Dewa, Kayangan, VIP dan sebagainya tue... pastinya akan terlepas begitu sahaja... kalu kena denda pon mesti macam sebelum nih... ader diskaun.... huhuhu... sekadar nak sedapkan suasana jer.... ala... yang dulu siap boleh backdated lagi saman.... Hahaha
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
31 January 2021
Denda RM3000?
Dewa, Kayangan, VIP dan sebagainya tue... pastinya akan terlepas begitu sahaja... kalu kena denda pon mesti macam sebelum nih... ader diskaun.... huhuhu... sekadar nak sedapkan suasana jer.... ala... yang dulu siap boleh backdated lagi saman.... Hahaha
Hijrah Plastik
Tak kira la lelaki atau perempuan... pada mereka berhijrah itu sekadar luaran semata-mata... cara berpakaian... cara menggunakan aksesori... tapi.... tapi sekadar itu sahajalah... tak lebih dari itu... apa yang mereka tekankan biasanya dengan berpakaian ala arab.... bercakap ala arab.... tidak lebih dari itu... sekadar hijrah pada zahir sahaja...
Penyakit gila sensasi... gila viral... gila perhatian nih makin hari makin ramai yang terjangkit... semenjak ader media sosial nih... memang jadi penasaran.... beberapa bulan lepas seorang artis/usahawan/pengacara perempuan dikatakan berhijrah... dua tiga hari baru nih... seorang artis merangkap pengacara lelaki pula...
Ingat Main-Main Ka?
Bagi syarikat-syarikat yang tersenarai dengan Bursa Malaysia... adalah satu perkara wajib bagi mereka untuk memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai apa-apa maklumat berkenaan syarikat mereka yang mana ianya akan membawa kesan kepada pasaran saham di Bursa Malaysia..
So... dalam kes pemakluman syarikat Mestron Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia yang pihak mereka telah mendapat kebenaran KKM untuk mengedarkan vaksin Covid-19 dari Sinopharm China gua rasa ianya bertepatan... Sebab ini secara otomatiknya boleh mengelakkan internal trading dan kacau bilau pasaran... jadi pada pandangan gua pemakluman ini benar...
Padangan gua... gua rasa Mestron Holdings Berhad punya pemakluman kepada Bursa Malaysia adalah betul.... dan dokumen yang mereka dapat adalah betul ... surat kebenaran KKM...
Syarikat Mestron Holdings Berhad takkan nak merisikokan diri mereka dari didenda dan penyingkiran dari Bursa Malaysia.... tak logik langsung... tapi kalu bab mengelat dan yang lain-lain mengarut tue... Menteri Kesihatan dan dua Timbalan Menteri Kesihatan memang pakar.... hahaha...
Nampak sangat ini semua nak cover line... hahaha
30 January 2021
Azmin Ali Bercerita Pasai Moral?
Sebab Lokman Adam dah buktikan secara forensik digital yang video semburit itu tidak palsu...
Kalu setakat citer Yusoff Rawther dan Aidil Azim tue... hahaha... itu semua boleh diproofkan tidak reliable... hahaha... Hahaha
Macam Lawak Jer PKP 2.0
Member gua nak kena pergi Kota Bharu pada lusa.. 1 Februari 2021... Dier duduk Shah Alam... Nak kena pergi Kota Bharu tue atas tujuan kerja... kerja pemasangan peralatan perubatan di Hospital Sultanah Zainab.
Bila dia pergi ke Balai Polis yang berhampiran untuk dapatkan permit kebenaran merentas negeri... dier diberitahu bahawa ianya tidak perlu... dier cuma perlu buat swab test dan cuma boleh berada maksima 3 hari (72) jam sahaja di Kota Bharu...
Adakah ini SOP yang betul?? nampak macam lawak jer PKP 2.0 nih.... dan lagi nampak lawak juga Proklamasi Darurat 2021 nih yang macam takder efek jer... Adoilah... agaknya sebab inilah jumlah jangkitan kes baru tidak memperlihatkan status penurunan...
Sebab SOP pon lekeh.... adoilah..
Sila Beri Satu Nama
Artikel ni pendek jer... sekadar nak tanya satu soalan... satu soalan yang penting dan cukup bermakna di Malaysia nih... soalan yang kerapa bermain didalam minda ramai dari kalangan kita-kita warga Malaysia nih...
29 January 2021
5725 Kes? Strategi Mengolah Persetujuan
Gua takmo nak ulas panjang kali ni... tapi seperti apa yang gua dah tulis sebelum ni... gua kata yang ini semua aderlah satu "Strategi Mengolah Persetujuan" semata-mata... tak lebih dari itu...
Sebab kalu depa keluarkan bilangan kes yang menurun... dan makin menurun.. maka YDP Agong sudah takder alasan lagi untuk tamatkan perintah Proklamasi Darurat 2021 .... dah takder point lagi Muhyiddin Yasin nak selamatkan diri berlindung balik Proklamasi Darurat 2021...
Kalu tamatkan awal Proklamasi Darurat 2021... terpaksa la rangka buat PRU15 secepat mungkin sebelum dijatuhkan secara kasar... hahahahaha..
Ibu Yati. Sesatkah Dia?
Kecoh sehari dua nih berkenaan ngan isu Ibu Yati ... Ibu Yati nih atau nama sebenarnya ialah Wan Noor Hayati Wan Alias (bekas wartawan) telah dikatakan membuat ajaran Melayu ... yang katanya adalah sebagai Islam Melayu...
Hahaha...
Maklumat lengkap masih belum dapat dikenalpasti... dan video yang ada pun tak berapa clear penerangannya... Apa yang pasti nak cakap sesat atau tidak biarlah pihak yang berkelayakan untuk membuatkan keputusan... selagi takder info ... susah gua nak bagi pandangan gua...
Kita ader Majlis Fatwa Kebangsaan.. kita ada JAKIM... kita ader YADIM...
Semaklah dan siasatlah dengan baik tanpa prejudis sebagainya... apa yang pasti... akhir zaman cukup banyak penyelewengan yang berlaku... seperti yang dah diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w dahulu...
Aper pun.. gua akan terus siasat... dan kalu ader perkembangan baru.. gua akan nyatakan kat sini..
Perak Dan Perlis Sudah Memulakannya
- Penggunaan air kolah untuk mengambil wudhu
- Sesi bersalaman dan berpelukan selepas solat jamaah.
Tetapkan bawa sejadah sendiri dari rumah, amalkan penggunaan sejadah saiz besar.... pakai pelitup muka... dan sanitize serta cek suhu waktu nak masuk ke Masjid atau Surau... kepada yang kurang sihat (demam, batuk, selesema dan sebagainya) harap janganlah hadir ke Masjid atau Surau.... sendiri mau ingat lar... takkan orang lain nak kena tegurkan....
Jadikan ini SOP biasa... insyaAllah negeri lain pon boleh ikut.... Perak dan Perlis sudah memulakannya.... Negeri lain biler lagi?? Takkan Sultan Perak dan Raja Perlis ja yang betul-betul buat kerja jaga agama?? Yang lain macam mana??
28 January 2021
Ini Barulah Masyuk
Ini barulah untung.... Hahaha... Kerajaan Malaysia nampaknya akan meminda Ordinan Darurat 2021 dengan meningkatkan kadar denda dan saman yang boleh dikenakan kepada sesiapa yang melanggar SOP ....
Tapi,
Kalu sekarang ni Kerajaan mendenda tidak kurang dari 500 kes sehari.... bayangkan berapa collection yang boleh dibuat ... 5 kali ganda tu bhai.... boleh collect RM2.5 juta sehari... masyuk ... hahaha
Jadi Mangsa Keadaan?
Nak ke bandar tak boleh... nak beli keperluan makanan pun tak boleh... nak mohon bantuan pun macam takder yang nak bantu.. malah nak buat laporan polis pon kena halau... nak kerja tambahlah lagi susah dalam keadaan PKP 2.0 dan Darurat nih...
Air Kelantan? Sekadar Pandangan
Dah lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan... bukan satu jangkamasa yang singkat... Kalu ader yang lahir masa PAS mula-mula perintah Kelantan.. sekarang ini rasanya bukan setakat sudah bekerja... taou mungkin sudah ader 3 atau 4 orang anak....
Begitulah lamanya PAS perintah Kelantan...
Tapi... orang cakap... lamanya sesuatu kerajaan negeri itu memerintah bukanlah satu penanda aras berlakunya perubahan dalam pentadbiran, pembangunan dan sosio-ekonomi rakyat..
Kerajaan Negeri yang diterajui PAS yang katanya ramai golongan professional tu sewajarnya dah lama boleh melihat dan mencari jalan untuk menjana dana dari dalam negeri itu sendiri... Contoh paling utama dengan keluasan tanah yang cukup besar dan landai... Kelantan sebenarnya boleh memajukan banyak industri sama ada yang bersaiz kecil dan sederhana sertajuga industri perladangan dan perkebunan.. Malah patutnya dengan guna tenaga yang cekap... industri ruminan juga boleh dilaksanakan secara berkesan.
Itu gua citer dari sudut luar...
Masalah yang paling utama sebenarnya di Kelantan terutama di Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan sekitarnya adalah sikap tak ambil cakna atas had dan limit kawasan hakmilik tanah masing-masing. Dalam banyak keadaan, mengambil kawasan tanah milik awam menjadi sebahagian dari tanah penduduk tempatan adalah dikira normal.... Betul betul gila... Bukan tak ader diajar dalam agama bahawa haram hukumnya mengambil hak yang salah... tapi di Serambi Mekah ni ianya serupa mencurahkan air kedaun keladi...
Ini realiti.... Semuanya sebab sikap... acuh tak acuh dipermulaannya yang akhirnya sudah membarah... Apa pun terima sahajalah ..... kita tambah lagi 30 tahun ... kerana nampaknya takder tanda-tanda warga Kelantan akan berubah....
Kita yang dari luar Kelantan nih cuma mampu beri cadangan dan pandangan je... tapi kalu orang Kelantan tak mahu berubah... kita nak kata apa.... biarkanlah.... mereka dah selesa macam tue...
Hahahaha
Guna Loophole Dalam Perundangan Untuk Lepaskan Diri
Kita sedia maklum bahawa terdapat banyak kelompangan (loophole) dalam sistem perundangan kita... Bagi orang yang bijak... bagi peguambela yang bijak ... mereka akan memanipulasikan sistem perundangan untuk melepaskan diri... Bukan kata sistem perundangan kita sahaja yang sebegini,,, tapi hampir semua sistem perundangan di dalam dunia nih mempunyai masalah yang sama...
Dalam kes yang ini Mahkamah digesa ketepi bayaran RM70,000 dikenakan pada wanita Mongolia ... nampak sangat peguambela defendan sedang menggunakan isu deposit ini untuk kes ini dibuang begitu sahaja.... Bijak permainan mereka.... dan ini dibenarkan oleh undang-undang... sesuatu yang normal dalam perundangan Malaysia...
27 January 2021
Apa Nak Hairan...
Apa nak hairan sebenarnya... takder aper yang perlu dihairankan... sebab memang 100% exco Pemuda UMNO memang kalu tak jutawan paling cikai pon tetap pengarah beberapa syarikat besar dan GLC..... ini dah lama dah... nak cantas sukar..
Paling teruk pon diorang nih semua ader syarikat kontraktor ataupun menjadi shareholder dalam mana-mana syarikat kontraktor... dan lagi cikai aderlah diorang nih ader pegang mana-mana AP import... kalu tidak macam mana mau naik tangga jawatan dalam UMNO... ingat naik tu tak perlu modal ka??? Hahaha... Mesti akan ader yang jadi tukang bayar punya...
Dan macam mana diorang boleh pusing ngan LHDN pun orang ramai tahu gak... Hahaha... sebab itu la baek punya cover... aper ader hal..
Hahaha...
Ini semua open secret lar... everyone know... semua orang tau... tak payah la nak cover-cover lagie...
Hahahahaha,,,
Asyraf Wajdi tak perlulah nak sangkal sangat pun.... Hahahaha
Syaitan Juga Yang Salah
Pada PRU14 tempohari... PAS katanya tak risau sangat kerana dikatakan Malaikat akan turun mengundi untuk PAS.. sampaikan kata-kata tersebut disambut dengan takbir yang bergemuruh... sana sini ahli dan penyokong PAS berasa seronok kerana para Malaikat juga akan turun mengundi untuk membantu kemenangan PAS...
Tapi kini... menjelang PRU15 yang rasanya makin hampir... tetiba jer Abdul Hadi Awang mengeluarkan cerita yang sesiapa yang tak mendaftar untuk mengundi itu sebenarnya telah dihasut syaitan... rasukan syaitan... Waduh... sampai begitu sekali pertuduhan yang dibuat... Syaitan juga yang salah...
Tak mendaftar mengundi salah syaitan, kalah undi pun salah syaitan... kalo boleh agaknya akan dikaitkan parti-parti politik selain dari PAS adalah terlibat dengan syaitan.... Adoyailah... abistue yang banyak anggota PAS yang terlibat dengan salahlaku seks semua tu bukan salah syaitan ke?? Takkan lah kot... semua tu ramai jugak yang level guru agama...
Tapi pelik juga... bila mana semua yang bersekongkol dengan PAS tidak pula diklasifikasikan sebagai geng syaitan.... macam UMNO, MCA, MIC dan sebagainya.... hanya yang mana PAS dah anggap musuh ja akan diklasifikasikan sebagai geng syaitan...
Kerajaan Minoriti Terpaksa Buat Macam Ini La
Ini memang kelakar... hahaha... bukan aper... sebab majoriti rakyat tak percaya dengan keputusan untuk dibuat Proklamasi Darurat sebenarnya dibuat untuk Covid-19 melainkan sekadar nak selamatkan kedudukan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.... Majoriti rakyat tahu yang Muhyiddin Yasin tue dah takder majoriti di Parlimen...
Sebab tue la Kerajaan sedang memaksakan rakyat Malaysia untuk percaya tentang Proklamasi Darurat nih adalah untuk perangi Covid-19...
Nampak sangat la Kerajaan Malaysia nih dah tak layak untuk memerintah... Majoriti rakyat pon dah tak percaya... Pelabur Asing lagi lah tak percaya... Hahaha
Hahaha.... sampai terpaksa push camnie nak suruh rakyat semua percaya... nak suruh rakyat terima Proklamasi Darurat tue... walhal dengan PKP 2.0 pon dah cukup... Hahahaha
Kesian Kerajaan Minoriti nih.... hahahaha
Kasta Menentukan Siapa Ke Hospital Swasta?
Kasta Menentukan Siapa Ke Hospital Swasta?
Dengan pengintegrasian Hospital Awam dan Swasta untuk menangani Covid-19, ada sesuatu yang menjadi persoalan penting kepada masyarakat umum.
Apakah akan ada merit-merit tertentu dalam menentukan pesakit mana dan siapa yang akan dihantar menjalani rawatan di Hospital Swasta.
Kita tidak mahu hanya golongan tertentu sahaja (dewa/vip/kayangan/kabel/kroni) akan diarahkan dirujuk kepada Hospital Swasta dengan Peruntukan Dana Awam manakala yang bukan dalam golongan terpilih ini pula hanya boleh kekal berada di hospital awam semata-mata.
Sebab daripada trend yang kelihatan, nampaknya perbedaan kasta ini memang akan berlaku secara terang-terangan mahupun secara terselindung...
Sebab kita tahu pihak Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM100 juta khusus untuk program integrasi dua jenis Hospital ini untuk menangani Covid-19, jadi kita nak tahu apa tahap ketelusannya... janganlah dipilih-pilih pula siapa yang layak pergi ke Hospital Swasta dengan dana awam ...
26 January 2021
Tacing Lah Pulak
Hahahaha.... sedih pun ader biler baca komentar dari Nasruddin Hassan Tantawi ... Sedih sebab katanya YADIM dan dier sering jadi mangsa sindiran dan kritikan warga netizen... Hahahaha... Awat la tacing sangat ...
Nak jadi pemimpin kena la tahan kritikan... sebab itu perkara biasa... tambah lagi kalu naik jawatan walaupun tak layak.... Hahaha...
Hehehe... agak-agak la wei.... Tambah lagi Nasruddin Hassan Tantawi kata kebetulan program tu jatuh pada hari ulangtahun penubuhan YADIM .... kebetulan sungguh... memang tak planning... Hahaha....
Isu Ini Bukan Isu Baru
Satu perkara yang sedih bila mendapat tahu bahawa ada berlaku pecah amanah berlaku dalam institusi kesihatan terutamanya Hospital awam... memang sedih... malah isu yang diutarakan bukanlah isi baru... Isu ini adalah isu yang sudah lama...
Mamat Ni Sembang Apa?
Mamat ni biler tegur karang kecik hati... pastu orang lain plak akan meroyan lebih dari mamat nih... Adoilah... susah betul lar... karang tak pasai-pasai ja kena kutip......
Cuba la bersuara sikit pasai banyak benda kat kawasan dier yang dah kena sapu ngan Negara Singa yang berpura-pura tue.. Itupon kalu mamat nih berani la nak sembang.... bersuara...
Agak-agak la yer nak sembang pon.
Takkan la ngan post gua nih ader yang nak meroyan kot??? Adoilah.... dier boleh kritik... kita pon boleh kritik... itu ja...
Cakap Serupa Semburit
Aiyomeh... Cakap serupa semburit ja... Suruh pertimbangkan pilihan lain.... Walhal yang sembang kasik bimbang penutupan penuh ekonomi tue siapa?? Bukan mulut dier ka yang bawak cerita tue mula-mula.... Sudah kantoi bocor citer penutupan penuh ekonomi pandai plak mangkuk Azmin Ali nih nak twist cakap suruh pertimbangkan pilihan lain...
Sendiri yang bagitau kat pelabur asing tentang penutupan penuh ekonomi... lepas tue kata suruh pertimbangkan pilihan lain.. option lain... Adoilah... macam mana la mangkuk Azmin Ali nih boleh jadi Menteri Ekonomi... failed to the core dier bab ekonomi nih...
Bukan setakat semburit macam Assmin ... ooopps... Azmin Ali.... tapi sampaikan pencandat sotong haram tak guna sesen tue pon boleh jadi Duta bertaraf Menteri.... adoilah.... APTB betul lar.... huhuhu.... Mampoih Malaysia kalu terus kekalkan Menteri-Menteri bangang wal bebal yang ader sekarang nih.... tapi tak heran sangat la pasai apa semua ni di pilih... sebab Perdana Menteri yang ader pon memang spesis lemau sejak dari dulu lagi... sejak dier jadi Menteri Dalam Negeri lagi memang dah lemau...
25 January 2021
Gila Punya Guru Besar
Benda nih sebenarnya adalah satu "Open Secret" .... banyak sekolah terlibat buat kerja gila nih... bilamana sesi persekolahan dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang.... bukan setakat anak murid (pelajar) yang penat tapi cikgu-cikgu pun penat...
Ingat kalu sesi persekolahan start pukul 7.30 pagi ... murid-murid dan cikgu bangun pukul berapa agaknya?? Jangan ingat murid-murid dan cikgu ini dekat dengan sekolah... Seingat gua ader guru yang tak dapat berpindah sekolah yang dekat dengan rumahnya... dan cikgu nih terpaksa memandu dari Dungun ke Chukai, Kemaman setiap hari.... jarak masa perjalanan hampir 1 jam sehala dalam keadaan normal tanpa jem..
Waktu malam kalu tidur lewat dari pukul 10 malam sudah agak bahaya ketiduran esoknya..
Ini Macam La Baru Abang Besar Punya Stail
Bukan kaleng-kaleng aaa MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor nih... ingat tak berani ka dier?? Ini macam lah baru abang besar punya stail... pergi mampos la sama MIC... parti nyamuk ja.... Hahaha...
Ini PAS la... Parti King Maker.... Dalam politik Malaysia... PAS adalah king maker... sapa boleh lawan PAS... lawan PAS mesti akan kalah terlungkup... kalu berjaya pon tak lama...
Sembang Tak Dapat
Mamat Tajuddin Abdul Rahman nih bising bukan sebab apa... bukan sebab kuota impot daging banyak dapat kat pengimpot bukan bumiputera .... tapi pasai dier dan keluarga dier tak dapat kuota impot tue... hahaha... Mamat Tajuddin nih semua dier nak bolot... masa dier dalam Felcra dulu aper yang dier tak dapat.... semua penjuru dier sapu...
24 January 2021
Komputer, Laptop, Tablet, Smartphone?
Sekarang nih hampir semua pelajar sekolah terpaksa meneruskan sesi pembelajaran 2021 dengan menggunakan teknik PDPR .... yer... memang sedih bagi mana-mana pelajar yang berada dalam kategori tidak mampu dan miskin... kita faham tu... tambah lagi dengan sambungan Internet yang macam hampeh terutamanya di luar bandar...
PDPR ini dilihat lebih meningkatkan jurang perbezaan pendidikan diantara pelajar... Bagi keluarga yang mampu... ini semua tiada masalah.... tapi bagi keluarga yang fakir dan miskin... ianya menjadi satu bebanan yang akhirnya menidakkan peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya...
Maknanya Selama Ini Ada Kos Tersembunyi Lah Ya?
Dalam kelam kabut dan dolak dalik Hospital Swasta nak menjawab isu bantuan kepada KKM berkaitan rawatan Covid-19... secara tak langsung pihak Hospital Swasta telah membocorkan sesuatu yang gua sentiasa syak ujud di dalam perkhidmatan Hospital Swasta Malaysia..
Agak-agak lu orang la... berapa sebenarnya nilai dalam RM bagi kos tidak langsung dan kos tersembunyi itu? 10% dari nilai caj keseluruhan yang dikenakan kepada lu orang semasa mendapatkan rawatan di Hospital Swasta? Atau 60% dari nilai caj keseluruhan?
Gua tatau berapa sebenarnya tapi yang pasti ianya mesti besar dan menguntungkan mereka... Lagi pon selama ini harga caj memang akan "bloated" bagi yang bayar secara perlindungan Insuran... bagi yang bayar tunai... mungkin agak kurang sedikit...
Malah daripada statement Hospital Swasta nih dah memperlihatkan bahawasanya walaupun mereka membantu KKM, ianya tidaklah percuma... sebab Putrajaya sendiri terpaksa memperuntukkan RM100 juta untuk melibatkan hospital swasta dalam merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.
Meskipun belum menerima perincian mengenai bagaimana wang itu akan digunakan, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh menyifatkan RM100 juta itu “sudah tentu tidak cukup”, tetapi ia satu permulaan yang baik.
“Kami boleh caj pesakit daripada hospital awam daripada RM100 juta itu. Kami sentiasa boleh runding berkenaan harga"
Itu maknanya tiada servis percuma untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan wabak ini melainkan ada keuntungan kepada Hospital Swasta.... Ini bukanlah sikap yang bagoosh... Terlalu sangat la Kerajaan Malaysia nak menjaga hati pihak Hospital Swasta nih yang dipunyai oleh Kapitalis, GLC dan para Dewa Kayangan..
Celaka betul lah. Langsung tak boleh nak berkorban untuk Negara... Patut lesen Hospital Swasta nih dibatalkan jer... macam celaka... Babik betul lar..
23 January 2021
Jangan Sampai Orang Ambil Tindakan Drastik
Sebab...
Sebab kalu mereka berada di Indonesia misalnya... pastinya ader bank yang kena bakar... ader bank yang kena pecah pejabatnya... ader pejabat insuran atau takaful yang akan musnah kerana diserang oleh rakyat yang marah dan merasa tertindas...
#ARMADADAH
Hehehe... hati tisu betul lar... Bukan sekali kes dadah terpalit ngan ARMADA ... dah beberapa kali... yang kecik ader... yang besar ader.. cuma sangkut ngan tak sangkut ja... Hahaha...
Jadi relaks la skali skala orang troll aper ader hal... lain la kalu lu orang memang panas hati sebab ader terlibat sama.... Hahaha... lu orang pon ader troll Najib Razak bagai... ader troll Hadi Awang bagai jugak... so skali orang troll lu orang... terus tisu ka??
Hahaha...
Dolak Dalik Insuran Dan Hospital Swasta
Pi mai pi mai tang tu jugak... Gua dah jangka dah yang dolak dalik antara syarikat Insuran/Takaful dan Hospital Swasta tentang isu Covid-19 nih... Macam yang gua cakap dulu aaa... jangan mimpi la sesenang jer Insuran/Takaful nak cover dan bagi bantuan... tambah lagi biler dah diisytiharkan Proklamasi Darurat...
Proklamasi Darurat pada pandangan peribadi gua adalah satu kesilapan nyata kerana tidak mengambil berat isu berkaitan Insuran/Takaful ini walaupun pada dasarnya Proklamasi Darurat bagoosh untuk memaksa Hospital Swasta mengambil tanggungjawab yang lebih.
22 January 2021
Terserlah Sikap Sebenar PAS
Bila Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan tiadanya cuti peristiwa bagi Perayaan Thaipusam di Negeri Kedah Darul Aman.... gua sebenarnya agak gembira juga... Bukan sebab apa... sebab tindakan ini sebenarnya memperlihatkan sikap sebenar kepimpinan PAS ...
Ahmad Zahid Hamidi Bakal Tersingkir?
Nasib Ahmad Zahid Hamidi dalam politik UMNO nampaknya kian tergugat... sana sini ader desakan dari akar umbi yang mintak dier letak jawatan... malah ramai dikalangan warlord dalam UMNO yang sebenarnya tunggu masa jer untuk Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri... sebelum depa akan dedahkan segala kepincangan Ahmad Zahid Hamidi...
UMNO ni adalah parti duit.. parti dimana sapa yang ader duit maka dier akan disanjung di puja dipuji... dah memang itulah UMNO sejak sekian lama... Ader dua cara dalam UMNO kalu nak naik... sama ada guna duit atau guna samseng.... dan kalu di combine kan dua cara tue maka memang lah terbaik... lagi cepat naik...
- Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan kepada daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli Umno
- Hilangnya keyakinan orang Melayu terhadap UMNO sebab kepimpinan yang lemah
- Pendakwaan salah laku kepimpinan UMNO mencalar imej UMNO. Ramai yang terlibat.
- Perjanjian belakang tabir dengan musuh UMNO (surat-surat sokongan) menyebabkan UMNO dilihat sudah keluar dari landasan.
So.... biler agaknya Ahmad Zahid Hamidi nak letak jawatan sebagai Presiden UMNO?? Bila?? Hahaha
Larikan Mayat Dari Hospital?
Kegilaan dah jadi memuncak dah nih.... Benda yang kita tak pernah dengar ... benda yang kita tak pernah lihat... benda yang tak pernah kita ketahui berlaku dalam Malaysia dah jadi dah...
Adoilah...
Bayangkan kalu berlaku jangkitan... bayangkan kalu berlaku penularan.... Bahaya betul lar...
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata empat beradik terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.
Katanya kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas pihak hospital menerima seorang pesakit lelaki berumur 58 tahun yang tidak sedarkan diri dan mempunyai sejarah rawatan 'acute left ischemic potine infract’ di Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum ini.
"Pesakit kemudian diasingkan di khemah zon PUI dan diberi pertolongan cemas pernafasan selama 30 minit oleh pegawai perubatan, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya. Petugas perubatan telah menerangkan prosedur operasi standard pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 kepada pihak waris, termasuk saringan Covid-19 bagi mengelak risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan di Lahad Datu hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek bagaimanapun enggan meninggalkan mayat bapa mereka di hospital, dan seterusnya bertindak menolak pengusung jenazah keluar daripada khemah zon PUI, untuk membawa balik jenazah ke kediaman mereka di Kampung Panji Laut.
"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya mengesan kesemua suspek dengan bantuan Unit Forensik Hospital Lahad Datu dan mayat turut ditemui di ruang tamu rumah," katanya dan menambah semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana kesalahan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya.
Katanya polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa.
21 January 2021
Apa Plan Untuk Rakyat?
Rakyat sedang tertekan sekarang nih... pada PKP 1.0 ... mungkin kesannya tidak begitu mendesak... betul... sebab masa tu ramai juga yang masih ader simpanan... ramai juga yang masih mampu untuk bertahan disebabkan adalah sedikit modal dalam tangan ....
Setakat ini takder betul-betul plan untuk rakyat... moratorium bank pun ader "catch"nyer...
Contoh... katakan la gua ader 6 tahun lagi untuk settlement kereta... sekitar RM73 ribu dan sekitar 2.73% interest fees... dimana gua bayar sebulan dalam RM1061 ..... kalu gua nak amik program moratorium PKP 2.0 ni.... gua akan dapat moratorium sampai bulan 4 (April 2021) ... tapi gua kena tukar loan gua untuk refinance services... boleh tambah sampai 9 tahun dimana gua kena bayar RM985 sebulan pada kadar interest 2.81% .... kalu nak murah... boleh buat sampai 12 tahun dimana bulanan jadi RM695 dan interest 2.85%
Gua gelak jer... macam nih permainan bank... Hahaha....
By the way.... bank beroperasi macam biasa semasa PKP 2.0... dan reposessor kenderaan akan beroperasi macam biasa... kalu bank nak tarik kenderaan atau sita rumah dan sebagainya masa PKP 2.0 dan Darurat nih... takder isu legal pon... semua tindakan bank adalah valid..
Gua rasa ramai yang terkena dalam terpaksa.... dengan takder plan jangka masa panjang dari Kerajan... memang akan kena main ja bab moratorium nih... memang kena taji elok-elok...
Tabik Kepada Ahmad Said Nelang
Betul ... banyak duit dihabiskan untuk kemudahan pelajar. Setiap makmal komputer di sekolah ada disediakan pegawai teknologi maklumat yang dibiayai penggajiannya oleh Kerajaan Terengganu.
Malah kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah syarikat (TopIT Industries Sdn Bhd) bagi mengendalikan kemudahan komputer ini. Tujuannya cuma dua... mengurangkan beban beg sekolah dengan buku teks dan menyediakan prasarana untuk sekolah Maya.
Beberapa sekolah telah diangkat menjadi perintis Sekolah Maya dengan penggantian papan hitam kapur dengan papan hitam digital bersambung dengan komputer dan projektor khas.
Tapi yang berlaku...
Mulut-mulut orang kita jugak yang kuat kondem mengutuk inisiatif ini mengatakan ianya membazir... memburukkan malah menggagalkan projek ini sebaik berjaya menjatuhkan MB Ahmad Said.
Sebenarnya semua Kerajaan Negeri mampu untuk melaksanakan program seperti ini... Dana kita ada... Kepakaran pon kita ada... tambah lagi harga Chrome Book bukanlah mahal sangat... Tapi sebab sikap bodoh sombong dan tidak berfikiran jauh serta meletakkan kepentingan di tempat yang salah maka hari ini ramai dikalangan kita kecoh dan kepoh berkaitan isu pembelajaran secara maya ini.
Ketidak mampuan golongan miskin untuk akses kepada laptop dan internet menjadi kekangan dalam sesi pembelajaran secara maya.
Gua tetap salute kepada bekas MB Terengganu Ahmad Said atas inisiatif ini. Dua orang anak gua dapat e-book ini dan ianya masih lagi berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.
Terengganu adalah negeri contoh dalam bab penbelajaran secara maya ini. Jahanam disebabkan oleh sikap orang bodoh (mostly dari pihak PAS Terengganu) dan terlebih politiking.
P/S : YB Satipul Bahri (PAS Dungun) adalah antara yang paling bising bab sekolah maya ini pada masa itu. Gua tabley lupa dier punya ceramah sana sini. Bye the way... Gua bukan orang UMNO atau sebagainya tapi gua sebagai technologist memang respek ngan idea Ahmad Said ni.
Dari Papan Hitam Ke Digital (Siri 2)
Bhai/DeeDee semua...
Sebelum nih gua ader tulis Dari Papan Hitam Ke Digital (Siri 1) ... panjang lebar juga penulisan gua nih... Ianya hanya menceritakan tentang prasarana sambungan Internet yang sebenarnya antara perkara penting yang menyebabkan slownya perubahan dari papan hitam ke digital learning....
Okeh... mari kita sambung...
Berbalik kepada isu sambungan Internet tu... selain dari kelajuan sambungan... kebanyakan content kita berada di lokasi yang jauh... dan ini menyebabkan penghantaran data (content) akan lambat tambah lagi kalu data (content) tersebut bersaiz besar...
Untuk itu... gua cadangkan pada setiap SubStation TNB/SESB yang menjadi last-mile untuk fiber optics connection sebelum masuk kepada penghantaran secara Wireless ISP (WISP) bagi kawasan sekitar berjarak bawah 5 km radius secara Point to Multi Point (PtMP), kita pasang appliance based cache server......
Dengan adanya "Cache Server" ini.... katalah ada seorang dalam network tersebut yang akses kepada satu content pertama kalinya... memang ianya agak slow sebab semua content tersebut akan ditarik dari sumber asal.... tapi bila kali kedua atau banyak kali content yang sama cuba diakses dalam network tersebut.... maka ianya akan lagi mudah sebab ianya sudah berada di "Cache Server" itu sendiri...
Itu diperingkat SubStation TNB/SESB... Bagi level Point of Presence (PoP) di ISP... kita patut juga pasang beberapa appliance based Cache Server....
So... aper kena mengenanya dengan sekolah....
Kita tahu... murid sekolah biasanya akses kepada content yang sama untuk tujuan pembelajarannya.... Jadi jika appliance based Cache Server dipasang di peringkat sekolah... maka kebarangkalian untuk tarik data dari sumber luar agak kurang.... maybe sekali sekala... sebab semua content yang dikehendaki berada pada locak appliance based Cache Server.... Untuk tahu macam mana Cache Server berfungsi... anda boleh buat carian di Youtube atau Google...
Tapi.... Ini ader satu solution yang sekarang ini sedang dipakai di banyak sekolah yang berada di luar bandar terutamanya di Afrika dan Australia...
Disini gua memperkenalkan kepada lu orang sistem RACHEL
RACHEL (Remote Area Community Hotspot for Education and Learning) is a portable, battery-powered, device that contains copies of educational websites in offline format. This means RACHEL can go anywhere in the world and wirelessly deliver free digital educational content to nearby tablets, laptops, or smartphones with no internet or data plans required. RACHEL has been taken to over 53 countries since its creation, serving students in rural villages, townships, and even prisons.Sambung lain kali.... di siri akan datang.... Hahaha..
20 January 2021
Dari Papan Hitam Ke Digital (Siri 1)
Sekarang kita mengalami PKP 2.0 ... dan dah hampir setahun Malaysia terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)... dan dalam tempoh itulah juga para pelajar di Malaysia menjalani eksperimen bersekolah secara maya... bersekolah dari rumah.... menggunakan teknologi digital...
Betul banyak yang mengadaptasikan Google Classroom, Google Calendar, Google Meeting dan Whatsapp. Malah ada juga yang melakukan sesi pembelajaran secara maya menggunakan perisian Zoom dan sebagainya... Akan tetapi terlihat banyak kejanggalan serta kekurangan yang terkesan kepada pelajar.
Ada pelajar yang dapat memanfaatkan semua teknik digital ini kerana mereka mempunyai peralatan dan kemudahan yang cukup lengkap dengan prasarana dan akses Internet yang laju... tapi ramai pula yang ketinggalan atas sebab kekurangan dana, peralatan, pekakasan dan akses.
Kita kena sedia maklum.... untuk Malaysia berjaya melaksanakan sekolah secara maya ini.... perkara pertama yang kita kena pastikan adalah liputan akses kepada Internet di seluruh Malaysia berada pada tahap optimum, luas sebarannya pada harga yang mampu milik... Jadi kita kena berbalik kepada kemudahan prasarana Internet... Kebanyakan kandungan (content) pembelajaran sedia ada didalam Internet perlukan sekurang-kurangnya kelajuan sekitar 2Mbps yang stabil ... tapi berapa banyakkah kawasan yang kita boleh capai data berkelajuan 2 Mbps di seluruh Malaysia. Bagaimana pula harga data yang wajib dibayar? Berapa nilaikah yang selayaknya dibayar sebulan dengan data sebanyak sekian-sekian itu.
Jadi... untuk memastikan kawasan liputan yang terbaek....kita perlukan setiap menara selular ini disambungkan secara terus dengan jalinan kabel Fiber Optics menggunakan konsep last mile. Boleh juga kita memanfaatkan teknologi MESH antara semua menara pemancar selular...
Untuk menjimatkan kos.... Disini satu cadangan dari gua....
- Kita kena memanfaatkan semua menara pemancar selular milik telco sedia ada dan mempertingkatkan kapasiti data internet pada setiap menara. Semua menara pemancar sedia ada mestilah disambungkan dengan akses fiber optics berkelajuan tinggi. Bagi mana-mana menara pemancar geganti (relay @ repeater)... kelajuan akses minima Internet bagi menara tersebut mestilah tidak kurang dari 1Gbps
- Kita juga boleh memanfaatkan semua jalinan menara penghantaran elektrik berkapasiti tinggi milik Tenaga Nasional (TNB) dan SESB untuk membawa sambungan Fiber Optics ke kawasan pedalaman ... dan kira memanfaatkan Sub Station TNB/SESB sedia ada di seluruh Malaysia sebagai kawasan dimana pemasangan pemancar WiFi WISP (last mile) berkelajuan paling kurang 10Gbps ... dan mana-mana menara pemancar selular milik telco sedia ada mendapat FEED internet secara fiber optics dari SubStation TNB ini.
- Kita mesti memanfaatkan semua talian gantung (overhead cable) yang membawa talian elektrik di Malaysia milik TNB dan SESB juga membawa kabel Fiber Optics dari SubStation TNB/SESB terdekat kepada mana-mana menara pemancar selular atau Wireless ISP (WISP)... Ini perlukan satu perintah mandatori dari pihak Kerajaan Malaysia melalui SKMM dan Kementerian Tenaga.
- Kos memasang talian Fiber Optics berkelajuan tinggi dapat dijimatkan jika kita dapat memanfaatkan penggunaan sama rata tiang-tiang penghantaran elektrik milik TNB/SESB secara gegantung (overhead cable) secara perkongsian
- Malaysia perlu ada satu konsortium bebas bagi mengendalikan fasiliti Internet (dengan kawalselia Kementerian) dan melaksanakannya sebagai satu khidmat utiliti awam dimana sambungan Fiber Optics secara Dark Fiber adalah ditetapkan pada minima 100Gbps.. terbaik kalu kita dapat manfaatkan sambungan Point of Presence (POP) dark fiber optics ini kepada kelajuan 1 Tbps. Konsortium bebas ini mestilah bebas dari monopoli pihak-pihak tertentu.
- Plan HSBB sedia ada sebenarnya cantik namun dipengaruhi oleh sikap monopoli pihak tertentu yang akhirnya menjahanamkannya.
- Umum mengetahui bahawa menara-menara pemancar BestariNet yang dipasang dikawasan sekolah di Malaysia adalah milik Kerajaan Malaysia dan bukannya milik syarikat YTL. Oleh itu secara otomatisnya.... kita boleh memanfaatkan menara pemancar tersebut untuk memberikan sambungan WiFi secara WISP kepada kawasan sekitar sekolah secara Point to Multi Point (PtMP). Penggunaan peralatan Wireless Fidelity seperti Motorola Cambium, Mimosa atau Ubiquiti Mesh kita boleh gunakan untuk berikan manfaat kepada kawasan sekitar sekolah pada jarak sehingga 5km
- Boleh juga kita memanfaatkan Menara Azan Masjid sebagai Menara Pemancar untuk PtMP atau juga sebagai Point to Point (PtP) bagi menjadi relay kepada menara pemancar masjid yang berhampiran. Untuk pengetahuan anda yang bukan wireless technology expert. Kita boleh memancarkan secara baik Wireless Fidelity (WiFi) secara PtP ini pada kelajuan 1 Gbps sehingga sejauh 25 km (line of sight) saling nampak. Pernah gua test kemudahan PtP menggunakan peralatan wireless Mimosa dari Dungun Terengganu ke Pulau Tenggol berjarak 27.2 km pada kelajuan 1.5 Gbps. Ujian ini dilakukan sekitar tahun 2014 dan ianya berjaya.
InsyaAllah akan ada sambungan lagi ...
#SiBodohKauDengarSini
Benda dah jadi viral.... nak buat macam mana... sampaikan MCMC pon kena troll... hahaha... dan laju pulak MCMC (SKMM) keluarkan kenyataan balas.... hahaha... lawak siot...
Pada gua hashtag #SiBodohKauDengarSini tue bukan sekadar nak citer pasai keputusan membenarkan kedai makan beroperasi sehingga pukul 12 malam... tapi ianya menepati sasaran atas apa sahaja keputusan Kerajaan Malaysia yang rakyat rasakan memang bodoh...
Benda bodoh kita kena la katakan bodoh... mana boleh benda bodoh kita katakan pandai...
So... kepada SKMM (MCMC) ... relaks aaa skali skala kena troll.... hahahaha.... jangan la amik hati....
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?