Apakah signifikan pembuatan dan pemakaian samping, bengkung, kain selempang dan baju layang (jaket tanpa lengan) yang diperbuat dari songket bertenun benang emas dan perak?
Kenapa hulubalang Melayu dipersembahkan sepersalinan songket ini?
Kenapa kain songket itu bertenunkan benang emas dan perak? Adakah semata-mata kerana ianya menampakkan taraf dan kebanggaan? Bagaimana pula signifikannya kain limar dalam pembuatan songket?
Dan satu hal lagi, mengapa agaknya hulubalang Melayu yang memakai pending pada bengkung mereka serta memakai pontoh emas atau perak di lengan atau betis?
Contoh pontoh dipakai oleh DYMM Sultan Perak Raja Nazrin Shah dan Permaisuri dalam gambar dibawah.
- Jalinan benang emas dan benang perak yang disulam pada songket itu bersilang-silang bentuknya... dan pemakaiannya adalah berlapis. Ini boleh disamakan dengan "bullet proof vest" yang mempunyai jalinan serat kevlar. Light weight tapi masih boleh melindung pemakainya dari tetakan dan kelaran. Type I atau Type II punya "bullet proof vest" kalu compare zaman sekarang punya la.
- Bengkung yang lebarnya lebih sejengkal akan dililitkan pada sekitar abdomen dan ini memberikan perlindungan pada bahagian abdomen. Tambahan perlindungan pula datangnya dari pending emas atau perak.
- Kain selempang yang dipasang sama ada di bahagian kiri atau kanan atau kedua-dua bahu adalah digunakan sebagai lapisan perisai menghalang tetakan. Penggunaan kain limar dalam pembuatan songket adalah kerana kain ini biasanya telah disapu herba / ubat yang mampu mengurangkan bisa dan menghentikan pendarahan.
- Baju Layang (jaket tanpa lengan) pula adalah digunakan sebagai perlindungan "outer layer" dari tetakan dan kelaran.
- Pontoh emas atau perak di bahagian bahu atau betis digunakan untuk menyekat (menghentikan sementara) pengaliran darah jika berlaku kecederaan pada betis dan lengan.
- Dipercayai bahawa teknologi fiber (serat) yang terkini boleh diimplementasikan pada tenunan songket yang boleh menyebabkan ianya boleh dijadikan semacam "bullet proof vest" yang ringan tapi boleh menahan impak sehingga skala Type III.
Sekian.