilah. Patut boleh ja PMX atau Menteri Luar panggil Duta USA untuk amik nota bantahan dari Malaysia...
Adoilah.
#Relevan #Palestine #Politik #MasaDepan #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial
Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
07 November 2023
Apa Yang Boleh Anda Terjemahkan?
Post ini dibuat sekadar untuk menjentik minda anda semua...
Kalu ikut satu garisan "True North", dan bukannya "Magnetic North", dari utara Madinah garisan ini akan dilihat membelah sedikit Negara Iraq dan Syria.
Garisan ini juga akan melalui wilayah Donestk di Urkraine dan terus lalu menghampiri ibunegara Russia (Moskow).
Kena ingat, kedudukan Mekah ini berada di selatan Madinah. Kedudukan batu hitam Hajarul Aswad pula dilihat menunjuk kearah Nusantara.
"Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?" - AlQuran, 23:80 (Al Mukminun)
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
03 November 2023
Lawak Malaysia
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
24 October 2023
Biden Yang Nyanyuk
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
| Ini saranan lawak |
19 October 2023
Syaitan Paling Besar
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
| Bencana Kemanusiaan Di Gaza |
Ini Semua Bangsat
Nabi Muhammad s.a.w dah ajar... nak berperang... kena cari kawasan yang jauh dari penduduk awam... takkan tak belajar Sirah??
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
15 August 2023
Terduduk Nik Amar
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
| MB Baru Kelantan |
14 January 2023
Stendet La Kena Boo
15 November 2022
Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
Apa lagi tunggu... gaduh lar... hahaha... kasik lawan... Takiyuddin sudah lawan tokey... Hahaha
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menyanggah kenyataan dibuat salah seorang pemimpin kanan parti komponen itu berhubung isu bekerjasama dengan BN.
Menurut Muhyiddin dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.
"Tujuan PN bertanding dalam PRU ke-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).
"Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU ke-15," katanya lewat pagi ini.
13 October 2022
Sah Pertembungan Empat Penjuru
11 May 2022
Lobai Pengecut
03 March 2022
Chelsea untuk dijual, Mungkin dibeli oleh Salman Khan
Nampaknya Roman Abramovich berdepan tekanan politik dan kewangan antarabangsa dimana berkemungkinan dibekukan atau dirampas asetnya oleh pihak berkuasa. Semua ini berlaku akibat dari tercetusnya perang antara Russia dan Ukraine.
Oleh itu, nampaknya pilihan yang ada hanyalah berusaha untuk menjual pegangan sahamnya dalam kelab bolasepak Chelsea yang berada dalam Liga Inggeris (English Premier League @ EPL).
Dan nampaknya Salman Khan sedang meninjau-ninjau untuk membeli 100% saham kelab bolasepak Chelsea itu. Kita nantikan perkembangan selanjutnya. Err... banyak aaa duit Salman Khan???
Hehehhe
Roman Abramovich berdepan tekanan menjual Chelsea.
#Chelsea #RomanAbramovich #SalmanKhan #Bhai #RussaUkraine #Krisis #Saham #LigaInggeris #EPL #UEFA #Football #Soccer #CipanTapirTenuk #SocialCritics
02 January 2022
Perang Dalaman UMNO Yang Memangsakan Rakyat
Dan boleh pulak si celaka kerabat Kayangan macam Tengku Zafrul dok pertikaikan niat orang nak nak mintak keluar duit KWSP .... celaka betul lar..
06 October 2021
Satu Elemen Bahaya
Bhai/DeeDee semua...
Satu part yang gua memang tak menyampah bilamana ada orang yang dah terbukti bercakap itu ini dalam video ucapannya.... tetiba biler terdapatnya banyak laporan Polis terhadapnya terus cakap semua itu yang diviralkan telah diambil diluar konteks....
Bhai... citernya camnie... memang la orang kerat video ucapan lu yang panjang berjela... tapi jangan la main sedap mulut ja bagi ucapan itu ini... lu pon tau kan... terlajak perahu boleh undur... terlajak kata... buruk padahnya... tambah pulak ucapan yang ader unsur-unsur melibatkan ketenteraman awam, mencetuskan kebencian kaum, mencetuskan keganasan, dan ada elemen ekstrem.... Memang mencari bala la...
Sori aaa... nak bagitau lu... Islam tak pernah ditegakkan dengan mata pedang .. Nabi tak ajar keganasan.... Jangan lu salah tafsirkan hadith Rasulullah... jangan memandai... jangan memalukan Islam...
Walau apa pun kita... walau siapa pun kita... please la jaga ucapan kita... tak kira la dimana sekali pun... dalam kelompok kecil sesama kengkawan ka atau lain-lain... sebab nanti tak pasai je kena...
Mulut tu kena jaga...
| Kerana Mulut Badan Binasa |
27 September 2021
AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?
Gua sedia maklum bahawa ketegangan di Laut Cina Selatan itu adalah sekadar "show-off power" bagi semua kuasa besar kerana kawasan itu adalah satu laluan utama perdagangan dunia.
Jadi ianya adalah satu laluan yang percuma untuk sesiapa sahaja lalui tanpa perlu membayar apa-apa caj kepada mana-mana pihak. Sebab itulah banyak pihak kononnya nak jadi juara disitu sekadar kemudiannya boleh mengenakan caj kepada mana-mana kapal yang melaluinya.
So China mendakwa bahawa Laut Cina Selatan itu adalah kawasan miliknya. Tapi ada dokumen lama yang mengesahkan bahawa tiada tuntutan dari Maharaja China terhadap Kepulauan Paracel ditengah-tengah Laut China Selatan. Pastinya Kerajaan China masa ini tidak akan memperakui dokumen lama tersebut. Malah selama ini pun segala keputusan UNCLOS berkaitan Laut Cina Selatan tetap tidak diterima dan diperakui oleh China.
Dan kita sedar bahawa China sedang menguatkan armada lautnya dengan membina "forward military base" di Kepulauan Paracel Laut Cina Selatan. Jadi pihak barat cuba untuk mengimbangi keadaan ini dengan mengadakan satu pakatan iaitu tiga pihak iaitu Australia, United Kingdom dan United States (AUKUS).
Jadi mari kita bincangkan AUKUS - Apa Impaknya Terhadap Malaysia?
Malah AUKUS ini nampaknya lebih menumpukan kepada pemilikan kapal selam berkuasa Nuklear oleh Australia bagi mengawal kawasan sebelah selatan. Jadi dengan adanya kuasa AUKUS ini, pastinya ruang Laut Cina Selatan akan menjadi satu platform banyak kapal selam berkuasa Nuklear.
Kita sedia maklum bahawa China juga memiliki Kapal Selam berkuasa Nuklear begitu juga Russia. Jadi jika berlaku sesuatu konflik di Laut Cina Selatan, tentunya keterlibatan kapal selam berkuasa Nuklear akan mencari percaturan paling bahaya disana.
Impak negatif dari konflik berkaitan Nuklear ini adalah pencemaran radiasi dari sumber Nuklear yang mungkin bocor dan terdedah kepada hidupan laut dan sebagainya. Dan ini akan memberikan kesan yang lama terhadap ekosistem dan laut. Yang ini sepatutnya dielakkan.
Negara-negara Asean sudah lama menandatangani satu ketetapan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom dan Neutrality). Ianya ditandatangani oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 1971 dan seterusnya diperakui dan diperkukuhkan oleh semua anggota ASEAN selepas itu.
Dengan ZOPFAN ... kita cuba untuk mengelak daripada berlakunya implikasi Perang dan Nuklear dikawasan ASEAN ini. Malah ZOPFAN ini membayangkan Asean bebas dari campur tangan kuasa luar, mengamalkan hidup berdampingan secara damai dan memelihara kebebasan dan kedaulatan setiap negara.
Untuk itu perjanjian AUKUS dan apa sahaja tindakan dari China di Laut Cina Selatan dianggap oleh ASEAN (terutamanya Malaysia) sebagai satu provokasi tahap tertinggi yang tidak boleh dikompromi. AUKUS memang ada impaknya terhadap Malaysia terutama dari segi dasar luar dan dasar pertahanan negara.
Gua tahu Menteri Pertahanan Malaysia (Hishamuddin Hussein) ini adalah Menteri Pertahanan paling lekeh dan takder telor dalam sejarah Malaysia, bilamana dengan selamba badaknya berkata yang Malaysia perlu berbincang dulu dengan China berkenaan isu AUKUS ini.
Gila apa Malaysia nak kena tunduk dengan China. Patut Malaysia kena ader ketetapan sendiri yang kukuh dan nyata. Menteri Luar Malaysia pun sama takder telor jugak nampaknya.
Memalukan sungguh la.
By the way.. walaupun Malaysia ada perjanjian keselamatan dengan UK, Australia dan New Zealand namun itu tidaklah bermaksud Malaysia perlu tunduk dengan AUKUS. Malah dengan China pun Malaysia jangan tunjuk lekeh.
Jangan kerana mereka adalah kuasa besar maka kita perlu takut dan menjadi bola yang boleh disepak kemana-mana. Malaysia perlu ada pendirian yang jelas. Malaysia perlu suarakan bahawa Laut Cina Selatan perlu kekal bebas tanpa pengaruh China atau mana-mana pihak lain.
Tapi selagi kita ada Kerajaan Gagal yang memerintah... dengan Menteri Kabinet yang juga gagal... apalah yang nak diharapkan... Huhuhuhu..
P/S: Bukan semudah ABC lah China nak boleh serang Malaysia tanpa Malaysia membalas serangan "tepat pada jantung" seawal 4 jam selepas arahan diberikan. (sekadar peringatan)
Kepada Tuhan kita berserah
Demi tanah air tercinta
Sekian,
TAMMAT.
13 August 2021
Katanya Orang Malaysia Sokong Palestine?
Katanya orang Malaysia sokong Palestine... Tapi... setakat semalam... bilangan orang yang like dan follow Facebook Page Kedutaan Palestine di Malaysia hanya sekitar 260++ orang jer...
Mana pergi orang Malaysia yang lain?? Takkan semua orang lain tak tahu keujudan Facebook Page Kedutaan Palestine di Malaysia? Takkan la kot? Takkan semua pergi like Facebook Page Kedutaan Israel kot?? Hahaha
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai... selama nih gua selalu berdiam diri biler dengar citer macam-macam tentang pemberontakan di Syria... malah berita kekejaman tentera B...
-
Bhai/DeeDee semua... Kelmarin PMX kata, pengurusan Felda datang pada dia untuk dapat kelulusan penjualan hotel di London. Dia kata Felda n...
-
Bhai/DeeDee semua.... Anwar Ibrahim benar-benar memalukan Malaysia. Bukan sahaja dia digelakkan seluruh warga US... tapi juga sampai ke Isra...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1



