Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

28 July 2025

Kita Patut Tanya...

Bhai/DeeDee semua...

Kita patut tanya banyak.... perang Thailand lawan Cambodia nih sebab apa... puncanya dimana?? Itu kita patut tanya...

04 October 2023

No Comment

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keadaan semua pihak bersedia... ada pihak lain merancang dan terlebih bersedia....

Gua?

No Comment...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Rebel or What?


03 March 2022

Thailand Juga Yang Terkedepan Dalam Menangani Wabak Covid-19

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia nampaknya agak ketinggalan dalam usaha menangani wabak Covid-19 berbanding Thailand. Yer la.. Thailand dah keluarkan vaksin mereka sendiri dan kini digunakan secara meluas di negara mereka.

Malaysia pula setakat sembang jer la... Dan kecoh serta kepoh menggunakan vaksin buatan orang lain. Nak kata takder kepakaran dan makmal yang mencukupi tue memang agak lawak lar... Punya la banyak Universiti dalam Malaysia.... takkan takder satu pun yang mampu menghasilkan sesuatu berkenaan Covid-19 nih?

Pelik kan?

Nih Saintis Thailand telah bersedia untuk mengeluarkan semburan hidung anti Covid-19 kepada pasaran menjelang akhir tahun ini.... tahun 2022.... Malaysia? Huhuhu... Research yang ada di Malaysia hanya mampu membuat Kit Anti Histeria dan Hantu jer... adoilah...

Lekeh betul la.... LEMAH

Semburan hidung anti Covid 19 sedia diguna akhir tahun ini

#Covid19NasalSpray #NasalSpray #Saintis #Thailand #Covid19 #CipanTapirTenuk #SocialCritics

05 July 2021

Salahguna Proses Nikah Di Thailand

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua isu bernikah di Thailand ini satu isu berat. Sebab ianya acapkali menimbulkan masalah dikemudian hari. Ini semua berlaku kerana kes tidak direkodkan dan disahkan. Malah terjadi kes anak-anak terkahwin sesama sendiri atas sebab perkahwinan tak berdaftar oleh mak bapa yang terlibat.

Rosak dan bermasalah semuanya.

Patut kita berbuat sesuatu.

#NikahDiSiam #KahwinDua #Poligami

16 February 2013

Black Ops

Bhai... hahaha... aper daaa... takkan sampai banyak kali kot gua terpaksa nak citer pasai isu keselamatan nih.... hahahaha.... Takkan la sampaikan gua terpaksa nak ubah blog SOSIOPOLITIK nih jadi blog pertahanan.... hahaha... takmno la .... tak larat aaa..... Kasi chan la kat member gua ShahPaskal tulis citer tentang benda keselamatan dan pertahanan nih... hahaha

Okeh... Bhai ShahPaskal selalu citer apa-apa yang berkaitan dengan ATM... sebab yang itu dekat dengan dier... sesekali dier akan cerita tentang perkara yang berkaitan dengan PDRM.... Tapi aper yang gua nak citerkan samer lu... samer semua orang yang baca blog ini aderlah berkaitan dengan satu lagi cabang keselamatan negara yang tak ramai orang tahu dan sedar keujudannya.... hahahaha...

Kalu lu orang selalu baca blog nih.... lu orang mungkin boleh nampak kemana hala tuju penceritaan gua..... aper benda yang gua citerkan ... macam mana sesuatu insiden keselamatan yang lu orang baca diakhbar dan media sebenarnya telah diolah sebaiknya oleh agensi ini demi untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan negara terjaga...

Hehehehe... gua biasa baca beberapa blog dan penulisan berkaitan pertahanan dan keselamatan negara. Mungkin ramai rakyat biasa tak tahu bahawa ancaman keselamatan terhadap negara kita ini lebih banyak datang dari Singapura berbanding dari negara jiran lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.... Hampir setiap kali amaran keselematan warna jingga keluar di pejabat agensi ini... biasanya ianya akan menunjukkan kearah Singapura. Pelik sungguh...

Nak buat camana... dan itu senario semasanya... Araman keselamatan ini bukan sahaja dijanakan oleh isu keselamatan 100% tetapi juga oleh isu ekonomi dan politik.... Untuk pengetahuan lu orang sumer... agensi ini memproses data berkaitan dengan keselamatan (pertahanan, ekonomi, politik, sosial) dimana semua data ini dikumpul oleh operatif agensi yang berada di seluruh Malaysia dan hampir kesemua kedutaan dan pejabat wakil kerajaan Malaysia.

Itu data dari operatif.... dari sleeper dan mole plak lu jangan terkejut... banyak ooo... tambah lagi dalam isu Singapura... kita dah susun cukup dah sleeper dan mole kita kat sana.... bukan sajer diorang nih akan mengumpul maklumat.... tapi mereka juga akan menjalankan kerja sabotaj dan espionage jika perlu... Okeh.. cukup setakat itu... gua takmo nak dedahkan lebih lanjut strategi, teknik dan operasi diorang kat sana yang gua klasifikasikan sebagai Black Ops...

So.... sememangnya apa-apa black-ops sama ada yang dijalankan oleh Malaysia atau negara lain... memang orang awam tidak akan sedar dan perasan... sebab tahap kerahsiaan yang tinggi... Jadi kepada pengomen blog nih yang mengatakan bahawa dier sebagai rakyat Sabah lebih tahu aper yang berlaku di Lahad Datu... gua gelak jer... sebab ... kalu setiap black-ops rakyat boleh tahu biji butirnya... maka tak guna la jadi rahsia .... kan... kan... kan... hahahaha....

Lagi satu... aper yang gua citerkan dalam blog nih... cuma sekelumit kecil jer... sekitar kurang dari 10% maklumat.... yang lain gua terpaksa simpan demi keselamatan negara.... Sori aaa....

Berkaitan:

1. Ops Lahad Datu
2. Insiden Di Lahad Datu

24 January 2013

Takutnya

Bhai... Di Thailand... Raja Thailand dianggap setaraf Dewa... dan juga maksum dari segala salah laku. Bagi sesetengah rakyat Thailand yang terlalu taksub... Raja Thailand bukan setakat Dewa... Tapi aderlah jelmaan Tuhan di muka bumi.. Dan majoriti rakyat si Thailand beragama Buddha setelah Ayuthia mengalahkan dan menakluk Siam sekitar lapan ratus lima puluh tahun dahulu...

Jadi ... Barangsiapa yang menegur Raja di Thailand dianggap melakukan penghinaan kepada Raja Thailand... Dan hukuman bagi sesiapa yang menghina Raja Thailand ini adalah agak berat. Malah kalu ikut sejarah.. Ada yang mati kerana perkara ini... Semua kerana Kerajaan Thailand telah meletakkan satu undang-undang yang keras berkaitan perkara ini....

Sebabnyer.. Raja Thailand adalah Dewa dan ianya juga adalah bayangan Tuhan di muka bumi...

Hehehe.... Itu yang berlaku di Thailand... Diorang ramai yang kafir dan kuffar... Diorang bukan Islam.... Nasib baik itu cuma berlaku disana... Hahaha

Di Malaysia... Ada sesetengah orang Melayu menganggap Sultan dan Raja adalah bayangan Tuhan di muka bumi... dan dinaikkan title kononnya para Sultan dan Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam. Namun .... ramai dikalangan mereka (kalu tidakpun semuanya) berbuat pelbagai macam perkara yang jauh menyimpang dari dasar Islam... Malah ada Mufti yang sanggup menutup matanya dari melihat kerjabuat kurafat, sesat dan syirik yang dilakukan oleh para Sultan dan Raja termasuklah kerja maksiat... Langsung takmo nak kasi nasihat ker aper... Sebab pentingkan pangkat dan jawatan.... Malah diorang nih lupa kepada siapa yang sebenarnya memberikan rezeki ....

Tapi pada gua... Sesat tetap sesat... Syirik tetap syirik.... Kurafat tetap kurafat... Dan maksiat tetap maksiat... Pergi jahanam la title Ketua Agama berbagai... kalu kerja maksiat, khurafat, syirik dan sesat dibuat... Jadi Ketua Agama patut kelaku ader baik la... tapi ntahla....

Dan adakah kerana kita menegur para Sultan dan Raja-Raja Melayu supaya jangan buat kerja bangang camni boleh menyebabkan kita dihukum seperti mana yang berlaku di Thailand... Jika ia... Maka laknat lah tujuh belas keturunan para Sultan dan Raja-Raja Melayu yang buat kerja sesat, syirik, kurafat dan maksiat...

Dan jika kerana gua melaknat para pelaku kerja bangang mengalahkan syaitan ini boleh menyebabkan gua kena hukuman macam di Thailand tue... Maka gua pulangkan kepada Allah Taala segalanya... Kerana Allah Taala adalah sebaik-baik pemberi balasan... Itu ajer...

Eeeiiii .... Takutnya.... Hahaha



28 November 2011

Takrifan Bumiputera

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah lama (katanya lah) mewartakan bahawa masyarakat keturunan Siam di negara ini boleh mengubah pendaftaran dalam MyKad dan surat beranak mereka takrifan "Keturunan Thai" kepada "Bumiputra Siam".

Mmm.... pada satu dasar.. gua stuju... gua stuju perkataan Thai diganti dengan Siam... Ini kerana Thai adalah merujuk kepada satu cabang kaum di Thailand... tapi Siam adalah sebenarnya nama yang merujuk kepada negara... Thai adalah merujuk kepada puak/kaum dari Ayuthia... Manakala Siam pula merujuk kepada Tanah Besar Kerajaan Benua Siam yang pada asasnya adalah ditadbir secara Islam.

Negara Siam pernah dijajah oleh tiga orang puteri dari Burma satu masa dahulu... dan tiga orang puteri ini bersahabat (pernah menjalinkan hubungan diplomatik) dengan Cik Siti Wan Kembang (pemerintah negeri Serendah Sekebun Bunga @ Kelantan).

Puak/Kaum Ayuthia pula menakluk Siam selepas berjaya dalam satu peperangan besar yang telah menghakiskan serta menghilangkan susur galur Kerajaan Islam Benua Siam yang begitu besar sehinggakan semua yang berkait dengan Islam dimusnahkan... Yang terselamat adalah Kerajaan Ligor dan Selatan Siam yang masih lagi berjuang untuk menuntut autonomi bagi wilayah Islam Siam.

Sebab itulah gua bersetuju pada dasarnya perkataan Thai ini diubah kepada Siam ...

Tapi.... hanya setakat inilah sahaja yang gua bersetuju dengan Kerajaan Malaysia... tetapi gua amat tak bersetuju dengan pentakrifan Bumiputra ini... Kalu masyarakat Siam boleh mendapat status bumiputera atas alasan bahawa meraka telah lama menetap dan beranak pinak di Malaysia sejak sebelum Merdeka... bagai mana pula dengan status orang India, Cina (Baba dan Nyonya), Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah menetap dan beranak pinak di Malaysia ini seawal tahun 1511 ..... errr.... pastinya mereka juga inginkan status Bumiputra...

Keturunan Hang Li Po pastinya akan menuntut hak mereka untuk diklasifikasikan sebagai Bumiputra.... perkara ini amat berasas kerana ader orang Indonesia yang dapat menjadi Bumiputra hanya kerana keluarga mereka datang ke Malaysia seawal 1900 .... mmmmmm .... pelik kan...

So.... takrifan bumiputera ini akan pastinya menjadikan satu masalah yang besar dalam percaturan politik dan sosial di Malaysia... Gua amat berharap agak ianya tidak akan jadi seumpama "tikus membaiki labu" .... perlulah ader satu jalan penyelesaian yang baik seperti mana "menarik rambut dalam tepung"....

Hahahaha.... camana gua boleh jadi skema nih.... hahaha

28 December 2009

Raja Petra Tiada Rekod Imigresen

Apa nak pelik.... biasa la... benda macam nih... La nie kecoh Raja Petra tiada rekod Imigresen untuk keluar masuk Malaysia... tak terkejut la gua kalu perkara macam nie terjadi...

Ala... itu hari Altantuya punya rekod keluar masuk Malaysia pun hilang daripada simpanan Jabatan Imigresen Malaysia ... jadi apa yang nak diherankan... tak pelik la... biasa jer..

Ramai warga Malaysia yang kuar masuk Malaysia tak pernah cop paspot pon.. tak caya ka... cuba tanya yang dok kat sempadan utara sana tue... gua sendiri pon pernah masuk Thailand tak pakai paspot pon... takder hal pon...

Jadi... gua rasa benda nih bukan perkara besar... semuanya berpunca dari masalah Jabatan Imigresen Malaysia sendiri... bukan Raja Petra pandai-pandai buat.. ini semua "loophole" dalam penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia... Ala... lu ingat artis dan ahli politik serta VVIP yang lari masuk Thailand (Siam) tue untuk berkahwin ader guna paspot ka... takder la.. ramai yang masuk secara haram jer...

Tak percaya... cuba cek kat mana Zizie Ezzette kahwin ngan Bung Mokhtar ... kalu dier kahwin kat Malaysia... tentunya wife dier kena bagi tandatangan borang kebenaran kahwin dua... jadi.. la nie Bung Mokhtar nikah dua tak dapat keizinan bini pertama... jadi sure dier kahwin kat sempadan punya.... So... cuba siasat Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette punya paspot... ader chop Imigresen tak pada tarikh dier kata dier kahwin tue.... hahahaha...

Sure takder punya... hahaha... jadi kalu Bung Mokhtar dan Zizie Ezzette boleh... aper der hal kat Raja Petra .... hahaha.... sama jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1